Azmin jangka tangkapan ahli politik pembangkang dan akitivis NGO


Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menjangkakan lebih banyak tangkapan dan dakwaan terhadap ahli politik pembangkang dan aktivis hak asasi.

Beliau menegaskan, reaksi keras polis terhadap rakyat seolah-olah mengembalikan Malaysia ke era bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

“Kita jangka lebih banyak tangkapan dan dakwaan ke atas pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi,” kata Azmin dalam kenyataannya.
Katanya, bermula dari tuduhan yang sama sekali tidak berasas terhadap Adun Seri Setia, Nik Nazmi berhubung himpunan di Kelana Jaya, aktivis mahasiswa Adam Adli turut ditahan atasan tuduhan menghasut.

Dalam masa yang sama, ramai yang ditangkap hanya kerana menyertai nyalaan lilin di hadapan Lokap Berpusat Jinjang.
Kata Azmin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi ‘melebih-lebih’ dan mendahului tindakan, sedangkan Perdana Menteri Najib Razak masih berdiam berhubung tangkapan tersebut.

“Saya menyeru masyarakat untuk memperjuangkan kebebasan dan keadilan. Ini adalah hak kita yang terkandung dibawah perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menyuarakan bantahan dan ketidakpuasan hati terhadap penipuan (pilihan raya).

“Mereka cuba menakut-nakutkan supaya kita tunduk. Kita harus teguh memperjuangkan hak dan maruah kita. Mereka yang bertanggungjawab menyalahguna alat negara, mesti memberikan jawapan,” tegas Azmin. KD

No comments:

Post a Comment