Najib pertahankan Utusan


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak telah menafikan keputusan pilihan raya menunjukkan jurang bandar-luar bandar dan mempertahankan Utusan Malaysia yang menyalahkan masyarakat Cina di atas persembahan tidak baik gabungan itu pada pilihan raya 5 Mei.

Perdana menteri mengatakan kajian gabungan tersebut bertentangan dengan dakwaan BN hanya disokong di kawasan luar bandar Malaysia kerana kajian BN menunjukkan peningkatan sokongan terhadap sokongan Melayu di kawasan bandar.

Beliau juga mempertahankan serangan Utusan Malaysia terhadap komuniti CIna kerana menyokong DAP. Beliau mendakwa parti pembangkang yang dikuasai Cina itu telah menyesatkan Cina ke polarisasi kaum yang lebih besar menjadikan mereka berfikir mengundi parti itu akan membawa kepada perubahan kerajaan.

“Kamu menyalahkan Utusan akan tetapi kamu tidak tanya tentang akhbar Cina,” kata Najib dalam sidang akhbar apabila ditanya bagaimana untuk mencapai perdamaian kebangsaan jika Utusan Malaysia masih memainkan isu-isu perkauman.

Beliau tidak menyatakan apa yang dibantah dalam akhbar berbahasa Cina.

“Apa yang kami sedar, parti pembangkang, terutamanya DAP, telah memberikan gambaran jika mengundi mereka akan berlaku perubahan kerajaan. Dan mereka yang mengundi pembangkang benar-benar percaya mereka boleh menukar kerajaan.

“Walaupun terdapat peratusan besar yang menyokong pembangkang, kerajaan tidak berubah, kerajaan BN masih di sini. Kerana realitinya, kamu tidak boleh menukar kerajaan tanpa sokongan Bumiputera,” katanya.

Penganalisis menyatakan walaupun terdapat peningkatan dalam sokongan kaum Cina terhadap Pakatan Rakyat (PR), tsunami politik juga telah melanda “sebahagian besar daripada Melayu”, ramai di antara mereka adalah pengundi kelas menengah dan kelas atas.

Akan tetapi Utusan Malaysia, akhbar yang mewakili golongan kanan Melayu sebahagian besarnya bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk mengeluarkan beberapa artikel menyalahkan Cina kerana memecah belahkan Malaysia.

Muka hadapan akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan “Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu.

Laporan muka hadapan Utusan Malaysia juga mencadangkan Najib akan berhadapan dengan kesukaran untuk menghadapi kumpulan berhaluan kanan dalam Umno yang memberikan sokongan kuat kepadanya dalam pilihan raya.

Analisis menunjukkan bagaimana trend pengundian menunjukkan sebuah negara dengan bahagian-bahagian bandar dan luar bandar dan kelas yang akan membuat apa-apa perdamaian dan pembaharuan diperlukan lebih sukar untuk dilaksanakan.

Keperluan untuk terus merombak dasar Bumiputera dan untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) - langkah-langkah yang perlu untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan keluar daripada perangkap pendapatan sederhana - menjadi lebih sukar pertentangan diantara dua Malaysia telah muncul.

Semalam, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times mengatakan kelemahan BN dalam Pilihan Raya 2013 menunjukkan penolakkan dari seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya dari minoriti Cina.

Datuk A Kadir Jasin mengatakan gabungan 13 parti itu bukan sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013 berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan undi popular buat pertama kali semenjak 1969.

“Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” kata bekas ketua pengarang kumpulan News Strait Times Press semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya yang bertajuk, “Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?” semalam.

Najib mengatakan awal pagi Isnin kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai “tsunami Cina” dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Menurut Kadir, pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

1 comment:

  1. La baru tau keNajib ni bukan bijak sangat dia ni ikut telunjuk rosmah je

    ReplyDelete