Pages

Shahrizat Ugut Skandal Ahli BN Lain


Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat. Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian.

“Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.

“Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu” kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat.

“Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya,” tegas Haniza yang juga Timabalan Speaker Dun Selangor.

Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat, Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita.

“Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini,” katanya.

“Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan,” jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor.

Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

Haniza berkata ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.

Mengulas lanjut, Haniza berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat.

“‘Luah mati emak, telan mati bapak’ bagaimana cara sekalipun, Umno tidaka akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, ” kata beliau

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam ‘kucar-kacir’ seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang ketuai 439 ahli keluar Parti


MCA menerima tamparan hebat kali ini apabila Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon mengumumkan perletakan kesemua jawatan dslsm parti berkuat kuasa serta merta.

Beliau juga mengepalai lebih 400 ahli membuat pengumuman rasmi keluar dari parti MCA yang turut mengakibatkan 2 Cawangan MCA di Pulau Pinang dibubarkan.

Ditanya alasan tindakan drastik ini dilakukan, Eng mendakwa ini adalah satu signal buat kepimpinan MCA yang mesti menerima kenyataan bahawa ahli-ahli di peringkat akar umbi semakin kecewa dengan corak kepimpinan parti tersebut pada masa kini.

Beliau turut mendakwa ahli-ahli MCA majoritinya tidak dapat menerima kepimpinan yang tidak bermoral dan beretika bagi memimpin sebuah parti yang dinamik seperti MCA.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng yang dikenali MCA merupakan salah seorang penyokong kuat bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menafikan sekeras-kerasnya tindakan ini adalah atas faktor tersebut.

SHAHRIZAT UGUT DEDAH SKANDAL BN LAIN?

Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil sebarang tindakan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat. Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat berbuat demikian.

“Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.

“Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu” kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat.

“Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya,” tegas Haniza yang juga Timabalan Speaker Dun Selangor.

Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat, Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita.

“Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini,” katanya.

“Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan,” jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor.

Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

Haniza berkata ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.

Mengulas lanjut, Haniza berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat.

“‘Luah mati emak, telan mati bapak’ bagaimana cara sekalipun, Umno tidaka akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, ” kata beliau

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam ‘kucar-kacir’ seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

Hassan Ali Minta Maaf Kepada TG Nik Aziz


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

Kempen Bebas Anwar 901 cubaan cetus Revolusi?


Dah gila kot Ibrahim Ali ni?? berkumpul beramai-ramai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari sekadar untuk menunjukkan sokongan terhadap Anwar Ibrahim dikatakan mahu memulakan Revolusi..


Ambil tindakan elak revolusi’

KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mahu tindakan diambil terhadap Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim berikutan kempen 901 Bebaskan Anwar yang didakwanya cubaan memulakan revolusi di Malaysia.

901 merujuk kepada tarikh penghakiman kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi.

“Mereka dah mulakan perhimpunan di Pulau Pinang.

“Mereka mahu bangkitkan revolusi seolah-olah di Dataran Tahrir, Mesir seolah-olah Anwar tidak bersalah.

Ibrahim berkata demikian mesyuarat majlis tertinggi Perkasa di sini semalam.

“Justeru itu Perkasa minta pihak keselamatan terutamanya polis agar dapat mengambil langkah pencegahan (preemptive measures) yang menjurus kepada revolusi.”

Jangan kompromi

Beliau turut menambah langkah membuat perhimpunan akan menyebabkan nama Malaysia tercemar.

“Kita desak kerajaan agar tidak kompromi walau seinci pun.”

Tambah beliau, sekiranya Anwar didapati bersalah beliau masih boleh membuat rayuan.

“Kenapa mahu bawa kes kepada rakyat? Ini penghinaan terhadap mahkamah.”

Ibrahim menambah bahawa tindakan Anwar menjadikan umum sebagai hakim kesnya adalah bersamaan “tindakan mencabul dan menodai perlembagaan.”

Akta Hasutan

Sementara itu, Ibrahim turut mendesak kerajaan agar mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap pengerusi National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Eu Hong Seng.

“Kita desak agar Eu ditahan dan dibicara di bawah Akta Hasutan.”

Eu yang dilaporkan menyeru agar umat Kristian menyebarkan ajaran Kristian. Beliau turut dilaporkan sebagai berkata umat Kristian dipinggirkan.

“Ini provokasi yang dibuat secara tidak bertanggungjawab.

“Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sudah jelas. Ia kontrak sosial yang tidak boleh dipersoal.”

Beliau menambah kenyataan Eu boleh digunakan untuk menghasut golongan muda dan bukan Islam.

“Nampak sangat mereka nak bermusuh dengan orang Melayu-Islam.

Ekslusif, Kondo mewah keluarga Shahrizat di Singapura

LANTARAN pendedahan saudara Rafizi Ramli sebelum ini, berhubung pembelian kondominium mewah di Singapura oleh keluarga Shahrizat Jalil, ReJaM© bersama kumpulan aktivis Jingga 13 telah melakukan lawatan ke kondominium tersebut.

Kami berjaya menemukan kondominium yang dimaksudkan di alamat, 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore seperti yang dilaporkan di dalam dokumen pendedahan tempoh hari.

Gambar di bawah ini diambil di pintu masuk ke kondo mewah tersebut (dalam gambar, saudara Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13). Pada mulanya kami dihalang untuk masuk ke kawasan kondominium oleh pihak keselamatan.


Kami terpaksa melakukan beberapa muslihat supaya dibenarkan masuk. Namun kami dihalang untuk mengambil gambar dengan alasan ini merupakan kawasan persendirian. Hanya kamera Hp yang berjaya diseludup masuk.

Difahamkan, Orchad Scotts merupakan kondominium antara yang paling selesa dan luas di Singapura. Kawasan ini juga merupakan kawasan kediaman golongan elit di kota yang pernah dikenali sebagai Pulau Temasik itu.


Di bawah ini beberapa keping gambar yang berjaya diambil secara "curi-curi" di dalam kawasan kondominium Orchard Scotts. Mujur pihak pengawal tak nampak, kalau nampak mampos!


Salah sebuah unit kondo mewah di Orchard Scotts ini didaftarkan pembeliannya menggunakan nama suami Shahrizat dan dua orang anaknya secara milikan bersama. Duit rakyat RM250 juta untuk bela lembu diguna untuk kumpul kekayaan.


Sumber: http://milosuam.blogspot.com/2011/12/ekslusif-kondo-mewah-keluarga-shahrizat.html#ixzz1houMLovq

Gerakan Mahasiswi Turut Kecam Tindakan Lepas Tangan LPF


Sinergi Gerakan Mahasiswi (Sigma) menyifatkan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tidak lagi menapis filem-filem yang disiarkan di Malaysia adalah keputusan yang tidak wajar dan bersikap lepas tangan.

Gambar: Pengerusi & Timbalan Pengerusi SIGMA

Melalui satu kenyataan media hari ini, pengerusi Sigma Rohayu Rusli mendesak agar LPF menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem yang akan berkuatkuasa tahun depan.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam minggu lalu berhubung dengan tiada lagi penapisan filem oleh LPF.

“Apatah lagi beliau (Mahmood Adam) juga menyebut bahawa segala urusan perfileman adalah di bawah tanggungjawab pengarah dan penerbit filem tersebut, termasuk masalah-masalah yang berbangkit di kemudian hari.

“Saya melihat tiada satu jaminan yang kukuh di peringkat Kementerian berhubung perkara ini dan mahasiswa sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat menilai filem-filem di Malaysia sekarang ini banyak berunsur negatif dan tidak membina,” tegas beliau.

Festa filem hantu, lucah

Menurut Rohayu, dalam tahun 2011 ini sahaja Malaysia seolah-olah meraikan festa filem hantu dan lucah kerana banyak cerita-cerita hantu dan lucah yang memenuhi pawagam sepanjang tahun.”

“Apabila melihat tujuan LPF, badan ini jelas ditubuhkan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia,” katanya.

Beliau menerangkan bahawa LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971) dengan tujuan untuk menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif.

“Dari sisi pandang masyarakat yang menilai, apabila sesebuah filem itu melalui LPF ianya sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.”

“Sigma juga meluahkan kebimbangan terhadap keputusan LPF dengan senario masyarakat kita yang mudah terpengaruh. Apatah lagi filem-filem tempatan dan barat banyak memberi pengaruh besar kepada perkembangan anggota masyarakat terutama golongan muda.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Sigma, Nur Syazwani Aziz berkata, beliau mendapati banyak pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan LPF, seperti Presiden Persatuan Pena Nasional, Saleeh Rahamat dan Presiden Persatuan Veteran RTM, Helan Adam.

“Keputusan LPF ini menimbulkan banyak kerisauan dan kami berharap LPF mengambil sikap bertanggungjawab dan tidak berlepas tangan,” katanya.

Dewan Pemuda Pas Sokong Adam Adli


Insya-Allah, DPPM tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli. Kalau tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan dia saja-saja pergi menurunkan bendera Datuk Seri Najib. Saya harap Adam bersabar. Kuatkan pergantungan kepada Allah swt. Anda tidak keseorangan - Tantawi

Khir Toyo dipenjara setahun


Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Video Keterangan Adam Adli

Adam Adli hari ini (23 Disember 2011) memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi terhadap ugutan yang diterima selepas tindakannya menurunkan 'bendera Perdana Menteri' sekali gus membuat laporan polis atas dakwaan akhbar Utusan yang dikatakan memfitnahnya memijak bendera berkenaan.

Pada sidang media itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) juga menolak gesaan Pro Aspirasi yang menuntut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan. SMM menyifatkan Saifuddin pemimpin yang berkaliber dalam memperjuangkan hak mahasiswa.


Sumber : http://suffer.frenzyfm.my/2011/12/video-keterangan-adam-adli.html

Zambry Bakal Gugur


Zambry secara tidak sengaja dijadikan 'kambing korban' apabila BN mengambil alih Perak dari Pakatan Rakyat pada Februari 2009.

Dia terpaksa untuk melakukan hampir semua kerja 'kotor' bagi parti pemerintah pada masa itu dan selepas Barisan Nasional menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Ketika itu, mereka tidak kisah jika Zambry telah dipulaukan dan akhirnya menjadi wira selagi Perak kekal di dalam pegangan BN. Ini telah dianggap sebagai 'pengorbanan personaliti' yang dirancang oleh mereka yang berada dibahagian atas dalam Umno.

MB Perak seterusnya jika BN memenangi pilihan raya negeri akan datang yang sangat tidak mungkin - tidak mungkin Zambry lagi.
Menurut beberapa penganalisis politik, Zambry tidak akan bertanding bagi kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang. Dia mungkin boleh diberikan kerusi Parlimen untuk bertanding atau beliau akan memilih untuk tidak bertanding langsung.

Skim Umno di sini adalah seseorang yang baru bagi kepimpinan negeri kemungkinan besar akan membantu membuat rakyat melupakan dosa dan pengalaman pahit daripada kemelut 2009.

Ini adalah perlawanan politik yang agak bijak yang direka oleh pemimpin-pemimpin politik yang licik dalam Umno. Biarpun begitu, penganalisis politik telah Memberikan peluang yang amat tipis bagi BN untuk mengekalkan Perak dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Pakatan, seperti ditunjukkan dalam pemilihan, akan memenangi Perak tetapi dengan majoriti mudah.
Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai yang memihak kepada Zambry, pihak kedua tidak akan mengalah dengan mudah jika terdapat satu cabaran untuk jawatan MB jika BN menang di Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Penyokong kuat Zambry di Pangkor berkata: "Kami tahu bahawa terdapat orang lain yang bercita-cita untuk mengambil alih jawatan Zambry. Kami tidak akan menyokong atau mengundi mereka.

"Zambry di pihaknya, walaupun beliau tidak popular sebagai MB, masih bertekad untuk bertanding kerusi DUN dan kekal sebagai MB Perak.

Pemuda Umno PJ tidak bertamadun kata Dr Asri

BEKAS mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menyifatkan kata-kata yang dilontarkan oleh Pemuda Umno Petaling Jaya sebagai tidak bertamadun dan memalukan serta berharap anak muda supaya bangkit menentang puak-puak seperti ini.

Difahamkan beliau telah menonton video rakaman bagaimana Pemuda Umno Petaling Jaya yang mengugut mahu meludah dan menyepak mahasiswa berhubung insiden menurunkan gambar Najib baru-baru ini.

Kenyataan beliau disuarakan melalui laman microblogging twitter milik beliau [Twitter].

"Mmalukn, sy tonton video Pmuda UMNO PJ nak ludah dan sepak Mahasiswa. Kata2 x brtamadun. Hrp anak muda bgkit mnolak puak mcm ini."




Tambahnya lagi, beliau berharap agar mafia dan gangster tidak akan menguasai negara ini [Twitter].



Semakin pelik kita lihat perangai United Malays No Otak ini. Sebelum ini mereka membuat aksi jijik menghantar kek "taik manusia" ke pejabat Kerajaan Negeri Pulau Pinang rujuk sini [Umno Taik].

Kita hairan, politik apa yang cuba diamalkan oleh mereka selama ini? Tidak cukup dengan politik lucah, politik taik, kini politik gangster menjadi amalan mereka. Konon nak jadi panglima Melayu terbabas jadi "panglima ludah" puihh puihh puihh...

Sumber: http://milosuam.blogspot.com/2011/12/pemuda-umno-pj-tidak-bertamadun-kata-dr.html#ixzz1hI9rcRoq

Ramai Bela Tindakan Adam, Sokong Dalam FB Kini Lebih 20 Ribu

Pak Samad, Aziz Bari dan Hishamuddin Rais membela Adam Adli.

Meskipun dibanjiri tohmahan dan ugutan lantaran daripada tindakan menurunkan bendera berwajah Presiden UMNO Najib Razak, namun tindakan kontrovesi Adam Adli ini dibela oleh Sasterawan Negara A.Samad Said, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamuddin Rais, hari ini.

Abdul Aziz Bari, Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, mengajak orang awam untuk lihat isu ini dalam konteks dan kerangka di mana kita hidup dalam sebuah negara demokrasi.

"Jawabnya, dalam konteks itu, apa salahnya tindakan mahasiswa itu? Apalagi flip-flop yang Perdana Menteri tunjukkan dalam isu kebebasan akademik, khususnya hak mahasiswa dan lain-lain?" persoalnya.

Beliau menyambung, "Kita kena banding dengan negara demokrasi; jangan bandingkan kita dengan Korea Utara atau Zimbabwe. Mereka yang mengugut dan lain-lain itu mungkin mereka ingat Malaysia sama dengan negara-negara itu."

Kelmarin, Adam Adli, penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) membuat laporan polis di Bukit Aman, mengadu bahawa dirinya menerima ugutan maut melalui perkhidmatan pesanan ringkas (sms), setelah dirinya menurunkan bendera berwajah Najib di ibu pejabat UMNO pada Sabtu lalu. Malah, sidang media siswa semalam di depan balai nyaris menyaksikan pertembungan fizikal, apabila seorang lelaki bernama Roslan Mokthar (gambar kanan), mendakwa dirinya ahli UMNO, cuba "mengajar" budak yang "kurang ajar" itu.

"Mereka kena ingat apa yang PM dan UMNO buat selama ini kepada demokrasi umumnya dan mahasiswa khususnya. Kalau kita ingat ini apa yang mahasiswa buat itu tak ada benda. Ugutan dan lain-lain itu menunjukkan betapa UMNO masih dilanda pemikiran feudal yang kolot; mereka fikir mereka saja yang betul dan berhak untuk memerintah. Orang lain kena dengar apa kata mereka," ulas Abdul Aziz Bari.

Demo Pro Aspirasi - Saifuddin Abdullah Digesa Letak Jawatan


Saifuddin ini walaupun mempunyai pemikiran yang hebat dan berkarisma sebagai seorang pemimpin, dia adalah tidak serasi dengan pemikiran orang Umno yang masih terbelenggu dengan konsep feudal.

Orang Umno mewariskan sifat hubungan di antara pemerintah dengan yang diperintah sebagai satu ikatan suci yang tidak boleh dicabar. Ketua yang memerintah adalah ketua yang disembah selagi dia menjadi ketua walau dengan apa cara sekalipun.

Sikap mendewa-dewakan pemimpin merupakan budaya orang kita sejak dahulu kala. Lihat saja setiap kali persidangan Umno dan apabila ditanya komen para perwakilan yang menghadiri apa pendapat mereka dengan ucaptama presiden, sudah pasti terhambur air liur memuji-muji apa sahaja yang diucapkan.


Pernah pada ketika Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan dahulu, ramai yang memujinya sebagai menteri kewangan terbaik pernah dilahirkan di malaysia setiapmkali ia membentangkan bajet negara. Semakin ganas pujian itu semakin hebat pemuji akan diberikan persalinan.

Sebagaimana yang saya duga, Saifuddin kini mendapat desakan agar meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi kerana dikatakan tidak sealiran dengan Najib serta tidak mengipas Najib.

Ratusan mahasiswa pro-Aspirasi dan juga alumni dari beberapa universiti awam hari ini berhimpun untuk menuntut timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana didakwa "terlalu mesra" dengan pelajar pro-mahasiswa.

Kumpulan yang diketuai presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah itu berkumpul di satu padang di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi hampir dua jam petang ini sambil melaungkan slogan.

Mohd Sahar dalam ucapannya di hadapan kumpulan itu antara lainnya melaungkan bahawa Saifuddin telah "melacurkan demokrasi kampus."

Katanya timbalan menteri itu enggan mendengar pandangan kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi berkenaan walau wakil mereka memenangi pilihan raya kampus sebelum ini.

"Kami sayang perdana menteri kami," kata Mohd Shahar yang turut mengetuai kumpulan itu untuk melaungkan slogan "hidup Najib" dan "kami sayang Najib" sambil berarak ke arah bangunan berkenaan.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian sebagai perhimpunan balas kepada satu lagi perhimpunan yang diadakan pro-Mahasiswa di Kuala Lumpur pada hujung minggu.

Perhimpunan kumpulan pelajar Solidariti Mahasiswa Malaysia itu itu mencetus kontroversi apabila sebahagian daripada mereka bertindak menurunkan satu kain bercetak wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan ibu pejabat Umno.

Shahrizat belum letak jawatan


Datuk Seri Najib Tun Razak menolak untuk memberi sebarang komen terhadap ura-ura bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepadanya.

Isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) semakin hangat diperkatakan dan dikaitkan dengan Shahrizat selepas pembangkang mendakwa wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada syarikat yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebagai Pengerusi Eksekutif.

Selain pembangkang, ahli parlimen dari Barisan Nasional turut mendesak agar Shahrizat melepaskan jawatan didalam kerajaan mahupun politik kerana akan menjejaskan imej dan kredibiliti Barisan Nasional dan UMNO.

Sementara itu, Shahrizat menolak tanggapan sesetengah pihak yang mahu beliau melepaskan jawatan atas dasar beliau tidak ada kena mengena dengan NFC dan bertindak profesional dari segi undang-undang.

Umno Tidak Boleh Dipakai Lagi - Bekas Pengarah Pendidikan


Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.

"Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini.

"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam.

Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya.

"Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu.

"Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional," terangnya.

Tambah beliau, akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi.

Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama, katanya.

"Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini baru nak bagi RM500. Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi," tambahnya.

Pemberian itu pun, bagi beliau, disebabkan timbul perasaan irihati setelah rasa tergugat dengan pemberian beberapa skim oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Adalah tidak lojik lagi, rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara," kata Datuk Adnan.

Menceritakan kesungguhan dirinya untuk turun berkempen di mana sahaja sekiranya dijemput beliau yang ada pertalian dengan pejuang kemerdekaan Leftenan Adnan menambah, semua itu dibuat untuk membuang perasaan bersalah dalam dirinya yang bekerja untuk kerajaan sedangkan kerajaan yang disanjung melakukan penindasan, penipuan dan penyelewengan yang ketara memalukan.

Peliknya, ujar beliau, kenapa mereka yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat.

Beliau bertanya apakah kapasiti mereka yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri.

"Pesanan saya kepada rakyat gunalah otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil. Jangan takut buat perubahan yang menguntungkan semua pihak," tegasnya lantang.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut menyaksikan penyerahan 15 keping borang permohonan menjadi ahli PAS di sekitar kubu kuat Umno di Permatang Binjai.

Kemasukan itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni.

Borang diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijemput khas memberikan ucaptama bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

ADUN DAP Bukit Gasing meninggal dunia


DAP hari ini mengucapkan takziah terhadap keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing, Edward Lee, yang meninggal dunia akibat barah kolon pagi tadi.

Lee, 61, menghembuskan nafas terakhir berikutan barah yang telah merebak ke hati dan tulangnya.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, beliau terkejut dan sedih dengan pemergian Lee.

“Takziah kepada keluarga beliau. Malaysia telah kehilangan seorang patriot yang tekun dan rajin. Rest in peace,” katanya melalui mesej Twitter.

Lee memenangi kerusi DUN Bukit Gasing dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket DAP setelah menewaskan calon penyandang Gerakan Datuk Dr Lim Thuang Seng dengan majoriti 8,812 undi.

Sebelum itu, mendiang adalah aktivis alam sekitar di Petaling Jaya, khususnya bergiat untuk menyelamatkan Bukit Gasing untuk dikekalkan sebagai kawasan hijau di Selangor.

Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok berkata, Lee yang beliau kenal merupakan seorang yang jujur dan perihatin terhadap masyarakat khususnya golongan yang tidak bernasib baik.

“Takziah kepada keluarga beliau, semoga tabah dan kuatkan azam terhadap mendiang,” katanya.

Lee merupakan Pembantu Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.

Mendiang juga merupakan salah seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2011/12/adun-dap-bukit-gasing-meninggal-dunia.html#ixzz1hBU69vgt

PERKASA TOLAK SPR GUNA DAKWAT KEKAL


Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semalam mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.

Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.

Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

“Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.

“Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan,” katanya.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.

Oleh itu kata beliau, kerajaan perlu berfikir dengan sebaik-baiknya keputusan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, dakwat kekal ‘silver nitrate’ akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 dan ia berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008.

Beliau berkata, dakwat kekal yang mengandungi ‘silver nitrate’ itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Disember untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam.

Dakwat itu juga dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk memastikan ia tidak menjejaskan kesihatan pengguna secara umum.

Menurut Aziz, dakwat ini mengandungi logam silver nitrate apabila dicalit pada kuku jari dan akan diserap dalam kuku kulit.

Dakwat kekal silver nitrate tujuh peratus digunakan untuk pengundian awal iaitu hari pembuangan undi khas untuk anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am manakala dakwat kekal siver nitrate empat peratus bagi pengundian biasa.

Bendera Najib : Ahli UMNO Serang Datuk Saifuddin


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah kini berhadapan dengan serangan daripada beberapa pihak dari dalam Umno dan pro-parti itu, dengan ada yang mendesak agar beliau meletakkan jawatan berhubung insiden menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.
Serangan itu menurut beberapa sumber dibuat menerusi mesej-mesej Twitter dan entri dalam blog-blog.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu, yang dilihat sebagai antara pemimpin Umno bersikap terbuka dalam isu-isu berkaitan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digesa memikul tanggungjawab insiden kumpulan mahasiswa menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera Najib di pekarangan ibu pejabat Umno Sabtu lalu.

Selain kritikan di dunia siber, Persatuan Alumni Pemimpin Pelajar IPT Malaysia bercadang berhimpun di pekarangan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya petang esok.
Presidennya, Mohd Shahar Abdullah berkata, pihaknya mahu melahirkan sokongan kepada kepimpinan Najib selaku perdana menteri dan presiden Umno susulan insiden kelmarin.
Justeru, pertubuhan yang mewakili bekas pelajar dan mahasiswa menyasarkan lebih 1,000 akan berhimpun petang esok.

“Ya, kita boleh katakan bahawa langkah ini satu bentuk reaksi balas dengan apa yang berlaku dan usaha membetulkan persepsi masyarakat terhadap gerakan pelajar IPT pada masa sekarang,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Selain menunjukkan bahawa gerakan mahasiswa juga menyokong kepimpinan dan terdapat kumpulan penuntut-penuntut IPT yang beradab, pihaknya sedang meneliti mahu meminta Datuk Saifuddin memikul tanggungjawab dengan insiden tempoh hari dan meletakkan jawatan jika respons tidak memuaskan.

“Soal sama ada akan meminta Datuk Saifuddin meletakkan jawatan, pendirian rasmi akhir akan kami putuskan dalam mesyuarat malam ini dan akan umumkan ketika perhimpunan petang esok… datanglah,” katanya.
“Datuk Saifuddin perlu menjelaskan tindakan beliau menerima memorandum… mengapa beliau mahu menerima memorandum di pekarangan ibu pejabat Umno, mengapa ada ucapan, mengapa tidak menerima memorandum mereka di tempat lain, misalnya di Chow Kit, sebab mereka berarak dari kawasan Masjid Jamek… kami pun ada maklumat.

Mahasiswa Bangkit Pertahan Adam Adli - Naikkan Kain Rentang


Seorang pemimpin pemuda Umno mengancam untuk “meludah” dan “menampar” muka seorang pelajar yang telah menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat parti itu Sabtu lalu.

Ketua penerangan pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Armand Azha membuat ancaman itu ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli dalam satu video yang dimuatkan di laman Youtube.

"Jangan sampai satu hari kami jumpa kami ludah, kami tampar muka kau... Berani kau kurang ajar dengan kami?

"Ini semua panglima perang tahu?," kata Armand sambil menunjukkan ke arah sebilangan pengikutnya dalam video berkenaan.

Video yang dimuatkan dua hari lalu, mendapat perhatian meluas hampir 60,000 penonton yang rata-ratanya tidak menyukai video berkenaan.

Armand yang juga bekas ketua pemuda PERKASA sebelum ini telah mengeluarkan ancaman serupa ke atas artis Namewee atas klip video kontroversi 'Negarakuku.'

100 Ahli Umno Jeli Tinggal Umno Sertai Pas


KURANG 48 jam selepas Pas Kelantan melancarkan kempen menambahkan keahlian baru sebanyak 100,000 bertempat di Putik Pengkalan Chepa malam kelmarin Pas Kawasan Jeli tidak menunggu lama terus mencipta sejarah dengan menambah ahli baru khasnya di Dun Air Lanas apabila lebih 100 ahli dan para penyokong Umno telah bertindak keluar parti beramai-ramai dan menyertai Pas.


Majlis penyerahan borang dan meraikan ahli baru Pas itu berlangsung di perkarangan Sekolah Agama As Sabirin Air Lanas petang ini manakala sebelah malamnya berlangsung majlis penerimaan borang keahlian Pas oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada kesemua lebih 100 yang menyertai Pas itu.

Sempena majlis itu dua ekor lembu ditumbangkan dan juga lima kawah bubur Asyuara dikacau di Air Lanas. Serentak dengan itu 10 UPU dalam Parlimen Jeli digerakan serentak hari ini dengan mengadakan bubur Asyura di antara dua hingga lima kawah untuk satu UPU sebagai menandakan jentera pilihan raya Pas kawasan Jeli sudah aktif sepenuhnya.

Penghijrahan beramai-ramai ahli Umno itu menurut Adun Air Lanas Abdullah Yaacob adalah satu pukulan maut kepada Umno dan sekaligus merebehkan kubu kuat Umno di Blok Machang dalam Dun Air Lanas .

"Ekoran penghijrahan itu di Block Machang hanya tinggal beberapa orang saja lagi ahli Umno termasuk Setiausaha Bahagian, yang lain semuanya telah berhijrah kepada Pas," ujar Abdullah yang juga Timbalan YDP Pas Jeli.

Manakala salah seorang ahli Umno yang ditemui Mat Yusuf Abdullah, 62 tindakan meninggalkan Umno ramai-ramai itu dibuat atas rasa ikhlas dan tidak percaya kepada perjuangan Umno.

"Saya dan rakan-rakan meninggalkan Umno kerana mendapat hidayah dari Allah taala, dan penghijrahan ini juga bukan kerana mengharap sesuatu kebendaan dari Pas, tidak... ia dibuat dengan penuh keinsafan," demikian kata Mat Yusuf ketika ditemui pada majlis kacau asyura petang tadi sambil menambah perpindahan itu sebagai satu pengorbanan.

Dalam pada itu jelasnya perjuangan Umno seperti mana dilaung-laungkan untuk membantu rakyat hanya cerita saja kerana bantuan yang diberikan kepada rakyat tidak menyeluruh dan menyenangkan orang tertentu sahaja.

Ditanya mengenai bantuan 1 Malaysia RM500 menurutnya sedikitpun menarik minat untuk terus bersama Umno kerana pemberian itu belum tentu lagi menjadi kenyataan dan kalau pun benar ia bukan satu yang diharapkan. "Hidup ini bukan kerana duit semata-mata!" katanya.

Beliau juga menjelaskan tindakan keluar parti bukan kerana merasa dendam dan cemburu akan keadaan tetapi kerana merasa yakin dan percaya kepada perjuangan Pas yang menolong sesiapa saja tanpa pilih bulu.

Seorang lagi yang turut sama meninggalkan Umno ialah Azlan Mohamad dari blok Bachok juga menyatakan perkara yang sama.

"Saya tinggal Umno kerana sudah lama bersama parti itu dan tidak ada apa-apa perubahan," jelasnya yang memperakui menyertai Umno sejak berusia 17 tahun. Tambahnya lagi ramai kawan-kawannya ikut sama menyertai Umno tetapi mereka tidak berani menzahirkan diri kerana sebab-sebab tertentu.

Sebelah malam tadi kesemua lebih 100 orang ahli Umno yang menyertai Pas dan PKR diraikan oleh Nik Aziz dalam satu majlis makan malam dan ceramah perdana yang disampaikan oleh beberapa pemimpin Pas peringkat negeri. Pada majlis itu juga upacara penyerahan borang keahlian Pas dilakukan.

Hadir sama pada kedua majlis itu ialah Yang Dipertua Pas Jeli Apandi Mohamad, dan barisan kepimpinan Pas peringkat kawasan Jeli. Apandi mengulas mengenai kemasukan ahli Umno beramai-ramai itu melahirkan rasa bersyukur dan menyifatkan apa yang berlaku adalah atas kehendak Allah mungkin berlaku atas doa mereka sendiri.

"Dengan kemasukan beramai-ramai ahli Umno ini juga membuktikan bahawa semakin pemimpin Umno cuba memburuk-burukkan Pas dengan pelbagai isu sebaliknya apa terjadi ahli-ahli dan penyokong mereka kurang mempercayai parti itu," katanya.

Kepada rakan-rakan baru Pas Apandi mengucapkan selamat berjuang dan semoga tindakan mereka itu akan membuka hati lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno yang lain. "Saya percaya penghijrahan ini sebagai permulaan kerana selepas ini akan ramai lagi ahli Umno bersama Pas.

Sementara itu beberapa minggu lalu seramai 59 ahli Umno dalam Dun Kuala Balah telah bertindak meninggalkan parti dan menyertai PKR. Borang keahlian PKR disertakan kepada Nib Presiden Nurul Izzah Anwar ketika Izzah datang berceramah di Kuala Balah

Nasharudin masih setia bersama PAS


Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan dengan desas-desus akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13 dan kemungkinan keluar PAS menegaskan, beliau masih percaya dan setia dengan parti Islam itu.“Kepercayaan dan kesetiaan saya kukuh terhadap PAS,” kata beliau dalam temu bual dengan Berita Minggu disiarkan hari ini.Menjawab soalan sama ada akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, Ahli Palimen Bachok ini berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada secara peribadi mahupun “diarah pimpinan parti.”Kata Nasharudin, beliau juga tidak memikirkan dengan serius hal tersebut sebab ada banyak perkara yang perlu dibereskan.

“Saya balik kawasan di Bachok dan uruskan masalah rakyat macam biasa. Saya akan tentukan bertanding atau tidak apabila tiba masa,” katanya lagi.Nasharudin (gambar) bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disebut-sebut akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi masing-masing.Hasan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia.Minggu lalu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali menganggap Hasan dan Nasharudin sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

Nasharudin dalam kenyataan kepada Berita Harian minggu lalu ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik semasa PAS.Mustafa juga berkata Nasharudin tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar lalu walaupun dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.Hasan pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah menghadiri mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.Dalam temu bual terbaru ini, Nasharudin menambah, PAS sebagai organisasi Islam telah dan harus konsisten dengan wajah Islam.Katanya, jangan sampai pegangan berpandukan al-Quran dan hadis yang menjadi tunjang dipinggirkan kerana terlalu sibuk layan matlamat dan permasalahan.“Politik banyak diwarnai persepsi dan ini perlu ditangani dengan teliti.“Tanggapan di luar ialah PAS nampak longgar dalam beberapa perkara, ini bahaya,” katanya yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Kata Nasharudin, PAS mesti kembali berpegang kepada prinsip asal dan jangan semata-mata hendak raikan suasana politik.“Kita berpolitik lebih daripada berpegang kepada panduan syarak.“Saya tak nak sebut mana-mana pihak atau individu secara spesifik tetapi jika kita sebut pada prinsip, keadaannya harus begitu,” kata beliau.Menurut beliau, Islam agama fleksibel dalam banyak aspek termasuk politik, tetapi jangan sampai “kita menggadai apa yang perlu diberi keutamaan.”“Kepentingan Islam dan umatnya harus berada di tangga teratas tanpa menafikan hak lain kerana kita dituntut berlaku adil,” katanya lagi.

Ratusan siswa berarak ke pejabat UMNO


Kira-kira 500 orang, kebanyakannya mahasiswa berarak ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bagi menuntut kebebasan akademik yang lebih besar di negara ini. Bantahan itu kebetulan serentak dengan perbincangan meja bulat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang didakwa aktivis mahasiswa sebagai "membunuh aktivisme mahasiswa".

Kumpulan itu pada mulanya berkumpul di Masjid Jamek di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur pada jam 2 petang dan tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dua jam kemudian,"Kami mahasiswa universiti boleh berfikir, bukan budak sekolah menengah yang dikawal kerajaan.

Kami ada kemampuan untuk menguruskan hal kami sendiri," kata pengerusi gerakan itu BEBAS Muhammad Safwan Anang.Mereka menuntut pemansuhan AUKU dan Akta Institusi Pendidikan dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang didakwa mencabul hak asasi. Ia dibuat bersama tuntutan lain melibatkan kebebasan akademik di universiti, hak terlibat dalam politik dan autonomi mahasiswa di kampus.

PKR dedah Dr M pinjam Bank Dunia


PKR hari ini terus mempertahankan pendiriannya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah terlibat dengan bantuan Bank Dunia semasa era pemerintahannya.
Dalam kenyataan hari ini, parti itu malah mendedahkan pautan ke laman Bank Dunia yang dikatakan "jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia".

Kedua-dua pautan ituboleh dilayari di alamat http://go.worldbank.org/U29R77EBX0 dan http://www.worldbank.org/projects/searchlang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=.

"Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu," demikian menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir semalam mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikannya pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

Sehubungan itu, PKR dalam jawapan balasnya itu turut membangkitkan isu lain membabitkan kepentingan dalam syarikat arak.

"Sewajarnya sebelum mantan perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," katanya.

Puteri UMNO Sertai PAS



Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas, Ruhani Hassan yang telah mengisytharkan keluar Umno dan menyertai PAS pada 9 Disember lalu, kini mula tampil di pentas ceramah PAS bagi menjelaskan segala ketidakadilan yang berlaku dalam BN.

Bertempat di Dataran Pasar Maras di Batu Rakit di Terengganu baru-baru ini beliau menjelaskan beliau serta 80 orang yang lain menyertai PAS adalah kerana rumah mereka bakal drobohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Rumah kami bakal diroboh, melibatkan 22 buah rumah kediaman di kampong Banggol Donas, hanya untuk pembinaan susur (keluar) lebuhraya dari Jeram ke Teluk Pasu," katanya yang dipetik Buletinonline.

Ruhani yang pernah dilantik sebagai ketua puteri dan ahli jawatankuasa Umno Bangol Donas dari tahun 2000 hingga 2008 berkata, beliau pernah membawa isu rumah penduduk yang bakal diroboh untuk dibncangkan dalam mesyuarat cawangan, namun ditolak tanpa sebarang alasan.

Ekoran itu beliau mengambil sikap meninggalkan mesyuarat tersebut dan tawar hati dengan sikap Umno yang tidak mempedulikan kesusahan rakyat.

Sambil menyifatkan Umno sebagai ‘tuli’ dan 'pekak', beliau telah nekad untuk menentang projek itu biarpun berdepan pelbagai dugaan dan cabaran dari dalaman parti sendiri.

“Inilah titik tolak puncanya saya tidak berpuas hati dengan Umno (yang) tidak mahu mendengar masalah yang dialami ahli-ahlinya,

“Inilah dasar kerajaan (Umno yang) pekak, kerajaan tuli sebenarnya,”katanya tidak puas hati.

Namun ujarnya, Umno kemudian bukan sahaja menggunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebagai alat untuk mengugut, bahkan memperalatkan para pegawai dan pasukan keselamatan.

“Kami bersepakat membantah pengambilan tanah yang tidak mengikut peraturan, bermacam-macam dugaan dan cabaan yangkami hadapi tanpa sebarang notis yang dikeluarkan,

“(namun) kontraktor terus membuat kerja dan menggunakan agen-agen seperti JKKK, pegawai pejabat tanah, tok penghulu, bahkan polis juga mereka bawa ke kampung kami, untuk memujuk, mengugut dan memperdaya orang kampung,” jelas Ruhani.

Beliau meluahkan perasaannya yang telah jemu, meluat, loya dan macam-macam lagilah rasa benci kepada Umno dan Barisan Nasional.

Justeru, Ruhani dengan tegas menyatakan pendrian beliau dan rakan-rakannya, akan terus mempertahankan tanah mereka, walau apa jua halangan yang mendatang.

Beliau menyeru kepada seluruh rakyat supaya menolak Umno dan Barisan Nasional, memenangkan PAS serta Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

“Saya berikrar dalam diri saya akan menolak Umno dan marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang kezaliman umno. Umno tidak lagi memenuhi (hati) rakyat Terengganu.

“Jangan mudah terpedaya dengan janji-janj yang dilafazkan (oleh Umno) kerana ini semua adalah gimik kepada (untuk) Umno untuk mencari kemenangan kepada PRU yang ke-13,” tegasnya.

Siapa BARISAN KABINET Jika Pakatan Rakyat Berkuasa ??

Ada org bertanya,siapa barisan Kabinet Jika Pakatan rakyat Mendapat Mandat kelak. Bertanding dlm PRU13 menang atau tewas belum tentu lagi..nak bagi jawapan yg bagaimana. Antaranya Siapa Barisan Kabinet?.Soalan jenis apakah itu...bagaimana jika aq bertanya siapa Barisan kabinet jika UMNO/BN terus berkuasa? boleh jawap? Dato Seri Najib belum Tentu boleh menang di Parliamen Pekan...jadi siapa akan jadi PM..jika Muhyiddin juga tewas? boleh jawap?????aq jelaskan perlantikan Perdana menteri di lantik oleh yg di pertuan agong setelah seorang MP mendapat sokongan majority dewan,dan barisan Kbinet akan di lantik oleh PM..itu kuasa/Mandat PM....jelas.....

Belum Tamat Isu Lembu, "Interlok" Pula Muncul.

Pertubuhan pembela hak orang Melayu, Perkasa hari ini memberi amaran pengundi Melayu tidak akan memberi sokongan kepada wakil MIC, komponen Barisan Nasional (BN), dalam pilihan raya umum ke-13 susulan keputusan Putrajaya menarik balik novel “Interlok” sebagai teks sastera.

Selain itu, dakwa Perkasa, pihaknya juga yakin bahawa akan ada calon-calon Bebas bakal bertanding di kawasan-kawasan ditandingi wakil MIC atas alasan telah menghina penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain.

Perkasa pernah mengumumkan pendirian yang sama ke atas wakil-wakil MCA, satu lagi komponen BN, sebelum ini dalam isu yang lain menyinggung kaum Melayu dan Bumiputera.

“Perkasa yakin pengundi Melayu tidak akan memberi undi kepada calon-calon MIC atau calon-calon India yang anti-Melayu dan mungkin ada calon Bebas yang akan bertanding di kawasan calon MIC bertanding di mana pengundi Melayu lebih 50 peratus,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataan.

Syed Hassan menambah, kumpulan pendesak hak orang Melayu itu amat kecewa dan kesal dengan keputusan kerajaan menarik balik novel kontroversi itu sebagai buku teks sastera.

“Kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan tekanan daripada golongan minoriti yang besar kepala.

“Perkasa sangat marah dan kesal atas pengumuman yang dibuat oleh Presiden MIC bahawa novel ‘Interlok’ digugurkan dari silibus,” kata beliau lagi.

Katanya, Perkasa sedar keputusan itu adalah kehendak MIC demi menagih undi kaum India menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Ini sangat biadap. Kerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina.

Semalam, dua pemimpin kanan MIC mengumumkan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel “Interlok” yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan oleh kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat.

Beliau berharap penarikan balik novel karya Abdullah itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekaligus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.

“Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak,” katanya di Air Keroh, Melaka.

Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan.

Perkara yang sama diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel di Kulim, Kedah.

Syed Hassan berkata, apa yang tertera dalam novel tersebut, yang menjadi bahan kontroversi sejak awal tahun ini, adalah fakta.

“Bukan niat menghina. Yang menghina adalah mereka yang berada di kasta atas, ke atas kasta bawah yang dipanggil paria. Bukan penulis Melayu itu.

“Dan ia masih berlaku dalam masyarakat India di tanah besar India sendiri. Filem-filem mereka yang terbaru masih banyak menceritakan kisah kasta-kasta kaum India. Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala,” katanya lagi.

24 JAM TURUN HARGA MINYAK JIKA PR MENANG

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat terus bangun dan berani melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa memperhitungnya dirinya ke penjara atau tidak selepas keputusan kesnya.Ketua pembangkang di parlimen itu berkata, perubahan kerajaan itu sangat penting demi survival kehidupan rakyat yang lebih baik apabila Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah berkuasa terutama bagi menangani masalah yang sedang mencengkam hidup rakyat pada masa ini.

“Kita memberi jaminan sebaik saja PR menang, dalam tempoh 24 jam harga minyak akan turunkan, kadar elektrik juga diturunkan kerana selama ini harga tinggi dua sumber tenaga ini menyebabkan melambungnya harga barang.

“Gaji minima kakitangan kerajaan dan swasta akan ditetapkan sebanyak RM1,100 dan kita lihat kerajaan yang ada tidka berani menetapkan gaji minima,” katanya ketika berucap dalam majlis Minum & Sembang Petang Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shakira Cafe, Batu 1, dekat sini petang semalam.

Lebih 500 hadir mendengar ucapannya yang singgah dalam perjalanan untuk berceramah di Kuantan.

Anwar berkata, kerajaan PR akan memecahkan monopoli kroni untuk mengembalikan hak rakyat seperti kilang gula dan permit teksi.

“Dulu apabila Robert Kuok memegang konsesi gula, bahan itu tidak ketara sangat naik tetapi apabila diserah kepada kroni Umno, gula sampai empat kali naik.

“Kita tengok pemandu teksi berhempas pulas mencari rezeki, tetapi sesetengah Ketua Umno bahagian ada beratus-ratus permit teksi. Jadi salah guna kuasa dan kronisme yang telah berakar umbi seperti inilah yang akan kita ubah,” katanya.

Anwar berkata, perkara seperti ini kadang-kadang gagal dilihat oleh orang Melayu di kampung-kampung apabila propaganda Umno setiap hari dimainkan kononnya Cina memonopoli kekayaan dalam negara.

“Kenapa disalahkan Cina? Wakil rakyat Melayu, pegawai daerah Melayu, Menteri Besar Melayu. Jadi kenapa orang Melayu semakin miskin?

“Negeri Pahang ini sendiri kaya, tengok balak dah hampir 50 tahun terus dikeluarkan. tetapi kenapa kekayaan itu tidak melimpah kepada rakyat?” soalnya.

Mengenai kesnya yang akan diputuskan pada 9 Januari nanti, beliau yakin akan dibebaskan jika tanpa campur tangan politik.

“Sembilan haribulan depan saya akan dijatuh hukum. Tetapi sudah ada dua jemputan menanti iaitu cucu pejuang India Mahatma Gandhi, Raj Mohan iaitu pelawa datang ke Bombay dari 9 hingga 11 Januari untuk lancarkan kempen besar-besaran menentang rasuah di India.

“Pada 12 haribulan Januari pula saya dijemput berucap di pejabat Perdana Menteri Turki Recep Erdogan di Istanbul. Jadi kamu boleh hina Anwar di Malaysia tetapi tidak di mata dunia,” katanya merujuk kepada Umno.

Salahguna wang zakat RM13.85 juta: Rakyat Melaka Berang

Orang Melayu dan Islam di Melaka wajib berang dengan tindakan pihak berwajib yang menyalahgunakan duit zakat negeri Melaka bukan pada jalan yang diharuskan syarak.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wajab berkata tindakan pihak berwajib menggunakan duit zakat untuk membina kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang berharga RM13.85juta amat dikesalkan.

"Fakta ini bukan kita ambil dari kaki lima, tetapi ia dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri Melaka"

"Lebih malang apabila isu ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka menyatakan tiada unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa. SPRM memberikan jawapan bahawa wang RM13.85 juta yang digunakan untuk membina Bangunan MAIM tersebut adalah wang lebihan Zakat."

"Ini jawapan yang diberikan oleh SPRM kepada Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, mana dalil dan nas yang mengharuskan wang zakat digunakan untuk membina bangunan MAIM?" ujar Yusof.

Yusof berkata umat Islam Melaka mesti bangkit mengajar kerajaan negeri, MAIM dan Puzat Zakat Melaka pada Pilihanraya Umum akan datang.

"Kalau wang zakat pun mereka berani seleweng dan salah gunakan sudah tentu wang lain juga bakal menjadi mangsa kerakusan puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini" tambah beliau.

Perkahwinan gay pertama lelaki Melayu Islam Malaysia


Cukuplah tiga gambar neh. Walaupun aku tiada kaitan dengan arif neh tapi aku tetap merasa sedih dengan apa yang dilakukan oleh arif. Itu baru aku, sebagai orang luar. Belum lagi ibu bapa arif, individu yang paling sayangkan arif di muka bumi neh. Hanya Allah swt je tahu perasaan kedua ibu bapa dia di atas perlakuan "pelik dan songsang" si arif neh.

Untuk rekod, gambar neh bukan gambar curi. Laki dia sendiri [yeke laki? tah larh.. takan nak panggil bini pula ye tak?] yang mendedahkan gambar2 neh di blog / website peribadi sendiri. Dah dia sendiri sebar sebab tue orang tahu. Sebenarnya kebetulan dua, tiga hari lepas bapa dia masuk paper memberitahu tentang kehilangan anak dia.

Dia bimbangkan akidah anak dia. Yang sebenarnya mereka lost contact sejak tahun 2009. Cuma maybe baru sekarang bapa dia bersedia untuk share perkara neh dengan orang luar. Makna nya awal2 dia dapat rasakan sesuatu. Sedih bapa dia.

Kalau ikut bahasa jahat nak aje aku maki hamun si arif neh.. tapi bila fikir2 balik maybe suatu hari bapa dia ataupun ahli keluarga dia yang lain akan terbaca story neh mesti rasa sedih sangat2. So pls larh kekawan, jaga bahasa kita. Memang kita geram lihat perlakuan arif, tapi janganlah bahasa2 kita menguriskan pula perasaan keluarga arif yang kita semua tahu adalah mereka yang paling tertekan dan sedih pada waktu neh.

Buat arif, sebagai seorang pelajar yang cemerlang, kenapalah pilih hidup macam neh? Kenapa lah nak sedihkan perasaan keluarga sendiri dan mereka2 yang memasang harapan tinggi terhadap arif? Untuk rekod korang, arif neh pelajar yang betul2 bijak. Dia pernah mendapat tajaan petronas untuk sambung belajar ke luar negara.

Tapi petronas dah membatalkan tajaan tersebut. Yang menanggung kesemua kos yang pernah petronas keluarkan dulu sekarang neh ialah bapa arif sendiri. Sudahlah menyedihkan keluarga sendiri, tinggalkan hutang pula. Apa lah kering sangat ahti ko neh arif.

Kalau ko terbaca neh arif, tolonglah, kalau ye pun benci sangat pada keluarga sendiri, tolonglah jumpa mereka buat kali terakhir. Sementara mereka masih hidup, sementara ko masih hidup, jumpalah mereka buat kali terakhir.

Sekurang2nya biarlah depa meluahkan apa yang mereka rasakan selama ko menghilang dan baru2 neh telah pula berkahwin dengan seorang lelaki. Fikirlah arif, tanpa jasa mak bapa ko bukan sapa2. Ko boleh putuskan hubungan dengan seme manusia di dunia neh tapi bukan dengan mak bapa dan ahli keluarga sendiri. Fikirlah masak2 arif. Kejam pun sepatutnya ada limit arif, apatah lagi pada keluarga sendiri. Sekian.

Blog yang mendedahkan gambar neh telah hilang tanpa dikesan.

Muhyiddin Tikam Belakang Najib?

Sememangnya presiden Umno Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin tidak seia sekata. Malah, terdapat persaingan sengit antara mereka sebelum Najib ditabalkan sebagai presiden UMNO selepas Abdullah Badawi dipaksa pemimpin atasan untuk bersara awal. Nama Muhyiddin sekarang semakin terkenal di kalangan komuniti Melayu. Telah beberapa kali timbul cakap-cakap tentang siapakah paling layak bertanding untuk jawatan presiden walaupun dirinya dan Najib sering dipersembahkan secara bergandingan oleh media kawaanl kerajaan supaya nampak akrab.
Jangan salah anggap kerana mereka sememangnya sentiasa bersaing.

Sejauh manakah setianya si timbalan?

Malangnya, pada tahun 2008, mantan perdana menteri Mahathir Mohamad telah memutuskan bahawa Najiblah yang layak mengambil alih tugas Badawi seperti mana yang dijangka oleh kebanyakkan orang. Muhyiddin begitu kecewa kerana telah dikalahkan oleh Najib pada saat-saat akhir. Namun, apakan daya, Mahathir masih lagi merupakan tunggak yang mempunyai kuasa dalam UMNO. Jika ditentang, pasti geng-geng politik samsengnya akan menanti.

Anehnya, pada masa itu, Muhyiddin tiada kuasa langsung, umpama ahli biasa UMNO kerana dia tidak disokong oleh peringkat tertinggi dan pemimpin UMNO yang lain. Tiada juga wakil dari tempat asalnya, Johor. Pada masa itu, dia keseorangan dan terpaksa mula mengumpul penyokong dan juga pengikutnya sendiri.

Muhyiddin tidak dihiraukan oleh Badawi kerana dia terlalu sibuk menyiapkan menantunya, Khairy Jamaluddin pada masa pemerintahannya sebagai PM. Muhyiddin telah terbiar sendirian namun tidaklah dalam kegelapan. Pada masa itulah Muhyiddin belajar untuk berdikari sendiri walaupun tidak pernah bersendirian.

Keinginan untuk memegang jawatan tertinggi masih kuat bagi Muhyiddin lebih-lebih lagi pada masa ini. Ini kerana umurnya serta peluang yang ada di depan mata. Najib sangat lemah, dibebani pula oleh masalah dan dilemma yang tiada henti.

Tapi, jujurkah Muhyiddin bila berkata bahawa dia adalah timbalan yang setia? Bukankah dia telah berjanji untuk tidak mencabar jawatan presiden. Adakah Muhyiddin akan membiarkan Najib memijak-mijaknya?

Perpecahan

Sebenarnya, Muhyiddin sudahpun melancarkan beberapa strategi bersama beberapa orang penasihatnya dan sekumpulan kecil penyokong. Walaupun ada kekurangan, kita masih boleh merasakan kesannya apabila dia mempersoalkan konsep 1Malaysia apabila Najib mula-mula mengumumkannya dulu.

Muhyiddin kemudian menunjukkan keyakinannya apabila mengumumkan bahawa dia orang Melayu dulu, kemudian orang Malaysia. Muhyiddin kemudiannya semakin berani menentang Mahathir apabila memberhentikan pelaksaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu dan bukan Inggeris seperti yang diperkenalkan oleh Mahathir.

Ternyata, Muhyiddin cuba untuk menunjukkan bahawa dia mampu untuk mengikut kata hatinya sendiri justeru mendapat sokongan yang lebih lagi dari akar umbi kerana keberaniannya ingkar kepada Najib di saat-saat akhir. Ya, sememangnya dia boleh buat apa saja yang dikehendakinya, seperti pada perhimpunan agung UMNO dimana dia melafazkan baiah untuk taat setia apabila realitinya, dia akan menentang Najib habis-habisan untuk kerusi presiden. Sama jugalah seperti Najib jika berada di tempatnya. Muhyiddin tidak akan kehilangan apa-apa pun.

Untuk menang, Muhyiddin tahu dia tidak memerlukan sokongan 100% dari UMNO. Apa yang diperlukannya adalah untuk membuat bising tentang isu-isu akan memecah-belahkan UMNO supaya Najib dan rakan-rakan pengampunya akan terpaksa akur.

Tekanan semakin memuncak untuk Najib melepaskan jawatan jika ingin menyelamatkan UMNO dari perpecahan yang lebih dasyat dengan bakal berlangsungnya pilihanraya ke 13.

Pencacai-pencacai Najib

Muhyiddin juga tahu bahawa orang-orang Najib sedang sibuk menjaga hal masing-masing. Mereka juga tahu bahawa kedudukan Najib amat lemah, dengan kelembapan ekonomi, ketidakstabilan politik dan parti pembangkang yang semakin popular saban hari. Tidak sukar untuk mempengaruhi mereka yang berada di atas pagar. Lebih-lebih lagi, Muhyiddin yang kurang skandal berbanding Najib dan telah membuktikan bahawa dia lebih berani.

Ramai yang berkata bahawa Muhyiddin telah terlambat. Namun, apa yang perlu dilakukannya adalah hanya berusaha dengan lebih gigih lagi dan fokus kepada cara untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi UMNO yang tidak senang akan Najib.

PM sememangnya terlalu sibuk untuk fokus pada apa-apa. Terlalu banyak jalan-jalan di luar negara dan aktiviti melancong yang telah dijadualkan. Memang ramai pemimpin UMNO yang tidak senang akan Najib. Jelaslah bahawa Najib sedang sibuk meletakkan orang-orangnya untuk menjadi calon di Johor dan bahagian lain untuk melumpuhkan kemaraan Muhyiddin.

Ramai yang berpendapat bahawa Mahathir sudah memberi lampu isyarat untuk Najib tapi tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk Najib. Dia telah berbuat begitu pada tahun 2008 tapi Najib gagal menunjukkan prestasi cemerlang. Ada kemungkinan Mahathir akan memilih orang lain pada tahun 2012, pada masa pemilihan parti dijalankan.

Pada usia 86 tahun, Mahathir masih bijak. Dia tidak akan menampakkan dirinya terlalu awal, tidak sehingga ia terlalu jelas bagi semua. Mahathir tidak boleh menyokong sesiapa saja. Dia perlu memastikan masa depan politik dan kewangan untuk anak-anak dan cucu-cucunya. Dalam erti kata lain, dia belum lagi membuat keputusan siapa hendak disokong untuk menjadi presiden UMNO yang seterusnya sehingga ia nampak dengan lebih jelas lagi.

Tanda lebih jelas

Dari Muhyiddin, buat masa ini, Mahathir mahu lihat lebih banyak bukti dan kesetiaan. Muhyiddin telah menunjukkan bahawa dia bebas melakukan apa saja dan ini menakutkan si autokratik Mahathir.

Najib hanya boleh diterima Mahathir semasa hayatnya. Mahathir boleh mengawal Najib yang sememangnya lembap.

Tapi, bila Mahathir sudah tiada Najib boleh jadi orang suruhan siapa saja. Apa akan berlaku pada anak cucu Mahathir? Isteri Najib, Rosmah Mansur, pasti tersenyum apabila membaca ini.

Selain daripada perang dingin antara si nombor 1 dan 2, ramai lagi pemimpin tertinggi UMNO yang sibuk merencanakan sesuatu untuk pemilihan parti pada tahun 2012, yang dijangka agak sengit.