Pages

50% Ahli DAP Adalah Melayu

Naib Presiden DAP, Senator Tengku Abdul Aziz menyangkal dakwaan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang mendakwa kononnya DAP adalah parti untuk masyarakat kaum Cina sahaja dan bukan untuk orang Melayu di negara ini. Katanya sejak DAP menubuhkan barisan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai oleh DAP, PAS dan PKR tahap bilangan orang Melayu di seluruh negara semakin ramai dan hampir 50 peratus menjadi ahli DAP.

“Ini adalah atas kesedaran orang-orang Melayu sendiri terhadap perjuangan DAP yang mementingkan ke arah membela nasib rakyat yang berbilang kaum dan anutan kepercayaan agama yang berbeza-beza,” ujarnya.

Tengku Aziz berkata lagi dalam menerajui kepimpinan DAP ramai di kalangan anak-anak muda khususnya generasi muda yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai jurusan menjadi ahi dalam parti DAP, sama ada kaum Cina, India dan juga Melayu.

“DAP tidak macam UMNO. Golongan muda para cerdik pandai yang mempunyai kelulusan Sarjana Muda langsung tiada peluang menjadi Ahli Majlis Tertinggi dan kebanyakannya yang tua-tua bangka sahaja,” katanya.

Tengku Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap di hadapan 1,000 orang para penyokong DAP pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan SM Yu Yuan, Sandakan.

Katanya lagi, para pemimpin dalam memperjuangkan rakyat tidak telus, tidak ikhlas dan kebanyakan wakil rakyat mereka baru satu penggal jadi ADUN yang bergelar 'YB' sudah kaya raya; rumah mewah, kereta mewah sehingga empat-lima buah di depan rumah selain itu isteri hingga 2 atau 3 orang.

"Di Sandakan, kita tahu 90 % masyarakat Cina telah menyokong DAP dan menolak kepimpinan BN sebab wakil rakyatnya tidak jujur dan hanya mementingkan keuntungan, bukan untuk kepentingan rakyat," tegasnya.

Sementara dalam ucapan Pengerusi DAP Sandakan, Steven Wong menyeru agar masyarakat Cina di daerah ini bersatu untuk menumbangkan calon-calon BN yang bertanding di kawasan Elopura, Karamunting, Tanjung Papat bagi kouta Cina.

“Orang Cina harus sedar dan buka mata jangan kerana beras 10 kilo, gula dua kilo kamu telah berubah fikiran dan menyokong BN. Sampai ke mana beras lima kilo itu?" tanya Steven Wong.

Angpau Putih Ibrahim Ali Hina Orang Cina

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas tindakan Perkasa yang di ketuai Datuk Ibrahim Ali yang dianggap menghina masyarakat cina di negara ini dengan menggunakan sampul putih di majlis pemberian angpau baru-baru ini.

Kenyataan Lim tersebut ekoran satu majlis Tahun Baru Cina di Kelab Sultan Sulaiman pada 29 Januari lalu Perkasa mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih.

"Tahun Baru Cina menggunakan angpau warna merah tapi Ibrahim Ali dan Perkasa bagi warna putih. "Warna putih adalah angpaw untuk orang mati. Ini satu penghinaan pada orang Cina. Menurut Lim, MCA juga turut bertanggungjawab kerana mengheret Perkasa untuk turut serta dimajlis tersebut.

"Kita tahu MCA terlibat kerana seorang AJK MCA bahagian Seputih, Datuk Tew Choo Meng adala orang yang bertanggungjawab membawa perkasa di majlis tersebut.

"Rasis Cina MCA, rasis melayu adalah Perkasa dan Utusan, mereka dah bersatu jadi abang adik, sokong sama sokong," jelas beliau melalui rakaman Audio sidang medianya kepada TV Selangor.

Menurut Lim, beliau bimbang dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pelampau seperti Perkasa dan MCA.

"Tapi Perkasa hina orang Cina itu perkara biasa tetapi apabila MCA juga terlibat sama bawa Perkasa untuk sama-sama hina orang Cina itu yang saya tak boleh terima," jelas beliau yang juga Setiausaha Agung DAP.

Haron Din sah bertanding PRU13

Pas Perlis mengesahkan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din akan bertanding pada pilihan raya umum ketiga berturut-turut sekali gus mengetuai Pas negeri itu dalam usaha menawan Perlis dari tangan Barisan Nasional (BN).

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pengesahan itu dibuat bagi menutup desas-desus pelbagai pihak mendakwa Haron Din tidak akan bertanding lagi pada pilihan raya umum (PRU) kali ini disebabkan masalah kesihatan.

Menurutnya, Pas Perlis sudah mengemukakan tawaran bertanding PRU kepada tokoh pengamal perubatan Islam itu sejak setahun lalu dan baru menerima jawapan positif beberapa minggu lalu.

“Haron Din bersedia bertanding buat kali ketiga walaupun dua kali tertewas dalam PRU terdahulu dan Pas bersedia menyerahkan mana-mana kerusi yang dirasakan sesuai untuknya.
“Bagaimanapun, saya yakin beliau akan menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen sahaja dan mampu menang pada kali ini berdasarkan sokongan padu ditunjukkan rakyat Perlis,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Perlis semalam.

Hashim berkata, Pas menaruh keyakinan penuh mampu menawan Perlis kali ini berdasarkan trend sokongan padu ditonjolkan rakyat sehingga ramai pihak yang berebut-rebut menyampaikan sumbangan kepada parti bagi persiapan PRU.

Menurutnya, trend itu merupakan sesuatu yang tidak pernah dijangka apabila boleh dikatakan setiap hari ada sahaja yang datang berjumpa dengan pemimpin Pas negeri untuk menyampaikan sumbangan sehingga kadang-kadang mencecah ribuan ringgit.

Hashim turut menyifatkan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) kini mendapat jaminan padu rakyat bukan Islam Perlis untuk bersama-sama mereka setelah bosan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada.

Mengapa Muhyiddin Takut Pada Suruhanjaya Diraja

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Januari lalu mengeluarkan kenyataan bahawa langkah menubuhkan suruhanjaya diraja tidak perlu bagi menyiasat penyelewengan projek Fidlot Nasional (NFC).

Katanya, penjelasan Jabatan Audit negara serta siasatan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malysia (SPRM) memadai.

Selain itu katanya kerajaan juga turut melantik firma perunding perakaunan bagi menjalankan proses penilaian bagi melihat status kewangan syarikat yang mengurus projek tersebut.

Kenyataan Muhyiddin tersebut ekoran gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya dilantik suruhanjaya diraja bagi menyiasat NFC.

Isu NFC secara tersuratnya melibatkan dua faktor utama. Pertamanya sebagimana dipapar di dada media berhubung penyelewengan dan salah urus oleh NFC melibatkan pinjaman dari dana rakyat bernilai RM250 juta.

Keduanya, berhubung tender terhad yang membolehkan projek tersebut diberikan kepada suami seorang menteri. Manakala Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani ketika tender tersebut diberikan kepada suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul adalah Muhyiddin.

Dari sudut politiknya, isu penyelewengan dan salah urus oleh syarikat-syarikat yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Umno adalah perkara biasa berlaku.
Tetapi isunya adalah dana rakyat yang sebegitu besar diberikan kepada syarikat yang tidak ada pengalaman langsung dalam industri ternakan lembu.

Maka disinilah letaknya kesalahan Muhyiddin. Persoalannya mengapakah Muhyiddin sanggup memperjudikan RM250 juta wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai pengalaman.

Anwar Jawab Segala Tomahan

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah di Majlis Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Dengkil malam tadi menjawab segala tomahan yang dilemparkan kepada beliau oleh media milik Umno.

Antara tomahan dan fitnah tersebut berhubung kenyataan beliau berhubung amalan homoseksual dan isu Israel-Palestin.

Beliau juga mengumumkan kelogikan untuk menurunkan harga minyak, letrik dan tol sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Ketua Pembangkang tersebut juga mempersoalkan ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan beliau berhubung pelbagi isu melibatkan kepentingan rakyat.

Ikuti petikan ceramah beliau melalui vedio dibawah.


Sumbangan Hadi Amat Di Perlukan

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berharap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menarik diri dari menyertai PRU13 akan datang kerana sumbangan beliau amat diperlukan bagi memastikan usaha Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Lim berkata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam memenuhi desakan rakyat yang ingin melihat perubahan tampok pemerintan negara amat memerlukan pemimpin veteran PAS itu.

"Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Hadi pada PRU-13 akan datang supaya dapat merealisasikan cita-cita mengambil alih Putrajaya,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Mengimbau kembali tsunami politik yang melanda negara pada 2008 lalu, Kit Siang berkata kejayaan gagasan Pakatan Rakyat itu seharusnya diteruskan lagi untuk membawa harapan baru kepada rakyat Malaysia.

"Oleh sebab itu, kejayaan yang bakal kita (Pakatan Rakyat) kecapi pada PRU-13 ini memerlukan sumbangan semua parti dengan barisan kepimpinan yang hebat seperti Tuan Guru Hadi Awang,"jelasnya.

Abdul Hadi menyatakan hasratnya untuk berundur dari PAS dalam satu wawancara ekslusif yang disiarkan di Sinar Harian semalam.

Abdul Hadi menjelaskan pengundurannya itu berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berpendapat bahawa gagasan Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Abdul Hadi dan ia bukan suatu yang mudah untuk melepaskan pemimpin seperti Abdul Hadi daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Memetik laporan sebuah portal berita, Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.

"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat,"katanya.

Dr Mahathir Paling Takut Bila Pakatan Berkuasa

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pautrajaya.

Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini.

"Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau

Maka, tegasnya, rakyat disaran terus memberikan peluang dan mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mengekal dan meluaskan kuasa seterusnya menguasai Putrajaya.

"Setakat hari ini prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat amat memberangsangkan bukan mendukacitakan termasuklah kita tengok skim yang kita tawarkan dan kita akan tawarkan lebih baik lagi sepertimana janji kita soal penurunan harga petrol, letrik dan tol," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Idris menyatakan apa yang disuarakan Dr Mahathir itu adalah menzahirkan kebimbangan beliau dengan menutup kegagalan di dalam pelbagai perancangan seperti projek penswastaan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurutnya, kebanyakan projek dirancang Dr Mahathir menemui kegagalan seperti yang boleh dilihat dialami oleh Proton ketika ini serta yang lain termasuk Indah Water dan MAS kerana semua projek itu mementingkan kroni dan pihak tertentu.



Maka dengan itu, jelasnya Dr Mahathir sering memberi gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menutup kepincangan dan kelemahan kerajaan BN sejak sekian lama

"Sebenarnya dia nak lindung segala kelemahan dia tinggalkan selama ini, selama 22 tahun. Terakhir kita tengok dasar-dasar penswastaan Dr Mahathir semua gagal. Dengan semuanya apabila kroninya kenyang, suku sakatnya kenyang, akhirnya kerajaan terpaksa tanggung 'biawak hidup'," ujarnya.

Idris seterusnya berkata, Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana pentadbiran penuh kebertanggungjawaban, telus dan adil.

"Maka sebab itu kita berjaya, pasal kita buat dan kita beri (kepada semua rakyat) bukan kepada ahli Umno atau penyokong BN. Setakat ini kemampuan kita berjaya berbanding dengaan apa Dr Mahathir dan juga suku sakat serta anak buahnya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) buat hari ini," katanya.

Menurut Idris, Tindakan Dr Mahathir tersebut juga ekoran kebimbangan berhubung nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa yang dilakukan ketika menguasai negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

Kenyataan Anwar Mengenai Israel Diputar Belit

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan media berhubung putar belit fakta dan kenyataan beliau yang di siarkan melalui media arus perdana.

Berikut adalah kenyataan penuh menerusi kenyataan media beliau.

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Samseng Umno Belasah Penyokong Pas Di Luar Masjid

20 JAN 12: Kecoh di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan. Sekumpulan jemaah yang baru selesai menunaikan solat jumaat di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan telah berkumpul untuk memberi taklimat tentangg AUKU di luar perkarangan masjid telah digempur dengan tidak bermoral oleh sekumpulan yang tidak puas hati dengan sessi taklimat tersebut.

Suasana Di Rumah Anwar Ibrahim Sempena Majlis Kesyukuran

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/402843_1818770524375_1693525944_924850_401606310_n.jpg


Mohd Sayuti Omar

Bacaan yassin di rumah Anwar Ibrahim. Beliau dan keluarga mengadakan kenduri kesyukuran atas pembebasan dari mahkamah tinggi Kl atas tuduhan menjijikkan pada 9 Januari lalu.

Sultan Puji Kepimpinan Ustaz Azizan

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memuji pentadbiran negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan dan kemajuan pembangunan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Baginda bertitah, pelbagai program pembangunan yang sedang giat direncanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kini menampakkan hasil.

“Beta harap aktiviti pembuatan yang kini berkembang pesat dapat terus dimajukan sehingga menjadi tumpuan utama selain menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur dan mendirikan kilang perindustrian di Kulim Hi-tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Yan dan Bukit Kayu Hitam".

Baginda bertitah pada istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraannya ke-84, di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, semalam.

Titah ucapan baginda dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Tuanku Abdul Halim bertitah, kerancakan aktiviti ekonomi ini menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat selain berharap taraf hidup rakyat dapat terus dipertingkat menerusi kemudahan prasarana yang menjadi asas kepada perkembangan aktiviti komersil seperti perumahan, perkilangan dan perkhidmatan.

“Beta amat sukacita kerana Kedah sentiasa aman dan sejahtera setiap masa. Walaupun terdapat beberapa peristiwa hangat yang berlaku akhir-akhir ini, tetapi ia dapat dikawal hasil kerjasama Kerajaan Negeri dan rakyat,” titah baginda.

Baginda turut melahirkan kesyukuran kerana Kedah terhindar daripada keganasan dan ketegangan antara kaum yang kritikal seperti yang berlaku di beberapa negara lain, selain berpuas hati dengan corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendokong prinsip keadilan tanpa mengira latar belakang.

“Tidak ada peristiwa yang tidak diingini berlaku dan rakyat yakin dengan kestabilan politik negeri ini. Beta harap semua pihak komited menjalankan tugas, ikhlas, amanah serta telus dalam mengendalikan urusan pentadbiran,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah, untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, seluruh kepimpinan kerajaan, anggota pentadbiran dan rakyat haruslah bertakwa kepada ALLAH SWT agar mendapat keberkatanNya.

“Jentera pentadbiran dan pengurusan negeri yang cekap amat penting untuk merancang dan melaksana dasar dan program Kerajaan Negeri. Oleh itu, anggota perkhidmatan awam perlu berpegang teguh pada konsep amanah dan kepimpinan berintegriti,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan Menteri Besar supaya memastikan keadilan dapat terus dilaksana sebaik mungkin, selain setiap rakyat hendaklah diberi hak masing-masing tanpa mengira perbezaan anutan agama, bangsa mahupun fahaman politik.

Video Ahli UMNO Maki Hamun Pemimpin Sendiri

Kalau ahli-ahli Pakatan Rakyat buat macam ni dah lama keluar tv, silap-silap berbulan di mainkan isu ini. Tapi memandangkan isu panas macam ni berlaku kat UMNO BN, tutup rapat-rapat jangan bagitau orang luar. Begitulah punya busuk hati gerombolan lembu yang dinamakan UMNO nih.

Kalau kita tengok Tv3suku sekarang, bolah di katakan tiap-tiap malam di siarkan kisah rakyat-rakyat di negeri Pakatan Rakyat buat demonstrasi tak puas hati dengan pentadbiran Pakatan Rakyat.



Walaupun perkara tu kecil,tapi Tv3suku siarakan supaya menampakkan isu itu terlalu besar daripada isu nasioanl sekarang seperti NFC, PKFZ dan bermacam-macam isu lagi. Jikalau di tengokkan video nih, puas jugak ler pemimpin UMNO nak menjawab.

Sheikh Yusof Al-Qaradhawi ucap tahniah kepada Anwar

LAMAN web rasmi Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyiarkan ucapan tahniah daripada Ulama kotemporari terkenal dunia Islam itu kepada Anwar Ibrahim berhubung pembebasannya terhadap tuduhan liwat baru-baru ini.

Ulama yang menjadi rujukan dan begitu dihormati oleh dunia Islam itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu menyampaikan mesej tahniah kepada Anwar Ibrahim yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Rakyat.

"Kami kirimkan kepada anda hati yang dipenuhi dengan kegembiraan, mulut yang tersenyum kerana telah ditunjukkan oleh Allah bahawa anda tidak bersalah melalui kuasa mahkamah, dan kerana Allah bersama anda disertai kasih dan hormat dari rakyat"

(diterjemah dari google translate).




Seperti biasa, media propaganda seperti Utusan, tidak akan menyiarkan berita ini, sebaliknya hari ini Utusan menyiarkan berita kononnya Gay Philipina gembira dengan pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat.



Utusan seperti biasa akan terus mencari jalan untuk memburukkan Anwar Ibrahim, mereka akan terus memperbodohkan orang kampung, ayam itek lembu dan kambeng.

Bapa Saiful Tak Puas Hati

Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

Beliau berpendapat tindakan itu sebagai satu langkah menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia.

Katanya, Majlis Peguam seharusnya bersikap neutral dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.

"Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian individu-individu tertentu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?"

"Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam dalam kes ini yang ikut rekod telah kemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali?

"Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah dihalang," katanya pada satu sidang media, di rumahnya di Bandar Utama petang ini.

Beliau mempersoalkan mengapa berlaku 'double standard' dan adakah kerana anaknya seorang insan kerdil, bukannya seorang VIP, ahli politik sehinggakan haknya dinafikan begitu sahaja.

"Demi anak saya, saya merayu agar-agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.

Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

"Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat panegadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau juga seluruh keluarga saya," katanya.

Kelmarin, Majlis Peguam menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan Anwar.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Parti KITA Melaka dibubarkan, ahli masuk PKR

Satu-satunya cawangan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di Melaka yang mempunyai keahlian seramai 60 orang hari ini bertindak membubarkan parti berkenaan sekaligus memasuki PKR di bawah Cabang Tangga Batu, Melaka.

Menurut bekas pengerusi parti KITA Melaka, Leftenan Kolonel (B) Hashim Puteh, tindakan itu diambil berikutan ahli merasakan beberapa perkara telah terkeluar daripada perjuangan asal parti.

Justeru katanya, ahli terkeliru dengan perjuangan yang dibawa presidennya, Datuk Zahid Ibrahim. "Kita telah mengambil keputusan bahawa kita tidak lagi menyokong parti KITA kerana akar umbi yang bersama-sama kita di sini sudah keliru dengan perjuangan yang dibawa Datuk Zahid Ibrahim dan juga parti KITA.

"Penubuhannya empat bulan sebelum itu memang ada pelbagai aktiviti tetapi selepas itu sehingga sekarang kira-kira dalam enam bulan dan tujuh bulan setelah itu kita tidak dipanggil untuk bermesyuarat, mungkin telah dipinggirkan berikutan tiada gerak kerja parti yang dijalankan.

Turunkan papan tanda

"Kita ada pejabat iaitu di Taman Gadong Perdana, Pulau Gadong Melaka, tetapi kita hanya bergerak dalam negeri Melaka sahaja dan pusat tidak pernah memanggil kita atau memberi arahan melakukan gerak kerja dan lain-lain," katanya pada sidang media di perkarangan bekas pejabat parti berkenaan hari ini.

Sebaik sahaja papan tanda parti itu diturunkan di premis berkenaan Hashim bertindak menyerah 60 borang keahlian PKR kepada Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Sementara itu, bekas setiausaha agung parti KITA yang dipecat 10 Disember lalu, Abdul Latif A Tambi yang turut dijemput pada majlis berkenaan mendakwa setakat ini hanya parti KITA cawangan Kedah sahaja yang dilihat aktif sementara yang lain sepi.

"Biarpun parti KITA adalah sebuah parti yang sah namun kita masih meragui pada peringkat cawangan di Melaka kerana ia dikatakan masih tidak memperolehi kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Mungkin mereka tidak mahu wujudkan lagi cawangan ini, jadi saya rasa eloklah kami bubar dan berjuang di bawah parti lain yang sesuai kepada kehendaki kita justeru kami memilih PKR.

"Kita bekerja bukan untuk mendapatkan kedudukan dan pangkat tetapi bekerja untuk menumbangkan BN dan Umno dan kita akan bekerja kuat menerusi PKR Cabang Tangga Batu untuk menyatukan kekuatan kita.

"Kita nampak Datuk Zahid Ibrahim tiada tumpuan dan terlalu berubah kerana suatu ketika dahulu dia terlalu taksub memuji-muji BN sehingga melakukan "road show" meminta maaf kepada Datuk Seri Najib Razak bagi menyokong transformasi BN itu sendiri dan menidakkan keupayaan Pakatan Rakyat terutama PKR.

Bob Kuman Hasrat Sertai PAS

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi..menyampaikan hasrat hati ingin berada bersama-sama dalam gerakan dalam Islam tetapi sentiasa ada halangan.

Beliau turut memaklumkan bahawa bapanya sendiri merupakan penyokong kuat PAS suatu ketika dahulu dan pernah di rumah mereka menjadi markaz PAS.

BAPA SAIFUL RAYU KES LIWAT II DITERUSKAN

Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan meliwat anaknya.Azlan Mohd Lazim, 58, berkata, beliau akan terus bersama anaknya itu menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta seluruh ahli keluarganya.

“Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.

“Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini.

Katanya, buat masa ini beliau masih menunggu langkah yang akan diambil peguam negara — sama ada akan merayu keputusan tersebut.

Peguam Negara juga masih belum menghubungi beliau berhubung tindakan itu, kata Azlan, 58, ketika ditanya pada sidang media hari ini.

UPSI gantung Adam Adli 3 semester

Tindakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang padah apabila dia digantung pengajian selama tiga semester semalam.

Penggantungan serta-merta itu diputuskan oleh lima panel Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UPSI yang dipengerusikan Naib Canselor, Prof Dr. Zakaria Kasa pada prosiding di Pusat Global, UPSI di sini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar berkata, pelajar jurusan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua itu disabitkan di bawah Kaedah 3(a) (i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah UPSI (Tatatertib Pelajar-pelajar 1999.

"Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati bahawa pelajar terbabit telah melakukan perbuatan menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri seperti dalam kedua-dua pertuduhan.

"Elemen dalam kedua-dua pertuduhan telah dibuktikan dan tindakannya telah merosak atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik UPSI selain ketenteraman atau keselamatan awam, moral dan kesopanan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Anwar syukur, Saiful reda

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam menyifatkan keputusan itu adalah adil serta membersihkan namanya dan keluarga.

Anwar yang ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta turut mengucapkan terima kasih kepada barisan peguamnya kerana bersungguh- sungguh sepanjang perbicaraan dan bersyukur kerana keluarga sentiasa menyokongnya.

"Sekarang masih awal untuk menyatakan apa-apa kerana ruang untuk pendakwa meneruskan (membuat rayuan) masih ada. Saya hanya bersyukur dengan apa yang didengar hari ini (semalam)," katanya.

Isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang turut ditanya perasaannya hanya berkata: "Syukur, Alhamdulillah."

Anwar dibebas tuduhan liwat

Integriti teknikal pada bukti Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan ternyata memberi kelegaan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila semalam dia dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di sebuah kondominium di ibu negara empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika membacakan penghakiman selama lima minit berkata, mahkamah tidak mempunyai bukti secukupnya untuk mensabitkan Anwar, 65, bersalah terhadap tuduhan dia meliwat Mohd. Saiful, 27.

“Selepas meneliti sepenuhnya bukti keterangan, mahkamah tidak boleh seratus peratus yakin berhubung integriti sampel DNA yang diambil daripada pengadu (Mohd. Saiful) tidak pernah terusik.

“Sehubungan itu, mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut,” tegas beliau.

Safwan Anang Cabar Polis Dedahkan ‘Full Video’

Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang@Talib hari ini tampil membuat kenyataan tegas mencabar pihak polis mengeluarkan bukti melalui rakaman video yang penuh.

Menurutnya, beliau bertegas bahawa empat klip video yang disiarkan pihak polis hanya menunjukkan apa yang berlaku sebelum pergelutan antara polis dan pelajar, yang menyebabkan dia cedera parah.

“Kami mengutuk polis kerana berbuat demikian. Mengapa mereka tidak memuat naik gambaran sebenar tentang apa yang berlaku semasa pergelutan itu?” soalnya.

“Ini bermakna polis menafikan berlaku pergelutan, menyembunyikan sebahagian daripada bahan bukti,” kata Safwan berhubung insiden awal pagi Ahad lalu di luar kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak.

Safwan diberitakan hadir bersama isteri dan ahli keluarga serta beberapa rakan aktivis mahasiswa membuat satu laporan di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur petang hari ini.

Masih berkerusi roda

Dalam laporan itu, dia menuduh berlaku kekasaran pihak polis semasa pergelutan tersebut, dan juga mengadu cermin depan keretanya dipecahkan oleh orang yang tidak diketahui pada pagi hari berikutnya.

Safwan yang hadir dengan berkerusi roda juga mendakwa anggota polis menumbuk pipi kirinya dan menekan lutut pada dada kanannya ketika menangkapnya, menyebabkan dia selepas itu mengalami sesak nafas dan tidak sedarkan diri.

Selain Safwan, turut meminta pihak polis mendedahkan rakaman penuh adalah Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul dalam kenyataannya sebentar tadi.

Anwar Jumpa Nik Aziz

Esok Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan 'terakhir' ke Kelantan sebelum beliau dijatuhi hukuman berhubung dakwaan liwat pada 9 Janauri. Dalam kunjungan itu Anwar akan mengisi beberapa program yang diatur oleh PKR Kelantan.

Sebaik sampai di Kota Bharu kira-kira jam 4:00 petang beliau langsung berjumpa dengan Pesruhjaya Pas Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat diikuti pertemuan beliau dengan Timbalan Pesuruhjaya Ahmad Yaacob

Selepas itu akan ke Padang Kada, Melor melawat pondok tradisi. Di situ beliau akan bersembahyang berjemaah, solat hajat dan munajak.

Dari Padang Kala beliau akan ke Madu, Machang Kelantan berjumpa dengan beberapa pemimpin NGO, penulis, bloger dan facebooker. Selepas itu akan ke Machang untuk berceramah umum bersama Nik Aziz dan beberapa pemimpin lain.

Lawatan atau acara paling penting Anwar di Kota Bharu ialah perjumpaan dengan Nik Aziz. Perjumpaan itu penting mengenai masa depan Pakatan Rakyat dan menjelaskan apakah plan kotengensi yang telah difikirkan.

Dalam pada itu difahamkan juga pertemuan itu turut membincangkan soal kerusi yang akan ditandingi oleh PKR di Kelantan. Anwar sudah mendapat formula untuk dibincang bersama Nik Aziz, Ahmad Yaacob dan pemimpin yang lain. Adalah dipercayai formula itu mengenai pembahagian kerusi yang perlu dikonsensuskan atau diberikan kata putus.

Di fahamkan formula yang bakal dikemukakan Anwar untuk mendapat persetujuan Pas ialah menukarkan beberapa kerusi. Sebelum ini Anwar dikatakan telah berbincang lanjut dengan seorang pemimpin kanan Pas Kelantan di rumahnya. Mungkin idea atau pun rumusan dibuat bersama pemimpin itu menjadi panduan Anwar.

Wanita Umno Kena 'Basuh' Dengan Auntie Cina

Sekumpulan Wanita Umno mendapat ‘ceramah khas’ dari Annie Ooi Siew Lan atau nama popularnya, ‘Untie Bersih’ di depan Balai Polis Dang Wangi hari ini. (3/1/2012)

Annie bertindak demikian secara spontan semasa kumpulan Wanita Umno itu tiba di balai tersebut untuk membuat laporan polis berhubung himpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Januari ini.

Afdlin Shauki Masuk UMNO

Penghibur terkenal, Afdlin Shauki hari ini mengesahkan yang beliau akan menyertai UMNO bersama rakan lawaknya dari kumpulan Boboi, Harun Salim Bachik.

Afdlin yang baru memenangi tempat kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama Harun berkata, penyertaannya di dalam parti itu adalah hasil perbincangannya dengan ramai sahabatnya sebelum ini.

Sehubungan itu beliau akan menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli petang ini juga.

” Ya, saya berhasrat untuk menjadi ahli UMNO dan akan ke PWTC untuk menyerahkan borang,” katanya pada Mynewshub.My di sini hari ini.

Rakan dan juga sahabatnya Bob Lokman juga sebelum ini memilih platform politik tetapi di dalam parti Pas.

Ironinya, kedua-dua mereka pernah berkerjasama dan menjadi juri dalam pertandingan Raja Lawak yang pernah disiarkan oleh Astro.

Pada 14 Oktober lalu seramai 10 artis semalam menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda UMNO di sini ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Media sebelum ini juga pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.

UPSI sekat Youtube, facebook dan ugut Siswi yang ditahan Polis

Seorang siswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Nurul Piteriah yang turut dikenalpasti antara 17 yang ditahan dalam himpunan semalam tampil membuat pengakuan yang mengejutkan.

Menurutnya yang juga lebih dikenali ‘Yuyu Luna’ di laman sosial facebook, beliau menyatakan dirinya masih kabur dengan tindakan pihak polis menahannya dalam himpunan itu.

“Tadi (petang semalam) dah dibebaskan atas jaminan polis, perbicaraan 20 Januari nanti tetapi saya masih kabur atas kesalahan apa saya ditangkap jam 3.30 pagi tadi (1 Januari 2012).

“Sebab ada berlaku penipuan dari pihak polis untuk membawa saya ke balai.

“Saya tidak ditangkap, tetapi diberitahu oleh dua orang pegawai wanita bahawa ada orang mahu jumpa di dalam balai, maka saya ikut dan sampai di balai dorang cakap saya bersalah, cuma bila tanya apa kesalahan mereka tak bagi tahu.”, ceritanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang dilihat aktif berpencak di pentas gerakan mahasiswa nasional akhir-akhir ini turut diberi amaran keras oleh pihak universiti.

Buang kolej, diugut ‘bar exam’

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI, Datuk Paduka Junaidi Abu Bakar (DDJ) diberitakan telah mengugut siswi berkenaan dalam satu ugutan yang dilihat tidak kena pada tempatnya.

Menurut Siti Nurul Piteriah lagi, beliau menerima ugutan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan di UPSI semester ini.

“Saya memang dah awal-awal lagi diugut oleh TNC HEPA, Datuk Paduka Dr Junaidi untuk di bar dari ambil ‘exam’..”

Dalam pada itu, beliau juga disahkan telah dibuang kolej berkuat kuasa malam ini atas arahan pihak atasan yang tidak bersetuju beliau terlibat aktif dengan gerakan mahasiswa.

Menurutnya lagi, beliau tetap optimis tindakan pihak universiti itu bakal mengundang padah dalam memastikan imej UPSI dipandang tinggi masyarakat.

“Tindakan so far, dihalau dari kolej serta merta berkuat kuasa malam ini atas arahan “orang atas” yang berkepentingan atau pun “membalas dendam atas kederhakaan.”

“Bagi saya, ianya satu pencabulan dan sebagai isyarat satu revolusi besat bakal berlaku.”

UPSI sekat youtube, facebook


Sementara itu, dalam isu berasingan, satu maklumat diperoleh menyatakan pihak pentadbiran UPSI telah menyekat laman sosial facebook dan youtube daripada diakses warga kampus berkenaan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku sejak petang semalam itu dinyatakan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq yang menerima beberapa aduan dan laporan daripada penuntut UPSI.

“Saya terima laporan mengatakan sejak petang semalam, warga UPSI tidak dapat buka facebook dan youtube.

“Saya yakin semua itu ada kaitan dengan kejadian yang berlaku di perkarangan pintu masuk UPSI pagi semalam.”

“Dan saya gesa pihak pentadbiran universiti memberi penjelasan terperinci atas tindakan yang dilakukan.”, ujarnya dalam satu kenyataan.

BLOGGER UMNO SAMAKAN USTAZ AZHAR DENGAN YAHUD

Ustaz Azhar Idrus terus mengorak langkah ke hadapan bila malam tadi sempena sambutan tahun baru 2012 yang dihadirinya berjaya menghimpunkan seramai lebih 80 ribu pengunjung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Turut serta dalam acara berkenaan ialah beberapa selebriti terkenal, antaranya ialah Zizan Raja Lawak, Ustaz Akhil Hayy dan lain-lain.

Apa yang menggemparkan ialah Zizan berganding dengan Ustaz Azhar Idrus mengendalikan slot soaljawab agama. Tambah menggemparkan lagi ialah bila ustaz Azhar menunjukkan kemahiran bermain gitar manakala Zizan mengiringinya dengan menyanyikan lagu cina.

Sebelum ini, golongan literalis yang bertubi-tubi menyerang ustaz Azhar melalui pelbagai cara antaranya melalui status-status di Facebook dan klip-klip video yang di-edit dan dipotong-potong dengan cara yang tak bermoral dan memualkan. Selain itu mereka juga menggelarkan ustaz Azhar sebagai ustaz Maharaja Lawak, raja sesat dan sebagainya.

Selepas gambar, audio dan berita ustaz Azhar bermain gitar disiarkan melalui FB, golongan literalis ini merancakkan serangan mereka terhadap ustaz Azhar. Rata-rata melihat serangan berkenaan timbul kerana rasa cemburu terhadap fenomena Ustaz Azhar Idrus yang terus mara ke hadapan.

Antara serangan terhadap ustaz Azhar Idrus

Adakah mereka cuba meyampaikan cara dakwah Ustaz Azhar Idrus sama seperti cara yahudi menyampaikan dakwah mereka? Astagfiruallahalazim…. Adakah mereka lebih gemar rakyat Malaysia meyambut tahun baru dengan cara menjerit terlolong dan bersosial di kelab kelab hiburan atau dengan cara maksiat.


Apapun fitnah yg cuba dilemparkan kepada Islam... Islam tetap berkembang... itu janji Yang Esa....

Video Temubual Eksklusif Safwan Anang


Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Safwan Anang mendakwa beliau ditumbuk dan ditendang ketika polis meleraikan perhimpunan mereka yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi semalam.

Kereta Safwan Anang Dipecah


Ini adalah gambar kereta mahasiswa yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal pada malam tadi tapi telah beransur pulih selepas dirawat beberapa jam di hospital sejurus selepas cedera. Mahasiswa Safwan Anang pengerusi gerakan menuntut kebebasan akedemik, cedera tanpa diketahui sebabnya [ada pelbagai versi dan andaian tetapi tiada kesahihan dia cedera atas sebab apa] selepas protes di depan pintu masuk UPSI malam tadi.

Kereta milik saudara safwan neh dipecahkan dibahagian cermin hadapan dipercayai kerana provokasi oleh pihak yang tertentu. Gambar neh tersebar di wall facebook sejak dalam 3,4 jam yang lepas. Kereta neh dipercayai dipecahkan menggunakan alat yang keras.

Tapi susah nak tuduh kalau tiada bukti kan? Siapa yang pecahkan dan apa niat dia hanya Allah swt je tahu. Tolonglah berhenti gunakan kekerasan tak kira siapa pun ada. Kekerasan tidak boleh selesaikan masalah dan hormatilah perbezaan pendapat sesama kita. Bukan kah itu lebih baik?

Polis dakwa Mahasiswa cederakan diri sendiri


Polis Perak menafikan anggotanya terlibat dalam pergelutan dengan mahasiswa dalam perhimpunan kumpulan itu di depan pintu masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Ketua Polis Perak datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tindakan mahasiswa yang enggan bersurai sehingga memaksa polis mengambil tindakan mungkin menunjukkan seolah-olah terdapat pergelutan, lapor The Star.

Menjelaskan keadaan malam tadi, katanya, kumpulan mahasiswa sebaliknya melanggar pintuk kaca di klinik berdekatan dan menyebabkan kecederaan.

Beliau mengesahkan seramai 17 ditahan dan seorang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanjung Malim.

Insiden malam tadi dikritik hebat pelbagai pihak, termasuk kumpulan mahasiswa, pembangkang dan NGO yang mendakwa polis menggunakan kekerasan melampau dalam menyuraikan peserta.

Kira-kira 60 orang pelajar terlibat dalam perhimpunan menuntut kebebasan akademik malam tadi dan mahasiswa kontroversi yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak, Adam Adli Abdul Halim antara yang ditahan.

Menurut polis Perak juga, antara yang ditahan, hanya dua daripada UPSI dan selebihnya daripada universiti sekitar Lembah Klang. Antara yang menyertai perhimpunan ni semalam rata- ratanya terdiri daripada penunutut Universiti Selangor (Unisel), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Management and Science University (MSU) dan UPSI.

Saifuddin Kesal Mahasiswa Cedera

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah memandang serius tunjuk perasaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi yang berakahir dengan 20 mahasiswa ditangkap dan dua lagi mengalami kecederaan di muka dan kepala.

Saifuddin menerusi laman twitternya memberitahu, beliau kini sedang menunggu laporan polis bersabit insiden itu.
"Saya pandang serius insiden Tanjung Malim malam tadi. Mengikut laporan, terdapat mahasiswa yang cedera. Saya doa mahasiswa itu segera sembuh. Saya tunggu kenyataan Polis dulu,"

Saifuddin sebelum ini berkali- kali mengutarakan pendapatnya bertapa mahasiswa harus diberikan ruang untuk menyatakan buah fikiran mereka selagi ia tidak melanggar undang- undang.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Univerisiti Sains Malaysia, Dr. Ahmad Atory Hussain menegur pihak pengurusan UPSI, yang disifatkannya sebagai 'lepas tangan' dalam meleraikan tragedi berdarah semasa tunjuk perasaan itu berlaku.

"Saya kesallah, janganlah anggap mereka sebagai (demonstran) Bersih lalu, anggap mereka sebagai pelajar. Pelajar ni kita perlu dampingi mereka dengan cara psikologi, nasihat. (Mereka) perlu menggunakan pendekatan berhemah.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mendesak polis dan Menteri Dalam Negeri memohon maaf kerana didakwa melakukan kekerasan melampau ke atas mahasiswa tersebut.

Beliau juga mahukan polis yang bertanggungjawab melakukan kekerasan itu dihadapkan ke muka pengadilan.

Awal pagi tadi, Kira- kira 20 mahasiswa ditahan polis setelah mereka mengadakan tunjuk perasaan membantah UPSI mengenakan tindakan tata tertib terhadap mahasiswanya, Adam Adli.

UPSI mengenakan tindakan tatatertib terhadap Adam kerana menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibupejabat Umno pada 17 Disember lalu bagi mendesak Akta Universiti Kolej Universiti 1971 dimansuhkan terus.

Pergelutan berlaku antara anggota polis dan mahasiswa yang mengakibatkan sekurang- kurangnya dua orang mahasiswa mengalami kecederaan di muka dan kepala.

Seorang mahasiswa dikenali sebagai Safuan Anang mengalami kecederaan serius di bahagian rahang manakala Amar Rasyidi cedera di bahagian hidung dan kepala.

Safwan Anang masih dirawat di hospital kerana kecederaannya dilaporkan agak serius manakala Amar menerima rawatan pesakit luar.

Pergelutan berlaku apabila kumpulan mahasiswa terbabit engkar arahan polis supaya bersurai.

Polis Umno Semakin Melampau


PKR hari ini menyatakan rasa kesal terhadap tindakan polis menangani perhimpunan di Tanjung Malim awal pagi tadi yang menyaksikan 17 orang ditahan dan seorang mahasiswa terlantar di hospital.

Parti itu menuntut pihak polis dan menteri dalam negeri membuat permohonan maaf, sekali gus memastikan pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kecederaan itu dihadapkan ke muka pengadilan.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, kejadian itu menjadi saksi bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diwar-warkannya.

"Transformasi yang diumumkan perdana menteri itu tidak lebih dari kosmetik politik bertujuan mengaburi rakyat dari kenyataan yang sebenar, bahawa pentadbiran beliau sebenarnya lemah serta tidak berdaya mengotakan janji yang dibuat," katanya.

Dakwanya, pihak berkuasa menggunakan "kekasaran melampau" walaupun kumpulan mahasiswa sekadar menyatakan bantahan terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula mendakwa mahasiswa yang tercedera itu Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan anggota polis menyebabkan "beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri."

"Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adam Adli Di Tarik Ke Balai Tanjung Malam Pada Malam Tahun Baru

Seorang mahasiswa UPSI Adam Adli telah ditarik oleh pihak FRU/PDRM untuk dibawa ke balai tanjung malam sebentar tadi. Safwan Anang di belasah oleh pihak FRU/PDRM yang cuba menghalang daripada mereka masuk untuk menangkap Adam Adli. Kini Safwan anang berada dihospital. Kekejaman pada malam ini yang dilakukan pada malam ini membuatkan ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu.
Gambar terkini tentang mereka:

Antara yang menjadi mangsa

Dipenjara tanjung malim. Ditahan buat sementara waktu..

Dari twitter Adam Adli yang latest buat masa ini.

Safwan anang kini dihospital. Doakan beliau sembuh.

Tekan gambar untuk baca dengan jelas..

P/s: Bangun wahai rakyat Malaysia.. Tak boleh kah gunakan kelembutan. Dengan cara nabi Muhammad SWT menyelesaikan masalah terhadap musuh islam.