Pages

Gas pemedih mata tidak mudaratkan kesihatan kata Najib

Presiden UMNO Najib Razak bagi pihak Majlis Tertinggi UMNO mengucapkan tahniah kepada polis kerana telah mengendalikan perhimpunan BERSIH 3.0 dengan baik, di samping menyifatkan perbuatan menyerang pihak berkuasa dan merempuh gate yang didirikan sebagai budaya yang keterlaluan dan ganas.

Perdana Menteri Najib Razak berasa kesal dengan keganasan yang berlaku dalam perhimpunan, menganggap perbuatan merempuh sekatan polis telah mencemar imej negara walaupun bukan semua peserta berbuat demikian.

Sementara itu, beliau mendakwa bahawa "menggunakan gas pemedih mata dan water cannon merupakan satu option yang tidak memudaratkan kesihatan", jika dilihat dari segi kesihatan. Beliau menganggap option ini lebih baik berbanding pertembungan secara terus.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, malam tadi. Najib juga mengecam peserta perhimpunan BERSIH 3.0 kerana tidak menghormati "rule of law", menurutnya.

Najib mempertahankan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan BERSIH 3.0 mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka. Beliau berkata kerajaan sebaliknya menawarkan Stadium Merdeka sebagai tempat perhimpunan kerana ia lebih mudah untuk dikawal.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada kerajaan menganggap polis bertindak keterlaluan kerana wartawan turut dikasari polis ketika membuat liputan di tempat kejadian, Najib berkata polis juga menjadi mangsa keganasan. Beliau mendakwa siasatan akan dijalankan seandainya peristiwa wartawan dikasari polis berlaku. "Saya tidak akan menutup apa-apalah," katanya.

Najib menjelaskan bahawa polis yang bertugas berada dalam tekanan, lantaran beberapa peristiwa yang berlaku, termasuk ada yang kena pukul, kereta diterbalikkan, malah ada yang rasa hampir mati. Ketika ditanya balik bahawa wartawan juga menjalankan tugas dalam tekanan, Najib sebaliknya menganggap wartawan terlalu emosi.

Najib menambah, kerajaan akan mendedahkan rakaman video kejadian pada hari itu melalui Kementerian Dalam Negeri atau polis, kerana sesetengah pihak cuba menyebarkan maklumat yang sama ada benar atau separuh benar di internet atau laman sosial.

Keganasan Polis Dari Kacamata Wartawan Asing

Bagai terperangkap dalam medan perang

Oleh
Darwis Said
BAGAI berjuang di medan perang.

Bezanya, dalam suasana perang, kita boleh bertindak membalas serangan musuh.Dalam suasana yang kami - saya dan jurugambar, Taufik A. Kader - hadapi pula ketika membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0, ia ibarat 'durian dengan mentimun'.Nyawa kami dan puluhan ribu peserta perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 di kawasan berdekatan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bagai nak putus apabila kawasan itu diselimuti asap putih gas pemedih mata menyesakkan nafas yang dilancar pihak polis dan suasana huru-hara akibat kejadian itu.

Anehnya, berbeza daripada suasana perhimpunan sulung dan kedua Bersih pada 2007 dan tahun lalu, kali ini pihak wartawan, selain para peserta Bersih 3.0, turut menjadi buruan dan sasaran 'ancaman' pihak berkuasa yang bertugas.

Ketika saya cuba melarikan diri daripada dicengkam kesan gas pemedih mata dan bimbangkan keselamatan rakan saya itu - yang terpisah ketika tembakan dan semburan gas pemedih mata dan cecair kimia ditujukan ke arah peserta perhimpunan - saya terserempak kira-kira lapan hingga 10 orang anggota polis sedang membelasah seorang pemuda berusia 20-an tahun yang longlai di sebatang lorong penghubung Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan Jalan Masjid India.

Ketika itu, beberapa orang polis yang menyedari percubaan saya dan seorang jurugambar media asing untuk merakamkan insiden itu meluru ke arah kami lalu mengancam dengan kata-kata:

'Awas, jangan ambil gambar! Nanti aku pecahkan kamera kau!'Dengan pantas kamera peribadi saya ditepis dengan ganas dan terjatuh ke tanah, manakala saya dapat menangkis percubaan seorang lagi anggota polis daripada merosakkan kamera jurugambar media asing itu. Mujur kamera saya tidak rosak.

Namun, beberapa wartawan lain - asing dan tempatan - turut mengalami nasib sama.Mereka diancam, dimarahi, ditahan dan disoal siasat, serta kad memori kamera dan dokumen media dicampak polis dengan kasar.

Sementara itu, Taufik terpaksa berlindung di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas menjadi sasaran lima tembakan gas pemedih mata.Lega hati saya mendapat tahu beliau selamat selepas entah beberapa kali dihubungi.Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, bagaimanapun berkata pihak polis bertindak profesional ketika menangani episod huru-hara itu.

Hakikat suasana sebenarnya amat mengelirukan kerana sesiapa sahaja di kawasan Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, sekitar stesen LRT Masjid Jamek dan Jalan Raja Laut berpotensi menjadi sasaran anggota seragam biru.

Emosi manusia memang boleh mencapai tahap bahaya, jika ia dibiarkan didorong oleh naluri keganasan haiwani kita dan hilangnya sikap peri- kemanusiaan di kalangan kita.

Sumber Link : http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/

Lelaki ini kejap jadi peserta kejap jadi polis

Gambar atas kiri: Lelaki ini sedang menerajang motosikal polis
Gambar bawah: lelaki ini juga yang menangkap peserta BERSIH

Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana.

Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis.

Provokasi Polis semasa BERSIH 3.0 didedahkan

Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis yang dimaksudkan ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana.

Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis.

Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar.

Peguam juga dipukul Polis dalam BERSIH 3.0

Seorang peguam yang bertindak sebagai pemerhati dalam perhimpunan BERSIH 3.0 semalam mendakwa diserang anggota polis yang bertindak memukul dirinya walaupun selepas ditahan.

Mohd Haijan Omar berkata beliau dalam perjalanan ke Reggae Mansion Hostel di Jalan Tun HS Lee ketika beliau melihat beberapa orang polis sedang mengejar peserta perhimpunan dalam kejadian pada sekitar jam 7 petang.

Ketika kejadian itu, Mohd Haijan berkata beliau ditegur oleh seorang anggota polis berkenaan dan kemudiannya meminta anggota berkenaan mengulangi perkara tersebut.

Beliau kemudiannya terkejut apabila anggota polis itu bertindak mengejar dirnya. Mohd Haijan berkata beliau memakai baju berwarna kuning dan selapis baju berwarna putih ketika perhimpunan itu berlangsung.

Bagaimanapun, beliau membuka helaian baju putih kerana beliau telahpun dalam perjalanan pulang ke rumah dan perkara itu mungkin menyebabkan beliau dipukul polis, katanya. Peguam yang bertindak untuk Lawyers for Liberty itu menambah, dua anggota polis tersebut terus memukulnya walau selepas menyatakan bahawa beliau seorang peguam.

Kemudian, tiga orang anggota polis lagi tiba dan memukul dirinya walau selepas beliau ditahan, katanya. Mohd Haijan berkata beliau turut dipukul dua lagi anggota polis ketika dibawa ke Dataran Merdeka selepas itu.

Katanya beliau telah bertanya sebab penahanan beliau namun tidak mendapat jawapan. Katanya lagi, beliau kini mengalami luka di bahagian bahawa mata kirinya, bengkak di rahang dan juga lebam di bagian lain badannya.

Peserta Demo Mengganas - Siapakah Mereka Ini?

Kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam, Datuk Mohamad Salleh menyatakan "Kumpulan berkenaan terus bergerak untuk memasuki Dataran Merdeka, pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang kemaraan peserta perhimpunan"..

Sekarang timbul persoalan "siapa sebenarnya: yang membuka benteng polis itu?

Dari gambar yang tersiar, kelihatan beberapa "pemuda berjaket" merempuh dan mengalihkan sekatan.

Seperti kata blogger bloglispolitik, mengapa mereka tidak memakai baju kuning BERSIH jika mereka peserta BERSIH 3.0?

Insiden itu menjelaskan lagi bahawa ada provokasi melampau untuk "menjustifikasikan" tembakan gas pemidh mata oleh pihak polis.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Sumber : Greenboc

Gambar BERSIH 3.0 diseluruh dunia

Berikut merupakan gambar sambutan BERSIH 3.0 diseluruh negara dan diseluruh dunia.
BERSIH 3.0 di Esplanade, Pulau Pinang.


BERSIH 3.0 di DBJB, Johor Bahru.


BERSIH 3.0 di Ipoh.


BERSIH 3.0 di Kota Kinabalu.


BERSIH 3.0 di Adelaide.


BERSIH 3.0 di Auckland.


BERSIH 3.0 di Melbourne.


BERSIH 3.0 di Dublin.


BERSIH 3.0 di Singapore.


BERSIH 3.0 di Taiwan.


BERSIH 3.0 di Dubai.


BERSIH 3.0 di Sunderland & Newcastle.


BERSIH 3.0 di Aceh.

Video Kekejaman PDRM dalam Bersih 3.0



Sekumpulan Polis telah melakukan JENYAH terang-terangan dengan mengambil kesempatan memukul peserta himpunan Bersih 3. Kalau dah dapat pegang tu takkan sampai nak sepak terajang peserta macam bola. Apakah berhimpun itu satu jenayah yang sangat berat? Ini videonya.

Gambaran terkini disekitar Dataran Merdeka

Seperti pengetahuan maklum esok berlangsungnya Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijangkakan diadakan di Dataran Merdeka. Namun sejak pagi semalam Dataran Merdeka diarahkan tutup serta merta selama 48 jam atas arahan datuk bandar. Adakah dataran Merdeka milik DBKL atau Datuk Bandar? Berikut merupakan gambaran terkini di sekitar Dataran Merdeka menjelang Bersih esok. Sumber gambar dari facebook. Gambar akan diupdate dari masa kesemasa.




















Live Streaming BERSIH 3.0 Dataran Merdeka


Berikut merupakan video siaran langsung dari Dataran Merdeka. Setakat ini hampir 10 ribu orang yang membanjiri kawasan dataran tersebut. Jom saksikan. Tekan Play dan tunggu sebentar jika ada iklan.

Gambar proses memagar Dataran Merdeka

Sehubungan mengenai Dataran Merdeka akan ditutup 48jam mulai pukul 6 pagi 27/4/2012 pihak DBKL telah mula menutup Dataran Merdeka tersebut pada seawal jam 3 pagi tadi. Berikut merupakan gambar proses memagar Dataran Merdeka pagi tadi.