Pages

Najib mesti jawab siapa jual dokumen sulit TLDM?

Suatu dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham (kanan) berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan oleh Suaram terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada syarikat berkenaan.

"Mereka (para hakim siasatan) telah diberi maklumat yang sudah sedia ada dalam Internet dan akhbar, kecuali dokumen yang ini," dakwa Breham dalam satu sidang akhbar di Bangkok semalam.

"Ia adalah dokumen rahsia oleh Tentera Laut Malaysia - satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan, yang merupakan laporan yang sangat sulit," katanya kepada wartawan di Kelab Wartawan Asing Thailand.
Brehem membuat dakwaan tersebut berdasarkan kepada kertas pendakwaan Perancis.

Kadir Sheikh Fadzir tubuh parti IKATAN

Menurut sumber yang hampir dan boleh dipercayai bahawa Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden NGO AMANAH dan akan tubuhkan parti baru yang dikenali Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). Saya tak pasti sejauh mana benar berita ini tapi itulah yang di war-warkan.

Sebelum kita pergi lebih lanjut adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit mengenai AMANAH itu sendiri.

Pertubuhan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) ialah mengamalkan pendekatan politik sebagai platform dalam menyuarakan pandangan yang dibangkitkan rakyat. Ini yang dinyatakan oleh Presiden AMANAH Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau juga menjelaskan penubuhan NGO ini untuk perjuangan menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira fahaman dan ideologi.

Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah dilantik menjadi Timbalan Presiden AMANAH.

Kenapa Bekas Menteri Penerangan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir akan menubuhkan parti baru yang dinamakan Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau nama singkatnya IKATAN?

Parti ini dijangka akan bergabung dengan PAS/PKR/DAP dalam Gagasan Pakatan Rakyat. Penghebahan secara rasmi akan dibuat pada Khamis ini dengan menghebohakan apa dia logo dan hala tuju perjuangan parti tersebut.

Adakah parti ini menjadi macam KITA?

Ramai penganalisis politik melihat cara pergerakkan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam hala ini bermula melalui siri lawatannya di Terengganu untuk berjumpa Presiden PAS dan di Kelantan untuk berjumpa dengan Mursyidur Am PAS adalah ilham kepada penubuhan IKATAN.

Pengalamannya bersama dengan Tengku Razaliegh dan Tamrin Gaffar yang masih ahli UMNO menunjukkkan i ada sesuatu yang perlu dibuat untuk mereka yang masih UMNO bagi mencari satu alternatif untuk meninggalkan 'bangkai' yang sudah tidak boleh diselamatakan lagi.

Sudah pasti sokongannya datang dari mereka yang belum berparti dan dari UMNO sendiri. Kalau itulah hasrat, ini adalah suatu cubaan yang berat dan berisiko daripada beliau memasuki PAS. Sama-sama kita tunggu kebenarannya khamis ini.

Tangguh ceramah Ustaz Idrus tiada kaitan konsert K-Pop kata Ahmad Shabery Cheek

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan dakwaan kononnya penangguhan majlis ceramah oleh penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya berlangsung pada 26 Mei lepas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disebabkan konsert K-Pop.

Sebaliknya, beliau berkata penangguhan itu berkaitan dengan masalah trafik kerana kedua-dua program terbabit berlangsung pada hari yang sama dan memerlukan komponen tambahan dalam menguruskan perjalanan trafik.

"Kementerian saya tidak ada kena mengena dengan soal ini (pembatalan ceramah) dan bukan disebabkan konsert ini. Ia di bawah kawalan pihak pengurusan PICC yang merasakan masalah trafik menjadi punca (pembatalan ceramah) dan perlu ditangguhkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Seminar Hasil Penyelidikan Siri ke-5 bertemakan 'Inovasi Penyelidikan Sukan' di Universiti Pendidikan Sultan Idris di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang dalam laman portal bahawa penangguhan ceramah tersebut dibuat kerana serentak dengan konsert K-Pop sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 dan dibimbangi konsert itu tidak mendapat sambutan hangat apabila bersaing dengan majlis ceramah berkenaan.

Mengenai ketiadaan sambutan pada himpunan itu sekiranya ceramah itu juga berlangsung, Ahmad Shabery memberi contoh pada hari tersebut, himpunan belia turut diadakan di Shah Alam, namun malangnya tidak mendapat sambutan hangat.

"Pada himpunan belia di Shah Alam (penganjurnya) mengharapkan belia akan pergi ke sana. Difahamkan pemimpin besar mereka yang sepatutnya merasmikan himpunan itu tidak hadir dan akhirnya hanya 150 orang saja yang datang nak dibandingkan himpunan di Putrajaya lebih ramai lagi," katanya.

Sementara itu, ketika berucap, Shabery berkata sambutan himpunan itu amat memberangsangkan terutama kepada para peniaga kerana kebanyakan daripada mereka memperoleh keuntungan sehingga mampu menampung kos sewa gerai.

"Lebih 2,000 peniaga mengambil bahagian... ketika saya membuat tinjauan di gerai sukan yang menjual kasut, t-shirt dan sebagainya mendapati keuntungan pada hari ketiga jualan, mereka (peniaga) mampu membayar sewa kedai untuk hari pertama.

"Peniaga boleh menjual 12,000 (barang) dalam sehari. Saya percaya pada hari terakhir sudah tentu dapat meningkat daripada 18,000 hingga 20,000 jualan," katanya.

Beliau berkata ini bermakna aspek sukan perlu dilihat dari segi industri yang sebelum ini hanya dilihat dari perspektif tradisional.

"Tradisionalnya macam mana untuk mendapatkan pingat supaya kita menang, menaikkan bendera atau menyanyikan lagu. Itu aspek patriotisme yang saya rasa semua tahu bahawa kita mesti menang kerana setiap kali kemenangan akan melahirkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat," jelas Ahmad Shabery.

Syed Zainal sah letak jawatan dalam Proton

Proton Holdings Bhd mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkuat kuasa 4 Julai ini.

“Syed Zainal sudah bersama Proton lebih enam tahun dan kami menghargai sumbangannya kepada syarikat. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Proton bagi meneruskan cita-citanya dan kami menghormati keputusan itu,” kata syarikat pengeluar kereta negara dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya, Azhar Othman berkuat kuasa 6 Julai. - Bernama

Amy Search, Mus May, Ibnor Riza sertai UMNO

Tiga orang artis vateran atau pun otai dalam dunia seni tanah air iaitu Amy Search, Mus May, Ibnor Riza menyertai UMNO siang tadi. Apakah tujuan mereka menyertai UMNO? Video penyertaan mereka seperti dibawah.

Guan Eng terima debat kali kedua dengan Soi Lek

Selepas perdebatan 'secara langsung' dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada bulan Februari, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menerima satu lagi jemputan untuk berdepan dengan musuh politiknya pada 8 Julai ini.

Setiausaha akhbar Lim menghantar salinan surat jemputan tersebut kepada pihak media pagi ini.

Tidak pasti sama Soi Lek bersetuju untuk menghadiri debat tersebut. Bertajuk 'Debat Lim-Chua 2.0', surat itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Datuk Michael Yeoh.

Perdebatan ditetapkan dari jam 2.30 hingga 4.30 petang tetapi tidak dinyatakan tempat dan bahasa bagi debat tersebut. Tajuk debat tersebut ialah 'DAP dan MCA: Dasar siapa yang memberi faedah lebih baik kepada masyarakat?'.

Ini akan meliputi dasar pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, khidmat masyarakat, perpaduan negara, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan. Sebuah badan pemikir tanpa keuntungan - telah menganjurkan debat pertama Lim-Chua sebelum ini.

Kerajaan anjur 'maksiat' di Hari Belia

Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS.

Ketua penerangan sayap part itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.

"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya. "Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis.

Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top. Penganjur mendakwa lebih dua juta menyertai program tersebut.

Sambutan itu turut dicemari tragedi apabila salah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan ketika acara perlumbaan kereta dalam sambutan tersebut. Dalam kejadian itu, seramai 17 orang penonton cedera akibat dirempuh oleh kenderaan tersebut. Tiga daripadanya cedera parah.

Video Naib Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor keluar UMNO

Naib Ketua Pemuda UMNO Hulu Selangor Yusri Ishak telah mengisytiharkan keluar parti . Beliau membuat pengisytiharan di hadapan penyokongnya .

Apabila ditanya wartawan Sinar, adakah hanya beliau yang keluar. Penyokongnya bersorak mengatakan mereka juga akan keluar UMNO.

Namun, benarkah beliau betul-betul mahu keluar UMNO , jangan jadi macam Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar yang begitu marah nak masuk DAP akhirnya menangis berlagu UMNO.

Yusri Ishak berkata, beliau keluar parti kerana nak tumpu kepada perniagaan dan keluarga. Tak kan itu sahaja alasannya. Tentu ada alasan lain. Tunggu la nanti tentu ada pendedahannya.

Mengapa Najib takut debat dengan Anwar?

Di saat budaya debat mula diterima rakyat negara ini sebagai medium membuat penialaian terhadap sesuatu isu, namun masih ada lagi yang melihat debat tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Malangnya, kenyataan 'memperlekeh' debat itu yang seolah-olah dilihat hanya mendatangkan keburukan, datang dari pemimpin negara sendiri.

Terbaru, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang menyifatkan debat tidak menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya mendorong kepada perbuatan tuduh menuduh dan kata-kata nista.

Beliau merujuk kepada keperluan debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan banyak pihak.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga mengeluarkan pandangan serupa bahawa, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu.

Beliau memberi alasan pembangkang khususnya Anwar akan mencetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik dalam debat itu.

Apa yang menjadi persoalan kini, adakah pemimpin Umno ini tidak melihat contoh depan mata debat antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berhubung Pemansuhan PTPTN pada 22 April lalu?

Rata-rata melihatnya sebagai sesuatu yang positif, dan langsung tidak timbul persoalan siapa menang siapa kalah antara mereka.
Bagaimana pula debat antara Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Julai 2008 untuk menurunkan harga minyak. Adakah debat tersebut mendatangkan keburukan?

Terbaru sebuah NGO Asli sekali lagi mahu menganjurkan debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selepas debat serupa dianjurkan mereka Februari lalu.

Malah Guan Eng yang Ketua Menteri Pulau Pinang dengan hati terbuka menerima tawaran debat itu hari ini.

Jika benar budaya debat tidak membawa kebaikan, patut hapuskan sahaja pertandingan debat di sekolah mahupun di universiti yang sudah diamal sejak sekian lama.

Dalam isu debat Najib-Anwar ini, saya tidak tahu kenapa Najib dan Umno perlu mengelak sampai rapat ke dindidng.

Kenyataan dari pemimpin Umno yang mewakili suara Najib menolak debat ini hanya akan dilihat sebagai 'mengampu' bos sahaja.

Manakala sikap sepi perdana menteri menyahut debat ini hanya mengesahkan pandangan rakyat bahawa Najib sememangnya takut untuk berhadapan dengan Anwar.

Laman Blog Rasmi Najib Razak 1malaysia.com.my Diceroboh

Salam kira-kira jam 8.10 pagi tadi didapati laman blog rasmi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak iaitu 1malaysia.com.my diceroboh pengodam yang menggelarkan diri mereka VVIP. Berita ini tersebar difacebook melalui group VVIP itu tersebut. Berikut merupakan salah satu bukti pencerobohan laman 1malaysia.com.my : http://1malaysia.com.my/wp-content/vvip.html atau klik gambar diatas.

Sumber : http://suffer.frenzyfm.my/2012/05/laman-blog-rasmi-najib-razak.html

PM akan tetap seorang Melayu tegas Lim Kit Siang

Berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu, kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.

Anggota Parlimen Ipoh Timor itu bagaimanapun berkata, perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa jawatan itu terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan kediamannya.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memetik Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai menegaskan, selagi hidup beliau akan berjuang memastikan bukan Melayu menyandang jawatan perdana menteri.

Laporan itu menyebut, Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh bukan Melayu.

Akhbar Umno itu juga melaporkan Karpal mengaku tersilap menyebut Lim sebagai bakal perdana menteri tetapi menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan itu suatu hari nanti. Dalam kenyataannya hari ini, Lim secara sinis mengulangi kenyataannya bahawa:

"Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka." Lim berkata, Karpal hanya merujuk kepada perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Justeru, kata Lim lagi, Utusan bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dengan mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik.

Lim berkata, ia sebahagian kempen menakut-nakutkan orang ramai terhadap DAP, seperti "fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika Umno tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.

Gambaran Pemuda PAS himpun depan NSTP desak minta maaf

Hampir 100 Pemuda PAS berarak ke pejabat akhbar New Strait Times (NST) hari ini bagi membantah laporan akhbar berkenaan yang mendakwa "Nik Aziz bapak kafir".

Mereka medesak agar NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang menghina dan melabelkan Mursyidul Am PAS.

Berkata kepada pemberita, Ketua Pemuda PAS Wialayah Persekutuan, Kamaruzzaman Muhammad menjelaskan himpunan bantahan hari ini dilakukan adalah susulan terhadap memorandum yang dihantar pada Rabu lepas.

"Kita hadir hari ini menyatakan ketidak puashatian kita terhadap apa yang dinyatakan oleh akhbar NST bahawa kenyataan tersebut adalah sahih dan tidak perlu menarik balik.

"Hari ini secara jelas kita mendesak agar NST bertanggungjawab sepenuhnya apa yang telah disiarkan, kita mahu NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut," jelasnya.

Sebelum itu, hampir 100 pemuda PAS berhimpun di hadapan pintu masuk bangunan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) sebagai tindakan membantah tuduhan yang dilemparkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

Mereka berarak daripada Masjid Abu Bakar, Bangsar, selepas solat Jumaat, sebelum berhimpun di hadapan syarikat akhbar berkenaan.

Tambah Kamaruzzaman lagi, beberapa langkah akan diambil terhadap akhbar NST jika mereka terus berdiam diri serta tidak mahu mengambil tindakkan seperti mana yang kita mahukan.

"Kita akan boikot akhbar kesemua akhbar yang berada di bawah NSTP, dalam pada itu kita akan turut meminta akan syarikat-syarikat pengeluar produk tidak mengiklankan produk mereka di dalam akhbar terbitan NSTP.

"Malah kita akan juga memboikot produk-produk yang diiklankan di dalam akhbar tersebut," sambungnya lagi.

Sementara itu, Pengarah pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan sewatu ucapannya menegaskan jika NST tidak tampil memohon maaf serta menarik balik kenyataan tersebut, "Kami akan datang lagi dan kali ini dengan lebih ramai lagi."

Menurutnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan itu bersikap biadap serta jijik dan tidak bertanggungjawab. Lebih kurang 30 orang anggota polis turut mengawal keadaan di sekitar bangunan NSTP tersebut.

Surat Terbuka Dr. Maszlee Malik Kepada Hassan Ali

Selepas debat PTPTN antara Rafizi dan Khairi,populariti moderator debat iaitu Dr. Maszlee Malik naik mendadak. Mungkin sebelum ini masyarakat umum ramai tidak mengenalinya tetapi selepas ini ramai yang menyebut-nyebut namanya sebagai seorang moderator yang berkaliber dan terus terang.

Akibat cabaran yang di lontarkan kepada najib dan Anwar sebagai penutup tirai debat tersebut, ramai pencacai United Malays National Organisation (Umno) tidak berpuas hati. Ini surat terbuka Dr. Maszlee Malik kepada Dr. Hassan Ali yang beliau tulis dalam blognya..
Assalamualaykom w.b.t.

YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato’. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.

Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato’ merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato’ tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato’ dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

Yakinlah Dato’, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato’ pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato’ menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.

Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato’ lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato’ ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato’, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Dato’ anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Dato’ benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato’ lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato’. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato’ untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato’ miliki. Mungkin juga Dato’ boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato’ sibuk dengan tugas exco, kini Dato’ lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato’ yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato’ juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato’ itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato’ untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato’ kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato’ berdakwah seperti itu, Dato’ akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

Dr Maszlee Malik
Ahli Akademik Politik Warga
UIAM

Pemuda UMNO Kedah desak Azizan letak jawatan

Pergerakan Pemuda Umno Kedah hari ini mendesak Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak melepaskan jawatan setelah beliau gagal menjawab isu projek bernilai hampir RM37 bilion yang didakwa tidak dibuat secara tender terbuka.

Ketuanya Badrulhisham Hashim berkata selaku ketua pentadbir kerajaan negeri, Azizan perlu memikul tanggungjawab menjelaskan isu terbabit kepada rakyat, sekali gus menghapuskan prasangka buruk pelbagai pihak terhadap Pas.

"Saya yakin jika kerajaan Pas Kedah telus, isu ini diperjelaskan kerana Azizan tidak akan mampu menyoroknya," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau diminta mengulas tindakan Azizan yang mengelak daripada menjawab isu terbabit, yang dibangkitkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang.

Tan dilapor mendakwa projek terbabit ialah pembinaan kampus Kolej Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil berharga RM330 juta; projek Aman Central dan Amansuri Residences di Alor Setar (RM600 juta); serta projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) (RM36 bilion).

Semalam, ketika ditanya pemberita mengenai perkara tersebut, Azizan hanya berkata Tan kebudak-budakan dan "saya tidak mahu layan budak ini".

Mengulas lanjut, Badrulhisham berkata sikap Azizan tersebut membayangkan seolah-olah ada yang tidak kena dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diteraju Pas itu.

"Setiap perkara yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat harus dijawab dan diberi penjelaskan," kata Badrulhisham yang turut menganggap tindakan kerajaan negeri itu juga satu bentuk "kezaliman" kepada rakyat.

Saya bukan calon MB Kedah kata Mukhriz

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau bersedia untuk menyahut sebarang keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya tidak fikir ia sudah diputuskan sama ada saya bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)...dari segi persediaan, saya sudah
umumkan bahawa saya tidak bermasalah dengan mana-mana keputusan.

"Sekiranya pucuk pimpinan BN berasa saya perlu kembali untuk bertanding kerusi DUN di Kedah, saya tidak bermasalah dengan itu. Sekiranya mereka kata
saya perlu duduk di peringkat persekutuan, saya juga tidak bermasalah.

"Secara alternatif, sekiranya mereka berkata saya tidak akan bertanding sama sekali, ia juga OK dengan saya," katanya.

Masa depan saya terletak sama sekali di tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah program
keusahawanan sempena Himpunan Jutaan Belia di sini hari ini.

"Saya seorang ahli parti terlebih dahulu...jadi saya akan ikut arahan," kata Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Katanya, beliau percaya perdana menteri menerima banyak input sama ada seseorang calon itu boleh menang atau sebaliknya.

Mengulas spekulasi bahawa beliau akan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya BN merampas semula negeri itu pada PRU ke-13, seperti dilaporkan oleh media, Mukhriz berkata, ia hanya khabar angin.

"Ia berupa spekulasi semata-mata dan juga terlalu awal. Soal pelantikan menteri besar hanya boleh ditentukan selepas pilihan raya," jelasnya.

Media memetik seorang sumber dalaman parti sebagai berkata Mukhriz dipercayai merupakan calon terbaik untuk jawatan menteri besar kerana beliau popular di kalangan pengundi berusia bawah 50 tahun.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata, kajian terbaru menunjukkan faktor belia bukan menjadi kriteria utama untuk dipilih sebagai calon.

Katanya, pengundi muda inginkan calon yang mempunyai kriteria mudah didekati dan mampu menyelesaikan masalah mereka sama ada di bandar atau kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, katanya pembangkang tidak boleh lagi memerintah kerajaan negeri Kedah dan mereka tidak menyelesaikan semua masalah malah menimbulkan
lebih banyak masalah.

Kalau tak bohong, bukan Utusan namanya

Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, semalam (24 Mei) sekali lagi kalah saman apabila fitnahnya terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad terbukti berniat jahat.Utusan sudah kalah saman asal itu dan rayuannya ditolak, maka sekali lagi kalah tersungkur dalam lumpur fitnah ciptaannya sendiri.

Dalam laporan Harakahdaily, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Utusan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan alat propaganda UMNO itu membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Abd Samad kerana fitnah berita muka depan 10 September 2009 yang bertajuk “Zulkifli bidas ‘Pak Janggut’”.
Mahkamah Tinggi pada 21 November lalu telah memutuskan bahawa berita itu adalah fitnah. Antara lain fitnah yang dijadikan berita tersebut memetik seorang Ahli Parlimen yang mendakwa Khalid memutarbelitkan Al-Quran untuk “mempertahankan pembinaan kuil”.

Bohong

Tajuk pojok ini meminjam tajuk tulisan blog Aspan Alias yang berjudul “Kalau tidak berbohong, bukan UMNO namanya” pada Selasa lalu. Utusan ini sama seperti tuannya, sebagaimana yang digambarkan oleh blogger Aspan: “UMNO sebenarnya ibarat orang tua yang sakit…Apabila rakyat tidak mempercayai pembohongan mereka, UMNO bertindak pula untuk membohongi diri mereka sendiri…Mereka akan terus berbohong dan berbohong.”

Kerana itulah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan DAP sentiasa menjadi sasaran fitnah oleh Utusan dan para pemimpin UMNO serta puak pecacai mereka yang sudah hilang arah dan tidak punya maruah lagi.

Pada Disember tahun lalu, Utusan yang memfitnah Guan Eng telah diarah oleh mahkamah untuk Setiausaha Agung DAP itu sebanyak RM200,000. Justeru, mahkamah membuktikan bahawa fitnah Utusan memang tidak boleh dipercayai kerana mendapati Guan Eng bukan anti-Melayu atau anti-Islam.

Propaganda

Namun, alat propaganda UMNO itu masih tidak serik dan terus menabur fitnah. Seolah-olah Utusan menganggap orang Melayu tidak cerdik serta mudah difitnah.

Habis agama dan kaum dipermainkan Utusan semata-mata untuk mempertahankan kuasa UMNO yang semakin tidak relevan.

Seperti kata Aspan dalam blognya: “Sementara masih ada kuasa sikit-sikit ini teruskanlah berbohong itu dengan sepuas-puasnya. Selepas pilihanraya nanti mungkin tidak dapat lagi berbohong dengan sewenang-wenangnya.”

Kuasa

Jika rela darah daging kita disalut fitnah setiap hari, maka UMNO-BN lah pilihan kita. Jika mahu kerajaan yang bersih, adil dan saksama, maka kita perlu berani membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang.

Kuasa ada di tangan kita sebagai pengundi. Jika disia-siakan kuasa yang ada, bersedialah untuk terus menderita dilanda fitnah, maka tergadailah maruah bangsa Malaysia sebagai bangsa yang mudah dicucuk hidung oleh pemerintah sendiri.

Selepas ceramah Anwar Ibrahim, ceramah Nizar Jamaludin pula disabotaj

Di Kuala Kangsar. Akibat cemburu dengan karisma Dato Sri Nizar, bermula dengan gelagat Mat Motor membuat bising tanpa disangka sangka11 biji kereta telah di sembur cat berwarna biru oleh orang yang tidak di kenali di bahagian lampu hadapan .

Majlis ceramah dihadri lebih kurang 2 ribu pendengar dengan kupasan dan isu menarik terkini negara oleh Dato Sri Nizar . Kebetulan pada waktu yang sama umNO kawasan tersebut pun mengadakan ceramah bersebelahan dengan program ceramah Nizar yang mana kehadiran tidak ramai.

Dalam ceramah itu Dato Sri Nizar membongkar pembohongan ketua pemuda Umno Kampar yang berbohong , serta isu beliau di panggil ke Balai Polis Ipoh berkaitan pembabitan Najib dengan ATM..Melalui kepimpinan Umno selama 55 tahun juga banyak pembohongan serta salah guna kuasa telah berlaku kata Nizar .Berbilion duit negara lesap di bawah pentakbiran BN selama ini, diantaranya skandal Lembu, kapal selam , PKZ katanya lagi.

Nizar juga mempersenda taktik Umno yang suka menggangu ceramah PR yang semakin menjadi-jadi muktahir ini.Di akhir ceramah Dato Sri Nizar pihak urusetia ceramah telah menanyang kembali video klip pembohongan oleh Ketua Pemuda Umno Kampar yang menuduh Dato Sri Nizar menipu konun beliau tidak membuat panggilan telefon itu.

Tepat jam 12 malam ceramah berakhir dan kesemua mangsa kereta yang di cat oleh orang yang di kenali itu membuat laporan Polis.

Bekas Pegawai Tinggi TUDM antara 4 orang profesional sertai PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan penyertaan empat orang tokoh profesional sebagai anggota parti itu.
Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu empat tokoh tersebut adalah Pengurus Kanan Am Jabatan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, bekas Pengarang The Malaysian Insider, Praba Ganesan dan Dr Abdul Aziz Bari (gambar ), bekas pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Katanya, Koh King Kee merupakan graduan lepasan Universiti Malaya dan pernah menjadi tahanan ISA pada Disember 1974 disebabkan beliau aktif memperjuangkan keadilan sosial.

Jelasnya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Abdul Hadi merupakan bekas pegawai tertinggi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang pernah memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia atas pemecatannya yang tidak sah berhubung kehilangan dua enjin jet pejuang F5E dari kem TUDM di Sungai Besi.

"PKR sangat mengalu-alukan penyertaan empat tokoh profesional ini dan membuka seluas-luas pintu kepada mana-mana tokoh atau individu yang ingin turut serta bersama PKR dalam memperjuangkan agenda reformasi dan keadilan untuk masa depan Malaysia yang cerah," jelasnya lagi.

Keadaan sebenar ceramah Anwar di Lembah Pantai


Raja nong chik harus jawab kenapa berlaku sedemikian oleh penyokong-penyokong umno di tapak ceramah Pakatan rakyat di lembah pantai sebentar tadi?



Dari twitter Nurul Izzah

Malam semalam penyokong umno cukup marah dengan moderator dr maszlee malik bila mencabar najib razak berdebat dgn Anwar, dengan sorakkan seolah-olah umno tidak sabar lagi nak senaman punggung dalam dewan debat.

Anwar dikawal sambil berceramah

Keadaan sangat tegang bila penyokong2 umno yang tak bertamadun melepaskan geram terhadap pemimpin pakatan rakyat dengan kata2 kesat dan baling telor, apabila geramannya itu malam semalam tidak dapat dilepaskan kerana live. kata anwar kamu dapat upah hanya rm20 tapi pemimpin kamu dapat juta2...kahkahkah


kita ajak berdebat bukan nak mengajak cara kekerasan, tapi kamu tidak berani dan ingin juga kekerasan, badigol punya umno.


Seorang penyokong PKR cedera akibat dibaling objek dipercayai batu dari kawasan ceramah umno. antara tapak ceramah Bn dan PR terpisah hanya kira2 20 meter sahaja

Mesti umno kata padam muka bersorak nong chik tengok neh

Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur

Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.

Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.

Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu.

Kes Najib - Altantuya disiarkan dalam media HongKong

Najib boleh kawal media arus perdana di Malaysia. Tetapi Najib dan bien tak boleh kawal media arus perdana di negara lain. Menurut rakan yang memberikan informasi neh kepada aku, dia cakap

1. Berita neh tersiar semalam.

2. Dalam paper terbitan hong kong.

3. Ia menceritakan bahawa najib dipercayai individu yang berperanan sebagai perancangan utama / dalang kepada pembunuhan altantuya. Senang cakap najib di anggap sebagai SUSPECT.

4. Mahkamah perancis telah memanggil Najib untuk memberikan keterangan.

5. Altantuya dalam paper di atas digambarkan sebagai juru bahasa = tukang alih bahasa.

Aku taknak lah cakap apa2 dalam kes neh tunggu jek siasatan lanjut cuma nak bagitau je yang sekarang neh satu dunia kot dah mula melaporkan isu najib neh. Sebahagian besar rakyat malaysia pula masih ditipu oleh media arus perdana sendiri. Kesian. Teruskan diperbodohkan sebab korang memang bodoh pun. Sumber : http://amenoworld.blogspot.com

100 orang termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga

Lebih 100 orang berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal.

Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.

Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".

Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.

Setakat ini, kumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka masih belum kelihatan.

Komen Dr Maszlee Terhadap Blogger Pemfitnah

Sejak selepas hari perdebatan antara KJ dan Rafizi berkaitan dengan isu PTPTN, Dr Maszlee telah dijadikan sasaran tidak puas hati oleh ramai blogger yang tidak dapat menerima hakikat apabila beliau melontarkan cabaran agar Najib berkelaku sebagai anak jantan untuk berdepan pula dengan DSAI.

Tohmahan, kritikan, cercaan, kutukan & fitnah yang melampau dari chai chai blogger tersebut telah sampai ketahap maksimum dan tidak dapat lagi ditoleransi oleh Dr. Maszlee sehingga keluar doa sebagaimana yang dicatitkan beliau dari tweet diatas.

Doa Dr. Maszlee disambung oleh Wardina sebagai tanda sokongan beliau kepada Dr. Maszlee dalam terhadap fitnah jahat dari blogger

Usah pentingkan untung semata-mata kata Nik Aziz

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan agar peniaga tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata malah berniaga mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dalam syariat Islam.

Beliau berkata, jika hanya mementingkan keuntungan dan melakukan urusan jual beli dengan menaikkan harga sesuka hati, ia bukan hanya membebankan pelanggan, malah menyebabkan pelanggan berubah dan memilih barang di tempat lain.

“Saya harap peniaga dapat menjalankan perniagaan dalam landasan yang betul dan tidak menyimpang dari maksud untuk mendapatkan rezeki dengan cara halal. Di samping itu janganlah lupa menunaikan solat kerana solat itu merupakan tiang agama,

walaupun berniaga solat harus diutamakan,” katanya demikian ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan pasar Kota Jembal, di sini, semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Fauzi Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Pasar terbabit yang menelan belanja RM3.2 juta di bawah seliaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB_BRI), dibuka kepada orang ramai sejak Februari lalu dengan penyertaan 423 peniaga.

Di samping tempat untuk berniaga, pasar terbabit turut disediakan kemudahan surau, pejabat, selain tandas awam.

Nik Aziz juga berharap pasar terbabit menjadi tarikan utama pelancong setanding dengan kewujudan Pasar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh yang semakin terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar negara.

Perbandingan kepimpinan Khir Toyo dengan Khalid Ibrahim

Berikut merupakan gambar perbandingan kepimpinan Khir Toyo dengan Khalid Ibrahim. Dapat dilihat siapa yang lebih bijak mengawal ekonomi negeri.

8 warga Pakistan saman Hishamuddin dan kerajaan RM40 juta

Lapan lelaki warga Pakistan, pada Rabu, memfail saman terhadap dua pengarah syarikat pengangkutan, menteri dalam negeri dan kerajaan Malaysia serta lapan yang lain bagi menuntut ganti rugi RM40 juta terhadap dakwaan antaranya dengan salah, menculik dan mengurung mereka.

Tuntutan ganti rugi itu juga atas kerosakan harta benda, penderaan, salah tangkapan dan ugutan. Lapan plaintif itu ialah Rajid Ali, Rahman Sadieq, Waqar Ali Abdul Rahman, Abdul Samad, Akmal Hussain, Syed Waqar Ali, Khalid Hussain dan Imran Khan.
Mereka diwakili peguam Ravi Sodhi dan memfail saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Watsons Peters & Mohd Fuad.

Kesemua plaintif yang berusia antara 22 dan 41 tahun itu menamakan 12 defendan antaranya dua pengarah syarikat VK Transport Sdn Bhd iaitu N. Kuppan, 56, dan K. Homanath, 21, syarikat VK Transport Sdn Bhd, menteri dalam negeri, Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur, R. Jevan, 37, dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa mereka disalah tangkap untuk tempoh 12 hari kerana disyaki melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mereka mendakwa insiden berkenaan menyebabkan mereka mengalami kerugian, kerosakan dan penderaan mental.

Mereka memohon ganti rugi sebanyak RM40 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan juga lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

NFC Saman PUBLIC BANK Dedah Akaun

NFCorp fail saman terhadap Public Bank Berhad
Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) pada Selasa memfailkan saman terhadap Public Bank Berhad di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menuntut kerugian yang dialami sehingga menjejaskan kredibiliti dan reputasi syarikat itu dalam perniagaan berikutan bank tersebut didakwa telah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia).

Peguam Cara yang mewakili NFCorp dalam satu kenyataan menegaskan bahawa perlanggaran keselamatan oleh Public Bank membolehkan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli, seperti yang didakwa untuk membuat spekulasi dengan memburukkan reputasi, kredibiliti dan keupayaan syarikat.ni katanya, ia termasuk syarikat-syarikat berkaitan dan pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dengan pihak kerajaan, orang awam dan ahli-ahli perniagaan.

“Dalam saman tersebut dinyatakan bahawa maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, serta pengerusi (plaintif) telah disebarkan kepada umum secara meluas, sehingga mengakibatkan kehidupan pengarah-pengarah dan ahli keluarga plaintif terdedah kepada ancaman bahaya,” katanya.

Peguam Cara NFCorp berkata, Public Bank bertanggungjawab melindungi maklumat mengikut dasar undang-undang, secara kontrak dan tanggungjawab telah diamanahkan daripada ia dicetak semula, diedar, dihebah, didedahkan atau disiarkan kepada mana-mana pihak, atau merekodkannya bagi mana-mana pihak, terhadap apa-apa maklumat atau dokumen membabitkan akaun pihak plaintif untuk disiarkan oleh mana-mana pihak ketiga.

“Tindakan undang-undang ini diharapkan akan menjadi satu peringatan kepada bank-bank dan juga institusi-institusi kewangan terhadap tanggungjawab mereka untuk melindungi maklumat rahsia pelanggan-pelanggan mereka dalam sebarang keadaan termasuklah memastikan pelanggan-pelanggan mereka tidak terdedah kepada ancaman bahaya,” katanya lagi.

Beliau menambah, Seksyen 97 BAFIA menyatakan, “Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) yang dengan apa jua cara sekali pun mendedahkan kepada mana-mana orang lain

Artis Bidas Kenyataan Tok Pa

Seorang artis hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.

Salah seorang artis, Haire Othman mempersoalkan kenyataan Tok Pa itu mengapa jika para artis apabila berbeza pendapat dianggap pembangkang. Menulis di facebooknya, beliau menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu.

Haire melahirkan rasa kehairanannya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan dan mesti ikut mereka seperti lembu.

Banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS.

Kelmarin, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang penyertaan PAS kepada TG Hj Abdul Hadi Awang. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada UMNO BN yang telah sekian lama memeperkudakan PDRM untuk pertahankan kuasa mereka.

Sebelum daripada ini beberapa orang artis seperti Bob Lokman, Aisyah dan Sham Kamikaze telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS.

"saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman

Saifuddin Abdullah Sokong Debat Antara Najib dan Anwar

Debat ‘Pemansuhan PTPTN Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ di antara Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli anjuran akhbar Sinar Harian telah berlangsung dengan jayanya malam tadi.

Dilangsungkan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, sambutan hangat yang diterima menyebabkan banyak pihak berpendapat supaya lebih kerap debat seumpama itu diadakan yang membabitkan kepimpinan tertinggi politik negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang turut menyaksikan debat tersebut berpendapat debat seperti yang dianjurkan akhbar Sinar Harian itu sebagai satu perkara yang harus diteruskan pada masa hadapan.

Menurutnya, debat memberikan ruang kepada semua pihak berhujah dan bukannya sekadar ceramah satu hala semata-mata.

“Ini pada saya permulaan yang sangat baik dan harus diteruskan lagi dengan siri-siri yang akan datang.

“Yang kita hendak ialah debat politik dan bukan hanya ceramah sehala,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu.

Menurutnya lagi, jika terdapat cadangan untuk menganjurkan debat di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau adalah antara individu yang akan menyokongnya.

“Itu (debat Najib dan Anwar) satu perkara yang kalau berlaku akan mencipta sejarah. Saya antara yang akan menyokongnya,” kata Saifuddin.

Najib batalkan Kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk bagi laluan kepada artis 'K' Pop

Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah UAI di PICC pada 26 mei ini..

Arahan itu telah dikeluarkan melalui surat yang telah di faks kepada Pengarah JAKIM beberapa hari lalu untuk menarik serta-merta tauliah tersebut.

Sebab-sebab penangguhan dibuat kerana ianya adalah serentak dengan satu program anjuran kerajaan pusat iaitu Himpunan Sejuta Belia yang bermula 23 Mei ini.

Dibimbangi program anjuran kerajaan pusat tidak akan mendapat sambutan hangat berikutan ustaz Azhar Idrus juga bakal mengadakan program pada hari yang sama.

Kerana sebelum ini dalam program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan sebagai Anti Islam oleh beberapa ahli UMNO, Ustaz Azhar terbukti mampu menarik ribuan belia untuk mendengar kuliahnya.

Kononnya nak bagi laluan kepada Najib dan Kerajaan Pusat disamping mengelakkan heavy traffic jam pada hari tersebut.

Apa yang sebenarnya tersirat dari arahan Setiausaha Politik Najib itu ialah, UMNO sebenarnya telah menjemput artis K Pop pada malam Ustaz Azhar Idrus akan mengadakan kuliah, lihat tentatif program di bawah.


Dan artis K Pop yang dimaksudkan itu ialah di bawah :