Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW.
Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.
“Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
Di dalam masa yang sama, kata beliau ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
“Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya.
Pages
▼
Isu Fitnah : Presiden PAS saman Mashitah
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang mengandungi unsur fitnah.
Fail tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.
(Gambar: Ahmad Samsuri bersama peguam bercakap kepada media.) Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua. Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.
Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut. Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.
(Gambar: Ahmad Samsuri bersama peguam bercakap kepada media.) Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua. Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.
Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut. Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.
Pemuda UMNO dan PAS tetapkan demo berasingan
Hasrat Pemuda Umno dan PAS bergabung untuk himpunan mengutuk filem Innocence of Muslims tidak menjadi kenyataan apabila kedua-dua pihak memutuskan membuat penganjuran berasingan.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata walaupun hasrat awal beliau dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan untuk bergabung, tetapi atas sebab "keselamatan dan bimbang insiden yang tidak diingini berlaku" kedua-dua pihak memutuskan mengadakannya secara berasingan.
Bagaimanapun, kata Khairy, kedua-dua kumpulan itu mempunyai niat dan hasrat yang sama untuk mengecam filem yang kontroversi itu. Pemuda Umno akan mengadakan perhimpunan di Majis Jamek Kg Baru, manakala Pemuda PAS akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat.
"Selepas berbincang panjang lebar, kami bersolidariti, kita sokong himpunan mereka dan beliau (Nasrudin) sokong apa yang kita buat," kata Khairy dalam sidang media di pejabatnya hari ini. Nasrudin semalam menjelaskan melalui Twitter kepada Malaysiakini, "hak orang lain anjur kita tak ganggu". "Pemuda PAS sudah bergerak ke seluruh negara dalam isu ini dan akan sambung kemuncaknya di kedutaan AS," katanya.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata walaupun hasrat awal beliau dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan untuk bergabung, tetapi atas sebab "keselamatan dan bimbang insiden yang tidak diingini berlaku" kedua-dua pihak memutuskan mengadakannya secara berasingan.
Bagaimanapun, kata Khairy, kedua-dua kumpulan itu mempunyai niat dan hasrat yang sama untuk mengecam filem yang kontroversi itu. Pemuda Umno akan mengadakan perhimpunan di Majis Jamek Kg Baru, manakala Pemuda PAS akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat.
"Selepas berbincang panjang lebar, kami bersolidariti, kita sokong himpunan mereka dan beliau (Nasrudin) sokong apa yang kita buat," kata Khairy dalam sidang media di pejabatnya hari ini. Nasrudin semalam menjelaskan melalui Twitter kepada Malaysiakini, "hak orang lain anjur kita tak ganggu". "Pemuda PAS sudah bergerak ke seluruh negara dalam isu ini dan akan sambung kemuncaknya di kedutaan AS," katanya.
Dr Siti Mariah Saman Doktor HKL
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud hari ini menyaman seorang pemegang akaun laman sosial Facebook kerana mengaitkan beliau dengan insiden mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu, April lalu.
Saman terhadap seorang doktor perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Abdul Aziz dan Yazmin. Bercakap kepada pemberita, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, saman itu dibuat kerana tulisan itu menjatuhkan maruah beliau sebagai ahli Parlimen.
"Saya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu ini kerana tulisan itu menuduh saya sebagai biadab di majlis pertabalan," katanya yang ditemani peguam Abdul Aziz Hamzah. Doktor tersebut dalam tulisannya di facebook mendakwa Siti Mariah mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu sewaktu istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara.
Dakwaan itu turut mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua tetapi kedua-dua mereka telah menafikan dakwaan mereka mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan itu.
Saman terhadap seorang doktor perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Abdul Aziz dan Yazmin. Bercakap kepada pemberita, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, saman itu dibuat kerana tulisan itu menjatuhkan maruah beliau sebagai ahli Parlimen.
"Saya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu ini kerana tulisan itu menuduh saya sebagai biadab di majlis pertabalan," katanya yang ditemani peguam Abdul Aziz Hamzah. Doktor tersebut dalam tulisannya di facebook mendakwa Siti Mariah mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu sewaktu istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara.
Dakwaan itu turut mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua tetapi kedua-dua mereka telah menafikan dakwaan mereka mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan itu.
Johor Tetap Jadi Pusat Gelombang Perubahan
Walaupun tanpa jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat (PR), Johor tetap menjadi pusat kepada gelombang perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub."Keyakinan tersebut bukan sekadar berdasarkan kajian yang dibuat, tetapi diukur berdasarkan sambutan rakyat Johor kepada program-program PR.
"Itu keyakinan kita dan kita tidak beri keutamaan sama ada Menteri Dalam Negeri memberi jaminan keselamatan atau tidak," kata beliau.
Sebelum ini, ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".
Menghuraikan lebih lanjut, Salahuddin berkata, sebelum ini pemimpin-pemimpin PR tempatan memberitahu, hendak penuh 50 meja pun susah kalau mereka anjurkan majlis makan malam.
"Tetapi baru-baru ini, 8500 orang telah membeli tiket bagi memenuhi 850 meja yang telah dijual oleh PKR negeri Johor dalam majlis makan malam anjuran parti itu di Skudai," katanya.
Begitu juga dengan sambutan kepada rumah-rumah terbuka Hari Raya yang diadakan oleh PAS, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.
"Ada masanya, saya terpaksa menghadiri sehingga enam rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di dalam PAS.
"Dalam setiap majlis yang saya hadiri sambutan dan kehadiran masyarakat Cina dan India begitu memberangsangkan dan merupakan suatu fenomena yang tak berani hendak diimpikan oleh PAS di Johor dahulu.
"Sambutan masyarakat Melayu pula tentulah yang terbaik kini dan bukan lagi seperti dahulu di mana biasanya hanya puluhan orang sahaja yang hadir dalam program PAS di Johor," kata Salahuddin.
Beliau menyatakan PR kini menambahkan sasaran sehingga 18 kerusi di Johor.
Sebelum ini PR mensasarkan 12 kerusi Parlimen di Johor, namun susulan pelbagai perkembangan menarik di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak, ia memberi impak baru yang membantu membantu PR di negeri itu, katanya.
PR akan mencipta momentum baru di Johor, katanya lagi.
"Terdapat tiga atau empat Parlimen baru kita yang akan kita fokuskan. Yang sebelum ini Gred B kita angkat jadi gred A untuk diberi fokus untuk membawa harapan yang besar mencapai kemenangan," kata Salahuddin
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan Parlimen yang menjadi sasaran PR itu, dan sama ada ia ditandingi oleh PAS, PKR atau DAP.
Bongkar campur tangan Najib & UMNO Di Dalam Projek OPS2020 UIAM
Sepucuk surat bertandatangan perdana menteri Najib dengan restu Majlis Tertinggi Umno bertarikh 7 Ogos 2012 yang dihantar kepada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaleha Kamaruddin berhubung perlantikan Mizan Hitam menggantikan Nik Ahmad Kamal sebagai Timbalan Rektor universiti itu menjadi bukti terbaru bahawa Najib adalah dalang di sebalik sebuah projek yang dipanggil OPS 2020!Tanpa segan silu menyalahgunakan kedudukan politik dan menggunakan kepala surat Umno bagi maksud tersebut, Najib mengarahkan supaya Mizan diberikan kemudahan dan kerjasama sepenuhnya bagi memberi kemenangan kepada mahasiswa pro-Umno (pro-Aspirasi) di universiti itu.
Menurut laman Facebook Buletin UIAM dalam posting terbaru dua jam lalu, OPS 2020 yang digerakkan Umno bertujuan memastikan kemenangan kesemua 20 kumpulan pro-Aspirasi yang condong kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di kesemua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pilihanraya kampus yang bakal diadakan pada 25 September ini.
UIAM antara universiti yang menjadi sasaran utama Umno merampas kerusi majlis perwakilan mahasiswa yang selama ini dipegang pro-Mahasiswa yang pro-Pakatan Rakyat.
Selain UIAM, universiti utama lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut dijadikan sasaran buat Umno kerana ia sebenarnya adalah cerminan terhadap keputusan pilihanraya umum yang akan datang.
Projek yang sungguh menjijikkan ini diketuai timbalan menteri belia dan sukan, Razali Ibrahim yang juga pengerusi biro IPT Umno pernah didedah menghadiri satu mesyuarat Think Tank OPS 2020 bersama-sama dengan Tun Faisal Ismail Aziz yang bertindak selaku bos Unit Media Baru Umno.
Surat yang sama dilampirkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin dan Presiden UIAM yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan. -jalanpulang
Berikut merupakan kandungan surat Najib kepada Zaleha:
MAKLUMAN PELANTIKAN TIMBALAN REKTOR UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) BAGI MENJAYAKAN OPS 2020
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk
2. Adalah dimaklumkan, dengan pengesahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pelantikan Datuk Prof. Madya Dr. Mizan bin Hitam sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM untuk menggantikan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmood berkuatkuasa serta merta.
3. Sehubungan itu, pelantikan Datuk Prof. Dr. Mizan bin Hitam adalah bertujuan untuk menjayakan projek OPS 2020 bersempena dengan Pilihan Raya Kampus 2012 yang dijadualkan berlangsung pada 25 September 2012. Semoga makluman kepada pihak puan atas pelantikan ini dapat membawa kejayaan dan kegemilangan kepada Pro-Aspirasi untuk memartabatkan Bangsa dan Negara berlandaskan Perlembagaan UMNO.
4. Kerjasama, sokongan dan perhatian yang diberikan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.
(tandatangan)
(DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK)
Presiden UMNO Malaysia
Najib ditipu 'Ulama Muda'?
Jika benar apa yang didakwa oleh Mantan Mufti Perlis dilaman twitter milik beliau ini, ianya membuktikan kepada kita semua bahawa adalah mudah untuk memperbodohkan seorang yang bodoh.Kali ini Mantan Mufti Perlis itu kelihatan telah mendedahkan sesuatu yang kita tidak mengetahui mengenainya.. iaitu mengenai sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Ulama Muda'.
Kumpulan yang ujud dalam parti perkauman dinegara ini, iaitu UMNO..
Dalam hal ini Najib kelihatan diperbodohkan lagi kali ini oleh sekumpulan manusia yang mendakwa diri mereka adalah Ulama, padahal mereka yang mendakwa sebagai Ulama itu bukannya datang dari kalangan yang punya latar belakang agama.
Tulis Mantan Mufti Perlis itu dilaman twitter miliknya "Ada parti trtipu dgn pnggunaan nama ulama muda. Padahal kbnyakan mrk bukan dr latar agama ttp mnulis guna nama ulama"
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat kehancuran”
Apabila ditanya “Bagaimanakah caranya disia-siakan amanah?”
Jawab Baginda, “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat kehancuran.
Ustaz Azhar Idrus gegarkan Kuala Kangsar
ianggarkan lebih 20, 000 hadir ceramah Ustaz Azhar Idrus di Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar berhampiran Koleh Islam Darul Ridzuan semalam.Sejak petang lagi, rakyat dari seluruh negeri Perak berpusu-pusu memasuki Kuala Kangsar untuk bersama-sama mendengar ceramah yang disampaikan oleh Daie Sejut Ummat itu.
Pelbagai lapisan termasuklah anak-anak muda, hadir ke program tersebut dan ternyata auranya sangat sehinggat dapat mengumpulkan puluhan ribu masyarakat.
Tidak perlu membuat konsert rock yang melalaikan, tidak perlu artis-artis yang popular, hanya seorang Ustaz dapat menarik orang ramai.
Telatah Ustaz Azhar Idrus menggamit suasana dan program tersebut ternyata lebih baik daripada program Kerajaan Negeri iaitu konsert rock malam Hari Malaysia baru-baru ini yang melalaikan umat Islam. Sudah pasti Umno tidak senang dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus semalam.



Media UMNO Memalukan Najib Lagi
Dengan tajuk utamanya "Najib: United front crucial for Umno's success in polls", ternyata NST terang-terang membohongi pembaca akhbarnya!Jika diperhatikan betul-betul gambar di atas, nyata dua imej yang sama diletakkan sebelah-menyebelah bagi menunjukkan kehadiran yang ramai sebagai latar belakang pergerakan Najib Altantuya yang bersalaman dengan ahli sebenar semasa menuju ke dewan tempat persidangan diadakan, dan dengan tujuan yang sama menutup ruang kosong tersebut.
Dengan angkuhnya, Najib Altantuya berkata: "Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yangg dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno yang kununnya dihadiri 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.
Dengan nada marah bercampur geram, Najib Altantuya menempelak Pakatan Rakyat kununnya Pekan tidak membangun selama dia menjadi ahli parlimen selepas kematian bapanya yang juga perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein.
Tetapi dia lupa akhbar pengampu nombor satunya telah mengedit gambar persidangan tersebut tanpa pengetahuannya.
Nampaknya sekali lagi NST berjaya memalukan Najib Altantuya dengan tindakan bodoh yang sememangnya mudah dihidu penyokong Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan sebelum ini oleh agensi berita nasional, Bernama yang turut mengedit gambar pengunjung rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Ogos lalu.
Cermin kereta YDP PAS Pekan pula kena pecah
Sebuah kereta milik Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf (foto) telah dirosakkan oleh individu yang tidak dikenali lewat awal pagi tadi. Kenderaan beliau dari jenis Kia Spektra itu telah dibaling dengan batu-bata menyebabkan cermin belakangnya pecah.Perbuatan khianat itu dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 pagi dan terdapat saksi yang mengatakan penjenayah terbabit merupakan seorang dewasa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5. Beliau dikatakan telah masuk ke rumah mangsa dan melontarkan dua biji baru bata. Salah satu daripadanya terkena cermin belakang dan satu lagi terkena pada bumbung dan bahagian depan kereta berkenaan. Menurut sumber, sebelum ini kejadian yang sama telah menimpa kenderaan anak saudara beliau turut dipecahkan cermin ketika ia diletakkan di hadapan rumahnya.
Dua kejadian yang berlaku ini menimbulkan satu persoalan, apakah ia bermotifkan politik atau sekadar perbuatan khianat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu laporan polis telah di buat oleh PAS Pekan selepas kejadi itu awal pagi tadi. Kejadian yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi PAS di kawasan parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nampaknya kini budaya samseng dalam berpolitik sudah semakin menular dan berada ditahap yang paling serius. Kejadian yang menimpa YDP PAS Pekan itu kemungkinan besar adalah untuk menakut-nakutkan beliau dan keluarganya, tambahan pula Pilihanraya Umum Ke-13 kian hampir sekarang ini.
Apapun, mujurlah tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini. Manakala itu, menurut Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Pahang (MTRP), Syed Ali Al-Habshe beliau percaya perbuatan itu adalah tindakan khianat oleh seteru politik pemimpin PAS terbabit. "Harap.. jangan amalkan budaya politik ganas dan kejadian ini mungkin disebabkan oleh tindakan ektrimis pihak lawan. Marilah kita sama-sama solat hajat minta Allah berikan petunjuk kepada pihak terbabit. Polis juga diharap dapat bertindak secara adil siasat kes ini", katanya.
Ustaz Abu Kassim menunjukkan cermin belakang keretanya yang dipecahkan
Kejadian yang berlaku ini dilihat pasti akan menjatuhkan imej UMNO BN di mata rakyat walau pun mungkin bukan ahli mereka yang melakukannya. Biar pun mungkin mereka menafikan, namun berdasarkan kepada modus operandi yang dilakukan ia menjurus ke arah itu. Jika tidak mana mungkin dua kejadian yang sama dilakukan terhadap orang yang sama dan mempunyai pertalian suadara seperti ini.
Sebelum ini, adengan memualkan ini dapat disaksikan di ceramah-ceramah, kemudia terbawa-bawa ke lokasi sesuatu program.
Terkini melibatkan kejadian simbah cat pula dan akhirnya tindakan biadap ini pula dilakukan. Ia sesuatu yang tidak wajar dan sepatutnya tidak dilakukan jika negara kita mengamalkan politik yang sihat.
Namun, bagai direstui maka akhirnya berlakulah kejadian yang tidak diingini seperti ini sebenarnya. Moga pihak polis dapat melakukan tindakan secara profesional untuk mengesan penjenayah terbabit. Semoga Ustaz Abu Kassim tetap tabah menghadapi musibah ini
Peserta BERSIH bebas tuduhan sertai himpunan haram
21 orang termasuk ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini didapati tidak bersalah dan dibebaskan atas dakwaan kes perhimpunan haram ulangtahun pertama Bersih pada tahun 2008.Hakim Hayatul Akmal hari ini memberi keputusan tersebut selepas mahkamah mendapati pihak pendakwa tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa penganjur perhimpunan tersebut.
Gobind Singh Deo yang mengetuai pasukan peguam pembelaan berkata, beliau amat gembira dengan keputusan yang diputuskan oleh mahkamah sesyen hari ini.
“Pihak pendakwa jelas tidak mempunyai bukti yang kukuh bahawa penganjur membuat sebarang kesalahan. Jadi saya berharap peguam negara tidak akan merayu untuk kes ini.
“Kemenangan ini sangat menggembirakan memandangkan kami telah berada di dalam kes ini sudah hampir tiga tahun,” kata Gobind, yang juga ahli parlimen Puchong.
Giliran Naib Presiden Perkasa pula sertai PKR
Kurang 24 jam penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke KEADILAN, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong pula melakukan tindakan sama.Pengisytiharan Yahya keluar Umno dan menyertai KEADILAN dibuat pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 anjuran Pakatan Rakyat di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.
Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal BN Sabah meninggalkan regim itu dalam tempoh hanya sebulan, menjadikan mereka semakin goyah.
Pengisytiharan dibuat depan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan kira-kira 10,000 rakyat Sabah.
Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Di-Pertua Perkasa Sabah yang pertama.
Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999.
Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah.
Bekas Bendahari Umno Sabah Sertai PKR
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dalam Twitternya turut berkata kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sabah hari ini turut disambut oleh Ibrahim di Lapangan Terbang Labuan dan mereka turut makan tengahari bersama di The Waterfront Labuan.
Ibrahim merupakan pemimpin keempat meninggalkan Barisan Nasional (BN) di Sabah mengikut jejak langkah Naib Presiden Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut (Upko) Datuk Maijol Mahap, Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran, dan Datuk Seri Lajim Ukin yang merupakan timbalan menteri pusat.
Kerusi di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi kubu pertahanan BN menjelang pilihan raya umum akan datang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.
Pada pilihan raya 2008, BN tewas majoriti dua pertiga Parlimen dengan tewas lima negeri termasuk Kelantan di Semenanjung.
Peti undi BN datang dari Sabah dan Sarawak, termasuk Labuan, apabila parti pemerintah itu memenangi 55 kerusi Parlimen kecuali dua di tangan pembangkang sebelum ini.
Bagaimanapun, BN kini hanya memiliki 53 kerusi Parlimen dan pembangkang pula memiliki empat kerusi.
14 anggota PKR yang diketuai Azmin Ali dilarang masuk ke Sabah
Empat belas anggota PKR yang diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali dilarang memasukki negeri Sabah setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 3.20 petang tadi. Menurut Setiausaha Politiknya Hilman Idham, mereka dilarang masuk ke Sabah oleh pihak imigresen dan terus dihantar pulang ke Kuala Lumpur.
“Sebaik menjalani pemeriksaan di kaunter imigresen, saya telah ditahan dan dimaklumkan bahawa terdapat arahan melarang saya memasuki negeri Sabah menerusi Notis Penolakan Masuk ke Sabah Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen atas arahan Ketua Menteri Sabah.
“Notis tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Fenny Fiona,” katanya dalam satu kenyataan media petang tadi.
Hilman Idham menegaskan, ketika negara bakal meraikan sambutan ulangtahun penubuhan Malaysia yang ke-49, amalan politik menekan dan menindas sebegini masih lagi menjadi budaya khususnya di kalangan pimpinan Umno-Barisan Nasional.
“Saya menyifatkan tindakan ini sebagai zalim serta menafikan hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia.
“Tujuan saya ke Sabah adalah atas urusan kerja dan adalah tidak adil bagi pihak imigresen negeri Sabah melakukan tindakan yang tidak profesional sebegini,” katanya.
Jelajah Sambutan Hari Malaysia DSAI bersama Pimpinan PR di Sarawak dan Sabah
15 September 2012 (Sabtu) – Sabah2.00-5.00 ptg Pidato Di Ambang Hari Malaysia
Pemidato:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tan Seng Giaw
3. YB Dr Hatta Ramli
4. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
5. YB Azmin Ali
6. YB Dato’ Seri Lajim Ukin
7. YB Dato’ Seri Wifred Bumburing
8. YB Tian Chua
9. YBhg Tan Sri Ibrahim Menuddin
10. Pimpinan Pakatan Rakyat
Markas Pakatan Rakyat,
Jalan Kerupang,
Kg Batu Arang, Labuan,
Wilayah Persekutuan
8.00–12.00 mlm Ceramah Perdana :
“Countdown” Hari Malaysia
Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
3. YAB Lim Guan Eng
4. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
5. YB Azmin Ali
6. YBhg Tamrin Jaini
7. YB Jimmy Wong Sze Phin
8. YBhg Aminuddin Aling
9. YB Dato’ Seri Lajim Ukin
10. YB Dato’ Seri Wifred Bumburing
11. Pimpinan Utama Pakatan Rakyat
Restoran
Singgah Singgarung,
Jalan Sulaman, Tuaran, Sabah
16 September 2012 (Ahad) – Sabah & Sarawak
8.30–11.00 pagi Peluncuran Buku Sheikh Yusuf Qardawi – “Kebangkitan Rakyat “
Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Yaho Hotel, Sembulan,
Kota Kinabalu, Sabah
2.00–4.00 ptg “Meet Anwar” – Progam AIC Grand Continental Hotel, Kucing, Sarawak
4.00–7.00 ptg Ceramah Perdana Sempena Sambutan “Hari Malaysia”
Penceramah:
1. Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tuan Guru Hadi Awang
3. YB Lim Kit Siang
4. YB Azmin Ali
5. YB Baru Bian
6. YB Wong Ho Leng
7. YBhg Adam Ahid
8. YB Dato’ Seri Lajim Ukin
9. YB Dato’ Seri Wilfred Bumburing
10. Pimpinan Utama Pakatan Rakyat
Chonglin Park Commercial Centre, Jalan Tabuan,
Kucing, Sarawak.
SEMUA DIJEMPUT HADIR
7 Adun BN Sabah Akan Keluar Parti?
Dalam congakan setakat ini, tujuh lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan berpindah kapal menyertai Pakatan Rakyat kerana sedar kapal yang ditumpangi kini sudah dimasuki air, menunggu masa untuk tenggelam.PEMBANTU khas Timbalan Presiden KEADILAN, Hilman Idham semalam dihalang daripada memasuki negeri Sabah kerana Musa Aman menganggap negeri itu milik bapaknya.
Kehadiran Timbalan Presiden KEADILAN dan pembantunya ke Negeri Sabah benar-benar ditakuti oleh
Musa Aman kerana ia menjadi petanda bahawa satu lagi keruntuhan Umno Sabah akan berlaku.
Seorang lagi tokoh berpengaruh Umno Sabah yang juga dianggap sebagai "bank bergerak" parti itu di Negeri Sabah bakal menyertai KEADILAN.
Tokoh yang dimaksudkan ialah Tan Sri Ibrahim Menudin yang akan sertai KEADILAN esok. Beliau ini adalah antara pemimpin yang berpengaruh di Sabah juga berpengaruh di kalangan pimpinan UMNO Sabah.
Jawatan akhir beliau sebelum ini ialah sebagai Bendahari Jawatankuasa Perhubungan UMNO Sabah sebelum digantikan oleh Musa Aman, Ketua Menteri Sabah sekarang.Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri.
Jika tiada aral melintang, beliau akan mengumumkan secara rasmi pengumumannya untuk menyertai KEADILAN pada pukul 3 petang di Sabah hari ini insya Allah.
Dalam congakan ReJaM© setakat ini, tujuh lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan berpindah kapal menyertai Pakatan Rakyat kerana sedar kapal yang ditumpangi kini sudah dimasuki air, menunggu masa untuk tenggelam.
Batu dan paku 'sambut' rombongan PKR di Johor tanda UMNO Johor cemas
Rombongan PKR ke Johor yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran lagi di Skudai petang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan untuk kempen parti itu.Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu Malaysiakini semasa majlis makan malam 800 meja di di Skudai bahawa serangan itu berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.
"Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki. "Kami mendapati seketul batu dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.
"Kemudian kami temui paku di atas jalan raya. Jadi kita berhenti di tepi jalan manakala kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya.
Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semasa ucapannya di majlis makan malam itu, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan.
"Kami dapati jalan penuh paku," kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.
"Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini," katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum.
Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malam itu, kemek dan calar pada bahagian bonetnya.
Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Fuziah berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya.
Keselamatan Pembangkang Bukan Tanggungjawab Kami kata Hishamuddin Hussain
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat."Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakiniketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.
"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.
"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."
Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.
Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu
Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu. "Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.
40 Ribu Serbu Ceramah Ustaz Azhar Malam Tadi
Program ini bukan program politik... cuma ia memberi impak yang sangat besar terhadap politik kerajaan negeri Kedah yang menampakkan kesungguhan membanteras penagihan dadah termasuk jugaklah penagihan ayaq ketum yang menjadi minuman rasmi cyber trooper puak belah sana nun.


Bas Jelajah Merdeka disimbah cat lagi di luar Masjid Jamek Tangkak
Ketua Pengawal peribadi Anwar diugut bunuh
Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam.“Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: “Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”, dan selepas itu talian terus diputuskan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media diiringi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad di ibu pejabat parti.
Ekoran itu, beliau membuat laporan pagi semalam di Balai Polis Damansara.
Ugutan itu dipercayai berkait rapat dengan program Jelajah Merdeka Rakyat yang dijadual akan meneruskan siri jelajahnya ke Johor Jumaat ini.
Menurut Ahmad Fauzi, panggilan itu diterima kira-kira jam 4.24 petang semalam ketika beliau berada di rumahnya di Cheras.
Mengecam tindakan tersebut, Nik Nazmi mendesak polis mengambil tindakan serius terhadap ugutan itu.
“Kita harap polis Johor dapat tingkatkan kawalan keselamatan menjelang jelajah Ketua Pembangkang ke sana. Seperti di negara lain, isu keselamatan tidak ada pilih kasih, tak kira Perdana Menteri mahupun parti pembangkang,” tegas Nik Nazmi.
“Kita tak minta layanan khas, cuma nak pastikan keselamatan mereka yang mengikuti jelajah itu,” tegas beliau.
“Bagaimanapun, kita akan teruskan jelajah seperti sebelum ini walaupun menerima pelbagai ancaman,” katanya lagi.
Dalam sidang media itu, Nik Nazmi turut mendedahkan maklumat samseng yang bertanggungjawab menyimbah cat merah ke atas bas Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka, Sabtu lalu.
“Namanya Sharidan bin Shahidan, merupakan seorang kakitangan sambilan Umno dan Ketua Wira Perkasa Bahagian Jasin, jadi Umno tak perlulah berdolak dalik mengatakan serangan itu tiada kaitan dengan mereka,” katanya.
“Justeru saya berharap, kejadian yang berlaku di Melaka tidak berulang di Johor nanti,” katanya lagi.
Samseng Umno dan Perkasa dilihat semakin berani sejak kebelakangan ini dengan bertindak mengganggu setiap jelajah yang disertai Anwar.
Dr Asri puji tindakan Ning Baizura tarik diri konsert syarikat arak
Tindakan penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura menarik diri daripada menjayakan acara persembahan ‘Guinness Arthur’s Day’ yang bakal berlangsung 28 September ini di Souled Out, Mont Kiara, mendapat pujian daripada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.Dr Mohd Asri yang juga merupakan Pensyarah Bahagian Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia mengucapkan tahniah di atas penarikan dirinya daripada program terbabit dengan berkata, “saya ucapkan tahniah kepada Ning."
"Ini adalah sikap yang baik," katanya.
Asri turut menjelaskan, “sekiranya sebarang persembahan yang diadakan dipercayai mempunyai kaitan dengan kempen mempromosi minuman keras sama ada secara langsung atau tidak langsung, ia adalah haram."
Beliau mengulas mengenai pembabitan artis beragama Islam yang terlibat dalam persembahan meraikan ulang tahun syarikat minuman keras terkemuka itu.
Selain itu, Asri menyeru semua artis untuk memperbaiki diri dengan mendekati asas-asas agama dengan sebaiknya.
“Maksud saya di sini bukanlah untuk menggesa mereka menjadi pendakwah sebaliknya untuk memastikan mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk tidak melanggar batas agama walaupun mereka terlibat dalam bidang hiburan,” katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai seorang lagi penyanyi yang terlibat dalam konsert itu, Mizz Nina, Asri berkata, “saya percaya dia (Mizz Nina) sebagai seorang Muslim, unsur baik ada dalam diri dia dan saya berharap dia menarik diri."
Ning, 37, dikatakan menarik diri daripada persembahan itu selepas penyalahgunaan gambarnya pada poster promosi acara itu.
Penyanyi itu dukacita di atas penyalahgunaan gambarnya pada poster promosi mengenai penglibatannya dalam persembahan acara ‘Guinness Arthur’s Day’ yang akan berlangsung di Bukit Kiara.
Ning berkata dia tidak terlibat langsung dalam promosi jenama arak itu dan gambarnya telah digunakan tanpa mendapat persetujuan daripada pihaknya.
Pihaknya turut menjelaskan bahawa Ning telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada tarikh itu dan bukannya didampingi oleh Guinness Anchor Berhad.
Pengurusan penyanyi itu turut berkata, pihaknya sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana syarikat yang mempromosikan minuman keras.
Anwar Tarik Balik Saman Terhadap Saiful Bukhari
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik samannya terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini.Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful memberitahu pemberita, Anwar menarik balik kes saman itu ekoran pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat.
Anwar selaku plaintif memfailkan saman pada 30 Jun 2008 terhadap Mohd. Saiful Bukhari yang didakwa berniat jahat ketika membuat laporan polis mengenai kes liwat membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Plaintif dalam pernyataan tuntutannya mendakwa defendan mengetahui pertuduhan liwat itu adalah palsu, tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan polis pada 28 Jun tahun yang sama.
Soi Lek terima 'wang kertas orang mati'
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menerima dua keping 'wang kertas orang mati' - yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' - bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya dalam satu sampul surat pagi semalam.Sambil menunjukkan wang kertas itu serta keratan akhbar berkenaan kepada pihak media petang tadi, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA, Chua menyifatkan tindakan itu sebagai satu "ancaman mati" terhadapnya.
Keratan akhbar itu, dipercayai dari akhbar Sin Chew Daily, adalah mengenai komen Presiden organisasi pendidikan Cina, Dong Zong, Yap Sin Tian mengenai pewujudan semula sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat.
Chua berkata wang kertas itu adalah ancaman mati terhadapnya kerana ianya dihantar kepadanya sekarang - iaitu pada bulan ketujuh kalendar Cina, yang merupakan bulan 'Hantu Lapar'.
"Setiap kali saya berkata sesuatu, mereka akan marahi saya. Jika saya tidak berhati-hati, saya boleh menjadi hantu," katanya.
Bagaimanapun, Chua menegaskan bahawa beliau tidak merasa terancam dengan taktik kotor seumpama itu.
BN perlu tegas singkir ahli kata MB Pahang
Barisan Nasional (BN) perlu lebih tegas jika menyingkirkan ahli-ahlinya yang cuba mensabotaj calon dan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tanpa menerima sebarang rayuan.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tindakan memecat ahli atau pemimpin Umno yang terlibat dalam kegiatan mensabotaj ini perlu dilaksanakan secara tegas serta mereka tidak dibenarkan melakukan sebarang rayuan berhubung perkara tersebut.
“Tindakan mensabotaj ini tidak sepatutnya berlaku dalam parti. Kalau guna api terbakar hangus, kalau guna air, rendam jadi lembut,” katanya ketika pada sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Dewan Undangan Neger (Dun) Beserah, semalam.
Katanya, sebelum ini, pernah berlaku pemecatan ahli, namun belum sampai satu penggal ahli yang terlibat sudah membuat rayuan.
“Saya harap, pucuk pimpinan pecat betul-betulserta tidak beri muka lagi kepada pengkhianat.
“Perkara ini memang biasa berlaku terutama jika sesebuah parti itu kuat. Pasti ramai ahli yang berlumba-lumba untuk menjadicalon hingga menggunakan taktik kotor,” katanya.
Dalam laporan Sinar Harian Ahad lalu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan ahli-ahlinya yang melakukan sabotaj terhadap parti dan calon pada PRU13 akan disingkirkan daripada parti.
Katanya, keputusan itu dibuat oleh pucuk pimpinan dan berharap perkara tersebut tidak berlaku hanya kerana kecewa tidak terpilih menjadi calon.
Janji pembangkang janji politik kata Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan rakyat bahawa jika pembangkang membuat janji, semuanya itu adalah janji politik dan bukan janji yang terasas kepada kebolehan, budi dan jasa."Oleh kerana mereka hanya pandai menjanjikan sesuatu, tanpa kebolehan mentadbir negara, kita menyatakan rakyat harus waspada dan tidak cepat 'melenting' menyatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu, begini...jauh lagi untuk menyatakan ketidakbolehan pemimpin kita.
"Sebenarnya, rakyat Malaysia perlu melihat dari sudut anak-anak yang berada di sekolah dan generasi muda kita yang perlu terus dibimbing.
Bagaimana kestabilan negara sudah kita wujudkan, kemudian keharmonian kaum dan seterusnya kesejahteraan. Kesemua ini harus kita timbang mendalam," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada majlis Merdekaraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Lui di Dewan Budaya Air Hitam, di sini hari ini.
Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata 'menukar kuasa pentadbiran kerajaan bukan sesuatu seperti menukar pakaian' kerana ia berkaitan dengan tamadun, masa depan generasi dan janji yang harus dipaksikan kepada apa yang terbukti dengan pembangunan dan kemajuan dikecapi negara selama di bawah BN.
"Dalam hal inilah, rakyat memberi galakan dan sokongan yang sangat padu dan kita yakin kita akan beroleh kejayaan terus menerus. Namun, janji ditepati ini kita perlu senaraikan...apa yang masih terbaki dan apa yang kita telah laksanakan. Dengan itu, semua rakyat akan faham sama ada kita berkata benar atau pun tidak," katanya.
Mengenai Hari Malaysia yang disambut pada 16 Sept ini di Bintulu, Sarawak, Rais berkata: "Setelah kita mengecapi kemerdekaan 55 tahun dan dengan kemasukan 49 tahun Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, ia merupakan tunjang dan pelengkap kepada kemerdekaan negara ini"
Isu Simbah Cat - Samseng Umno Dikenal pasti Polis
Seorang samseng Umno yang terlibat dalam insiden simbah cat ke bas Jelajah Merdeka Rakyat di Melaka Sabtu lalu berjaya dikenal pasti oleh salah seorang peserta rombongan semasa proses kawad cam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, petang tadi.Seramai 11 suspek dipanggil menjalani proses tersebut dan pengecaman itu dikesan oleh Setiausaha Kerja Wanita Pusat KEADILAN, Maisuri Hamzah.
“Saya sahkan seorang individu iaitu pemuda bernama Sharidan yang memakai topi berwarna merah semasa insiden itu.
“Polis kemudian mengambil keterangan berhubung kawad cam, dan memberitahu bahawa saya ada mengambil gambar (Sharidan ketika insiden itu),” katanya ketika ditemui selepas selesai menjalani kawad cam kira-kira jam 4.00 petang tadi.
Menurut Maisuri, kes tersebut yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 247 Kanun Keseksaan (merosakkan harta benda awam) ditukar kepada Seksyen 248 untuk membolehkan tangkapan dibuat.
Selain Maisuri, turut sama membuat kawad cam, petugas pejabat KEADILAN, Abdul Hadi Suhaimi.
Kedua-dua mereka telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut pada hari kejadian.
Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan menyimbah cat ketika bas tiba di Majlis Sambutan Aidilfitri KEADILAN Jasin di Kampung Kelubi, Melaka.
Ia berlaku kira-kira jam 3.30 petang – dilakukan pada siang hari secara terang-terangan.
Minggu lalu, pada jelajah sulung Merdeka Rakyat ke empat buah negeri, bas itu turut disimbah cat merah sekitar jam 4.20 pagi manakala cermin depan retak dilontar batu di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.
Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat.
Wasiat Tunku Abdul Rahman Kepada Orang Melayu
Bukti perebutan kerusi Parlimen diantara ahli MCA dan UMNO di Selangor
Wanita Pakatan yakin pertambahan calon dalam PRU ke-13
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, mewakili Wanita Pakatan Rakyat (PR) dalam sidang media hari ini memberi keyakinan akan lebih ramai lagi calon wanita dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini sekaligus membuktikan komitmen PR dalam memperjuangkan isu melibatkan wanita di Malaysia.Disamping itu Zuraida juga berkata Wanita PR akan memperkenalkan polisi untuk kaum wanita seperti yang terdapat dalam Buku Jingga dengan memperkenalkan tujuh tumpuan utama (polisi Wanita PR) sebagai manifesto menjelang PRU ke-13 nanti.
Tujuh tumpu utama tersebut akan dilancarkan sempena malam “Agenda Wanita Malaysia” pada 13 September ini di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam.
Dengan tema “Falsafah Hormat Wanita”, Zuraida turut berharap agenda yang akan dibawa oleh Wanita PR ini akan dapat membantu kaum wanita menyedari bahawa mereka mempunyai hak-hak yang mungkin tidak diketahui selama ini serta membantu meningkatkan peranan mereka dalam membangunkan negara.
Selain itu, Zuraida juga menegaskan pihak kerajaan menerusi agensi-agensi dan kementeriannya sudah tidak relevan dan tidak lagi memainkan peranan penting tetapi sebaliknya sudah terkebelakang dalam memperjuangkan isu wanita.
“Kementerian kerajaan kini sudah tidak boleh diharap dalam memperjuangkan isu wanita, malahan tidak lagi berfungsi untuk membantu wanita,” kata Zuraida.
Zuraida turut memperjelaskan kegagalan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam memainkan peranan meningkatkan jumlah wanita dalam pentadbiran di pelbagai peringkat walaupun telah menandatangani Konvensyen CEDAW di Beijing dua puluh tahun lalu.
“Malaysia sudah menandatangani konvensyen tersebut untuk meningkatkan peranan wanita dalam pelbagai bidang sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding kerajaan Umno dan BN yang tidak mampu melakukannya,” tambah Zuraida.
“Berbanding dengan kerajaan, PR telahpun memasukkannya dalam manifesto Buku Jingga dan membuktikan kami lebih ke depan dan proaktif.”
Zuraida juga yakin tahap 30 peratus tersebut mampu dicapai oleh PR menjelang PRU ke-14 memandangkan tahun lepas saja keseluruhan 13 peratus penglibatan wanita dalam PR telah berjaya dicapai mereka.
Berbeza dengan Wanita Umno, Zuraida juga menegaskan Wanita Pakatan lebih memperjuangkan isu-isu kesedaran, memperkasakan kaum wanita dan menggunakan pendekatan berlandaskan ilmu pengetahuan sambil yakin wanita masa kini sudah bersedia untuk menghadapinya.
Majlis pelancaran “Agenda Wanita Malaysia” yang bakal berlangsung ini juga bakal dihadiri ketua umum PR, Anwar Ibrahim bersama ketiga-tiga presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang.
Nasib Kg Baru dalam bahaya jika BN menang
Isu Kampung Baru membuktikan bahawa Umno telah gagal dalam membela hak rakyat khususnya orang Melayu di negara ini. Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, isu ini juga menjadi tanda aras kezaliman kerajaan Umno terhadap rakyat.
Menurutnya, penduduk Kampung Baru dinafikan hak terhadap tanah mereka sendiri semata-mata kerana memberi laluan kepada pembangunan.
Sebaliknya, pemaju dimanjakan dengan pelbagai kemudahan manakala pemilik dan pewaris dibiarkan mereka tanpa sebarang pembelaan sewajarnya.
"Ternyata slogan Rakyat Didahulukan serta Janji Ditepati hanyalah kata-kata manis yang indah diucapkan di lidah pemimpin mereka, hakikatnya ia adalah suatu yang pahit untuk ditelan apabila menghadapi kenyataan," katanya.
Keperihatinan PR
Dalam pada itu beliau bekata pihaknya menyokong penuh kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang akan membatalkan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 serta merta jika diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan.
"DPPKT merakamkan penghargaan setingginya atas keprihatinan pemimpin Pakatan Rakyat yang berusaha memberi jaminan Akta PPKB 2011 akan dibatalkan dan seterusnya akan dikembalikan kepada pemilik dan pewaris Kampung Bharu.
"Dalam keadaan isu ini didiamkan dari pengetahuan rakyat, pemimpin PR terus memainkan isu ini sebagai agenda penting PR bagi memastikan ianya terus bermain di bibir rakyat," ujarnya.
Kenyataan itu sebelum ini dilontarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan untuk membatalkan akta ini jika Pakatan Rakyat mendapat mandat memerintah Malaysia dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"DPPKT merasakan kenyataan inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat khususnya pemilik Kampung Baru," katanya.
DPPKT juga katanya akan menjadikan kenyataan pemimpin PR sebagai informasi penting untuk disampaikan kepada rakyat khususnya warga Parlimen Titiwangsa supaya mereka jelas dalam menentukan hala tuju politik negara.
Menurutnya lagi memilih BN di negara ini bererti mengekalkan Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2011 dan sekaligus mematikan hasrat penduduk untuk memiliki tanah tersebut.
"Lima tahun mendatang terlalu panjang masanya buat mereka menuntut hak mereka kembali kerana terlalu banyak perkara boleh berlaku dalam tempoh tersebut.
"Sebaliknya memilih PR akan memastikan tanah Kampung Bharu tidak terusik bahkan ianya akan kembali ke pangkuan rakyat sebagaimana asal," katanya.
Isu Nasha : Hassan Ali Tidak Puas Hati
Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bekas Timbalannya Nasharudin Mat Isa kekal sebagai ahli Pas dan ahli Majlis Syura adalah retorik politik semata-mata.Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, tidak mungkin sepanjang mesyuarat itu berlangsung, isu kedudukan Nasharudin tidak disentuh, walaupun ia menjadi sebutan, sejak bulan lalu.
“Perkembangan ini adalah kemenangan moral buat Nasharudin, golongan ulama dan pemimpin muda dalam parti itu.
"Mereka boleh keluar pendapat dan pandangan dalam isu yang berkaitan dengan Islam, terutama yang menjadi pertikaian dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan Ahli Parlimen Bachok itu yang masih kekal sebagai ahli Pas kerana Mesyuarat Majlis Syura yang berlangsung kelmarin tidak membincangkan isu berkenaan.
KWSP Jadi Penyelamat Lagi, Beli Saham FGVH Untuk Elak Rugi Lebih Besar
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) walaupun sebagai saham gergasi perladangan tersebut tenggelam ke paras terendah baru semalam, ditutup pada RM4.68 sesaham atau hanya 13 sen di atas harga pengeluaran.Menurut pengajuan Bursa Malaysia, pegangan dana pencen terbesar negara di FGVH telah meningkat 5.4 peratus sejak 3 September, sehari sebelum FGVH menjunam di bawah tanda RM5.
Dana pencen juga baru-baru ini membelanjakan RM2.4 bilion untuk mengambil alih tanah Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh yang akan bertukar menjadi sebuah perbandaran.
Adalah wajib bagi pekerja-pekerja sektor swasta untuk menyumbang kepada dana itu, yang diuruskan oleh wakil-wakil dari kerajaan dan kesatuan.
KWSP kini memegang kepentingan 6.98 peratus dalam kumpulan, meningkat daripada 6.62 peratus pada 3 September dan naik mendadak lebih tinggi daripada kepentingan 5.01 peratus pada 12 Julai.
Kumpulan perladangan terebut dilaporkan mengalami keuntungan yang mengecewakan bagi suku kedua, turun 32.5 peratus daripada tahun sebelumnya disebabkan oleh tuaian minyak sawit yang rendah, kenaikan dalam kos operasi, dan sumbangan yang lebih rendah daripada gula subsidiari MSM Holdings.
FGVH adalah tawaran awal awam kedua terbesar di dunia tahun ini dan sahamnya meningkat 20 peratus pada hari pertama dagangan kepada RM5.46 tetapi telah dalam proses menurun.
Industri minyak sawit Malaysia juga telah berada di bawah tekanan daripada harga rendah, yang telah menurun lebih daripada lapan peratus tahun ini.
Buasir Saham bagi komoditi itu mencecah 2.13 juta tan, satu rekod 10 bulan semalam menghantar harga yang lebih rendah untuk hari kelima berturut-turut.
FGVH juga boleh berjuang dengan penuaan pokok-pokok kelapa sawit berjumlah 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang kelapa sawit bertaraf antara yang tertinggi dalam industri dan latihan penanaman semula, bermakna lebih banyak kerugian pendapatan bagi kumpulan itu dalam tempoh untuk pokok-pokok matang.
FGVH juga dilaporkan mengalami produktiviti dari segi tan per hektar yang ketiga terendah di kalangan firma perladangan utama Malaysia.
HwangDBS Vickers Research mempunyai panggilan "MENUNGGU" pada FGVH mengatakan bahawa ia menawarkan terhad terbalik dengan harga sasaran RM5.05 tetapi kaunter juga menawarkan aliran tunai yang mantap dan 50 peratus dasar pembayaran dividen.
Malaysia adalah pengeluar kelapa sawit kedua terbesar di dunia, selepas Indonesia yang selama bertahun-tahun membekalkan keperluan tenaga kerja bagi ladang Malaysia.
Tetapi, aliran pekerja Indonesia telah dihentikan pada tahun-tahun kebelakangan ini, mendorong Malaysia untuk mengkaji semula larangan ke atas pekerja Bangladesh.
Penanam berkata Malaysia memerlukan tambahan 40,000 pekerja asing untuk memenuhi sasaran tahun ini iaitu output sebanyak 19.3 juta tan.
ADUN Parti Gerakan menambahkan lagi derita UMNO
Di tengah-tengah BN menghadapi krisis keyakinan yang parah di kalangan orang-orang bukan Melayu khususnya orang Cina.Tiba-tiba parti Gerakan menambahkan lagi derita UMNO itu apabila ADUN Gerakan/BN Derga YB Dr. Cheah Soon Hai tiba-tiba berceramah di pentas PAS.
UMNO jangan panik... sebenarnya kehadiran Dr. Cheah ialah kerana menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Alor Setar yang diadakan di Alor Mengkudu.
Tiba-tiba parti Gerakan menambahkan lagi derita UMNO itu apabila ADUN Gerakan/BN Derga YB Dr. Cheah Soon Hai tiba-tiba berceramah di pentas PAS.
UMNO jangan panik... sebenarnya kehadiran Dr. Cheah ialah kerana menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Alor Setar yang diadakan di Alor Mengkudu.
Sebagai meraikan tetamu, pihak penganjur menjemput beliau memberi sepatah dua ucapan. Dr Cheah bagaimanapun memberikan ucapan Selamat Hari Raya kepada para hadirin.
Apa yang positifnya di sebalik undangan memberi ucapan oleh pihak penganjur ialah ia 'mengejutkan' kalangan masyarakat Cina yang hadir di majlis tersebut.
"Aiyaa orang Gerakan pun boleh cakap tempat PAS, Gerakan mau cakap (beri ucapan) tempat UMNO pun depa tarak kasi woo.." ujar seorang pengunjung Tionghua, dipercayai ahli Gerakan.
Nampaknya lepas ni berpusu-pusulah orang Cina keluar MCA dan Gerakan untuk sokong Pakatan
Tiga Restoran Shahrizat Di Singapura Ditutup
Tiga restoran di Singapura yang dimiliki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dilaporkan ditutup, dan berakhirnya perniagaan keluarganya di republik tersebut.Akhbar Straits Times di Singapura melaporkan, restoran tersebut, Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos telah tutup selepas pasar raya Farmhouse telah ditutup di Rochester Mall di Buona Vista.
Akhbar itu melaporkan Meatworks telah menutup cawangannya di ION Orchard pada 4 September dan Brawn Steakhouse cawangan Marina Bay telah ditutup pada Julai, yang akan digantikan oleh Erwin’s Gastrobar.
Keluarga ketua wanita Umno itu telah dituduh oleh pembangkang kerana menyalahgunakan dana kerajaan persekutuan untuk Syarikat Fidlot Kebangsaan (NFCorp) yang menguruskan projek penternakan lembu negara untuk kepentingan peribadi, yang mereka nafikan, bagaimanapun mereka mengakui sebahagian dari dana itu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura.
Rentetan dari kontroversi itu menyebabkan tekanan kepada Shahrizat untuk meletakkan jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan masyarakat pada 11 Mac yang lalu.
Sehari kemudian, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah didakwa atas pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana persekutuan yang diberikan kepada NFCorp.
Tarikh perbicaraan akan berlangsung pada 5 November.
Ketika dihubungi oleh pengurus Meatworks di Mont Kiara mengesahkan bahawa cawangannya di Singapura telah ditutup tetapi tidak diberitahu maklumat selanjutnya.
Skandal NFCorp juga dijangka menjadikan undang-undang melindungi pengadu dalam keadaan samar selepas pengarah strategi PKR Rafizi Ramli didakwa pada 1 Ogos kenana mendedahkan data NFCorp.
RIV harga RM150,000 Zahid Hamidi beli RM690,000
Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) atau kenderaan intervensi pantas untuk kegunaan tentera yang diutarakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam titah baginda Sabtu lepas akan disiasat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, kementeriannya mengambil secara positif komen tersebut dengan menganggapnya sebagai satu keprihatinan yang ditunjukkan baginda yang juga Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas.
"Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.
"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeda yang akan saya teliti," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai titah Sultan Johor pada majlis ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-47 di Kem Iskandar, Mersing, Johor Sabtu lepas.
Wajah Ahli Perkasa Kedah Yang Serang Masjid Kelmarin
PKR memberi tempoh 24 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan ke atas peserta, dipercayai ahli Perkasa, yang membuat provokasi di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, sewaktu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sedang menyampaikan tazkirah, kelmarin.Naib Presidennya, N. Surendran berkata, sepanjang tazkirah berlangsung tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh ahli PKR, sebaliknya hanya dimulakan oleh ahli Perkasa.
"Perbuatan itu jelas menunjukkan kepimpinan Umno menyokong perbuatan jenayah di kalangan ahlinya.
"Kami tetap mengatakan Umno tetap mempunyai kaitan dengan insiden ini kerana kebanyakan ahli Umno adalah ahli Perkasa," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini sebentar tadi.
Kelmarin, sekitar 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu yang didakwa sebagai medan politik Anwar.
Mereka seterusnya mengadakan bantahan di luar masjid berkenaan di mana Anwar menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Muty mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tergugat dengan sokongan rakyat yang ditunjukkan dalam tazkirah Anwar pada 2 September lalu.
Menurutnya, langkah terbaik dalam meleraikan kecelaruan politik dan mengangkat martabatnya melalui debat dan perbahasan umum oleh kedua pemimpin hebat parti politik negara.
"Umno dan BN rasa gentar dengan program Anwar... orang ramai banyak ikuti Anwar dan tazkirah yang dibuat bagi kesan besar dan ini takutkan mereka.
"Untuk leraikan kecelaruan pendapat dan timbulkan pelbagai provokasi, cara berdebat adalah langkah terbaik," katanya.
Beliau berkata, pihak PDRM perlu bersama memberi sokongan dalam menjayakan hasrat mengukuhkan amalan budaya politik tinggi dan murni dengan mengambil tindakan drastik kepada kelompok politik yang provokatif dan ganas.
"Sesungguhnya kesopanan dan kesusilaan adalah prinsip rukun negara.
"Justeru kami akan terus amalkan budaya politik sihat, aman, berbudaya tinggi dan bertamadun dalam teruskan misi memartabatkan kedaulatan rakyat," katanya lagi.
Sidang media itu turut ditayangkan bersama bukti rakaman video kekecohan yang berlaku berdurasi 20 minit.
Keretapi Tanah Melayu (KTM) Hendak Dilelong?
KEADILAN memberi amaran kepada pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya membekukan segala rancangan untuk menswastakan operasi KTMB kepada MMC Corp Berhad yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.KEADILAN difahamkan bahawa MMC telah mengemukakan pelan operasi dan pengambilalihan pada awal tahun ini dan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sedang dalam proses untuk meluluskan pelan pengambilalihan tersebut.
Ada beberapa perkara pokok yang perlu dipertimbangkan sebelum kerajaan menswastakan KTMB buat kali yang kedua selepas penswastaan kali pertama di bawah syarikat Marak Unggul Sdn Bhd gagal, iaitu:
1. Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan bagi memastikan aset dan pegangan tanah KTMB yang dianggarkan berjumlah RM50 bilion tidak jatuh ke tangan pihak swasta atau persendirian?
2. Apakah jaminan kerajaan bahawa kebajikan kakitangan KTMB akan dilindungi seadilnya apabila mandat diberikan kepada MMC Corp Berhad untuk mengendalikan pekerja?
3. Apakah bentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada MMC Corp Berhad untuk mengelakkan satu lagi projek swasta dibiayai oleh wang rakyat?
Saya juga melahirkan rasa kesal kerana sekali lagi pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak mengingkari janjinya bahawa semua tender akan dikendalikan secara terus dan melalui tender terbuka.
Seperti juga projek MRT yang kini menimbulkan kemarahan kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno sendiri, penswastaan KTMB dibuat melalui satu kertas cadangan yang dikemukakan oleh MMC Corp Berhad.
Sekiranya syarat pengambilalihan hanyalah melibatkan peningkatan kecekapan operasi dan kos (dan tidak menanggung hutang KTMB yang berjumlah RM1 bilion), adalah lebih wajar jika kerajaan menjemput seberapa ramai usahawan dan konsortium untuk menyertai satu tender terbuka memandangkan pakej suntikan kewangan oleh pengendali baru tidak termasuk tanggungan hutang sedia ada.
Sikap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memusatkan operasi dan kontrak melibatkan infrastruktur dan harta utama negara di tangan beberapa kroni utama beliau semakin memuncak.
Kini pun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menguasai operasi dan aset-aset pelabuhan di negara ini. Konsortium beliau juga dianugerahkan tender pembinaan MRT yang kosnya dijangka melampaui RM100 bilion.
Dengan anugerah penswastaan KTMB pula, bermakna syarikat-syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan alternatif terpenting kepada sistem pengangkutan awam darat di masa hadapan. Ini bermakna, sebarang usaha untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam sudah tentu akan melibatkan beliau kerana monopoli yang dipegangnya.
KEADILAN menentang sepenuhnya cubaan untuk mewujudkan monopoli pengangkutan keretapi dengan anugerah penswastaan baru kepada MMC Corp Berhad untuk mengambilalih operasi KTMB.
Berdasarkan projek-projek penswastaan dan kerjasama swasta yang telah gagal sebelum ini seperti penswastaan kali pertama KTMB dan kerjasama MAS-AirAsia, KEADILAN yakin tindakan menswastakan KTMB juga bermotifkan keuntungan semata-mata yang membelakangkan kepentingan nasional
YB NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
4 SEPTEMBER 2012
Lagi Ahli UMNO Masuk PAS
Saudara Mutalib ( Bersongkok) Ahli UMNO Cawangan Padang Kerasak( Kawasan Ketua Pembangkang Kedah) Menyerahkah Borang Keahlian PAS Sempena Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap.Beliau juga mewakili hampir 50 orang ahli baru.Beliau menyertai perjuangan PAS selepas mengikuti ceramah2 sepanjang expo ini.Takbir!!! - Sumber Pas Padang TerapSementara itu [gambar dibawah] sempena himpunan hijau ke Putra Jaya Negeri Sarawak di Miri . PAS Serawak telah menerima penyerahan borang keahlian dari pakar motivasi , Ustaz Rashidi Abdullah berbangsa Bidayuh, berasal dari Lundu, Kucing.
Kini menetap di Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Beliau berulang alik setiap minggu ke Sarawak untuk berdakwah. Tahniah buat Ustaz Rashidi.
Gambaran Ribuan Manusia Di Ceramah Anwar Di Alor Setar Selepas Diserang Ahli PERKASA
Sekalipun majlis tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diserang di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah oleh PERKASA, namun majlis ceramahnya di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah malam ini dipenuhi dengan lautan manusia.
Ia seperti sebuah satu gelombang kebangkitan rakyat yang meluap-luap untuk menggantikan kerajaan UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya.
Dianggarkan lebih 10,000 orang membanjiri Stadium Darul Aman untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar.






Lebih 10,000 hadir ke ceramah #MerdekaRakyat di perkarangan Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah - greenboc.blogspot.com
Ia seperti sebuah satu gelombang kebangkitan rakyat yang meluap-luap untuk menggantikan kerajaan UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya.
Dianggarkan lebih 10,000 orang membanjiri Stadium Darul Aman untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar.












