Pages

Video Ulasan Ustaz Azhar Idrus Terhadap Ulama' Muda UMNO Yang Berkata Tiada Jihad di Palestine


Sebelum ini di dalam sebuah forum, Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah mengulas dan mengupas mengenai kenyataan seorang ahli majlis syura ILMU atau Ulama Muda UMNO telah mengeluarkan kenyetaan yang kontroversi berbunyi tiadanya Jihad di Palestine. Selain itu ulama tersebut juga menyatakan memboikot barangan yang menyokong atau pengeluarkan Israel itu hanya sia-sia dan bukan sebahagian daripada Jihad.

Terkini Ustaz Azhar Idrus turut mengulas dan membidas mengenai topik yang sama. Jom saksikan videonya :-

Isu Amanat Hadi : Rais Yatim Tidak Dapat Bezakan Antara Live Dengan Recording


Isu mengenai Amanat Hadi yang lebih 30 tahun lalu diputar belit media semakin hangat diperkatakan sekarang. Terkini Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim memberi respond mengenai peluang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang satu jam secara ‘live’ dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut. Berikut merupakan petikan laporan penuh :-

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.

Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.

"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Pagi tadi di Marang, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Pemimpin tertinggi Pas itu berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.

Pada masa sama, Hadi berkata, beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Mengulas lanjut hasrat Hadi itu, Rais berpandangan kenyataan yang dibuat pemimpin Pas itu pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.

Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.

"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya.

Sebelum itu di Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat satu sidang media mengenai Isu Amanat Hadi. Berikut merupakan petikan laporan penuh :-

PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu ‘Amanat Haji Hadi’ dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara ‘live’ dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.

Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu ‘Amanat’ yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.

“Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara ‘live’, bukan rakaman.

“Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak ‘amanat’ itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu,” tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini. (Gambar atas)

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa ‘Amanat’ pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.

Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

“Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara ‘live’ pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3,” ujarnya kepada wartawan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu ‘amanat’ tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab ‘Mustika Hadis’ keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan ‘amanat’ tersebut.


Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali. Video rakaman sidang media : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=nGKkLFrmyh0

Live Stream Jelajah Merdeka Rakyat Bersama DSAI - Ceramah Perdana Wanita PKR Sabah


Berikut merupakan live streaming Jelajah Merdeka Rakyat Bersama DSAI - Ceramah Perdana Wanita PKR Sabah. Antara panelis adalah, ketua-ketua serta perwakilan wanita Pakatan Rakyat Sabah termasuk dari PAS, PKR dan DAP dan sudah semestinya DSAI sendiri. Saksikan.



Klik See event details → diatas. Selamat menonton.

Datuk Fauzi Tidak Pernah Menyesal Malah Bersyukur Sertai PAS


Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal menyertai Pas.

“Kenapa saya perlu menyesal bersama Pas. Saya sudah buat pilihan yang tepat. Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini.

“Saya rasa tindakan saya menyertai Pas membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini,” katanya, semalam.

Sebelum ini, terdapat mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), yang mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai Pas.

Mesej itu berbunyi: “Kalau saya tahu begini keadaan Pas taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk Pas umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan Pas.”

Fauzi, yang bakal dicalonkan bertanding Parlimen Larut berkata, kenyataan itu tidak benar.

“Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama Pas,” katanya.

Dr. M Tempat Ke-2 Bekas Ketua-Ketua Kerajaan Yang Terkaya Di Dunia


Menurut senarai yang dikeluarkan carian Google, mantan PM kita, Tun Dr, Mahathir tersenarai di tempat ke-2 dalam senarai bekas ketua-ketua kerajaan yang terkaya di dunia dengan dengan kekayaan yang berjumlah 44 billion USD. Membanggakan? Di manakah sumber kekayaan tersebut? Renung-renungkan.

Sumber asal : http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_heads_of_state_and_government_by_net_worth

Jumlah Sebenar Kos Kediaman Rasmi PM dan TPM Malaysia


Kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air. Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang).

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan

i) Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55,

ii) Kos baik pulih RM3,581,744.78,

iii) Bil elektrik RM10,267,868.15,

iv) Bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Zailah ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

"Kita boleh tengok, rakyat disuruh berjimat, tapi pemimpin negara belanja kos rumah sahaja hampir RM50 juta setahun,"

Persoalan :

i) Apa relevannya membazirkan duit pembayar cukai hampir 50 juta setahun semata-mata nak tanggong 2 orang ini walhal dah dibayar gaji dan elaun yang tinggi (ingat membazir tu amalan Syaitannnn).

ii) Renungkan jika RM 49 juta ini kita bina rumah untuk rakyat miskin yang berharga RM 35,000, maka kita mampu membina 1,400 unit buah rumah. Jadi tidak perlu TV3 membuat rancangan BersamaMu yang menunjukan rumah yang tiada atap, lantai berlubang, tiada dinding dan lain². Bila buat rancangan BersamaMu minta duit dari rakyat , kenapa tak minta pada Kerajaan Malaysia.

Peguam Negara Beku Semua Prosiding Mahkamah Berkaitan AES


Terkini, Jabatan Peguam Negara (AG) memutuskan untuk membekukan semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman yang dikeluarkan di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ini bagi memberikan masa diambil untuk mengkaji kebimbangan undang-undang yang telah dibangkitkan dalam kes-kes ini.

“Ekoran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, maka pihak Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk meneliti segala aspek berkenaan dan semua prosiding dibekukan sehingga kebimbangan ditangani.

“Satu keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi berkenaan isu-isu yang telah dibangkitkan,” kata kenyataan jabatan itu.

Kenyataan itu bagaimanapun, menambah bahawa saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan masih sah. Berikut adalah senarai lokasi pemasangan AES diseluruh negara : [ENTER]

Jangan Dengar Khabar Angin, Tiada Rusuhan Kaum Kata Timbalan Ketua Polis Kedah


Pada 18/12/2012 jam 2330hrs YDH SAC Dato Abdul Ghaffar Bin Rajab Timbalan Ketua Polis Kedah telah mengadakan sidang akhbar di ipd kuala muda bagi memperbetulkan berita palsu berkenaan keadaan huru hara di daerah kuala muda , Sg Petani Kedah sepertimana digembar gemburkan di blog, facebook, twitters dan sms oleh pihak yang tidak bertanggungjawab .

Keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di Daerah Kuala Muda adalah selamat dan terkawal walaupun telah berlaku insiden pergaduhan antara beberapa pemuda melayu dan pemuda india pada 16/12/2012 awal pagi .

Kesemua yang terbabit di dalam kes tersebut telah ditangkap (seramai 13 orang terdiri dari melayu dan india) , mangsa juga telah dirawat dan hanya tinggal seorang sahaja yang masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dari 5 orang yang tercedera .

Ekoran insiden tersebut , pihak pdrm telah mengambil tindakan awal dengan kawalan keselamatan seperti FRU , LSF , MPV , JSJ , narkotik , sb dan roadblock di semua lokasi di dalam daerah kuala muda bagi menjamin keselamatan orang awam khususnya .Pesanan daripada YDH SAC Dato' Abdul Ghafar Bin Rajab untuk semua masyarakat malaysia amnya .

Hanya di sebabkan penyebaran maklumat palsu dari pihak tidak bertanggungjawab, pihak polis terpaksa bersiap sedia mengawal keadaan orang awam kerana isu yang di sebarkan boleh membuat pergaduhan kaum.

Berikut merupakan petikan laporan berita dari sidang media yang dilakukan :

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Timbalan Ketua Polis Kedah, Dato' Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan.

“Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Polis Kuala Muda malam tadi.

“Kalau dilihat melalui siasatan, ia berpunca daripada kes nak lumba motor, masing-masing nak tunjuk hebat. Bila tak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu.

“Saya juga telah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India pada hari sama jam 3 petang dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar,” katanya.

Menurutnya, kesemua ketua kaum memahami dan berjanji akan memaklumkan kepada anak buah agar tidak bertindak di luar batas undang-undang.

Berhubung insiden itu, katanya, 13 suspek telah ditahan reman dan lima yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana empat daripadanya sudah dibenarkan pulang.

Bagaimanapun, katanya, beberapa insiden yang berlaku selepas itu tiada kaitan dengan insiden pertama dan berlaku secara kebetulan.

“Kita merujuk kepada khabar angin ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat dan semuanya dikatakan berpunca daripada kes pertama adalah fitnah semata-mata.

“Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan,” katanya.

Berhubung seorang pegawai polis yang dibelasah katanya, pegawai berkenaan sedang bercuti kerana ingin berkahwin, berkunjung ke sebuah kedai.

“Berdasarkan siasatan, berlaku salah faham antara pegawai tersebut dengan seorang lelaki India yang mencetuskan pergaduhan.

“Tetapi, ia tiada kaitan dengan isu perkauman dan berlaku secara kebetulan bukannya disebabkan insiden pertama,” katanya.

Beliau bagaimanapun meminta penduduk Kuala Muda khususnya Sungai Petani bertenang dan jangan mempercayai berita palsu yang tersebar melalui Facebook, Twitter atau SMS kerana bimbang ada pihak akan terpengaruh yang mendorong kepada perkara tidak sihat.

Menurutnya, polis sendiri menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin mengatakan berlaku rusuhan antara kaum Melayu dan India di daerah Kuala Muda.

Sehingga kini (sehingga sidang media dilakukan), Kuala Muda masih dalam keadaan aman dan tenteram dan tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung isu berkenaan.

Rusuhan Berlaku Di Sungai Petani


Berikut adalah info dari FB : Ayahanda-Ayahanda Sg Petani , Kedah ///

Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Tmn Ria apabila motosikal di bakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Tmn Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang , Sg Petani Kedah.

Mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif. Sekarang di Sg Petani,Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock.

Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid , bakar masjid & Surau serta mangsa dari Orang Islam yang di campak ke dalam longkang setelah di belasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ..perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU.

Harap semua pejuang-pejuang ­30 dalam mood "Standby" kerana apa2 sahaja boleh berlaku. Buat masa sekarang biarkan pihak polis & Fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang, kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain.

Yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu,mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta, tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga ,BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku..umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi.


-------------------------------------------------------------------------------------------

Sebarang pertanyaan berkaitan situasi semasa di Sg.Petani sila hubungi HEA IPD Kuala Muda,Kedah Insp Farhana bt Hj Ishak,Sjn Muhyizan Muhyi, Kpl Amanorashid Ibrahim,Konst. Mohd Safaruddin Helmi Sulong di talian 04-4299222.

Maklumat terbaru!!! Keadaan sudah pulih seperti sedia kala. Di harap semua bertenang.

Sumber dari FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) :

STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberi kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih.

-------------------------------------------------------------------------------------------

TERKINI! - Pergaduhan Berlaku pada 16 Disember 2012, dan bunga bunga nak Bergaduh lagi tu masih ada sehingga hari ini. Punca Pergaduhan adalah Kes Curi Motor dan Bukan seperti mana yang disebutkan oleh:-

1. Muhammad Qhalil Hasri, kononnya Masyarakat India nak Rebut Tapak Masjid di Tmn Ria Jaya.

2. Tak Wujud pun Kononnya Orang India nak Bakar Surau seperti mana Dakwaan:- Raz Razali...

- Polis telah mengambil Tindakan Mengawal Keadaan sehingga ke malam ini supaya kes ini tidak Menimbulkan Salah Faham di Kalangan Masyarakat.
- Apa yang berlaku bukanlah Pergaduhan Melayu-India. Tetapi hanyalah Kes Bertumbuk Budak-Budak baru nak Up. Malangnya, apabila dicampuri oleh Kelompok yang Membuta Tuli, maka Kes dah jadi lain.

Ins.Shahrul, IPD Kuala Muda.

- Maklumat Terkini dari Polis. Hanya 3 Melayu + 5 India Cedera, Akibat Pergaduhan Tersebut. Tolong Abaikan Info lain yang buat Org Lain.

-------------------------------------------------------------------------------------------

TERKINI! - Sidang akhbar diantara Timbalan Ketua Polis Kedah telah dibuat : Jangan Dengar Khabar Angin, Tiada Rusuhan Kaum Kata Timbalan Ketua Polis Kedah

*** Mohon mereka yang mengetahui maklumat lanjut mengenai hal ini memberi komen dibawah demi perkongsian bersama ***

14/12/12 : Himpunan Kebangkitan Rakyat-PGU 6.0 Paka Terengganu


Pada 14/12/12 akan diadakan Himpunan Kenangkitan Rakyat-PGU 6.0 peringkat Terengganu yang diadakan di Paka. Himpunan yang bermula pada pukul 9 pagi itu menghimpunkan pelbagai aktiviti dan tentatif.

Sebelum itu pada hari sebelumnya iaitu 13/12/12 akan diadakan Ceramah Pra PGU. Isu Dewan. YB Pas Terengganu. Dibawah adalah tentatif pada Himpunan Kenangkitan Rakyat-PGU 6.0 peringkat Terengganu pada 14/12/12 :

Akuan Sumpah Lajim Ukin Mengenai Skandal Rasuah RM 40 Juta Umno Sabah


Saya Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan
Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas
Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu, Sabah, dengan sesungguhnya dan sebenarnya
membuat perakuan berikut:

1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak
merdeka dalam tahun 1957,

2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004
dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak
1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat
dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama
diabaikan oleh Kerajaan Malaysia,

4. Sepanjang penglibatan saya dengan Umno, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno
sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi Umno adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam
Umno dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno, termasuklah hal ehwal kewangannya,

5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan Umno Sabah yang bertanggungjawab terhadap
segala keputusan Umno di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya,

6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengejutkan
Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah,
Dato’ Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan
dengan beliau) telah digugurkan,

7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato’ Seri Musa Aman.

8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman
dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik
kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam
pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam Umno di peringkat pusat dan negeri,
saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai,
i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan
Umno Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM 40 juta seperti yang
didakwa menteri berkenaan di Parlimen,
ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan
Umno Sabah bahawa derma politik sejumlah RM 40 juta telah dibuat kepada Umno Sabah seperti
yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen,
iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi
Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah yang boleh membuktikan bahawa Umno Sabah
adalah penerima derma politik RM 40 juta itu dan
iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan
Perhubungan Umno Sabah bahawa Umno telah mendapat manfaat dari derma politik RM 40 juta itu,

10. Oleh yang demikian saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada
Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu
dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan
beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal,

11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli
politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri,
saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah,

12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang
mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri.
Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah
dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk
manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah,

13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana mana pihak berkuasa dari mana mana
negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah
lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah,

14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai
perjalanan Umno dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan,
Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa apa yang tersebut
di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat dengan sebenarnya dan diakui oleh yang tersebut namanya di atas di Kota Kinabalu
dalam negeri Sabah pada 10 haribulan Disember, 2012

Medan Minyak Baru Milik Terengganu kata Ahmad Said


Kawasan medan minyak yang baru di Blok PM 307 Bertam di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang adalah milik Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri telah menulis surat secara rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan minyak di blok berkenaan dan setakat ini jawapan rasmi masih belum diperoleh.

"Kita menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu," katanya dipetik Bernama.

Pada 30 Oktober lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, bukan sekadar memberi manfaat kepada negeri ini, malah dikongsi manfaatnya oleh negeri-negeri lain.

Adnan berkata, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari yang sama, 30 Oktober lalu bahawa Pahang dijangka menerima wang ihsan sekitar RM100 juta setahun, juga dilihat bakal memberi impak besar kepada ekonomi Pahang.

Tengku Azlan Tak keluar UMNO tapi akui sokong Pakatan Rakyat


Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (Pakatan). Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.

“Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah,” katanya kepada Keadilan Daily.
Perkembangan terbaru ini tentunya menggerunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan Tengku Azlan adalah ahli parlimen di negeri kelahirannya.

Dalam pada itu, Tengku Azlan menafikan dakwaan akhbar berbahasa Tamil dan laporan beberapa blog menyatakan beliau keluar Umno dan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Amanah Merdeka Rakyat (Amanah).

“Tak betul, saya hanya ‘berundur’, tapi bukan keluar Umno. Belum terlintas lagi. Belum lagi (masuk Amanah). ‘Amanah’ (saya) untuk selamatkan negara, untuk tolong rakyat miskin.

“InsyaAllah…(akan sertai Amanah) Tapi bukan tahun ini, lagi pun sudah hujung tahun. Saya sokong perjuangan Amanah. Amanah untuk membantu masyarakat lebih maju,” jelas bekas Menteri Pengangkutan itu.

Menurut Ahli Parlimen selama tiga penggal itu, beliau akan berundur daripada menjadi calon PRU 13 dan menyerahkan mandat kepada orang muda.

“Bagi laluanlah kepada orang muda…Saya kena buat pembaharuan. Tapi orang muda jangan hanya pandai bercakap, mesti bertindak. Tunaikan melalui perbuatan untuk kebaikan orang muda juga,” tegas veteran Umno Pahang itu lagi.

Musa Hassan Dakwa Pegawai Polis Dilucut Jawatan Kerana Phang


Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan pegawai berkenaan dilucutkan jawatan.

Musa berkata, pegawai polis berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat melibatkan Phang pada 2009.

Pegawai itu kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Phang dalam satu sidang media anjuran NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang dinaunginya.

Beliau mendakwa Phang, yang merupakan penasihat bebas Motorola Technology Sdn Bhd, memperolehi projek untuk syarikat tersebut berhubung naiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital pada 2009.

Musa mendakwa, beliau diberitahu sumber bahawa polis diminta mentauliah projek berkenaan apabila siap memandangkan syarikat berkenaan tidak akan dibayar sekiranya ia tidak ditauliah.

"Jadi dia minta pegawai polis untuk tauliah, tapi pegawai itu menolak kerana ia tidak siap. Dia ugut pegawai itu dan berkata jika dia enggan (tauliah sistem berkenaan) dia akan ditukarkan," dakwanya.

Ismail juga meminta pegawai berkenaan menandatangani dokumen untuk mentauliah sistem berkenaan, tetapi pegawai tersebut tetap berkeras, dakwanya lagi. Beliau seterusnya mendakwa, pegawai berkenaan kemudiannya ditukarkan dalam tempoh 24 jam.

Video Respon Dr. Asri Terhadap Ahli Majlis Syura ILMU Mengenai Isu Tiada Jihad di Palestine


Beberapa hari yang lalu seorang ahli majlis syura ILMU atau Ulama Muda UMNO telah mengeluarkan kenyetaan yang kontroversi berbunyi tiadanya Jihad di Palestine. Selain itu ulama tersebut juga menyatakan memboikot barangan yang menyokong atau pengeluarkan Israel itu hanya sia-sia dan bukan sebahagian daripada Jihad.

Sehubungan dengan itu baru-baru ini di dalam sebuah forum, Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah mengulas dan mengupas secara terperinci mengenai hal tersebut sejelas-jelasnya. Berikut merupakan video respon atau ulasan Dr Asri mengenai hal tersebut :

12/12/12 : Demo Aman Tuntutan Warga Malaysia Yang Dinafikan Kerakyatan


Pada rabu ini bersamaan 12/12/12 akan diadakan Demo aman mengenai tuntutan warga negara Malaysia yang dinafikan kerakyataanya. Demo yang majoriti disertai oleh kaum India ini akan diakan di :

Tempat : Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya
Masa : 10 Pagi
Tarikh : 12/12/12 (Rabu)

Talian Hotline : 012-2570835

9/12/12 : Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Pahang


Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang.
9 Disember 2012 (Ahad)
Dataran Kerdau, Darul Hikmah, Kerdau Pahang

Aturcara :
11.00am - Pameran & Jualan
2.00pm - Konvoi ARC (Yang berminat untuk menyertai konvoi secara besar-besaran, sila berkumpul di R&R Tol Temerloh bermula jam 02.00 petang)
4.30pm - Santai anak muda
9.00pm - Ceramah Perdana

Pemidato:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
3. YB Lim Kit Siang
4. YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
5. YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman
6. YB Leong Ngah Ngah
7. Pimpinan Pakatan Rakyat & NGO

Semua dijemput hadir.

8/12/12 : Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Melaka


Untuk Sebaran Umum.
Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka.
8 Desember 2012 (Sabtu).
Lokasi : Belakang Pejabat DAP Melaka, Taman Pandan Mawar, Lorong Pandan.

Aturcara :
2.00pm - Konvoi sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka (anjuran dewan pemuda Pas Melaka)Bermula 2.00 petang di lokasi :
1. Hujan Panas
2. Pantai Kundur
3. Durian Tunggal
4. Serkam
5. MITC
Hubungi no.tel (019-2082907) untuk pendaftaran.
4.00pm - Karnival Rakyat
9.00pm - Ceramah Perdana

Semua dijemput Hadir.

7/12/12 : Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah


HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KEDAH
7 Dec 2012 (Jumaat)

1). Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

2.00pm - Bicara wanita Pakatan Rakyat
3.00pm - Persembahan kebudayaan pelbagai kaum
- Konvoi anak muda
- Pentas pidato pemuda
- Solat Asar
5.00pm - Kuliah santai Ustaz Azhar Idrus
(penampilan istemewa Leman Rajalawak & Radhi Mat Din)
7.00pm - Solat Maghrib, Isyak dan munajat perdana.
9.00pm - Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah

Barisan Pemidato:

i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
iii. YB Lim Kit Siang
iv. Pimpinan Pakatan Rakyat Kedah
v. Pimpinan NGO

Semua dijemput hadir..

Sebelum ituagi penduduk Perlis Dato Seri Anwar Ibrahim akan Jelajah ke Perlis pada siang harinya. Berikut adalah jadual DSAI ke Perlis sebelum ke HKR Kedah.

2.00 ptg – Majlis Kesyukuran & Jamuan Makan (DUN Chuping)
Lokasi: Rumah Asri Che Abdullah, A64 Blok 5, Felda Chuping, Perlis.

4.00 ptg – Ceramah di Pusat Khidmat Kor Chu Liang, Repoh, Kangar
(DUN-Sena, P- Kangar)

8.00 mlm – Ceramah -Bilik Gerakan PKR DUN Pedu, Pekan Naka, Kedah

8.30 – 12.00 mlm – HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KEDAH
Lokasi: Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti,
Alor Setar, Kedah

6/12/12 : Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kedah


Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kedah

6 Disember 2012 (Khamis) – Kedah

1) 5.00 ptg – Dewan Karturaja, Paya Besar (DUN – Lunas, P- Padang Serai)

2) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Surau Taman Angsana, Kulim

3) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana (P- Kulim Bandar Baharu)
Lokasi: Dewan Masyarakat Tionghua, Serdang,

4) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat (P-Padang Serai)
Lokasi: Padang Taman Kuchai, Paya Besar, Lunas

Barisan Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Datuk Saifuddin Nasution
iii. YB Datuk Fakhrol Radzi Zawawi
iv. YBhg Datuk Wan Salleh Wan Isa
v. YBhg N Surendran
vi. YB Hee Loy Siang
vii. YB Chang Li Kang
viii. YB Husin Yaakob

Semua dijemput Hadir

Gambar dan Video Pergaduhan Ketika Ceramah DSAI Di Gombak

Panas gambar pergaduhan atau kekecohan di Gombak ketika ceramah Anwar Ibrahim sempena Jelajah Merdeka Rakyat. Memang sangat memalukan apabila rakyat kita sanggup berbuat demikian hanya kerana isu politik. Menurut sumber, perbalahan berlaku apabila beberapa orang samseng dan mat rempit telah menyerang ratusan yang hadir ceramah tersebut.

Menurut maklumat yang diperolehi, samseng tersebut menggunakan senjata tajam seperti pisau untuk mencederakan para hadirin di ceramah Jelajah Merdeka itu. Dilaporkan tiada kematian yang berlaku namun beberapa orang telah turut cedera dan dikerjakan ke Hospital.




Musa Hasan Memberitahu Diekori SB Setiap Langkah Pergerakan Beliau


Bekas Ketua Polis Negara kini diekori pegawai dari Cawangan Khas @ Special Branch (SB). Kini bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan pula diekori oleh para pegawai Cawangan Khas @ Special Branch (SB) susulan pendedahan beliau dalam sidang media bahawa terdapat unsur penjenayah yang telah meresap dalam PDRM dan pemimpin politik telah menghalang siasatan.

Musa Hasan menegaskan adalah bodoh mengekori orang macam dia sedangkan pihak polis sepatutnya menjejaki penjenayah.

Sumber Free Malaysia Today : SB tailing me, says Musa
4 Dec 2012

Following his explosive revelations at a press conference last week, the former IGP finds himself on the other side of the police radar.

PETALING JAYA: Ironic as it may sound, former inspector-general of police Musa Hassan has claimed that he is being tailed by special branch officers.

This followed his controversial press conference last week, where he claimed that criminal elements had infiltrated the police force and revealed that politicians interfered with investigations.

Apart from him, Musa said that R Sri Sanjeevan from the NGO My Watch which organised the press conference was also being tailed. Musa is the patron of the newly-formed NGO.

“To me it’s funny lah. Why must you put me under surveillance? As if I am a threat to security.

“I would like to advise them not to follow me lah. I won’t destroy the nation, that’s number one. Number two, I think you have better work to do, like following criminals, who are really jeopardising the safety of the public,” the former IGP told FMT.

“So I think it is stupid of them [to follow us], wasting the rakyat’s money. If you want anything just call me, I’ll tell you everything,” he added.

On how he found out, Musa said:”Of course I know who is following me but I didn’t want to confront them. Don’t want to embarrass them. Of course they ran away when they saw me.”

Asked why he was being tailed, Musa shrugged and replied: “I don’t know, probably instructions from up top. Maybe the IGP himself, I don’t know.”

Musa said that although in the past he had been tracked by syndicates and tontos “plenty of times”, this was his first time being followed by a policeman.

“Never by policemen, but by syndicates and tontos you know, who want to know my movements. I still remember when I was in the drugs unit. That’s why whenever I got out of the house, I would never follow the same route for fear that people might either follow me or ambush me and all that. We must be aware of my environment, being a trained police officer, you know,” he added.

While Musa said he did not feel threatened, Sanjeevan admitted that he was slightly more rattled.

“From the day we held that press conference, we have been followed. The same face, the same cars are around here. The cracking sounds on my phone…,” he added.

Sanjeevan said that there was no reason for the police to resort to these “harassing” tactics as MyWatch was merely an NGO that was concerned about the welfare of the country.

“I feel it is a breach of human rights, this is all abuse of power and is being instructed at the higher level. The thing is, we’ve got nothing to hide. We’re just concerned because crime happens and it is not political, it does not care who we are.

“If you want, just call us up, record our statements. Please don’t plant SBs on the people who are trying to help you reform,” he added.

Sanjeevan reiterated the call for the current IGP Ismail Omar to meet them in person in order for them to work together and share information.

Lagi Fitnah Dari UMNO


Beberapa hari lepas, dunia politik Malaysia dipanaskan lagi oleh sikap puak UMNO yang memfitnah dengan mengedit perkataan pada gambar yang diambil semasa Pelancaran Skuad Adil Kedah. Pada gambar diatas kita dapat lihat bertapa kotornya pemikiran segelintir puak UMNO. Walaupun kita tahu fitnah memfitnah ini budaya meraka tapi sama-sama kita doakan mereka perubah dan bertaubat. Amin.

4/12/12 : Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Parlimen Gombak


Berikut adalah sedikit details mengenai Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Gombak.

Tarikh : 4 Disember 2012 (Selasa)

Masa : 8.30 – 12.00 malam

Tempat : Dataran Shaharuddin, Batu 8 1/2, Gombak Utara, Selangor

Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Azmin Ali
iii. YB Amiruddin Shaari
iv. YBhg Ustaz Salehuddin Nasir
v. Dato' Tamrin Ghaffar

Semua di jemput hadir beramai-ramai...lagi ramai lagi bagus..kita boleh dengar isu-isu semasa dikupas..fakta yang tidak keluar di media2 utama...seperti biasa makanan & minuman tak disediakan...kenalah bawak sendiri...kerusi pun tak de...duduk atas tanah jer....alah macam tak biasalah pulak....

Adnan Yaakob tak berani potong telinga katanya sekadar kiasan


1. Kenyataan Adnan Yaakob pada 31/11/2012 :

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

2. Kenyataan Adnan Yaakob pada keesokan harinya 1/12/2012 :

"Anda tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola...

"Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan.

"Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah.

2/12/12 : Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak


Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak

2 Disember 2012 (Ahad)

1) 5.00 ptg – Sepetang Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim
& Pimpinan PKR (DUN- Ulu Kinta, P- Tambun)
Lokasi: Tapak Pasar malam, Taman Perpaduan, Ulu Kinta, Ipoh

2) 6.30 ptg: Santai & Jamuan Durian di Jeram, Kampar

3) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib (DUN-Teja, P-Gopeng)
Lokasi: Masjid Jamek Lama, Gopeng

4) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Demi Rakyat (DUN Tualang Serkah)
Lokasi: Kampong Baru Chenderong, Tanjung Tualang

5) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
Lokasi: Pekan Langkap (DUN Sg Manik, P-Pasir Salak)

Barisan Penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Azmin Ali
iii. YBhg Dr Mohd Nor Manuty
iv. YB Dato’ Seri Nizar Jamaluddin
v. YB Dr Lee Boon Chye
vi. YB Chang Lih Kang
vii. YB Kasevan Subramaniam
viii. YBhg Baldip Singh
ix. YBhg Haji Osman Abdul Rahman

YOB-YOB, YONG YONG DIJEMPUT HADIR

Potong telinga saya jika DAP menang Bentong kata MB Adnan Yaakob


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.

Ditanya sama ada referendum mengenai Lynas itu hanya terhadap di Kuantan, Adnan menjawab: "... jika kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi."

Adnan yang juga pengerusi BN dan Umno Pahang menegaskan demikian ketika ditemui pemberita di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Ditanya mengenai tahap keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, Adnan berkata:

"Sangat, sangat yakin. (Kalau Lim) Guan Eng datang pun dia akan kalah. Betul. Jika MCA kalah di Bentong, MCA mesti tutup kedai.

"MCA adalah perimeter di Pahang, jika MCA kalah kepada DAP, lebih baik tutup kedai. Tapi jika MCA menang, DAP kena tutup kedai di Pahang," tegasnya.

Tentatif Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor


HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PERINGKAT NEGERI JOHOR, ESOK (1 DISEMBER 2012 - SABTU)

Berikut Tentatif Program :-

3.00 - 6.30 Petang - X-Presi Anak Muda (Pameran/Konvoi/Puisi/Hiburan/Kesenian)

06.59 Petang - Solat Maghrib Berjamaah & Tazkirah

08.13 Malam - Solat Isya' Berjamaah

09.00 Malam - Ceramah/Pidato Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat

Pemidato:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang

iii. YB Lim Kit Siang

iv. Pimpinan Pakatan Rakyat Johor

v. Waki-wakil NGO

Sebelum itu 7.30 – 8.30 malam - Dato' Seri Anwar Ibrahim Akan Bersama Masyarakat India Johor Sempena Sambutan Deepavali di – Jalan Badik 15, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor. Mohon sebarkan.

Musa Hassan buat pendedahan lagi


Bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Musa Hassan menggesa supaya statistik jenayah disahkan secara bebas kerana sesetengah kes mungkin salah dikelaskan.

Bercakap dalam sidang akhbar semalam, Musa berkata, pada tahun 2007, beliau telah memulakan siasatan terhadap polis daerah Sentul selepas data rasmi menunjukkan jenayah berkurangan di kawasan itu.

"Saya tidak percaya jenayah berkurangan (di Sentul), jadi saya
minta pegawai saya (dari bahagian tatatertib untuk memeriksa) dan mendapati terdapat banyak kesilapan dalam mengklasifikasikan laporan," katanya.

Dalam kes Sentul, Musa (kanan) berkata, percanggahan dalam angka terbabit selepas siasatan dibuat ialah antara 20 dan 30 peratus.

Ditanya sama ada beliau percaya kesilapan mengklasifikasi laporan polis boleh berlaku, Musa menjawab: "Sudah tentulah, jika anda tidak menyemaknya."

Sebelum persaraannya, Musa berkata, pentadbirannya mendapat geran kerajaan yang telah digunakan untuk membiayai kajian Universiti Sains Malaysia terhadap statistik jenayah, tetapi kini beliau tidak lagi tahu mengenainya.

Musa memberitahu demikian dalam sidang akhbar mengenai statistik jenayah yang dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch). Musa adalah penaung pertubuhan itu.

Penulis buku Syed Hussein dibebas dengan ikat jamin


Penulis buku Syed Hussein Al-Attas yang ditahan pagi tadi ketika menjual buku beliau yang dikatakan menghina Sultan Johor, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lokasi Perhimpunan Agung Umno ke-66, telah dibebaskan dengan ikat jamin.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata Syed Hussein, juga dikenali sebagai Pak Habib, 71, ditahan kira-kira pukul 11 pagi dan dibawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

"Kira-kira pada pukul 4 petang kami telah bebaskan dia dengan ikat jamin," katanya ketika dihubungi Bernama.

Polis turut merampas 13 buah buku hasil tulisan Pak Habib, yang juga bapa kepada blogger dan pengamal paranormal Syed Abdullah atau Uncle Seekers, yang sebelum ini pernah ditahan polis kerana didakwa memfitnah Sultan Johor di blognya www.uncleseekers.blogspot.com.

Zainuddin berkata polis sedang menyiasat kes mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.

"Apa-apa tindakan akan diambil selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu selesai," katanya.

Musa cuba alih perhatian kata Hishamuddin


Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein melihat isu dibangkitkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tentang berlakunya campurtangan menteri Kabinet dan ahli politik dalam urusan pihak polis adalah cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung.

Menteri Dalam Negeri itu menegaskan, isu yang dibangkitkan adalah isu sampingan dan kementeriannya telah pun memberi penjelasan ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen sebelum ini.

“Ada mana-mana pihak cuba alih (perhatian) dengan isu sampingan ... saya harap orang ramai jangan terkeliru dalam pemikiran dan agenda mereka.

“Ia isu cubaan untuk alih isu yang di sini (Perhimpunan Agung Umno),” kata Hisham ketika menjawab soalan pemberita berkenaan kenyataan Musa tersebut.

“KDN sudah jawab (isu tersebut),” katanya, dan menambah, bagi pihak Barisan Nasional (BN) dan Umno, mereka mahu melihat isu yang lebih besar.

“Dalam BN kita nak lihat isu besar,” tambahnya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun melihat kenyataan Musa itu umpama beliau sedang “lemas” dan memerlukan “ranting” untuk berpaut.

“Bekas IGP (Ketua Polis Negara) umpama manusia, kalau dia lemas, ranting pun akan digunakan, tidak kira ranting baik atau tidak baik pun tak mengapa.

“Namun saya yakin Musa Hassan matang, tidak semudah itu untuk beliau diperalatkan pihak seumpama ini,” kata menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu lagi.

Musa semalam turut menamakan salah seorang menteri tersebut adalah Hisham yang juga merupakan antara yang terlibat dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.

Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

Musa berkhidmat sebagai KPN sebelum bersara pada 13 September 2010.

Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum dikeluarkan kepada orang awam.

MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.

Anwar sesumpah politik dan bukan pengurus ekonomi cekap kata Najib


Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya bukanlah "pengurus ekonomi yang cekap" sewaktu krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.

Najib mendakwa Anwar yang menjadi menteri kewangan ketika itu menggunapakai dasar maya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diketuai sahabat karib ketua umum PKR itu, bagi menangani krisis ekonomi ketika itu.

"Tindakan beliau memotong perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah di saat-saat keyakinan pasaran menurun dan memerlukan suntikan oleh kerajaan telah menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak khususnya masyarakat perniagaan.

"Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya.

"Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi ketua umum pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak," kata Najib.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.

Risalah PAS – Parti Ajaran Sesat diedar di PWTC


Sekeping risalah enam muka surat bertajuk PAS – Parti Ajaran Sesat turut diedar di PWTC sempena perhimpunan agung Umno.

Risalah itu diterbitkan oleh Unit Komunikasi Kerajaan Terengganu dengan kerjasama Pegawai Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu.
Ia dibahagikan secara percuma untuk bacaan ahli dan penyokong Umno yang hadir di perhimpunan tersebut.

Muka depan risalah itu memaparkan foto Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memeluk tokoh veteran DAP Lim Kit Siang sambil mengukir senyuman.
Ia dipercayai berlaku ketika Lim mengunjungi Abdul Hadi yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.

Juga tertera gambar sekumpulan orang menunaikan solat bendera PAS serta seorang wanita sedang menyampaikan ucapan di dalam masjid atau surau.
Di antara kandungan risalah itu ialah berpegang kepada kepercayaan PAS itu Islam, Islam itu PAS; ajaran karut dan khurafat; kepercayaan sesat; fatwa Hadi dan kafir mengkafir sesama Islam dan (PAS) hukum mengikut rasa.

Tajuk lain ialah perpecahan umat; merosakkan amal ibadat; PAS menentang pelaksanaan program Islam dan amanat Hadi membawa kesesatan.
Ia turut memetik ucapan Abdul Hadi di Banggol Peradong Kuala Terengganu pada 7 April 1981 yang dilaporkan sebagai berkata, “Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.”

Risalah itu turut menyatakan fatwa Haji Hadi pada tarikh sama bahawa pengikut PAS yang mati melawan Umno adalah syahid.

Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor


Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat Johor akan diadakan pada :

1 Disember 2012 (Sabtu)

8.30 – 12.00 malam

Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat (P- Seri Gading)

(Depan McDonald Parit Raja, KM 18 Jalan Kluang/Batu Pahat)

Pemidato:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Dato' Seri Tuan Guru Hadi Awang

iii. YB Lim Kit Siang

iv. Pimpinan Pakatan Rakyat Johor

v. Waki-wakil NGO

(7.30 – 8.30 malam - Dato' Seri Anwar Ibrahim Akan Bersama Masyarakat India Johor Sempena Sambutan Deepavali di – Jalan Badik 15, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor)

Empat Negeri Pakatan Rakyat Terima Pujian Audit Negara


Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.

Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia pula meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.

Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi kerajaan negeri walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".

Tetapi negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri paling miskin, masih jauh daripada mencapai had hutang yang dibenarkan, kata laporan itu.

"Komitmen kerajaan negeri untuk baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010, ia adalah masih tinggi," ia membaca, sambil menambah bahawa Kedah mesti berusaha lebih untuk meningkatkan kutipan hasil.

Negeri yang kaya dengan sumber petroleum, Kelantan, juga mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010.

Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.

Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011.

Tetapi laporan Ketua Audit Negara menekankan pengurusan hutang yang longgar di Kelantan.

"Hutang awam meningkat sebanyak RM27.85 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.14 bilion pada tahun 2011. Tunggakan pembayaran balik hutang kepada kerajaan persekutuan juga meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta pada tahun 2011.

" Sementara itu, laporan itu menyatakan peningkatan yang ketara dalam prestasi agensi kerajaan negeri dengan kebanyakan undian "cemerlang" berbanding dengan 2010, walaupun Ketua Audit mencadangkan Kelantan dan Kedah untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pegawai bagi tujuan peningkatan kualiti sistem penyampaian.

Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka.

Anwar yakin dengan 'angin perubahan' di Sabah


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perubahan politik akan berlaku di Sabah dalam pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Katanya, beliau yakin dengan "angin perubahan" tersebut apabila melihat sambutan menggalakkan daripada rakyat Sabah dalam kunjungannya ke beberapa kampung di Pensiangan, Tenom, Lahad Datu dan Tawau.

“ Di Pensiangan semalam, saya melihat seorang ibu datang sambil menggendong anak. Dia datang kerana soal tanah, maruah, harga diri dan ini tidak boleh diberi dengan zink.

"Saya boleh lihat pada mata mereka dan juga kesungguhan mereka. Oleh itu saya yakin perubahan akan berlaku,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sabah di Beringgis kelmarin.

Dalam ucapannya itu, Anwar antara lainnya membangkitkan mengenai janji Pakatan untuk menurunkan harga minyak dan harga kereta sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Katanya, ramai yang beranggapan bahawa perubahan yang dianjurkan Pakatan itu hanya terhenti setakat di negeri Johor sahaja semasa semasa pilihan raya umum 2008.

Tetapi apa yang bakal berlaku adalah yang di sebaliknya – perubahan yang berlaku di Sabah akan melanda Johor dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia, kata Anwar lagi.

Katanya, usaha yang dijalankan oleh dua orang bekas MP BN – Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin – memangkinkan perubahan itu.

"Penghargaan khusus ditujukan kepada Datuk Lajim dan Datuk Wilfred kerana membantu sebagai pemangkin. Tetapi yang membuat keputusan adalah rakyat.

"Ini bukan soal peralihan kuasa biasa, tetapi kita nak tukar sistem sedia ada. Kita mahu hentikan penyelewengan kuasa," tambahnya.

Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya membetulkan sistem pengurusan di Sabah apabila menang kelak, dan tidak lagi mengikut cara lama BN.

"Sabah adalah negeri yang kaya tetapi rakyatnya adalah miskin. Ini disebabkan pengurusan yang tidak betul. Sebab kekayaan tak diagihkan. Ini yang kita mahu betulkan.

"Kita bukan nak menang kerana nak tunjukkan keaiban orang lain, tetapi kerana kita yakin kita boleh laksanakan program," tegas Anwar yang turut mengakui sedih melihat keadaan rakyat miskin di Lahad Datu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah barisan pemimpin Angkatan Perubahan Sabah – ketua PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini, bekas senator BN Maijol Mahap, bekas ketua bahagian Umno Tanjung Aru Datuk Yahya Lampong dan tokoh korporat negeri itu, Datuk Dr Richard Gunting.

Nurul Izzah dakwa Felda beli sawit segar murah


PKR hari ini menyelar tindakan Felda yang didakwa membeli buah sawit segar di bawah harga pasaran yang akan menjejaskan pendapatan peneroka.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa Felda hanya membayar kira-kira 10 peratus daripada harga pasaran.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, beliau mendakwa maklumat itu diperoleh daripada memo yang dihantar menggunakan kepala surat Felda Palm Industries Sdn Bhd.

Memorandum itu memaklumkan, berkuatkuasa 1 Oktober, semakan semula harga tandan buah segar (FFB) berdasarkan harga pasaran Crude Palm Oil (CPO) ditolak RM200 untuk setiap tan metrik.

Tindakan itu, seperti dibacakan Nurul Izzah, diambil ekoran pasaran yang tidak stabil dan permintaan rendah.

Justeru, anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata, peneroka sekarang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50 peratus.

Beliau menyifatkan situasi itu ibarat "sudah jatuh, ditimpa tangga".

Shahrizat letak jawatan kerana tidak mahu menjadi beban


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memberitahu mahkamah tinggi bahawa beliau meletak jawatan sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kerana beliau tidak mahu menjadi beban kepada kerajaan dan keluarganya.
Beliau meninggalkan jawatan kabinet tahun ini selepas tempoh senatornya tidak diperbaharui oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Wanita Umno itu telah memberi keterangan dalam sesi soal balas oleh peguambela Ranjit Singh dalam kes menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan mereka tentang skandal Pusat Fidlot Nasional.

“Saya tidak mahu membebankan kerajaan, dan juga keluarga. Saya mahu masa ini untuk mencari kebenaran,” kata Shahrizat.

Beliau menjawab soalan Ranjit tentang kenapa beliau meletak jawatan pada 8 April, “sebagai ahli kabinet yang bertanggungjawab, saya rasa adalah lebih baik untuk saya meletak jawatan.”

Apabila ditanya pada laporan berita April lalu dengan beliau berkata “saya juga seorang isteri dan ibu,” Shahrizat berkata: “Kerana serangan peribadi ini terlalu jahat, dan adalah menjadi tanggungjawab saya selaku isteri, ibu, pemimpin apabila diserang oleh defendan.”

Beliau turut berkata,”Saya tidak mahu membebankan keluarga saya. Saya mahu membersihkan nama saya dan keluarga saya.”

Ranjit kemudian bertanya kenapa Shahrizat tetap dengan keputusan untuk bersara walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membebaskan beliau dari penganugerahan projek NFC.

“Sebab ada banyak lagi perkara saya perlu jaga, dan saya mahu meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga. Saya rasa inilah masa saya untuk bersama mereka, dan bukan dari karier politik yang musnah.”

Beliau juga berkata: “Sebagai isteri dan ibu, saya rasa saya perlu berada di rumah untuk bersama keluarga”.

Hakim mahkamah tinggi Vazeer Alam Mydin Meera akan menyambung perbicaraan pada 18 dan 19 Mac tahun hadapan.

PKR berulang kali menyerang projek tersebut dengan dakwaan tentang “pinjaman” kira-kira RM84 juta yang diberikan kepada NFC kepada syarikat yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat, termasuk RM13.8 juta untuk dua kondominium mewah di Bangsar.

Shahrizat, isteri kepada Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, telah dikaitkan dengan skandal itu oleh PKR kerana kedudukan suaminya dan tiga orang anaknya yang dilantik selaku pengarah dalam syarikat yang sama.

Mohamad Salleh telah didakwa atas jenayah pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat melibatkan RM49 juta dana pesekutuan yang diberi kepada NFCorp pada 12 Mac.

Mohamad Salleh didakwa atas kanun keseksaan kerana menyalahgunakan RM9,758,140 dari wang NFCorp untuk membeli dua kondominium mewah di One Menerung di Bangsar untuk Perbadanan Daging dan Ternakan Nasional (NMLC) pada 1 Disember dan 4 Disember 2009.

Beliau juga didakwa memindahkan RM40 juta wang NFCorp kepada NMLC antara 6 Mei hingga 16 November 2009.

Beliau didakwa dalam dua kes tersebut kerana menggunakan dana tanpa mesyuarat tahunan syarikat, satu kesalahan dalam Akta Syarikat.

Jika didapati bersalah beliau akan menghadapi penjara diantara dua hingga 20 tahun penjara, sebatan dan denda kerana kesalahan di bawah kanun keseksaan.

Mohamad Salleh juga boleh dipenjara lima tahun atau denda RM30,000 jika didapati bersalah dalam Akta Syarikat.

SAR perlu daftar sebagai SABK untuk mudahkan terima bantuan kata Muhyiddin


Sekolah Agama Rakyat (SAR) perlu mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan kepada mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Menteri Pelajaran itu berkata, walaupun SAR berada di bawah seliaan kerajaan negeri, namun atas keprihatinan kerajaan Pusat, sejumlah RM10.5 juta dan RM95 juta disalurkan yang masing-masing merupakan bantuan untuk Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan bantuan “one- off” kepada SAR pada 2011.

“Kita boleh duduk dan berbincang untuk melihat bagaimana sekolah ini boleh menjadi sebahagian dari sistem pendidikan yang mampan.

“Maka kerajaan tawarkan untuk kerjasama dengan kita. Kalau ada persetujuan seperti itu, maka kita boleh teruskan, dan harus ada peringkat persefahaman,” kata timbalan perdana menteri itu lagi dan menambah, ia perlu dilaksanakan dengan cara yang lebih sistematik.

Malah, Muhyiddin juga berkata, bantuan secara “one- off” kepada 247 SAR sebelum ini juga boleh diteruskan kerana kementeriannya mempunyai peruntukan untuk tujuan tersebut.

“Saya sedar sekolah-sekolah ini masih memerlukan bantuan ... justeru, jumlah peruntukan yang kita ada memungkinkan bantuan ehsan ini boleh dipertimbangkan satu persatu melalui permohonan dari SAR yang benar-benar memerlukan.

“Dalam masa yang sama, saya amat mengalu-ngalukan SAR untuk mendaftar sebagai SABK agar mudah menerima bantuan,” jelasnya dalam perbahasan di Parlimen hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, bagi SAR yang ingin memohon bantuan perkapita, kerajaan perlu mengkaji perkara itu dengan lebih mendalam.

“Untuk mohon bantuan perkapita, (kita) kena kaji ... berapa kos yang terlibat, berapa pelajar yang ada dan sebagainya.

“Silibus tidak jadi masalah ... soal tapak tanah juga tidak menjadi masalah,” tambahnya.

SPR kesan kempen di media alternatif lepas 12 malam


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pihak berkempen menerusi media alternatif selepas pukul 12 tengah malam menjelang hari mengundi.

Timbalan Setiausaha SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata perbuatan itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya yang melarang calon dan ejen mereka berkempen di luar tempoh dibenarkan.

Bagaimanapun, SPR tidak mempunyai penguatkuasa mahupun kepakaran untuk memantau media sosial dan alternatif seperti blog, Facebook dan Twitter, katanya.

"Kita berharap pihak SKMM boleh melihat perkara ini dan bersama-sama membantu kita dalam mengenal pasti mana-mana pihak yang berbuat demikian" katanya pada taklimat SPR bersama wakil parti politik dan media di Kuantan hari ini.

Noordin turut mengingatkan semua parti politik supaya tidak menggunakan bahan kempen yang boleh memfitnah orang lain dan berdepan tindakan jika mereka ingkar.

Dalam taklimat itu, SPR turut mengadakan demonstrasi proses pengundian di tempat mengundi yang disaksikan oleh kira-kira 100 wakil dari parti politik dan media.

Bagaimanapun, proses itu terganggu beberapa kali apabila beberapa wakil dari parti pembangkang terus mempersoalkan beberapa prosedur termasuk penggunaan pensil untuk menandakan nama-nama pengundi.

2 syarikat kerajaan rugi lebih RM1 bilion


Dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010, manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010.

Laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini antaranya menunjukkan IWK menanggung kerugian akibat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasi yang semakin meningkat.

RapidKL pula dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini hanya mencacatkan keuntungan pada tahun 2009 selepas mendapat peruntukan kerajaan berjumlah RM112.23 juta bawah pakej rangsangan ekonomi.

Audit juga mendapati terdapat kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipannya.

Maklum balas RapidKL dalam laporan tersebut menyebut, kerugian yang dialami itu berpunca daripada kos pekerja dan kos penyelenggaraan yang sentiasa meningkat.

Selain itu, syarikat itu juga tidak pernah meningkatkan kadar tambang sejak mula beroperasi pada 2005 dan menganggarkan keadaan kewangan yang "lebih sukar" bagi membiayai perbelanjaan operasi sekiranya tidak menaikkan kadar tambang tren dan bas.

Syarikat itu juga akan terus memerlukan bantuan berterusan daripada Prasarana dan kerajaan sekirana tidak berbuat demikian, menurut maklum balas itu.

Bagaimanapun, syarikat itu berikrar untuk terus memperbaiki kedudukan kewangan syarikat serta memastikan semua inisiatif untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kos operasi berjalan lancar.

IWK pula dalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit menyebut, prestasi kewangannya kurang memuaskan sejak tiga tahun lalu kerana kadar tarif pembetungan yang rendah sedangkan kos operasinya meningkat saban tahun.

Penyata kewangan IWK yang diaudit menunjukkan peningkatan dalam pendapatan berjumlah RM156.03 juta (27.5%) bagi tahun 2009 berbanding tahun sebelumnya, namun mengalami penurunan pendapatan pada tahun 2010 berjumlah RM105.34 juta (14.6%) disebabkan faktor berkenaan.

Menurut laporan itu, kadar tarif pembentungan negara tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1994, malah diturunkan kerajaan pada tahun 2004 akibat rungutan pelanggan.

Kerajaan juga menyalurkan subsidi berjumlah RM1.32 bilion dari tahun 2001 hingga 2011 bagi menampung defisit kos operasi tersebut.

IWK kemudiannya tidak lagi bertanggungjawab ke atas perkhidmatan untuk tangki septik individu dan komunal apabila Akta Industri Perkhidmatan Air dikuatkuasakan pada 2008.

"Ini menyebabkan pendapatan IWK terus menurun akibat kehilangan anggaran 11,348 pelanggan tangki septik individu," kata laporan itu.

Syarikat itu juga menyatakan untuk menjalan usaha berterusan bagi meningkatkan hasil dan mengurangkan kos dengan memperkenalkan beberapa inisiatif seperti perlaksanaan Continous Improvement Projects (CIP).

"Perlaksanaan CIP yang dimulakan pada bulan Februari 2012 akan siap pada 31 Januari 2013 dan seterusnya pada setiap tahun. Kajian telah dibuat dengan pihak berkenaan untuk penyelarasan semula struktur dan kadar tarif pembetungan.

Menurut laporan itu lagi, cadangan Semakan Semula Kadar Tarif ini dijangka akan dibentangkan oleh pihak kementeritan tenaga teknogi hijau dan air kepada Kabinet pada 31 Disember nanti.