Pages

Nasharudin Bersama Rombongan Najib Ke Gaza Di Luar Pengetahuan PAS


Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin adalah di luar pengetahuan PAS.Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia. “Saya tak tau pun, saya tak dapat apa-apa maklumat dia ke Palestin. Memang saya tak tau apa-apa,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut memberikan reaksi yang sama ketika ditanya tentang tindakan Nasharudin. “Saya pun tak pasti, tak ada apa-apa maklumat dia ikut PM (Perdana Menteri) ke sana,” katanya ringkas.

Media pada Rabu menyiarkan gambar yang memaparkan Nasharudin berdiri di sebelah Najib ketika deligasi Malaysia bersama Perdana Menteri Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat sebuah kereta yang dibom tentera Israel di Bandar Gaza.

Pada Selasa, Najib mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin bagi menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Pada Ogos tahun lalu Nasharudin turut dipertikaikan oleh beberapa pimpinan PAS apabila akhbar memaparkan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Saham FGV Terus Menjunam Bawah Harga IPO


Indeks Komposit Bursa Malaysia (KLCI) menyaksikan penyusutan paling besar dalam tempoh 16 bulan manakala harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) juga kembali susut ke paras lebih rendah daripada harga tawarannya.

Harga saham FGV jatuh ke bawah paras harga IPO – RM4.55 – dan terus merosot ke paras RM4.52 pada tengahari. Ia merupakan trend penurunan kedua sejak 27 Disember.

Menurut Bloomberg, indeks KLCI merosot untuk hari keempat berturut-turut dengan penurunan sebanyak 1.9 peratus dan dijangka merekodkan kemerosotan paling besar sejak 26 September 2011.

Selepas KWSP dan KWAP labur dan ‘lebur’kan duit simpanan pekerja tanpa pertimbangan yang baik (dengan memilih saham FGV), duit simpanan rakyat mana lagi yang akan digunakan untuk melonjak saham FGV selepas ini?

DSAI Menang Lagi Saman Fitnah Terhadap Utusan Malaysia


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu. Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.

Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini. Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Hakim Singham juga berkata, ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” katanya. “Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata Hakim Singham.

Miss Bawani VS Sharifah Listen Dalam "Forum Kebebasan Akedemik & Hak Asasi"


Akhirnya masa yang ditunggu bakal tiba. Forum yang akan menemukan Miss Bawani (Mahasiswa UUM) dan Presiden SW1M iaitu Sharifah Zohra Jabeen bakal berlangsung pada :

Tarikh : 22 Jan 2013
Masa : 0800 Malam
Tempat : The Kuala Lumpur And Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
No. 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur.
Tel: 03-22746645 Fax: 03-22724089

Forum tersebut juga menampilkan panelis tidak asing lagi iaitu Dr. Maszlee Malik dari UIA dan pakar perundangan terkenal iaitu Prof. Dr. Aziz Bari. Forum ini dianjurkan oleh SAMM Sengmentasi Mahasiswa, KAMI dan INSTEF. Tempat duduk adalah terhad.

Senarai Tarikh Dun-Dun Dan Parlimen Terbubar Secara Automatik


Berikut adalah senarai tarikh perbubaran secara automatik pada Dun-Dun dan Parlimen Malaysia:

Dun-Dun Malaysia secara automatik terbubar pada:
  • 21 Mac : Johor
  • 26 Mac : N.sembilan
  • 7 April : Pahang
  • 22 April : Selangor
  • 24 April : Perak
  • 26 April : Melaka
  • 28 April : Perlis & Kelantan
  • 29 April : Sabah
  • 2 Mei : Penang & Kedah
  • 5 Mei : Terengganu

Parlimen Malaysia secara automatik terbubar pada:
  • 28 April

43 Ahli Tinggalkan UMNO di Dun Gual Ipoh


Sekarang bukan sahaja rakyat yang muak dengan tindak tanduk pemimpin Umno, sebaliknya ahli dan penyokongnya sendiri juga mempamerkan sikap serupa.

Ekoran itu ada yang tidak mahu menunggu pilihan raya umum ke-13 (PRU) bagi menghukum Umno, sebaliknya ramai sudah berkerat rotan dengan parti itu sekarang.

Malam tadi seramai 43 ahli dan penyokong Umno di Kampung Gobek, Dun Gual Ipoh meninggalkan parti lama dan menyerah borang menyertai PAS.


Sudin Nuh, 37 mewakili rakan-rakan lain menyerahkan borang memohon keahlian PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasurudin Daud. Detik bersejarah itu disaksikan ramai penduduk tempatan.

Hadir sama pada program ceramah tersebut Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustafa.

Kampung Gobek merupakan kubu tradisi Umno, kini semakin ramai meningggalkan parti tersebut. Ekoran itu Bilik Gerakan Pilihanraya PAS Kampung Gobek turut dirasmikan malam tadi.

Sudin ketika berucap pada program berkenaan berkata, beliau dan rakan-rakan tidak mahu lagi kepada Umno selepas menyedari apa yang berlaku sekarang.

“Kami tidak sir lagi Umno. Sudah sampai masanya kami bersama meneruskan perjuangan dengan PAS bagi menghabiskan sisa-sisa usia,” katanya.

Sementara itu di RANTAU PANJANG krisis dalaman Umno bahagian ini semakin jelas sekarang. Ternyata “kudis” sejak 2008 masih belum reda.

Biar pun tidak ada sepanduk dinaikkan seperti di Pengkalan Chepa baru-baru ini, namun riak-riak kekecohan tidak mampu disembunyikan lagi. Suara tidak puas hati semakin jelas kedengaran.

Biar pun kelihatan seperti tenang, namun suara-suara riuh di peringkat cawangan tidak mampu disembunyikan lagi.

Kudis lama antara ketua bahagian, Datuk Abdullah Mat Yasin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain Ismail kini membekak semula.

Abdullah yang disebut-sebut sebagai calon Parlimen Rantau Panjang kini berdepan dengan cabaran apabila difahamkan tidak disenangi pengikut Mohd Zain.

Video Penjelasan KS Bawani Mahasiswa UUM Dalam Insiden Dimalukan Pengerusi SW1M


Dibawah ini merupakan video wawancara bersama Mahasiswa yang mencetuskan fenomena #listen #listen #listen iaitu KS Bawani. Video penjelasan ini berhubung kait mengenai insiden beliau dimalukan oleh Sharifah Zohra Jabeen yang juga Presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia di dalam sebuah forum tak lama dahulu. Video ini dibawakan oleh yopTV untuk Perakite Daily. Saksikan video penjelasan tersebut:

DSAI Menang Kes Saman Terhadap KJ


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.

“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo.

Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.

Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.

“Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan,” kata Haijan kepada pemberita.

“Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak,” tambahnya. Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Menurut beliau, kenyataan fitnah itu disiarkan oleh media cetak dan eletronik dalam negara pada 3 Ogos 2007.

Anwar juga mendakwa kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai oleh orang Melayu, yang tidak mengutamakan perjuangan orang Melayu serta hak mereka, dan beliau berkeupayaan untuk mengkhianati perjuangan dan hak orang Melayu demi mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam negara.

Beliau turut berkata, Khairy membuat kenyataan itu untuk menyindir bahawa beliau (Anwar) merupakan seorang ejen politik Amerika Syarikat dan pihak Yahudi, di samping bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya, dan Khairy menurutnya berniat jahat ketika membuat kenyataan itu yang merupakan satu pembohongan, tidak berasas dan tidak benar.

Selain ganti rugi am, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, Anwar turut memohon injunksi bagi menghalang Khairy, atau ejennya, daripada mengulangi kenyataan itu.

Video Sharifah Zohra Jabeen Hina Pelajar Di UUM


Video Sharifah Zohra Jabeen dikatakan hina pelajar di forum Mahasiswa UUM Kedah. Segalanya bermula apabila pelajar Bawani KS telah mengajukan soalan terhadap beliau. Pada masa yang sama, beliau tidak dapat menjawab soalan yang diajukan dari pelajar tersebut lalu mengeluarkan ayat yang kurang disenangi. Contoh seperti dibawah:

“Listen, Listen, Listen, Listen………Listen”- Itulah ungkapan yang keluar dari mulut seorang professional

Dari segi latar belakang, Sharifah Zohra Jabeen merupakan seorang presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia dan juga seorang pencemah di Forum Suara Mahasiswa yang telah diadakan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah pada 8 Dis lalu. Namun, sikap beliau itu telah menyebabkan video tersebut tersebar dilaman internet setakat ini.

Video Sharifah Zohra Jabeen Hina Pelajar :



Sehubungan dengan perkara diatas, 1 video versi Remix Sharifah Zohra Jabeen telah pun dimuatnaik di Youtube. Sungguh menghiburkan! dan selamat menonton :DD



Berikut pula ulasan IM Fakhrul mengenai perkara ini :


Berikut pula ulasan Khairy Jamaluddin yang dipetik dari Twitter menegaskan tidak mengenali Presiden Suara Wanita 1Malaysia tersebut :


Berikut pula video penjelasan Bawani dalam wawancara apa yang sebenarnya terjadi :
ENTER

Najib Popular Di Australia Mengenai Skandal Rasuah & Pembunuhan Altantuya


Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang ‘panas’ dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno,” tulis portal akhbar itu semalam.

Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006.

The Age mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan hubungannya dengan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya pada 2006.

“Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya.

“Terdapat perbalahan dalam Umno yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan.

“Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan Umno. Najib sendiri mengatakan ia sebagai ‘titik penentu nasib rakyat dan negara’,” akhbar itu dipetik.

Dalang Sebenar Isu Air Di Selangor


Kerajaan Selangor kesal dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan isu air untuk mengugut rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, ketika rakyat menghadapi masalah bekalan air, Perdana Menteri (PM) sepatutnya bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri demi memastikan perkara ini tidak berulang.

“Sebaliknya, beliau mengugut rakyat Selangor bahawa mereka akan terus berhadapan dengan masalah air jika tidak menyokong Barisan Nasional (BN).

“Jelas, beliau merendahkan martabatnya sebagai Perdana Menteri untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) tidak lama lagi,” kata Khalid dalam kenyataan.

Katanya, kerajaan negeri percaya rakyat Selangor tahu janji Najib adalah umpama ‘meludah ke langit’ kerana masalah air ini berpunca daripada kegagalan dasar penswastaan air oleh BN yang memberikan konsesi selama 30 tahun kepada syarikat kroni yang tidak berkemampuan.

Beliau berkata, jika kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambilalih pada 2008, rakyat Selangor sekarang akan dibebani kenaikan tarif air yang tinggi sebanyak 37 peratus pada 2009, 25 peratus 2012, dan 20 peratus pada 2015.

“Kenyataan terbuka Najib ini sudah cukup untuk membuktikan mengapa Kerajaan Pusat enggan bekerjasama dengan Kerajaan Selangor menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Lembah Klang seperti yang dikehendaki Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang diluluskan kerajaan BN sendiri.

“Ternyata, hasrat mereka bukan untuk menyelesaikan masalah dengan serta merta, tetapi untuk mempolitikkan isu ini dan menggunakannya sebagai bahan tawaran untuk meraih undi,” kata Khalid.

“BN lebih rela membela syarikat kroni konsesi yang ternyata gagal dan cuai dalam mengurus perkhidmatan air daripada memberi kerjasama kepada kerajaan negeri untuk mengambilalih pengurusan perkhidmatan air. Syabas berdepan dengan krisis pengurusan yang boleh membawa masalah besar kepada rakyat jika konsesi ini terus dibenar menguruskan air di Lembah Klang,” sambung beliau.

Khalid berkata, Najib juga sengaja tidak mahu menyerahkan perkhidmatan air kepada Kerajaan Selangor kerana beliau bimbang Selangor dapat melakukannya dengan lebih cekap dengan kos yang lebih efektif sekaligus membuktikan kegagalan BN.

“Kita meragui catuan air yang dibuat oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kita tidak menolak kemungkinan ia sengaja dilakukan untuk menyusahkan rakyat dan menyemaikan perasaan tidak puas hati terhadap Pakatan Rakyat.

“Kerajaan negeri menghantar enam pucuk surat kepada menteri sejak Julai 2012 bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air mengikut WSIA, namun nampaknya menteri lebih suka berpolitik dari menyelesaikan perkara ini secara waras,” jelas Khalid.

Beliau menambah, sikap tidak acuh dan sambil lewa PM terhadap cadangan pengambilalihan air oleh Kerajaan Selangor membuktikan beliau dan BN sanggup menggadaikan kebajikan rakyat demi kepentingan politik.

Berikutan itu, tegas Menteri Besar, Kerajaan Selangor menggesa Kerajaan Persekutuan hentikan amalan mengugut rakyat negeri dengan meletakkan keperluan asas kehidupan seperti air sebagai sandaran. “Berpolitiklah secara matang, bukannya menzalimi rakyat ala samseng,” kata Khalid.

Malam Ini : RAPAT KEMUNCAK COUNTDOWN #KL112


NAMA PROGRAM : RAPAT KEMUNCAK COUNTDOWN #KL112
ANJURAN  : SAMM & SMM DENGAN NAUNGAN JK INDUK HKR
TARIKH &MASA : 11 JAN 2013, 8.30mlm – 12.30 tgh mlm
VENUE : KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU

GILIRAN PENTAS
RANGKUMAN PERTAMA (8.15pm)
TOKOH
/ SELEBRITI
ORIGIN
AMRAN
PEMANDU TEKSI
ZURAIDI
PEKERJA KILANG
JAMIAH
SURI RUMAH
SHARIFAH
PENIAGA MELAYU P.PINANG
IBRAHIM ALI
NELAYAN
YB TIAN CHUA
NAIB PRESIDEN PKR
CIKGU NORMALA
GERAKAN PEMBANGUNAN PENDIDIK KEBANGSAAN
CYNTHIA GABRIEL
SUARAM
WAKIL
PERSATUAN BEKAS POLIS
PROF DR G BALASUBRAMANIAM
Wakil professional India Muda
KOL (B) NAZARI
Kerabat
DINSMAN (sampaikan sajak)
PENGGIAT SENI
RANGKUMAN KEDUA (9.00pm)
TOKOH
/ SELEBRITI
ORIGIN
YB HUSAM MUSA
PAS
YB FUZIAH
NAIB PRESIDEN PKR
WONG TACK
ANTI-LYNAS
YB ANTHONY LOKE
DAP
SUHAIZAN
TANAH
HARIS IBRAHIM
AKTIVIS ASALKAN BUKAN UMNO
SHAHARUDDIN
SELAMATKAN PANTAI PD
WAKIL PENGERANG
RAPID PENGERANG
TN SYED IBRAHIM
GERAKAN MANSUH ISA
ITO (PERSEMBAHAN)
PENGGIAT SENI
RANGKUMAN KE-3 (10.00pm)
TOKOH
/ SELEBRITI
ORIGIN
YM TENGKU HARMY
SEPUPU YDP BESAR N.SEMBILAN
RAJA BAHARIN
‘R’ TERENGGANU
ZUNAR
KARTUNIS
ABBY ABADI
SELEBRITI HIJRAH
HAIRIE OTHMAN
SELEBRITI HIJRAH
ISHAM RAIS
AKTIVIS INTERNASIONAL
SAFFWAN ANANG
PRESIDEN SMM
KC HENG
DEMA
ADAM ADLI
PENGARAH PROG/MAHASISWA
ISHAK SURIN
MUAFAKAT
Prof Dr. Shaharir
GM PPSMI
PAK SAMAD (PENYAMPAIAN SAJAK)
SASTERAWAN NEGARA
RANGKUMAN KE-4 (10.45pm)
TOKOH
/ SELEBRITI
ORIGIN
ABDULLAH ALI
BEKAS PEMAIN BOLASEPAK
DATUK FAUZI SHAARI
BEKAS KETUA JSJ PDRM
MAZLAN ALIMAN
ANAK
NAZRI DERAMAN
‘R’ KELANTAN
TS KADIR SHEIKH FADZIL
TOKOH UMNO
ARUL
PSM
BLANK (PERSEMBAHAN)
SELEBRITI HIJRAH (BEKAS KUMPULAN GAMMA)
RANGKUMAN TERAKHIR (11.30pm)
TOKOH
/ SELEBRITI
ORIGIN
AMNI JAGAT (SAJAK ABU)
PENGGIAT SENI
YB SYED AZMAN
PAS
YB DS WILFRED BUMBURING
Angkatan Perubahan Sabah
YB DATUK SAIFUDIN NASUTION
S/U AGONG PKR
TS KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR
TN HJ MAT SABU
PENGELOLA HKR / TIMBALAN PRESIDEN PAS
SETIAP TOKOH/SELEBRITI HANYA AKAN
BERUCAP MAKSIMUM 4- 5 MINIT SAHAJA

Gambar & Video Lebih 100,000 Sertai Himpunan Ambang 2013 Di Dataran Shah Alam

Lebih 100,000 menyertai sambutan ambang 2013 bersama pimpinan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam malam tadi.

Kehadiran ikon Ustaz Azhar Idrus menjadi pemangkin perhimpunan ini yang disertai kebanyakannya oleh anak muda.

Pada sebelah paginya diadakan program Karnival Pendidikan Negeri Selangor (EduSEL) yang dipenuhi pelbagai aktiviti dan pameran yang sangat berfaedah.

Dalam masa yang sama, Umno menganjurkan perhimpunan sambutan ambang 2013 di I-City Shah Alam dengan persembahan nyayian dan tarian.

Berikut adalah gambar-gambar dan video menarik malam tadi.