Pages

Selangor sumbang RM40,000 kepada wira negara


Kerajaan Selangor pada 27 Mac menyumbang sebanyak RM40,000 melalui Tabung Wira Rakyat Selangor kepada dua keluarga wira negara yang terkorban sewaktu bertugas di Lahad Datu baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali.

Sumbangan setiap anggota mangsa sebanyak RM20,000 masing-masing disampaikan kepada ibu bapa mereka di di perumahan Desa Darulnaim ll Pasir Tumbuh dan Kampung Bayu Lalang, Meranti, Pasir Mas.

Dr Halimah turut diiringi tiga orang pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

Turut mengiringi rombongan kerajaan Selangor itu, anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar dan timbalannya Rohani Ibrahim.

Hadir sama, bekas anggota Dewan Negara, Mumtaz Md Nawi dan lain-lain pimpinan muslimat Kubang Kerian dan Pasir Mas.

Di Pasir Tumboh, sumbangan diberikan kepada ibu bapa allahyarham Koperal Ahmad Farhan, Rusilawati Ghani, 44 dan Roslan Hussan.

Menurut Halimah, kerajaan Selangor begitu simpati terhadap nasib yang dilalui kedua mangsa yang meninggal dunia ketika mempertahankan negara.

“Allahyarham Farhan walaupun meninggal dunia bukan kerana ditembak, tetapi tugasnya membawa bekalan kepada anggota tentera kita.

“Keduanya mempunyai tugasnya murni dan kita berdoa semoga Allah menempatkan mereka di kalangan golongan syuhada,” ujarnya.

Di Pasir Mas, Dr Halimah menyerahkan cek kepada ibu bapa allahyarham Ahmad Hurairah, Rahmah Mamat, 50 dan Ismail Hussin, 55.

Ahmad Hurairah terkorban pada 12 Mac lalu setelah ditembak oleh pengganas di Lahad Datu kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketika menyerahkan cek tersebut, Dr Halimah turut membaca surat rasmi yang dikirim Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Isi surat tersebut antara lain menyatakan sumbangan allahyarham cukup besar dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Pengorbanan allahyarham sewajarnya ditulis dengan tinta emas kerana mempertahankan kedaulatan negara dari dicerobohi.

Sewajarnya pengorbanan allahyarham menjadi teladan bagi semua rakyat di negara ini.

Lim Kit Siang Ramal Pakatan Menang 7 Negeri


Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang meramalkan Perlis dan Negeri Sembilan adalah dalam jangkauan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13, sekaligus meningkatkan bilangan kerajaan negeri Pakatan daripada lima pada 2008 kepada tujuh pada 2013.

Dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, ahli parlimen Ipoh Timor itu menyatakan keyakinan bahawa gabungan itu boleh mengekalkan kuasanya di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, dan menawan semula Perak.

Dengan kemampuan untuk menawan Perlis dan Negeri Sembilan, maka beliau mendakwa harapan Pakatan untuk menawan Putrajaya adalah cerah.

Bagaimanapun, Lim (kiri) mengakui bahawa kerajaan PAS Kedah dalam keadaan yang goyah. Walaupun begitu, Lim berkata, 'tsunami politik' pada pilihan raya umum 2008 masih belum mencapai kemuncaknya.

"Pada pilihan raya umum lepas, angin anti-establishment bermula dari utara dan berhenti di Negri Sembilan. Ia bukan tsunami penuh. Ia belum mencapai kemuncaknya.

"Tsunami akan hanya reda apabila ia mencapai puncaknya. Saya percaya akan ada tsunami politik yang lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang yang akan melanda seluruh negara," Sin Chew Daily memetik Lim sebagai berkata.

Artis Mahu Dibayar Untuk Kempen Politik


Seseorang artis mempunyai kredibiliti untuk memancing undi serta berkempen pada pilihan raya umum kata bekas pelakon dan pelawak, Muhammad Hakim Lokman atau Bob Lokman.

Beliau yang juga ahli PAS berkata, tanpa perlu terlalu menonjol di dalam sesebuah parti, artis itu sendiri sudah boleh menarik undi kepada parti tersebut.

"Memang artis ini kredibiliti dia untuk pancing undi. Sememangnya, dia dah masuk (politik) sebagai artis tak perlu nak tonjol sikap pandai berpolitik, tak perlu cakap banyak, dia sendiri dah boleh pancing (undi).

"Kerja politik memang perlu orang untuk sampaikan maklumat, apa hasrat parti masing-masing... Kredibiliti saya terbukti saya memancing undi," katanya berseloroh dalam satu wacana di Shah Alam semalam.

Selain itu, bagi pengarah filem, Datuk Shuhaimi Baba (bawah), beliau berpendapat artis yang menceburkan diri dalam bidang politik mampu memberitahu orang ramai tentang tanggungjawab untuk mengundi serta mengembalikan keharmonian.

Selain itu, beliau juga berkata, tidak menjadi kesalahan jika seseorang artis dibayar untuk berkempen bagi sesebuah parti politik.

"Artis boleh mainkan peranan dan kembalikan balik keseimbangan dan kurangkan kebencian. Kita mesti beritahu semua orang tanggungjawab kita untuk menunaikan hak mengundi tak kira apa pilihannya. Kalau orang itu tak sependapat dengan kita, kita perlu hormat. Itu integriti kita.

"Kalau (artis) dipanggil, dibayar untuk pancing undi, kalau itu rezeki kamu ambil sajalah. Tak perlu sorok-sorok. Itu kerja dia. Sebab itu sebahagian daripada kerja.

"Artis sekarang kalau dibayar lagi bagus. Buat apa buat kerja percuma. Kita sakit siapa nak bayar ubat kita. Bagi saya ramai artis terlibat dan lebih berminat itu juga bagus. Tapi jangan jadi patung, mulut untuk suarakan benda-benda yang tak betul, pembohongan dan penipuan. Bagi saya itu salah," katanya.

Bagi pelakon dan Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi pula berkata, sekiranya artis seseorang artis terlibat dan mengadakan program dengan sesebuah parti politik, ia mesti dibayar dan kerja yang dilakukan mereka bukanlah sebuah kerja amal.

"Bagi saya kalau artis tak dibayar dalam mana-mana sahaja (parti) politik, kita buat amal. Jadi kalau kita buat amal, buat apa kita ada bakat. Kalau tak dibayar, macam mana nak cari makan?

"Bila artis pergi membantu (sesebuah parti politik) mesti ada habuan. Kalau tak ada, jangan kata buat kerana 'fisabilillah'. Saya tak percaya," katanya.

Bubar Parlimen Jika Yakin Menang Kata Mat Sabu


Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak digesa membubarkan Parlimen segera jika benar mampu mengekalkan kemenangan dan terus menjadi PM selepas ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, rakyat masih tertunggu-tunggu pengumuman pembubaran yang dilihat semakin lambat meskipun tempoh penggal beberapa Dewan Undangan Negeri tertentu sudah hampir tamat.

Malah mandat yang diberi pengundi pada 8 Mac 2008 kepada kerajaan BN sebenarnya telah pun berlalu, namun, Najib masih merahsiakan tarikh pilihan raya. Sebaliknya kata Mohamad Sabu, Najib terus bermain dengan teka-teki sambil mengumumkan 'gula-gula' pilihan raya kepada rakyat.

Lebih teruk lagi, media arus perdana meneruskan serangan ke atas Pakatan Rakyat dalam usaha mempastikan BN benar-benar mampu mendapat keyakinan Bubar Parlimen jika yakin menangrakyat.nKatanya lagi, Najib tidak harus melengah-lengahkan pilihan raya kerana Najib telah menyatakan bahawa BN yakin menang.

Sependapat dengan Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula berkata, Najib tidak perlu memainkan perasaan rakyat dengan membelenggu rakyat dengan tarikh pilihan raya yang tidak pasti. "Rakyat mahukan seorang PM yang benar-benar berani membuat keputusan, jujur kepada rakyat, bukannya mempersenda perasaan rakyat.

"Najib lupa, jawatan yang dipegangnya itu adalah hasil mandat rakyat kepada bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi."Tidak malukah Najib meneruskan jawatan bukan hasil daripada mandat selaku PM semasa proses pilihan raya?" kata Firdaus yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sebelum ini, Najib membayangkan BN berpeluang mengekalkan kuasa dan PM berharap akan kekal sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, yang akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang.

Beliau berkata demikian pada program Telekom Malaysia (TM) di Bangsar, pada 19 Mac lalu. Najib yang juga Pengerusi BN berkata, 'mood' yang ditunjukkan oleh warga TM hari ini akan kekal dan berharap akan kembali ke menara 55 tingkat dan 310 meter itu, dengan jawatan yang sama selepas PRU13.


"Jadi kalau dalam masa seminggu ini tiada apa-apa tindakan juga, kami sendiri akan ke pejabat SPRM," katanya sambil menambah akan melakukan siri jelajah berhubung isu ini.

Exco Pemuda Umno Larut sertai PAS

Umno Larut menerima tamparan hebat apabila Exco Pemudanya, Zulkifli Minhat isytihar keluar daripada parti itu dan menyertai PAS.

Zulkifli membuat pengumuman menyertai PAS di program ceramahperdana dianjuran PAS Larut yang dihadiri oleh Naib
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh 14 Mei lalu.

Borang permohonan keahlian PAS diserahkan kepada Dr Raja Iskandar dan turut mengikut jejak langkahnya ialah 39 ahli Umno yang sudahtidak yakin dengan perjuangan Umno ketika ini.

Berucap dalam program tersebut, Zulkifli yang lebih 20 tahun bergelumang Umno berkata, beliau membuat keputusan tersebut atas kesedarannya sendiri dan melihat perjuangan PAS adalah benar dan ralevan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Teras berkata, perjuangan yang dibawa oleh PAS selari dengan Islam dan sudah memahami perbezaan dasar perjuangan yang dibawa oleh PAS dengan Umno.

“Saya akan bersamasama berjuang dan matlamat saya membantu PAS
memenangi semua kerusi yang ditandingi PAS di Larut ini,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh ratusan hadirin.

Sementara itu, Dr Raja Iskandar berkata, keputusan Zulkifli itu sudah pasti akan memberi kesan besar kepada Umno Larut khususnya
di peringkat pemudanya. Kata beliau, dalam keadaan sekarang, masyarakat semakin sedar akan keburukan Umno ketika ini yang hanya mementingkan peribadi.

Penyelewengan, kezaliman, korupsi dan salah urus tadbir yang dilakukan Umno ketika ini membuatkan rakyat termasuklah ahli Umno itu sendiri menolak mereka.

“Saya yakin Umno Larut sangat terkesan dengan apa yang berlaku dan ini menambahkan lagi kekuatan dan semangat untuk PAS menawan Parlimen Larut dan Dun Kubu Gajah serta,” jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu.

Negeri Sembilan Diperintah Kerajaan Sementara Mulai Hari Ini 28 Mac

Kerajaan UMNO-BN (UBN) Negeri Sembilan tamat hari ini, Rabu, 27 Mac 2013. Untuk tempoh sehingga 60 hari yang akan datang, Negeri Sembilan bakal diperintah secara kerajaan sementara. Wakil rakyat pun sudah tiada.

Kegagalan kerajaan UBN mengadakan PRU13 sebelum berakhirnya mandat lima tahun kerajaan pilihan rakyat menyebabkan kerajaan Malaysia sekarang diperintah secara “kerajaan sementara” atau di dalam Bahasa Inggerisnya disebut “caretaker government.” Hal ini tidak bersalahan dengan konvensyen dalam negara-negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen tetapi ia tetap dipandang sebagai satu kekalahan moral bagi “outgoing government.” Kenapa pula pilihanraya mahu ditangguh-tangguhkan kecualilah ada perkara yang membawa mudharat besar kepada negara jika pilihanraya diadakan? Di Malaysia, justifikasi yang demikian tidak wujud. Hatta, isu pencerobohan orang Sulu ke atas wilayah Lahad Datu di Sabah tidak cukup besar untuk menangguhkan pilihanraya. Justeru, wujudlah persepsi di kalangan rakyat bahawa “outgoing government” menangguh-nanguhkannya sebab tidak mampu untuk berdepan dengan kemungkinan akan kalah di dalam piliharaya kali ini.

Seingatan penganalisis, inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia merdeka, piliharaya umum tidak diadakan sebelum tempoh lima tahun mandat kerajaan tamat. Ini satu rekod baru.

Kalau dikira dari tarikh PRU12, iaitu, pada 8 Mac 2008, maka kerajaan Persekutuan dan semua kerajaan negeri sepatutnya sudah berada di bawah kerajaan sementera berkuatkuasa dari 9 Mac 2013 dan dalam tempoh 60 hari dari tarikh parlimen dan dewan-dewan undangan negera terbubar dengan otomatik, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya mesti mengadakan pilihanraya, bermakna, tidak boleh lewat dari 8 Mei 2013. Namun, di sana ada peraturan yang mengatakan bahawa tarikh parlimen bubar secara otomatik bermula dari tarikh persidangan parlimen yang pertama diadakan dan bagi dewan-dewan undangan negeri dari tarikh ahli dewan undangan mengangkat sumpah. Di atas prinsip ini, maka parlimen akan terbubar secara otomatik pada 26 April 2013 dan PRU13 mestilah diadakan sebelum 26 Jun 2013, iaitu, sebelum tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen secara otomatik luput. Harus diingat bahawa jika PRU13 diadakah pada hari terakhir tempoh 60 hari itu, iaitu, pada 26 Jun 2013, maka banyaklah kerajaan negeri yang “tidak berkerajaan yang sah” dalam tempoh itu. Misalnya, kerajaan sementara Negeri Sembilan hanya sah sampai 27 Mei 2013. Ini isu undang-undang. Biarlah pakar undang-undang khususnya pakar perlembagaan yang membicarakannya. Pandangan di sini adalah pandangan bukan pakar.

Dewan undangan Negeri Sembilan mengangkat sumpah pada 27 Mac 2008, maka, kerajaan negeri terbubar dengan automatik pada hari ini, Rabu, 27 Mac 2013 dan mulai hari Khamis, 28 Mac 2013, kerajaan Negeri Sembilan diperintah secara kerajaan sementara. Tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya bagi Negeri Sembilan ialah 27 Mei 2013. Ini akan disusuli oleh negeri-negeri lain.

Anggota pasukan kerajaan sementara Negeri Sembilan ini terdiri dari Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO kerajaan. Status mereka ialah masing-masing, Menteri Besar Sementara dan ahli EXCO sementara. Mereka, seperti mana juga wakil rakyat yang lain sudah berhenti menerima gaji dan apa-apa jua alaun berkaitan dengan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Kesemua 36 DUN di bawah lapan kawasan parlimen di Negeri Sembilan sekarang sudah tiada wakil rakyat.

Secara mudahnya, kerajaan sementara ini hanya boleh membuat kerja-kerja rutin sebuah kerajaan seperti - yang disebut oleh Tok Mat (nama manis YAB Menteri Besar Negeri Sembilan) dengan tepatnya - membayar gaji penjawat kerajaan bagi menjamin kesinambungan kerajaan dan mengelakkan anarki. Kerajaan sementara ini ibaratnya badan manusia yang lumpuh sebelah yang bermakna ia tidak boleh menjalankan fungsi penuh sebuah kerajaan. Jangka hayatnya pula tidak melebihi 60 hari dari tarikh ia lahir.

Jika PRU13 hendak diadakan serentak di peringkat persekutuan dan kerajaan negeri-negeri, maka ianya kenalah diadakan sebelum 27 Mei 2013. Kalau ini pertimbangannya, maka dijangkakan PRU13 bakal diadakan dalam tempoh dua bulan dari sekarang. Jika tidak, Negeri Sembilan kenalah mengadakan pilihanraya bersendirian atau menjadi “negeri tidak berkerajaan” sehinggalah PRU13 selesai dan kerajaan pilihan rakyat yang baru dibentuk.

Apa itu kerajaan sementara?

Kerajaan sementara adalah satu bentuk kerajaan yang memiliki kuasa untuk memerintah secara sementara dan tempoh pemerintahan itu amat pendek, ada yang sehingga 60 hari seperti di Malaysia dan ada yang sehingga 120 hari sahaja seperti di Bangladesh. Mekanisma pembentukan kerajaan sementara itu ada pelbagai. Di Malaysia, apabila mandat 5 tahun kerajaan pilihan rakyat luput maka kerajaan yang ada akan secara otomatik bertukar status menjadi kerajaan sementara. Status Perdana Menterinya juga menjadi Perdana Menteri Sementara. Begitu jugalah menteri-menteri kabinet yang lain. Semua ahli parlimen sudah tidak lagi berstatus ahli parlimen dan tidak lagi dibayar gaji dan apa-apa alaun berkaitan dengan tugas mereka sebagai ahli parlimen. Inilah amalan yang lumrah di kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Sistem di Malaysia ini bolehlah digelarkan sebagai “party-based caretaker government.

Di Bangladesh, apabila parlimen dibubarkan, hayat kerajaan yang memerintah juga tamat. Ianya digantikan oleh pihak berkuasa yang lain diketuai oleh Ketua Penasihat (Chief Adviser) yang dilantik oleh Presiden. Ketua Penasihat diberi kuasa untuk melantik penasihat-penasihat yang pada efektifnya adalah menteri-menteri kabinet sementara. Kerajaan sementara ini menggantikan sepenuhnya kerajaan pilihan rakyat yang hayatnya sudah tamat itu. Ketua Penasihat dan penasihat yang lain biasanya dilantik dari kalangan penjawat awam terkanan yang telah bersara (misalnya, Ketua Hakim Negara). Ketua Penasihat secara efektifnya adalah Perdana Menteri Sementara dan penasihat-penasihat yang dilantik adalah menteri kabinet sementara. Ahli-ahli pasukan kerajaan sementera tidak mewakili mana-mana parti politik dan tidak boleh bertanding di dalam pilihan raya. Mekanisma ini dikenali sebagai “non-party caretaker government.” Tujuannya ialah supaya wujud suasana “berkecuali” yang membolehkan pilihan raya diadakan secara bebas, tidak dipengaruhi oleh “outgoing government.” Kerajaan sementara ini mesti mengadakan pilihanraya dalam tempoh 120 hari selepas pembubaran parlimen.

Namun, dalam tahun 2011, melalui keputusan parlimen, kerajaan Awami League pimpinan Perdana Meneteri Sheikh Hasina yang mempunyai dua pertiga majoriti, telah berjaya menghapuskan sistem “non-party caretaker government” lalu membuka jalan kepada parti yang memerintah meneruskan pemerintahan dalam status kerajaan sementara sehinggalah pilihanraya diadakan dan kerajaan baru ditubuhkan. Hal ini telah ditentang oleh parti-parti yang tidak memerintah dan rakyat Bangladesh kerana ia memberi ruang kepada “outgoing government” untuk mempengaruhi perjalanan pilihanraya sehingga ciri-ciri pilihanraya bebas terkorban. Ia juga membuka ruang untuk “outgoing government” menggunakan harta awam dalam berkempen, satu amalan yang cukup tidak adil kepada parti lawan. Penentangan gagal mengubah keadaan. Malah kerajaan BAL mahu pula mengharamkan parti Islam Bangladesh (Jamaat Islami Bangladesh), satu pencabulan nyata terhadap amalan demokrasi.

Bila kerajaan yang berkuasa dijatuhkan melalui undi tidak percaya di parlimen, maka kerajaan sementara akan mengambilalih pemerintahan sehingga kerajaan baru dibentuk. Bila sesebuah negara diperintah oleh kerajaan camporan (gandingan pelbagai parti), maka sekiranya terjadi kerajaan itu berpecah mengakibatkan tiada lagi kerajaan bersuara majoriti, kerajaan sementara perlu diwujudkan sehinggalah kerajaan camporan baru dibentuk. Inialah dua lagi keadaan yang melahirkan kerajaan sementara dalam negara demokrasi berparlimen.

Berlandaskan konvensyen (amalan yang lumrah), kuasa kerajaan sementara adalah terhad dan dalam kontek negara kita, perkara-perkara berikut perlu diperhatikan oleh “outgoing government” yang sekarang berstatus kerajaan sementara:

Pertama, kerajaan UBN hendaklah mengelakkan diri dari menggunakan sumber awam (public resources) di dalam kempen politik parti. Dalam tempoh kerjaan sementara, menteri-menteri dan ahli rombongan mereka tidak boleh menggunakan sumber dan harta awam (kerajaan) seperti kenderaan milik kerajaan (kereta, bas, kapal terbang dan sebagainya) semasa berkempen. Begitu jugalah penggunaan bangunan-bangunan kerajaan, alat media milik kerajaan dan penggunaan khidmat polis dan tentara untuk merisik maklumat dari pihak parti lawan untuk manfaat “outgoing government.” Malangnya, rekod menunjukkan pantang ini telah dilanggar secara rakus sekali oleh kerajaan sementara di Malaysia ini.

Kedua, wakil rakyat BN (dan yang lain-lain) tidak ada lagi hak ke atas apa juga pembayaran kewangan daripada kerajaan. Sebaik sahaja parlimen dan DUN dibubarkan, maka ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri tidak lagi berhak dibayar gaji, alaun dan membuat apa-apa jua tuntutan kewangan berkaitan dengan kempen pilihanraya dari kerajaan. UBN hendaklah menggunakan sumber sendiri, bukan wang pembayar cukai, untuk membiayai kos kempen pilihan raya. Ini juga telah dilanggar oleh kerajaan sementara UBN setiap kali ia menjadi kerajaan sementara.

Ketiga, kerajaan BN tidak boleh membuat apa-apa jua keputusan besar negara. Kerajaan sementara hendaklah mengelakkan diri dari membuat keputusan yang bersifat dasar atau membuat komitmen jangka panjang yang boleh memerangkap kerajaan baru (jika berlainan dari kerajaan yang ada) untuk mewarisinya walauapun komitmen ini merugi dan membebankan rakyat dan negara. Jangan juga membuat pengumuman polisi besar di saat akhir kerana ini memberi manfaat secara tidak adil kepada kerajaan UBN kerana ini adalah tindakan “vote buying.” Pengumuman oleh kerjaan mengenai kenaikan gaji penjawat awam dan anggota polis dan tentera baru-baru ini adalah contoh tindakan membeli undi yang tidak sepatutnya dibuat oleh kerajaan sementara.

Keempat, Kerajaan BN tidak boleh membuat perlantikan-perlantikan penting di dalam kerajaan. Dalam tempoh kerajaan sementara, kerajaan tidak boleh membuat perlantikan baru jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam. Kalau ada perlantikan baru, ia hendaklah ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya. Dalam keadaan terdesak, bolehlah melantik pemangku-pemangku jawatan

Kelima, Kerajaan UBN tidak boleh menandatangani kontrak-kontrak besar atau membuat apa-apa “undertaking.” Ini adalah kerana sekiranya berlaku perubahan kerajaan dari UBN kepada kerajaan Pakatan Rakyat, tidak adil bagi kerajaan baru dijebak dalam mewarisi kontrak-kontrak, komitmen dan “undertaking” yang pada penilaiannya merugikan rakyat dan negara.

Keenam, Kerajaan UBN tidak boleh membuat apa-apa perundingan antarabangsa atau lawatan ke luar negara. Setidak-tidaknya, kerajaan sementara hendaklah menunda rundingan antarabangsa sehingga selepas pilihanraya dan kerajaan pilihan rakyat yang baru dibentuk.

Ketujuh, Kerajaan UBN tidak boleh melibatkan perkhidmatan awam dan penjawat awam di dalam kempen pilihanraya. Dalam tempoh kerajaan sementara, perkhidmatan awam harus memgambil susuk “tidak memihak.” Tugas perkhidmatan awam dan penjawat awam adalah untuk berkhidmat kepada seluruh ahli masyarakat, bukan berkhidmat untuk parti yang berkuasa. Oleh itu, penjawat awam jangan terlibat dalam kempen mana-mana parti politik. Rekod menunjukkan kerajaan sementara telah mendera kakitangan awam suapaya berkempen untuk UBN dan calon parti itu dalam pilihan raya. Badan-badan kerajaan seperti Felda, RISDA, JASA, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain kesemuanya digembeling oleh kerajaan sementara untuk manfaat mereka.

Kita difahamkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sudah menyediakan sebuah garispanduan untuk kerajaan sementara negeri itu berlandaskan konvesyen yang sudah diterima di dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Ini bertujuan menjamin pilihanraya yang bebas dan adil. Rakyat Negeri Sembilan mengharapkan agar kerajaan sementara di bawah pimpin YAB Menteri besar akan menunjukkan keperihatinan yang tinggi dalam mematuhi pantang larang sebuah kerajaan sementara demi membedaya dan menyuburkan amalan demokrasi. Kerajaan sementara yang melanggar undang-undang negara dan negeri adalah juga kerajaan yang anarki, iaitu, kerajaan yang memerintah mengikut suka hati. Kamu mungkin terlepas dari pengadilan mahkamah dunia tetapi tidak mahkamah Rabbul Jalil.

Apa tindakan awal kepada pencetus huru-hara soal Mahfuz

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoal keengganan kerajaan mengambil tindakan awal terhadap pihak yang didakwa akan menimbulkan huru-hara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, jika benar dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau mempunyai dokumen mengenai rancangan Pakatan Rakyat untuk menggagalkan PRU13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda, siasatan segera harus dilakukan.

"Saya cukup hairan apabila timbalan perdana menteri dakwa Pakatan akan usaha timbulkan huru-hara untuk gagalkan PRU, tak masuk akal (kerana) kita nak ke Putrajaya.

"Tapi dia kata dia ada dokumen, begitu juga (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) kata ganggun pada ceramah akan bertambah dan ketua Suruhanjaya Pilihan Raya kata ada (kumpulan) ajaran sesat akan buat kacau masa hari mengundi.

"Saya hairan jika ada dokumen, ada maklumat tentang gangguan berlaku kenapa tak boleh bertindak dari awal untuk halang daripada berlaku?" katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Mahfuz juga menyelar kenyataan Hishammuddin itu kerana katanya ceramah dan program Pakatan Rakyat yang selalu diganggu sedangkan Pakatan tidak pernah mengganggu program Umno BN.

"Menteri Dalam Negeri perlu sedar dia menteri yang jaga keselamatan dia tak boleh kata bakal berlaku (sedangkan) dia dah tengok berapa banyak ceramah Pakatan yang diganggu pihak yg ditaja BN, saya berani cakap sebab mereka berani dan polis tidak ambil tindakan," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Jelajah Treler Negara Berkebajikan Negeri Perak


26 Mac 2013 (Selasa) (Parit Buntar – Larut – Taiping)
12.00 tgh – 2.00 ptg - Taman Kerian Parit Buntar
5.00 ptg – 7.00 mlm - Stesen Bas Pekan Selama
9.00 mlm – Tapak Pasar Malam Hentian Kemunting Raya, Kemunting

27 Mac 2012 (Rabu) (Lenggong – Sg Siput – Kuala Kangsar)
12.00 tgh – 2.00 ptg - Pekan Lenggong
5.00 ptg – 7.00 mlm - Hentian RnR Salak, Sg Siput
9.00 mlm – Markas Pas Kawasan Bukit Chandan

28 Mac 2012 (Khamis) (Gopeng – Parit - Lumut)
12.00 tgh – 2.00 ptg - Station 18, Pengkalan Pegoh
5.00 ptg – 7.00 mlm - Pusat gerai Buah, Titi Gantung
9.00 mlm – Batu 12, Lekir

29 Mac 2012 (Jumaat) (Bagan Dato – Tapah – Tg Malim)
12.00 tgh – 2.00 ptg - Masjid Selekoh
5.00 ptg – 7.00 mlm - Tapah Road
9.00 mlm – Slim River

Taib Mahmud salahkan Anwar isu video Global Witness

Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyalahkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu video dikeluarkan NGO antarabangsa Global Witness, yang mengaitkan ketua menteri Sarawak itu dan keluarganya dengan rasuah lesen pembalakan.

Taib dalam laporan Berita Minggu hari ini mendakwa Anwar dengan licik menggunakan hubungan dengan NGO antarabangsa bagi memburukkan kerajaan Sarawak di peringkat antarabangsa.

"Macam-macam isu ditimbulkan, isu berkenaan hutan Sarawak dikatakan semuanya gondol, tidak ada yang tinggal. Tetapi kita semua tahu ini semua tidak betul, apa sahaja BN buat tidak betul, beliau (Anwar) sahaja betul," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Laporan itu juga menyebut, Taib meluangkan masa selama 25 minit ketika berucap kepada kira-kira 1,000 penduduk Kampung lintang di Petra Jaya, Sarawak, bagi mempertahankan dirinya yang didakwa menjadi mangsa fitnah video itu.

Menurutnya, Anwar sepatutnya mempertahankan Sarawak daripada "propaganda bohong" pada peringkat antarabangsa jika mahu berjuang bersama rakyat Sarawak.

"Saya nasihatkan Datuk Seri Anwar mengetahui apa yang benar berlaku di negeri ini dan beliau sepatutnya mempertahankan negeri ini yang dilanda banyak propaganda bohong pada peringkat antarabangsa berkenaan hutan. Jika beliau berbuat demikian baru kita percaya dia mahu berjuang untuk rakyat negeri ini," katanya.

Saya mungkin tanding guna lambang PAS kata Lim Kit Siang

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

Dalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap "konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada.

"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.

"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya.

Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

ROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.

Utusan Malaysia Dedahkan Pemilik Blog Papagomo

Semalam telah terbit dalam akhbar Utusan, bahawa Papagomo adalah susuk seperti yang ada di dalam gambar di atas (kerana tiada tertulis ‘gambar hiasan’), kononnya blogger Papagomo tetap pertahan pendirian.

Namun hari ini pula, susuk yang sama telah menafikan pemilikkan blog Papagomo.

Mana satu yang betul? Apakah Utusan bakal disaman lagi?

Sumber : SAMM

Siri Jelajah Pakatan Harapan Rakyat DSAI ke Sabah

Siri Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri @anwaribrahim ke Sabah

24 Mac 2013 (Ahad)

1) 2.00 – 5.00 ptg – Himpunan Pakatan Harapan Rakyat -Demi Keselamatan, Keamanan & Kedaulatan Sabah Lokasi: STAR CITY Convention Centre, Kota Kinabalu

2) 5.00 ptg – Pelancaran – BAS JELAJAH PKR SABAH

3) 700- 10.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat Lokasi: Kg Lok Batik Off Sulaman Highway, Tuaran

4) Barisan Penceramah
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. Lt. Jeneral (B) Dato’ Abdul Ghafir Abdul Hamid
iii. YBhg Tamrin Jaini
iv. YB Dato’ Seri Panglima Lajim Ukin
v. YB Dato’ Seri Panglima Wifred Bumburing
vi. YB Jimmy Wong Sze Phin
vii. YBhg Ustaz Aminuddin Aling
viii. YBhg Christina Liew Chin Jin

Semua dijemput Hadir .... Ini Kalilah

PapaGomo Di Pukul 2 Lelaki

Di percayai pengendali blog PapaGomo dipukul seperti yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di datangi dua lelaki yang menaiki motosikal berkuasa tinggi. Salah seorang daripada lelaki yang menaiki motosikal tersebut memukul individu yang dipercayai PapaGomo secara melulu.

Berkemungkinan besar, kejadian tersebut ada kaitan dengan pendedahan video Anwar Ibrahim oleh pengendali blog PapaGomo semalam. Kejadian insiden individu disyaki pengendali blog PapaGomo di pukul di sekitar Segambut ini telah mengakibatkan berlaku pendarahan di kepala dan beliau sekarang mendapat rawatan di HKL.

Campur tangan BN jejas tugas polis kata bekas Pengarah SB Sabah


Campur tangan politik pemimpin Umno BN antara punca polis gagal menangani isu keselamatan dan membendung jenayah, kata bekas Pengarah Cawangan Khas (SB) Sabah, Yusuf Barji.

“SB adalah jabatan yang menjalankan tugas secara rahsia demi keselamatan negara meliputi aspek ekonomi, ancaman dalam dan luar.
“Tapi sejak dikawal Majlis Keselamatan Negara (MKM) yang terletak dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM), ia menjadi lemah dan ditindas.

“Ia memecah belah dan mengurangkan kuasa polis. MKM menyebabkan tugas polis terarah kepada lawan politik, bukan lagi isu keselamatan negara dan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian depan kira-kira 1,000 penduduk yang hadir forum bertajuk ‘Bicara Keselamatan dan Kedaulatan Negara: Lahad Datu’ di Dewan Datuk Ahmad Razali, Ampang, malam tadi.

Yusuf berkata, kawalan MKM menyebabkan moral anggota polis tergugat berikutan MKM tidak ada kepakaran tapi dibiar menguasai jabatan SB.

Katanya, perbuatan menjadikan SB sebagai medium kepentingan pihak tertentu dalam BN membawa kerosakan kepada reputasi polis.
Secara lantang, beliau mahu peranan sebenar polis dikembalikan supaya keyakinan rakyat dapat dipulihkan.

“Kita mahu peranan polis seperti dulu. Dulu polis sangat rapat dengan rakyat. Sampaikan kalau sesiapa jumpa anggota polis, mereka panggil ‘datuk’.

“Situasi itu kita kena wujudkan semula dengan polis diberi kuasa penuh menjalankan kerja, bukan ikut arahan pemimpin politik,” katanya.

Menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Yusuf yakin institusi kepolisan hanya dapat dipulihkan melalui pertukaran kerajaan.

“Ini kerja Mahathir. Semasa era beliau, banyak kuasa polis diambil dan diberi kepada jabatan lain demi kepentingan peribadi,” katanya.

Najib kena minta maaf kepada Anwar kata bapa Saiful


Datuk Seri Najib Razak perlu memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa fitnah kes liwat II adalah konspirasi politik Perdana Menteri untuk memenjarakan Ketua Umum KEADILAN.

Azlan Mohd Lazim yang mengaku Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah mendedahkan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Kharil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, Najib mesti meminta maaf dengan Anwar dan keluarga serta bertaubat di atas fitnah yang dilakukan.

“Kita tuntut Najib mohon maaf kepada Anwar, kerana beliau sebenarnya terlibat dalam konspirasi ini. Kebenaran ini sekaligus menutup penafian Najib yang bermati-matian tidak tahu menahu mengenai fitnah itu.

“Pengakuan bapa Saiful membuktikan fitnah ini konspirasi terancang untuk menjatuhkan Anwar,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Aishah, sebagai pemimpin Islam, Najib harus berani menyatakan kebenaran untuk membersihkan namanya jika tidak terlibat.

“Pengakuan bapa Saiful secara terbuka tak boleh dipandang ringan. Najib perlu jawab kerana nama orang kanannya didakwa terlibat.
“Seorang Perdana Menteri Islam, Najib perlu menyatakan perkara sebenar di khalayak,” katanya.

Tambahnya, siasatan polis perlu disegerakan ke atas pihak yang terlibat merancang fitnah itu supaya nama Anwar dibersihkan sepenuhnya.
“Jika gagal, menunjukkan undang-undang dipermainkan sekaligus mencemar sistem perundangan negara,” katanya.

Anwar umum 5 calon PKR tanding kerusi Parlimen Sarawak


Lima calon KEADILAN diisytihar akan bertanding kerusi Parlimen Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Mereka adalah Baru Bian mewakili Parlimen Limbang, Ali Biju (Saratok), Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar), Abun Sui Anyit (Hulu Rajang) dan Roland Engan (Baram).

Pengumuman itu dibuat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti semalam.
Antara calon yang hadir pada sidang media pengumuman itu, Baru dan Ali, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang, See Chee How.

Menurut Anwar, kawasan terbabit yang diputuskan KEADILAN setakat ini tiada pertindihan dengan PAS dan DAP.
Baru yang merupakan Adun Ba’kelalan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 adalah Pengerusi KEADILAN Sarawak.

Beliau adalah pemimpin veteran dan pembabitannya dalam politik bermula dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Kongres Dayak Malaysia dan juga pernah bertanding di bawah tiket Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pada 2006.
Baru juga terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan tanah hak adat pribumi (NCR).

Ali pula Timbalan Pengerusi Negeri dan Adun Kerian selepas memenangi kerusi tersebut, juga pada PRN 2011.
Sementara Abun adalah tokoh yang konsisten memperjuangkan hak tanah adat bagi rakyat Sarawak. Beliau mula dikenali selepas membela rakyat yang tertindas akibat pembinaan empangan Bakun.

Manakala Roland ialah peguam yang aktif berkhidmat mewakili penduduk Baram, antaranya berhubung pembinaan empangan Baram yang mengganggu kehidupan mereka.

Abang Zulkifli yang merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri sebelum ini menyuarakan isu petani miskin di Sebangan yang terjejas ekoran kelembapan kerajaan membaiki tambak menyebabkan air laut masuk merosakkan tanaman.
Bekas Setiausaha KEADILAN Negeri itu pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas pada PRN 2011.

PAS ajak rakyat sokong kempen Earth Hour


Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat mengajak rakyat Malaysia agar jangan lupa mematikan elektrik pada 23 Mac, esok selama satu jam bermula 8.30 hingga 9.30 malam sebagai sokongan kepada kempen Earth Hour.

Pengerusinya Zulkifly Mohamad Omar berkata, Earth Hour ialah program untuk menangani isu perubahan cuaca dunia, di mana sebanyak 7,000 bandar daripada 152 buah negara telah mengadakan sambutan setiap tahun yang dikendalikan Tabung Alam Sedunia (WWF).

"Mematikan lampu selama satu jam, atas kesedaran bertindak terhadap perubahan cuaca. Haba yang dibebaskan menyebabkan kecairan air akhirnya berlaku kenaikan paras air laut," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, gelombang haba atau 'heat waves' lebih panas di mana seramai 1,300 saintis di Amerika Syarikart telah menjangkakan kenaikan suhu pada abad seterus dari 2.5 ke 10 darjah fahrenheit yang menyebabkan kesan kepada hasil tanaman dan bekalan makanan dunia.

"Kekerapan banjir khususnya di pesisiran pantai, kekurangan sumber air bersih dan kemarau merupakan fenomena akan berlaku," katanya.

Justeru Lajnah Alam Sekitar PAS PUsat berharap supaya program hijaukan bumi dengan penanaman semula kawasan hutan yang diteroka, penggunaan bahan bakar dan tenaga dikawal dan diselia dengan baik.

"Sikap tamak haloba dan penebangan secara haram hutan simpan boleh mengundangberlakunya pemanasan global," katanya.

Kempen ini bertujuan untuk menanam kesedaran masyarakat peri pentingnya penjimatan eletrik sebagai suatu cara menyelamatkan bumi ini. Menjimatkan eletrik bererti menjimatkan tenaga dan sekaligus akan menyelamatkan bumi ini.

Masyarakat dunia khususnya di bandar kurang peka terhadap penggunaan eletrik sehingga mereka menggunakannya 24 jam sehari tanpa henti yang dianggap sebagai suatu pembaziran tenaga.

OKU penerima BR1M diugut undi BN


Sekretariat Prihatin OKU menyesali tindakan Puteri Umno yang seakan-akan memaksa orang kurang upaya (OKU) mengundi BN selepas menerima BR1M.

Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof dalam kenyataannya berkata, pihak sekretariat telah menerima aduan bagaimana seorang OKU di negeri Kelantan telah diminta oleh pihak Puteri UMNO untuk beliau mengundi BN kerana telah menerima pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BRIM.

Pengadu juga mengadu kebimbangan beliau dihentikan atau dipotong bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia bilamana beliau dilihat tidak memberi sokongan kepada parti UMNO atau Barisan Nasional.

Menurut Faizal, bagi sebahagian orang awam, herdikan atau ugutan seumpama di atas boleh dikesampingkan begitu saja.

Namun ia amat memberi kesan psikologi kepada warga OKU, jelas beliau.

"Kami tegaskan bahawa apa juga dana dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah, ia menjadi hak kepada rakyat tanpa mengira idiologi atau fahaman politik.

"Justeru amat tidak wajar setiap bantuan dan dana yang dibelanjakan oleh kerajaan memerintah dijadikan alat untuk mengenakan ugutan atau tindakan perdayaan demi kepentingan sempit pihak-pihak tertentu," katanya.

Menurut Faizal, sebagaimana di perakui oleh muqadimah Akta OKU 2008, Akta 685, setiap warga OKU mestilah dihormati haknya sebagai rakyat Malaysia lain seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Rakyat, katanya, termasuklah OKU adalah bebas untuk menyokong atau condong kepada mana-mana parti politik selagi ia selari dengan amalan demokrasi berparlimen yang amalkan selama ini.

"Kami menyeru untuk setiap pihak menghormati tempoh masa yang cukup kritikal pada masa kini bilamana keadaan ambang Pilihan Raya Umum 13 masih tidak menunjukkan tanda bila PRU 13 akan berlangsung," kata beliau.

Bagi beliau, dalam waktu negara meraikan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mana calon-calon OKU penglihatan telah mendapat keputusan cemerlang, pihak sekretariat terus menerima aduan ugutan pihak-pihak tertentu terhadap warga OKU.

Suasana ambang PRU 13 telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengenakan pelbagai tindakan berupa ugutan, perdayaan dan pengaruh yang tak berpatutan terhadap warga OKU.

UMNO heret Ops Daulat untuk kempen PRU


Di sebalik gesaan pihak berkuasa supaya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu Sabah tidak dipolitikkan, Umno pula dilihat cuba mengheret isu tersebut menjelang pilihan raya umum (PRU) yang akan datang ini.

Di simpang masuk ke Kampung Bukit Lada dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Chenor di sini, dikibarkan bendera BN bertulis ‘Ops Daulat PRU 13’ dipercayai dinaikkan oleh petugas-petugas Umno kampung berkenaan.

Serentak dengan itu Ketua Pemuda PAS cawangan kampung berkenaan Mohd Roduan Zainal Abidin, 30, mahu bendera tersebut diturunkan kerana boleh mengundang provokasi jika dibiarkan berterusan.

“Apa motif kaitkan Ops Daulat dengan PRU 13. Kami bantah naikkan bendera itu kerana seolah-olah nak gambarkan PRU ini sebagai perang. Apakah lawan BN dalam PRU mahu dianggap tidak setia kepada negara? Mereka faham atau tidak dengan isu ini atau sengaja main-mainkan?

“Peringkat atasan kata jangan politikkan isu keselamatan, kita hormati permintaan daripada kerajaan itu kerana menganggap isu keselamatan adalah isu bersama tetapi di sini mereka buat modal kempen PRU, jadi tak baguslah,” katanya.

Roduan berkata, Pemuda memberi tempoh seminggu untuk pihak yang mahu menangguk di air keruh itu menurunkan bendera berkenaan atau pihaknya akan membuat laporan polis.

Ops Daulat ialah operasi pasukan keselamatan menggeledah dan menjejaki pengganas Sulu yang menceroboh kawasan di Lahad Datu, Sabah bulan lalu sehingga mengorbankan 8 prajurit negara dan berpuluh-puluh anggota mereka.

Sementara itu ketua keselamatan PAS Dun Chenor, Ahmad Jamal Azian, 44, berkata tindakan menaikkan bendera BN dengan Ops Daulat itu seolah-olah ada pihak yang mahu timbulkan suasana tegang dengan sentimen keselamatan.

“Apa maksud mereka naikkan bendera itu? Adakah mereka ingin mengatakan pembangkang itu seperti penceroboh Sulu? Adakah mereka mahu mengatakan menyokong BN itu syahid dunia seperti perajurit yang gugur? Apakah Ops Daulat itu sememangnya dirancang jadi modal PRU? Atau adakah mereka sekadar mahu menaikkan semangat pekerja pilihan raya Umno yg dilihat masih lena?

“Semua itu menimbulkan persoalan tetapi dilihat seolah-olah Umno sudah ketandusan isu sehingga sanggup mencemarkan perjuangan perwira negara di Lahad Datu,” katanya.

Sementara itu Penyelaras PAS Dun Chenor, Ramli Awang Abdul Rahman berkata, tindakan Umno menyamakan kempen PRU 13 dengan Ops Daulat adalah satu penghinaan kepada anggota keselamatan yang terkorban dan tindakan menaikkan bendera itu amat tidak wajar.

Katanya, satu laporan polis akan dibuat jika bendera tersebut terus dibiarkan.

PRU13: PAS letak 22 calon wanita


PAS meletakkan 22 calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Dari 22 kerusi tersebut, lapan darinya adalah kerusi parlimen, manakala 14 kerusi dewan undangan negeri (Dun).

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud, berkata 22 kerusi untuk calon wanita itu telah dimuktamadkan parti.

"Setakat ini, 22 kerusi telah dimuktamadkan untuk calon di kalangan muslimat. Mungkin ada pertambahan lagi," tegas beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Tambah beliau, kerusi-kerusi tersebut meliputi beberapa negeri seperti di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.

Beliau juga berkata, asalnya mereka (muslimat PAS) meminta setiap negeri satu kerusi parlimen, dan satu kerusi Dun.

"Bagaimanapun, kami mendapat kerjasama yang baik apabila ada negeri yang menawarkan lebih dari satu kerusi untuk calon wanita," tegas beliau.

Ketika ditanya tentang kuota 30 peratus yang dituntut, Dr. Mariah berkata ia belum mencapai peratus tersebut kerana ia turut merangkumi calon wanita daripada DAP dan PKR.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan mana-mana calon wanita yang menang pada pilihan raya umum ke-12 lalu, turut dicalonkan semula.

"Insya Allah, semua calon wanita yang menang pada PRU lepas, dicalonkan semula memandangkan laporan prestasi yang baik daripada kami," tegas ahli Parlimen Kota Raja itu.

Selain itu, kata beliau terdapat muka baru yang akan menjadi calon wanita, termasuk aktivis NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli.

Turut serta pada sidang media itu Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah al-Jundi.

PRU13: Soi Lek letak jawatan jika Tee Keat bertanding


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek didakwa memberitahu mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu semalam bahawa beliau akan meletak jawatan jika BN mengumumkan seterunya Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon parlimen Pandan.
Laporan China Press yang memetik sumber hari ini menyebut, selain Ong, setiausaha agung parti itu Datuk Seri Kong Cho Ha dan naib presiden Datuk Seri Ng Yen Yen tidak tersenarai sebagai calon MCA untuk pilihan raya umum akan datang.

Bekas setiausaha agung Datuk Seri Ong Ka Chuan, juga tidak diminta untuk mempertahankan kerusi parlimen Tanjung Malim.

Akhbar berbahasa Cina itu juga mendakwa, Chua yang meletak jawatan ekoran skandal seks pada 2008, akan bertanding sekali lagi namun kerusi berkenaan masih belum didedahkan.

Ng yang juga menteri pelancongan, dilaporkan akan digantikan dengan exco Pahang Ho Khai Mun yang kini mewakili kawasan DUN Bilut.

Bendahari Datuk Tan Chai Ho, yang ditewaskan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada 2008 dengan majoriti 2.515 undi, diberi peluang sekali lagi untuk merampas kerusi tersebut.

MCA juga bersetuju untuk melepas dua kerusi parlimen – Wangsa Maju dan Kuantan – kepada Umno namun laporan itu tidak menyatakan sama ada ia melibatkan pertukaran kerusi.

MCA akan mengadakan satu lagi pertemuan pada hari Khamis untuk memuktamadkan senarai berkenaan, menurut laporan itu lagi.

Khabar Angin Parlimen Bubar Hari Ini Tak Benar


Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan parlimen hari ini.

“Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali,” kenyataan pejabat berkenaan dipetik.

Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.

PRU-13: 40% Calon Lama BN Akan Digugurkan


Barisan Nasional (BN) akan mengguggurkan 40% calon veteran pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk memberi laluan kepada muka-muka baru.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat pelarasan senarai calon pada saat akhir telah mengenal pasti beberapa calon veteran untuk digugurkan dengan segelintir daripadanya tampil secara sukarela untuk tidak bertanding.

BN mempunyai seramai 141 ahli Parlimen dengan 75 daripadanya memegang jawatan tersebut lebih tiga penggal.

Sumber berkata, tidak kesemua kerusi mereka akan diganti tetapi Perdana Menteri mahu menurunkan beberapa muka baru sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Politik.

Empat menteri kabinet yang telah memegang jawatan tersebut setelah sekian lama antara yang akan mengundur diri untuk memberi laluan kepada muka baru.

Antaranya bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz (Kuala Kangsar), bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Ong Ka Ting (Kulai).

Rafidah antara yang terawal memaklumkan hasratnya untuk tidak bertanding kepada Najib.

Radzi dan Azmi telah memberitahu Najib bahawa mereka ingin bersara.

Ong dikatakan akan meneruskan peranannya sebagai duta khas ke China.

Beberapa pemimpin veteran yang menyuarakan kesediaan mereka untuk tidak bertanding adalah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (Kepala Batas) dan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi).

Bagaimanapun, menurut sumber, Najib perlu memutuskan sama ada menerima tawaran itu kerana 'tiada calon pengganti sesuai' ditemui.

Seorang lagi bekas menteri kabinet, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Pengerang mungkin antara calon yang digugurkan tetapi kontroversi mengenai pembangunan Petronas di kawasan tersebut menyebabkan beliau bakal dicalonkan semula.

Sumber berkata Najib mungkin mengekalkan Azalina supaya beliau boleh menjelaskan kepada penduduk di kawasan tersebut mengenai kepentingan projek bernilai RM61.4 bilion itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui yang juga Presiden SUPP dan memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Miri selama enam penggal berkata, beliau akan terus bertanding sekiranya Najib ingin beliau berbuat demikian.

Dua lagi Ahli Parlimen senior yang akan bersara adalah bekas Menteri Sumber Manusia Tan Sri Dr Fong Chan Onn (Alor Gajah) dan bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Leo Michael Toyad (Mukah).

Tiga bekas Timbalan Menteri yang dijangka tidak akan dicalonkan adalah Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Seri Sulaiman Taib.

Mereka masing-masing merupakan Ahli Parlimen Jerantut, Parit Sulong dan Kota Samarahan.

Najib Tak Boleh Guna Dana Kerajaan Untuk Kempen BN


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak menyalahguna jentera dan dana kerajaan untuk kempen BN menjelang pilihan raya.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan mandat Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN berakhir 8 Mac lalu, genap lima tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008 diadakan.

Ekoran itu, beliau menggesa Najib bersetuju dengan penubuhan kerajaan sementara.
“Najib perlu bersetuju untuk sebuah kerajaan sementara bermula hari ini sehingga mengundi,” kata Anwar.

Beliau berkata, jika sistem kerajaan sementara diaplikasi, Najib kehilangan status etika untuk meluluskan apa-apa projek.
“Kerajaan sementara membenarkan Najib untuk mentadbir, namun tidak membolehkan beliau menetapkan dasar dan perbelanjaan baru untuk meraih undi,” kata Anwar pada kenyataan dibacakan Naib Presiden, Tian Chua di ibu pejabat parti hari ini.

Kenyataan itu mengambil kira lima penambahbaikan berdasarkan “Laporan Program Persidangan Antarabangsa Tentang Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia” anjuran Pakatan Rakyat awal bulan ini.

Selain itu, Pakatan mahu tempoh berkempen yang diputuskan sekurang-kurangnya 11 hari oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini dipanjangkan kepada 21 hari.
“Ini akan memberi ruang kepada setiap parti terutama parti yang memiliki keupayaan kewangan terbatas untuk memastikan mesej kempen mereka sampai kepada rakyat,” kata Anwar.

SPR juga dituntut agar mengarahkan media kerajaan dan arus perdana supaya memberi ruang sama rata kepada semua parti bertanding.
Tambah Anwar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ali Hamsa perlu mengarahkan semua penjawat awam supaya mengamalkan sikap berkecuali dalam pilihan raya.

“Walaupun SPR menguruskan dan merancang PRU, penjawat awam yang bertugas dengan SPR merupakan penentu kepada proses pilihan raya adil dan bersih.

“Harus diingatkan gaji mereka dibayar menerusi hasil cukai dan kesetiaan mereka hanya kepada YDP Agong dan negara,” jelas Anwar.
“Saya juga menuntut agar SPR memberi jaminan bahawa mereka akan melaksanakan semua tugas secara profesional dan komited dalam menyempurnakan ketelusan,” katanya.

Kes Sebar Gambar Fitnah: Anwar Saman Papa Gomo RM100 Juta


Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno, Papa Gomo yang menyebar gambar lucah menyerupai Ketua Umum KEADILAN di rangkaian media sosial.

Peguam Anwar, N Surendran dalam kenyataan tengah hari ini berkata, Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo dalam tuntutan itu, sebagai individu bertanggungjawab menyebar tuduhan liar yang mengaitkan beliau dengan video seks palsu.
“Saya telah arah pasukan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas blogger pemfitnah yang mempunyai kaitan rapat dengan Umno,” kata Anwar di twitter hari ini.

Penyebaran gambar fitnah itu diterbitkan blog tersebut pada 16 Mac lalu.

“Penyebaran gambar dan video lucah itu seolah-olah menjadi budaya politik kotor yang sering dilakukan Umno dan blogger mereka.
“Hari ini kita menghantar surat tuntutan kepada beliau,” kata Surendran.

Dalam tuntutan itu, Papa Gomo dikehendaki menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai hari ini, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.

“Tuntutan saman itu dikenakan berikutan hubungan rapat antara Umno dengan blogger tersebut,” jelas Surendran.
Surendran mendakwa, Papa Gomo mempunyai hubungan baik dengan pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, blogger berkenaan turut mendapat kebenaran akses khas terhadap kapal selam Scorpene KD Tun Razak ketika tercetus kontroversi antara BN dan Pakatan Rakyat berkaitan keupayaan kapal selam berkenaan.

“‘Tangan ghaib’ Umno jelas terlibat di sebalik serangan terbaru yang jijik dan kotor ini bertujuan memburukkan reputasi pemimpin Pakatan Rakyat.

“Pergantungan Umno kepada budaya politik kotor dan blogger yang diragui menonjolkan keruntuhan moral dan etika. Ia membuktikan Umno BN tidak layak untuk terus memerintah dan mentadbir negara,” tambah Surendran.

Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.

Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.

Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit.

Kit Siang Ahli Politik 'touch n go' Selar Soi Lek


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempersenda keputusan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, jika dilihat rekod Lim, beliau tidak pernah mewakili mana-mana kawasan untuk tempoh penggal yang lama.

"Jika kita mahu mengatakannya secara sopan, beliau adalah ahli politik 'hit n go'. Jika kita mahu mengatakannya secara kasar, beliau adalah seorang ahli politik 'touch n go'," kata Chua dalam satu kenyataan hari ini.

Chua berkata, Lim tidak pernah berbuat apa-apa untuk pengundinya dan hanya mengutamakan kepentingan parti.

"Berkhidmat kepada rakyat tidak pernah dalam kamus Lim Kit Siang," kata Chua.

Chua berkata, wakil rakyat sepatutnya menjadikan pengundi sebagai keutamaan nombor satu mereka dan pengundi harus menolak ahli politik "touch n go".

Lim menjadi ahli Parlimen Bandar Melaka (1969-1974), Kota Melaka (1974-1978), Petaling Jaya (1978-1982), Kota Melaka (1982-1986), Tanjong (1986-1999) dan Ipoh Timur (sejak 2004).

Cina lwn Cina

Beliau tidak menjadi ahli Parlimen antara tahun 1999 dan 2004 selepas gagal memenangi kerusi Bukit Bendera.

Keputusan Lim untuk bertanding di Gelang Patah, yang merupakan kubu tradisi MCA, adalah sebahagian daripada strategi Pakatan Rakyat untuk menembusi Johor.

Chua, yang seperti Lim berasal dari Johor, berkata strategi DAP di Johor adalah untuk menghapuskan MCA kerana ia tahu Pakatan tidak akan dapat menggugat pemerintahan BN di negeri itu.

Sebaliknya, kata beliau, mereka hanya berniat untuk melaga-laga sesama kaum Cina untuk menyingkirkan MCA.

"Seandainya ini menjadi kenyataan, maka kebimbangan saya bahawa sistem dua parti menjadi sistem dua kaum, mungkin menjadi kenyataan kerana Umno semakin kuat dalam kerajaan dan DAP mendapat lebih banyak kerusi sebagai pembangkang," tambahnya.

Beliau berkata, akhirnya yang paling rugi adalah kaum Cina kerana dipergunakan menjadi alat DAP.

PKR Harap Tanding di Segamat Ganti Gelang Patah


PKR berharap dapat bertanding di Parlimen Segamat sebagai ganti kepada kerusi Gelang Patah yang telah diberi kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Buat masa itu, PKR sedang berundingkan perkara itu dengan pihak PAS dan DAP, demikian menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramah Taman Mega Ria, di Johor Bahru malam tadi.

Dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, Parlimen Segamat ditandingi calon DAP yang hanya kalah dengan majoriti 2,991 undi kepada MIC.

Manakala kerusi parlimen Gelang Patah ditandingi calon PKR yang kalah dengan majoriti 8,851 undi kepada MCA.

Ketua pembangkang itu semalam mengumumkan Lim Kit Siang sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi Parlimen Gelang Patang dalam majlis sambutan ulangtahun ke-47 DAP.

Parlimen itu merupakan salah satu daripada beberapa kerusi parlimen di Johor dengan lebih 50 peratus pengundi Cina.

Sementara itu, menurut satu sumber yang rapat dengan PKR negeri, sebelum ini parti itu ada menetapkan syarat sekiranya DAP mahu bertanding di Parlimen Gelang Patah calonnya mestilah Kit Siang.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, Kit Siang juga ada menawarkan dirinya untuk bertanding di Gelang Patah dan hasrat itu disampaikan kepada Anwar.

"Sebelum pengumuman (Lim Kit Siang calon Gelang Patah) itu, pada petang Datuk Seri ada berjumpa dengan semua ketua PKR dan beri penjelasan.

"Selepas penjelasan kita beri keyakinan kepada Datuk Seri untuk selesaikan masalah kerusi. Dia (Anwar) juga kata kalau Lim Kit Siang lepaskan Ipoh Timur dan sanggup datang ke Gelang Patah, (ia) masih ada elemen risiko dan ini menunjukkan keberanian Lim.

"Tetapi apa pun, sebelum itu kita ada kata, hanya Lim Kit Siang sahaja calon daripada DAP yang boleh untuk kerusi (Gelang Patah) itu. Dan kita nak Datuk Seri memberi jaminan tetapi dia (Anwar) kata, tak perlu jaminan tetapi memang persetujuan. Lim ada menawarkan diri dan minta izin Datuk Seri untuk bertanding di situ," kata sumber itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini berlaku pertikaian antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng tentang isu agihan kerusi di negeri itu.

Parlimen Gelang Patah mempunyai lebih 100,000 pengundi, terdiri daripada kerusi DUN Nusajaya yang diwakili Abdul Aziz dan DUN Skudai yang disandang Dr Boo.

Dalam pertembungan pada 2008 itu, Pengerusi DAP Johor itu menewaskan Pengerusi Gerakan Johor, Datuk Teo Kok Chee dengan majoriti lebih 12,000 undi.

Keyakinan Pakatan Rakyat terhadap Parlimen Gelang Patah yang mempunyai 54 peratus pengundi Cina menyebabkan berlakunya pertikaian serius antara DAP dan PKR berhubung pihak yang berhak meletakkan calon bagi kerusi terbabit.

Tak manis tolak hadiah mahal kata Rosmah


Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan bahawa beliau kelihatan mewah kerana memakai perhiasan yang dihadiahkan oleh para tetamunya, demi menjaga hati individu berkenaan.
Katanya, tidak manis sekiranya pemberian mahal ditolak, dan ia menjadi pembaziran sekiranya barang kemas tersebut, termasuk cincin, jam dan perhiasan diri itu disimpan dalam peti besi.

"Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan berasa kecil hati," katanya.

Rosmah dalam buku biografinya terbitan Yayasan Amanah Perdana itu juga mendakwa tidak mahu bermegah-megah dengan pemberian tersebut.

"Takkanlah saya mahu menghebohkan kepada semua orang bahawa orang itu beri saya jam, orang itu beri saya beg tangan dan sebagainya. Itu sudah riak namanya, seperti mahu menunjuk-nunjuk," katanya.

Jelasnya, sebagai isteri perdana menteri mahu kelihatan kemas dan terhias apabila mengenakan perhiasan berkenaan, yang turut melibatkan barangan yang dibelinya sendiri.

"Saya tidak mahu kelihatan selekeh kerana apabila saya selekeh akhirnya saya dikritik," tambahnya yang bimbang akan diejek apabila masyarakat melihat penampilannya seperti itu.

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata cincin kontroversi berharga RM24 juta yang dibawa masuk ke negara ini pada April 2011 untuk dilihat bakal bisannya Maira Nazarbayev, dikembalikan kepada syarikat penjual barang kemas itu setahun kemudian.

Katanya, cincin itu sampai ke Malaysia pada 16 April 2011 dengan satu penerbangan dari New York, dan dikembalikan semula ke ibu pejabat syarikat tersebut pada 13 Mei 2012.

"Kisah saya membeli cincin berlian berharga RM24 juta itu adalah tidak benar sama sekali. Ia adalah fitnah.

"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya," katanya dalam tulisan berbentuk soal jawab dalam buku biografinya yang dilancarkan hari ini.

Buku biografi Rosmah berharga RM150 terbitan Yayasan Amanah Perdana itu ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak.

Dun Selangor tetap dibubar hujung Mac - TS Khalid Ibrahim


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tetap akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada hujung Mac ini.

Menurut Abdul Khalid, hujung Mac ini adalah tempoh terakhir bagi pihak kerajaan negeri mendengar keputusan Perdana Menteri sama ada mahu membuarkan parlimen bulan ini ataupun masih mahu bertangguh.

"Saya masih tunggu PM. Tetapi saya akan buat keputusan jika tidak berlaku pembubaran dewan Parlimen sebelum akhir bulan Mac, saya akan lakukan,” katanya dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita sewaktu mengadakan sidang media membantah pemungut parkir yang didakwa tidak berlesen di pasaraya Giant Taman Connought, semalam.

Kenyataan Abdul Khalid ini adalah penegasan kedua dalam tempoh dua minggu bahawa beliau akan bertindak membubarkan Dun Selangor pada hujung Mac ini walau apa pun keputusan Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak membuat kenyataan serupa selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memaklumkan hasrat kerajaan negeri itu.

Sultan Selangor menunut Abdul Khalid, telah menyatakan tidak menghalang keputusan kerajaan negeri untuk membubarkan Dun lebih awal dari parlimen.

Dua saksi 'Lahad Datu' di pentas forum malam ni di KLSCAH


Dua orang saksi hidup berhubung peristiwa berdarah di Lahad Datu akan tampil menceritakan pengalaman mereka di Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam ini.

Dua saksi tersebut, Siti Aminah dan Mat Swadi akan sepentas dengan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong dan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. (B) Dato' Ghafir Abd Hamid.

Program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah itu akan turut menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua, bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol, bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, pengerusi SAMM, Che'GuBard dan wakil SAMM Sabah, Boby.

"Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil sikap mengalihkan rakyat dari gear bertahan kepada gear menyerang. Isu Lahad Datu harus diperjelaskan dengan berani.

"Untuk itu ruang perdebatan harus dibuka, malangnya isu sepenting ini yang harus di bawa ke parlimen untuk dibahaskan bagi bukan sekadar mencari punca tetapi memperbaiki kesilapan yang mengundang tragedi.

"Rakyat perlu dipersajikan dengan ulasan serta maklumat yang lebih membuka minda dan ke arah memperkasakan negara, namun malangnya regim (parti penguasa) cekap menyusun dan memanipulasi ruang sehingga menghimpit lawan politik," kata Pengarah Propaganda SAMM,
Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan.

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan kepada pihak penganjur sila hubungi penganjur di talian 010-2675872.

Di program malam ini juga, SAMM akan melancarkan risalah khas penerangan kes Lahad Datu dan kenderaan pacuan 4 roda SAMM khusus untuk “smoke operation”.

Justeru orang ramai dijemput hadir ke program yang akan bermula jam 8.45 malam ini.

Pakatan yakin menang 23 kerusi DUN Negeri Sembilan


Pakatan Rakyat yakin dapat menawan Negeri Sembilan berdasarkan kaji selidik dan maklumat akar umbi, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan, kata Nazree Yunus.

Beliau berkata, ia hasil gerak kerja Pakatan berpandu maklumat dari pemandu teksi, peniaga dan semakan laporan pegawai awam.
“Kita ada berita gembira. Pakatan dijangka menang 23 kerusi. PAS dan KEADILAN tambah kerusi manakala DAP menang semua 11 kerusi yang disandang sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian depan ribuan rakyat pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Pedas Tengah, Rembau 16 Mac lalu.
Negeri Sembilan ada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pakatan hanya memerlukan empat kerusi lagi untuk menawan negeri berkenaan.

Selain itu, Nazree berkata, hutang terkumpul RM1.4 bilion kerajaan negeri kepada kerajaan Pusat menjadi bukti kegagalan pentadbiran Umno BN yang diterajui Datuk Seri Mohamad Hasan.
“Tokoh korporat jadi Menteri Besar jaga Negeri Sembilan. Tapi apa jadi apabila diperintah Umno BN?” katanya.

Justeru, Nazree meminta rakyat negeri itu membandingkan pencapaian kerajaan Selangor yang memiliki rizab simpanan tunai RM2.3 bilion.

Sebelum ini, media kawalan Umno BN pada Jun 2012 melaporkan Adun BN Chembong, Mohamad Rais Zainuddin mencadangkan supaya Mohamad Hasan digugur sebagai calon PRU 13.

Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook pula pernah menggesa pejabat Peguam Negara menyiasat dakwaan Mohamad Hassan menyalur RM10 juta ke United Kingdom melalui perkhidmatan pengurup wang.

Vokalis kumpulan FTG (Freedom That Gone) sertai PAS


Vokalis kumpulan FTG (Freedom That Gone), Tajul terharu apabila dapat menyerahkan sendiri borang permohonan keahlian PAS kepada Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi sebelum menyerahkan borang kepada Mohamad di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Tajul, 46, turut mengakui beliau sudah lama mengikuti gerakan Reformasi dan mempunyai ramai kawan di kalangan ahli PAS dan PKR.

Malah katanya, beliau sering hadir ke program melibatkan parti politik namun belum bersedia untuk 'menonjolkan diri' ketika itu.

"Gerakan reformasi ini tidak asing bagi saya. Dari dulu lagi saya dan beberapa kawan yang lain memang menyokong perjuangan rakyat.

"Saya pun ramai kawan di kalangan orang PAS, PKR dan mereka selalu ajak saya pergi ke program-program mereka.

"Sekarang ni dengan umur macam ini, saya rasa sudah sampai masanya saya ke hadapan dalam perjuangan. Saya pun tak sangka dapat serahkan borang kepada Abang Mat malam tadi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berkata, beliau akan meneruskan aktiviti nyanyian dan penulisan lirik dan tidak akan menolak jika diundang membuat persembahan di program melibatkan Pakatan Rakyat.

"Kalau mereka jemput saya, tak ada aral saya akan datang. Saya tahu apa yang saya buat ini betul, saya tahu mana yang baik, mana yang buruk.

"Yang baik kita sokong, yang buruk kita tentanglah. Sampai bila kita nak tengok rakyat ditindas.

"Pada saya, semuanya bergantung pada hati dan niat kita," jelasnya sambil menambah beliau selalu membeli akhbar Harakah dan Suara Keadilan untuk mengetahui isu semasa.

Beliau juga menyeru rakan-rakan artis agar berani menyatakan pendirian kerana yakin rezeki itu datang daripada Allah.

"Rezeki itu dari Allah. Kepada kawan-kawan, saya mohon tolak ke tepi sifat takut ke depan untuk berjuang," katanya yang berasal dari Ipoh.

Tambah beliau juga, beliau akan pulang mengundi di Ipoh walaupun menetap di Kajang.

FTG merupakan kumpulan Thrash Metal yang ditubuhkan pada tahun 1989.

FTG bergerak secara underground dan pernah melakukan ratusan konsert di seluruh negara dan popular dengan lagu ‘Malaysia Maju’.

Mereka belum puas 'cincang' Anwar kata TG Nik Aziz


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata gambar kontroversi mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang giat diedarkan di kalangan blog penyokong Umno merupakan cubaan untuk menyerang peribadi dan mengaibkan ketua pembangkang itu.

"Mereka belum puas cincang Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Akhbar yang sama turut menampilkan ulasan Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha yang menyifatkan gambar itu sebagai taktik yang diketahui umum kerana kerap digunakan menjelang pilihan raya.

"Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggung jawab) buat selalu (perkara begini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka.

"Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri," kata ADUN Taman Medan itu seperti dipetik Sinar Harian.

Sementara itu ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dalam laporan sama berkata beliau sudah menjangka serangan terhadap Anwar itu akan dilakukan pihak tidak bertanggung jawab menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Ini kerana, beliau (Anwar) yang kita Pakatan tonjolkan sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang.

"Sejak 15 tahun lalu, beliau sudah jadi sasaran utama parti politik, penulis blog dan NGO yang tidak memihak kepada Pakatan untuk menyerang beliau antaranya isu Liwat I dan Liwat II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang wanita," katanya.

Anwar semalam menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam gambar yang diolah sebagai video tersebut.

"Ini fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya," katanya.

Demo tidak haram jika ikut syarak kata Ustaz Azhar Idrus


Penceramah popular Azhar Idrus berpendapat, demonstrasi bukan satu perbuatan yang haram sekiranya dilakukan mengikut hukum syarak dan Islam hanya menolak demonstrasi yang mendatangkan kemudaratan.
Begitu juga hukum untuk menghasut, yang menurutnya bukan satu perkara yang salah sekiranya dibuat untuk tujuan kebaikan.

"(Demonstrasi) bersyarat, harus bukan bertujuan nak buat kacau, tidak bertujuan untuk menghancurkan sesebuah negara, bukan tujuan untuk memporak-perandakan sistem ekonomi, tidak bertujuan gugatkan keselamatan negara dan hanya untuk tujuan berarak sahaja, maka hukumnya tidak ada seorang ulama pun yang mengatakan haram.

"Sebab itulah, bila ada demonstarsi biarlah dia berdemonstrasi. Ingat, yang (buat) demonstrasi tidak bebas. Kamu terikat dengan hukum syarak,” katanya ketika diajukan soalan oleh aktivis politik Hishamuddin Rais dalam wacana Malam Seni Untuk Perubahan di Kampung Baru malam tadi.

Bercakap di program yang dihadiri 3,000 orang itu, Azhar berkata, peserta demonstrasi tidak boleh menggugat keselamatan negara, merosakkan harta benda awam dan juga membuat kekacauan.

“Berdemonstrasi (hanya) untuk menarik perhatian (bahawa) jika perkara ini dibiarkan ramai lagi yang akan menerima keburukan," katanya.

Mengulas hukum mengenai hasutan pula, bekas gitaris kumpulan pop Iklim itu hasutan yang membawa ke arah kebaikan dengan niat melakukan perubahan merupakan dakwah di sisi Allah.

Beliau memberi contoh hasutan untuk menukar seorang imam yang salah rakaat ketika mengimamkan solat subuh, beliau berkata, kariah boleh menghasut orang lain supaya menukar imam tersebut dengan tujuan kebaikan.

"Menghasut memang tak baik. Menghasut asal hukumnya ialah haram kerana menghasut ke arah kerosakan.

"Tetapi mengajak orang untuk lakukan perubahan dan menghasut, itu disisi Allah adalah dakwah. Kalau mengajak pada perubahan, kita tetap tak bersalah jika perubahan itu membawa kebaikkan. Kalau mengajak perubahan yang membawa mudarat, itu salah," kata Azhar lagi.

Turut hadir sebagai ahli panel dalam program tersebut ialah dua orang artis Hairie Othman dan Meor Yusuf Aziddin serta aktivis pelajar Adam Adli.

Azhar juga menyertai sesi soal jawab politik bersama naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam program tersebut.

Program itu dimulakan dengan persembahan nyanyian oleh beberapa orang artis antaranya oleh Ito dari kumpulan Blues Gang serta Yassin yang turut menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Reformasi.

Selain itu pelakon dan penyajak, Pyan Habib Rahman turut membacakan sebuah sajak yang bertajuk Huru-hara manakala penyanyi rock metal popular FTG, Tajol Ismi Akhbar mengumumkan secara rasmi penyertaannya ke dalam PAS.

Progeam yang bermula kira-kira jam 9 malam itu diakhiri satu ceramah ringkas oleh timbalan presiden PAS Mohamad Sabu.

PTPTN Akan Bankrapkan Negara jelas Rafizi


Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu dihapuskan segera bagi mengelakkan perbadanan tersebut membankrapkan negara.
Katanya PTPTN sehingga kini meminjam RM45 bilion daripada institusi kewangan, kebanyakannya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Berhad. Daripada jumlah itu, sebanyak RM30 bilion disalurkan untuk menyediakan pinjaman pendidikan tinggi.

Peningkatan sebanyak 11 peratus setahun itu, kata Rafizi, dijangka mencecah paras RM100 bilion pada 2022.

"Apabila ia berlaku, ia akan mula memberi impak kepada sistem kewangan kita. Maka apa akan berlaku? Kita terpaksa menyelamatkan PTPTN," katanya semalam.

Katanya, lebih baik tabung jika tabung tersebut dihapuskan sekarang dan hutang RM30 juta itu dibiayai semula dalam tempoh 20 tahun akan datang, berbanding jika negara menanggung beban hutang RM100 bilion itu di kemudian hari.

Tambahnya, PTPTN hanya berjaya memungut RM2 bilion hutang sejak ditubuhkan pada 1997.

Beliau membandingkan dengan perkembangan di Amerika Syarikat di mana kutipan semula bayaran hutang siswa adalah kecil, sehinggalah jumlah hutang siswa meningkat kepada USD1 trilion (kira-kira RM3.12 trilion) tahun lalu.

“Sangat besar sehingga kongres AS dan senat merangka tawaran dan perundangan baru untuk memaafkan hitang tersebut, tapi bukan kerana AS mahu mencontohi tindakan kita untuk memansuhkan PTPTN.

"Mereka sedar bahawa risiko paling besar kepada kestabilan kewangan mereka, selepas pinjaman rumah dan kad kredit sebenarnya adalah pinjaman siswa.

"Jika (siswa) tidak boleh biaya, ia akan menjatuhukan kesemuanya seperti gelembung aset 2008," katanya.

Bekas akauntan itu bercakap dalam satu sesi dialog di antara pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kira-kira 200 orang anak muda di Bandar Utama, Selangor.

KEADILAN Siap Sedia Hadapi PRU-13 Sejak Jun Tahun Lalu Lagi kata Azmin


Persiapan kempen KEADILAN untuk memenangkan Pakatan Rakyat pada PRU 13 berjalan lancar, kata Pengarah Pilihan raya KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, persediaan dibuat seawal pertengahan tahun lepas berikutan PRU 13 itu dijangka pilihan raya paling sengit dalam sejarah tanah air.

“Bendera, t-shirt dan bahan logistik lain sudah tiba di kawasan pilihan raya seawal Jun 2012. Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) juga melatih lebih 3,500 ejen dan counting ejen untuk memastikan mereka memiliki kemahiran, pengetahuan pada hari pengundian bagi mengelak penipuan.

“Hampir lima juta risalah membincangkan isu dan dasar Pakatan dicetak dan disebar,” kata pada rakaman yang dimuat naik di YouTube, 3 Mac lalu sambil menyeru rakyat supaya memilih kerajaan yang benar-benar untuk membela nasib mereka.

“Hanya beberapa hari akan datang, rakyat Malaysia akan keluar mengundi untuk menentukan masa depan depan negara yang kita cintai.
“Satu undi anda mampu mengubah pentadbiran di Putrajaya demi masa depan anak-anak Malaysia,” katanya yang yakin rakyat bakal memilih Pakatan Rakyat pada PRU 13.

Beliau berkata, Pakatan menawar sebuah negara yang ditunjangi tatakelola pentadbiran lebih baik, sikap keterbukaan, mempertahan hak asasi rakyat dan menyuburkan demokrasi.

“Inilah ciri-ciri yang dapat menjamin kebahagian dan kesejahteraan untuk rakyat seluruhnya,” kata beliau.

"7 Dosa Besar Pembangkang Pada Rakyat, Umat Islam" - Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti PAS ialah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan PAS sendiri.

"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.

"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut.

Menyentuh mengenai PAS mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada dasar negara berkebajikan.

Katanya jika dahulu PAS menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan kuasa.

Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan pada majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk menolak PAS pada pilihan raya umum kali ini.

"Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus.

"BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat," katanya.

Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan.

"Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara.

"Dan oleh itu yakinlah kepada BN," katanya.

Najib berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu, adalah mencerminkan ketelusannya kepada rakyat melalui slogan 'Janji Ditepati'. -Bernama