Pages

Senarai Penuh MT Umno 2013-2016

Pengerusi Tetap
------------
Tan Sri Badruddin Amiruldin (penyandang/menang tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap
--------------------
Datuk Mohamad Aziz (penyandang)

Presiden
-------
Datuk Seri Najib Tun Razak (penyandang/menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden
--------------
Tan Sri Muhyiddin Yassin (penyandang/menang tanpa bertanding)


Anggota Majlis Tertinggi
------------------------
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (penyandang)
2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom (penyandang)
3. Datuk Seri Idris Haron (penyandang)
4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (penyandang)
5. Datuk Seri Idris Jusoh (penyandang)
6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (penyandang)
7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (penyandang)
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan
9. Datuk Hasan Malek
10. Datuk Seri Shahidan Kassim (penyandang)
11. Datuk Seri Mohamad Hasan
12. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis (penyandang)
13. Datuk Razali Ibrahim (penyandang)
14. Datuk Seri Mahdzir Khalid (penyandang)
15. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
16. Tan Sri Annuar Musa
17. Dr Mohd Puad Zarkashi (penyandang)
18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (penyandang)
19. Datuk Seri Azalina Othman Said
20. Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (penyandang)
21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah
22. Datuk Bung Moktar Radin (penyandang)
23. Datuk Ab Aziz Kaprawi
24. Datuk Reezal Merican Naina Merican
25. Datuk Sohaimi Shahadan

Mesyuarat Wanita UMNO Gua Musang dicemari insiden baling mikrofon

Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati dicemari insiden kekecohan apabila empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh tidak dapat menahan emosi gara-gara senarai pencalonan ditolak.

Kekecohan bermula ketika mesyuarat itu sedang berlangsung dan salah seorang wakil bangun dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya berikutan senarai barisan 21 calon ahli jawatankuasa Wanita UMNO bahagian ditolak.

Mereka menganggap pemimpin Wanita UMNO bahagian keterlaluan kerana menolak senarai pencalonan walaupun diserah pada jam 5.01 petang, pada 21 september lalu.

Video : ENTER

Menurut Ketua Wanita Cawangan Sg Paloh, Salwani Shafii perwakilan yang menghantar borang hendak bertanding baru diberitahu pencalonan itu tidak sah pada jam 8 malam semalam.

“Namun apa yang saya dapat tahu di Sabah, pencalonan dihantar lewat satu jam dan masih diterima dan saya begitu tidak berpuas hati dengan ketua wanita bahagian disini,” kata Salwani.

Sementara itu, Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Sungai Paloh pula mempersoalkan ketelusan dan demokrasi jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan sempurna.

Mengulas kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz tampil memberi penjelasan.

“Kita mendapat surat daripada UMNO pusat yang di tandatangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tajol Rosli Ghazali dan dia menyatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri telah menolak borang pendaftaran calon-calon yang ingin bertanding bagi jawatan Ketua Wanita dan Puteri UMNO bahagian Gua Musang”.

“Oleh kerana borang itu telah diterima lewat daripada waktu yang ditetapkan dan perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO bahagian Gua Musang. di mana kita bermesyuarat jadi bersetuju tidak terima. peringkat tu bahagian negeri dan pusatlah tak terima dan disertakan penama seramai 21 orang,” kata Muhammad Shukri.

Selepas 10 minit, keadaan kembali reda apabila Ketua Wanita Bahagian Gua Musang, Datuk Wan Hazani Mohd Noor yang menang tanpa bertanding menjelaskan bahawa perlembagaan UMNO telah menetapkan cara pemilihan baru pada tahun ini.

Senarai Penuh Calon MT Pemilihan Agung Umno 2013

Berikut senarai muktamad calon Majlis Tertinggi untuk pemilihan Umno 19 Oktober ini, bagi penggal 2013-2016 yang dikeluarkan Umno.

Pengerusi Tetap
1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Datuk Mohamad Aziz (Penyandang)
2. Ahmad Fariz Abdullah
3. Datuk Abd Rahman Palil

Presiden

1. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

Timbalan Presiden

1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

Naib Presiden

1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
2. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Penyandang)
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
4. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
5. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Majlis Tertinggi: (25 Jawatan Dipilih)

1. Datuk Seri Shahidan Kassim (Penyandang/dilantik)
2. Datuk Shamsul Anuar Nasarah
3. Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir
4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Penyandang)
5. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Penyandang/dilantik)
6. Tan Sri Annuar Musa
7. Datuk Zahidi Zainul Abidin
8. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
9. Datuk Misri Barham
10. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
12. Datuk Musa Sheikh Fadzir (Penyandang/dilantik)
13. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Penyandang)
14. Datuk Ab Aziz Kaprawi
15. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Penyandang)
16. Datuk Seri Mustapa Mohamed
17. Datuk Sohaimi Shahadan
18. Datuk Seri Idris Jusoh (Penyandang)
19. Datuk Seri Mahdzir Khalid
20. Datuk Razali Ibrahim (Penyandang/dilantik)
21. Dr Mohd Puad Zarkashi (Penyandang)
22. Datuk Halimah Mohamed Sadique
23. Yusoff Ishak
24. Mohd Ariff Abdul Aziz
25. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis (Penyandang)
26. Datuk Moktar Radin (Penyandang)
27. Datuk Ab Wahab Ibrahim
28. Zawawi Othman
29. Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah
30. Datuk Rosni Zahari
31. Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Penyandang/dilantik)
32. Datuk Abd Rahman Dahalan
33. Datuk Abd Latiff Ahmad (Penyandang)
34. Razali Husain
35. Datuk Dr Norraesah Mohamad (Penyandang)
36. Datuk Seri Azalina Othman Said
37. Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman
38. Datuk Md Alwi Che Ahmad
39. Datuk Azman Shah Omar Shah
40. Datuk Seri Mohamad Hasan
41. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Penyandang)
42. Datuk Maznah Abdul Hamid
43. Datuk Hamidah Osman
44. Datuk Hassan Malek
45. Mohd Sazili Shahibi
46. Abd Zarin Mohd Yasin
47. Datuk Mohamad Satim Diman
48. Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed
49. Datuk Idris Haron (Penyandang)
50. Datuk Mohd Zain Ismail
51. Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
52. Datuk Nur Jazlan Mohamed
53. Datuk Nasir Safar
54. Azlan Man
55. Dr Zubir Harun
56. Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman
57. Mohsin Yusoff
58. Datuk Saifuddin Abdullah (Penyandang)
59. Datuk Ishak Ismail
60. Tun Faisal Ismail Aziz
61. Tan Sri A. Rahim Tamby Chik
62. Datuk Ahmad Jaafar
63. Datuk Reezal Merican Naina Merican
64. Sapin @Sairin Karano @Karno

Seminar Perlaksanaan Syariah Islam Di Malaysia 21 Oktober 2013

Tarikh : 12 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi- 5.30 petang
Tempat : Dewan Universiti Selangor (UNISEL)

Ucaptama : Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
56 Tahun Merdeka Kemana Halatuju Syariah Islam Di Malaysia

Pembentangan 1- YBhg Datok Dr Mahfodz Mohamed- Hikmah Perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam

Pengulas- 1) YBhg Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin
2) YBhg Tuan Hj Muhammad bin Buruk
3) YB Dr Khairuddin Aman Razali At Takiri

Pembentangan 2- YBhg Dr Abdul Aziz Bari
Perlaksanaan Syariat dalam Konteks Perlembagaan Negara

Pengulas- 1) YBhg Tuan Hj Sulaiman Abdullah
2) YBhg Dato' Wan Mutalib Embong
3) YB Hanipa Maidin

Siapa yang patut terlibat?
1)Pemimpin2 Parti Politik
2)Pemimpin2 NGO Islam dan Bukan Islam
3)Ahli2 Akademik
4) Pegawai2 Kerajaan
5)Pelajar2 IPT

Anjuran : Pejabat Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS) dan Universiti Selangor (UNISEL)

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Tuan Hj Azmi di talian 0193865595 atau Mohd Shahir di talian 0192153225

KBS Tipu RM1.6 Juta Duit Rakyat

Mula2 kata pihak swasta bayar, admin masih ingat lagi pencacai umno bermati matian mempertahankan pihak swasta yang membayar bukan kerajaan ummo ketika itu.

Kini macai ummo pening kepala bagaimana nak tipu lagi Umat melayu ni? Kah..kah..kah

Bila kita kerajaan umno kaki penipu,pembohong, maka kita pula dilabelkan khawarij,pemerontak.. Apa lagi umno setan mau ?

Panggil artis kpop seksi tunjuk bulu depan belia Umat melayu. Selepas itu dalam perhimpunan umno menjerit "hidup melayu" pertahankan agama bangsa & negara. Agama tok nenek apa macam tu wahai umno penipu? Wasatiyyah al menipu ke?

Kah kah kah

Ingat umno ingat penipu! Dulu kini & sampai kiamat umno akan terus menipu!

HIDUP MELAYU! HIDUP MENIPU! HIDUP UMNO!

Menteri Dan Pegawai GLC Miliki Ijazah Palsu

Dua menteri, pegawai tinggi badan berkanun dan GLC masing-masing didapati memiliki ijazah palsu setelah disemak dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming mendedahkan perkara itu pada sidang media di Lobi Parlimen semalam berkata, beliau dapati dua menteri dan dua bos GLC mempunyai ijazah palsu setelah menyemaknya melalui laman web JPA tetapi tidak menyatakan universiti yang mengeluarkan ijazah berkenaan.

Katanya, mereka yang memiliki ijazah palsu ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot memperoleh ijazah dari Universiti Preston, Amerika Syarikat; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin (Universiti Golden State, Wyoming, Amerika Syarikat dan Universiti Terbuka Commonwealth, British Virgin Islands) Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Ahli Parlimen BN Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Universiti Preston) dan DR Mohammed Emir Mavani Abdullah, Presiden Kumpulan dan CEO Felda berkelulusan (Universiti Wanborough).

Dr Ong memberi reaksi kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan ijazah palsu hanya ibarat beg Loius Vuitton tiruan. Sehubungan itu, beliau berkata, jawapan yang diberi Shahidan itu mencerminkan satu penghinaan kepada institusi intelektual dan membuktikan kerajaan tidak mempunyai kesungguhan politik untuk menangani isu itu. Shahidan berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Ong di Parlimen mengenai langkah yang patut diambil kerajaan untuk menghukum mereka yang memiliki ijazah palsu.

“Kami sedih bila dia kata kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa untuk menangani masalah itu selagi ia digunakan secara peribadi seperti ‘menggantungnya di rumah’,” ujar beliau. Dr Ong berkata, apa yang berlaku di Pakistan, seseorang Ahli parlimen itu boleh dipenjara jika sabit kesalahan manakala di German, dua menteri dipaksa meletakkan jawatan apabila didakwa menciplak dalam sebahagian kaji selidiik mereka. “Adakah mutu integriti kita jatuh ke tahap begitu rendah apabila kerajaan seperti menutup mata dalam soal ini?,” soal beliau.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau

SPR Tetapkan 4 Nov Hari Pengundian, 23 Okt Penamaan Calon

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sementara tarikh penamaan calon pula pada 23 Oktober ini.

"Seramai 27,222 pemilih berdaftar bagi PRK ini. 27,220 pemilih berdaftar biasa dan dua lagi tidak hadir kerana berada di luar negara. Tidak ada pengundi-pengundi awal bagi PRK kali ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas SPR di sini, Khamis.

PRK DUN Sungai Limau akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dariBN dengan majoriti 2,774 undi.

Ahad lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Md Rozai Shafian menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau kepada SPR.

Alasan Bodoh Menteri - Israel Ciplak Slogan Dari Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata negara Israel menciplak slogan 'Endless Possibilities' dari Malaysia dan bukan sebaliknya.

Katanya, Israel melancarkan slogan sama pada Mei tahun ini, manakala Malaysia menggunakan slogan tersebut sejak Januari.

Beliau ketika menjawab satu soalan di Dewan Rakyat dengan sinis berkata, orang yang pernah belajar di sekolah rendah akan dapat membezakan antara Januari dan Mei.

Slogan baru yang diperkenalkan untuk mengiringi slogan '1Malaysia' itu menerima kritikan meluas kerana didakwa sebagai “produk ciplak” dari kempen Mongolia dan Israel.

Anda lihatlah sendiri betapa dangkalnya pemimpin2 UMNO skrg. tak abes2 nak MEMPERBODOHKAN RAKYAT... BOLEH JADI mereka2 ini menganggap rakyat umpama kanak2 tadika kemas, yang dgn mudah ditipu dan diperbodohkan...

Nak watcamner dah RAKYAT 46% yg pilih KERAjaan-BN. apa nak heran.

Laporan Penuh Audit Negara 2012

Antara yang "menarik" dalam laporan Audit Negara 2012 ialah :
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset bernilai RM1.33 juta, bermula 2010 hingga 2013. 
  • PDRM kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan. 
  • Berdasarkan statistik oleh Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik PDRM, aset yang paling banyak hilang adalah 156 unit gari, diikuti 44 unit senjata api dan 29 buah kenderaan. 
  • Punca kehilangan adalah disebabkan pengurusan aset yang yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutamanya senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam.
Senjata api dan kenderaan boleh hilang? Pelik bin ajaib? Hilang di mana? Apa kesudahan siasatan kehilangan tersebut? Siapa yang bertanggungjawab?

RM1.33 Juta jikalau dibahagikan peruntukkan kepada golongan bawahan, banyak manfaatnya. Diharapkan sesiapa yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan untuk hukuman yang sewajarnya supaya dana besar RM1.33 juta wang rakyat tidak dibzairkan begitu sahaja.

Ketua Audit Negara sekarang disandang oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Bin Buang

Skop pengauditan yang dijalankan meliputi:
Pengauditan Penyata Kewangan – untuk mengesahkan penyata kewangan tahunan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi Kerajaan bagi memenuhi keperluan undang-undang dan standard perakaunan. Melalui pengauditan ini Ketua Audit Negara akan memberi pendapat sama ada penyata yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod-rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.
Pengauditan Pematuhan – untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.
Pengauditan Prestasi – untuk menilai sama ada sesuatu program/ aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.
Download laporan penuh Ketua Audit Negara bagi tahun 2012: