Potong telinga saya jika DAP menang Bentong kata MB Adnan Yaakob


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.

Ditanya sama ada referendum mengenai Lynas itu hanya terhadap di Kuantan, Adnan menjawab: "... jika kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi."

Adnan yang juga pengerusi BN dan Umno Pahang menegaskan demikian ketika ditemui pemberita di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Ditanya mengenai tahap keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, Adnan berkata:

"Sangat, sangat yakin. (Kalau Lim) Guan Eng datang pun dia akan kalah. Betul. Jika MCA kalah di Bentong, MCA mesti tutup kedai.

"MCA adalah perimeter di Pahang, jika MCA kalah kepada DAP, lebih baik tutup kedai. Tapi jika MCA menang, DAP kena tutup kedai di Pahang," tegasnya.

7 comments:

  1. Takabur betul muka hodoh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu x pe, kalau betul2 dap menang aku org pertama tuntut, cakap besar!

      Delete
  2. kita pegang janji dia kalau dia kalah,kita ramai2 tangkap dia potong telinga dia.

    ReplyDelete
  3. BRO KLU SAMSENG MMG CAKAP CAM TU....SBB LBH 50 TAHUN X PERNAH RASA JADI PEMBANGKANG TU SBB DALAM KEPALA HOTAK DIA INGAT NEGARA NIE CAM MAK/BAPAK DIA PUNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar bro sabar, kita mmg dah fhm perangai deorg

      Delete
  4. If anyone receives or reads a message on the internet, please inform YIP KUM FOOK who is the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, and ask him to resign all positions at the Temple as soon as possible

    We Buddhists are too embarrassing and this YIP KUM FOOK is doing too many dirty things for our Buddhists, now the whole world knows what the problem is SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE but this YIP KUM FOOK still doesn’t feel anything

    This YIP KUM FOOK but still doesn’t know anything and still holds the position of president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, why! He doesn’t embarrass people, maybe he’s out of brain balance

    YIP KUM FOOK is a lawyer, MCA Gombak, Datuk, President of Buddhist Temple, etc. ... why did he do bad things and he is not loved and protect his family, in the future his family will suffer forever because they will face gossip people

    By Buddhist Maha Vihara
    (Buddhist Dhamma groups)
    123, Jalan Berhala, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    Share by Dr. Kevin

    ReplyDelete