Pengarah Strategi PKR Rafizi terima sumbangan Hamba Allah

Semalam Gerak kerja pilihan raya N51Dun Pasir Panjang telah menyampaikan sumbangan seribu ringgit dari individu yang tidak dikenali kepada Pengarah Strategi PKR Rafizi bagi menampung kos guaman beliau , sumbangan tersebut yang telah disampaikan oleh Pergawai khas Dun Pasir Panjang En Hamidun Ahmad di dalam majlis makan malam di Lumut Perak.

Sedia maklum Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah akta BAFIA kerana berhubung kes pencabulan undang-undang dengan mendedahkan butir-butir peribadi perbankan Pusat Fidlot Negara (NFC) dan pengarahnya.

Menurut Akta BAFIA (Bank & Financial Act) atau Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 menjadi satu kesalahan sekiranya dokumen peribadi syarikat diambil dari bank tanpa persetujuan pemiliknya, apatah lagi didedahkan kepada umum.

Rafizi mengaku tidak bersalah dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai penjamin.Walaupun sumbangan itu kecil tetapi ia cukup bermakna bagi Rafizi.kata beliau.

No comments:

Post a Comment