Menteri Dan Pegawai GLC Miliki Ijazah Palsu

Dua menteri, pegawai tinggi badan berkanun dan GLC masing-masing didapati memiliki ijazah palsu setelah disemak dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming mendedahkan perkara itu pada sidang media di Lobi Parlimen semalam berkata, beliau dapati dua menteri dan dua bos GLC mempunyai ijazah palsu setelah menyemaknya melalui laman web JPA tetapi tidak menyatakan universiti yang mengeluarkan ijazah berkenaan.

Katanya, mereka yang memiliki ijazah palsu ialah Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot memperoleh ijazah dari Universiti Preston, Amerika Syarikat; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin (Universiti Golden State, Wyoming, Amerika Syarikat dan Universiti Terbuka Commonwealth, British Virgin Islands) Pengerusi Lembaga Tabung Haji dan Ahli Parlimen BN Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (Universiti Preston) dan DR Mohammed Emir Mavani Abdullah, Presiden Kumpulan dan CEO Felda berkelulusan (Universiti Wanborough).

Dr Ong memberi reaksi kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan ijazah palsu hanya ibarat beg Loius Vuitton tiruan. Sehubungan itu, beliau berkata, jawapan yang diberi Shahidan itu mencerminkan satu penghinaan kepada institusi intelektual dan membuktikan kerajaan tidak mempunyai kesungguhan politik untuk menangani isu itu. Shahidan berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Ong di Parlimen mengenai langkah yang patut diambil kerajaan untuk menghukum mereka yang memiliki ijazah palsu.

“Kami sedih bila dia kata kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa untuk menangani masalah itu selagi ia digunakan secara peribadi seperti ‘menggantungnya di rumah’,” ujar beliau. Dr Ong berkata, apa yang berlaku di Pakistan, seseorang Ahli parlimen itu boleh dipenjara jika sabit kesalahan manakala di German, dua menteri dipaksa meletakkan jawatan apabila didakwa menciplak dalam sebahagian kaji selidiik mereka. “Adakah mutu integriti kita jatuh ke tahap begitu rendah apabila kerajaan seperti menutup mata dalam soal ini?,” soal beliau.

No comments:

Post a Comment