- Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan aset bernilai RM1.33 juta, bermula 2010 hingga 2013.
- PDRM kehilangan 309 unit aset meliputi gari, senjata api dan kenderaan.
- Berdasarkan statistik oleh Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik PDRM, aset yang paling banyak hilang adalah 156 unit gari, diikuti 44 unit senjata api dan 29 buah kenderaan.
- Punca kehilangan adalah disebabkan pengurusan aset yang yang tidak teratur dan bersistematik boleh menyebabkan berlakunya kehilangan aset terutamanya senjata api dan gari yang boleh mengancam keselamatan awam.
Senjata api dan kenderaan boleh hilang? Pelik bin ajaib? Hilang di mana? Apa kesudahan siasatan kehilangan tersebut? Siapa yang bertanggungjawab?
RM1.33 Juta jikalau dibahagikan peruntukkan kepada golongan bawahan, banyak manfaatnya. Diharapkan sesiapa yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan untuk hukuman yang sewajarnya supaya dana besar RM1.33 juta wang rakyat tidak dibzairkan begitu sahaja.
Ketua Audit Negara sekarang disandang oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Bin Buang
Skop pengauditan yang dijalankan meliputi:
Ketua Audit Negara sekarang disandang oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Bin Buang
Skop pengauditan yang dijalankan meliputi:
Pengauditan Penyata Kewangan – untuk mengesahkan penyata kewangan tahunan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi Kerajaan bagi memenuhi keperluan undang-undang dan standard perakaunan. Melalui pengauditan ini Ketua Audit Negara akan memberi pendapat sama ada penyata yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod-rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.Download laporan penuh Ketua Audit Negara bagi tahun 2012:
Pengauditan Pematuhan – untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.
Pengauditan Prestasi – untuk menilai sama ada sesuatu program/ aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment