Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak kini dilaporkan berada dalam keadaan agak kritikal dan dirawat di sebuah hospital di Alor Star, Kedah.
Dewan Pemuda PAS Kedah, melalui laman sosial Facebooknya meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan beliau.
Azizan, 69, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau sebelum ini menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya pada 9 Mei lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP), setelah dipindahkan dari Kedah Medical Centre (7 Mei) akibat komplikasi diabetik.
Azizan menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 13 Ogos lalu.
No comments:
Post a Comment