Utusan tarik balik rencana tentang Husam selepas 4 tahun

Harian berbahasa Melayu Utusan Malaysia hari ini menarik balik artikel yang didakwa memfitnah Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini.

"Pada 31 Mei 2009 satu rencara bertajuk ‘Menilai hujah Husam' telah disiarkan di ruangan rencana akhbar ini.

"Kami dengan ini menarik balik perkataan-perkataan yang diadukan dalam rencara rencana tersebut dan dengan ini menyatakan rasa kesal kami dengan penyiarannya," penarikan balik oleh pengarangnya itu dipetik.

azlanKeputusan itu hasil persetujuan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 September lalu.

Husam sebelum ini menamakan Utusan, penulis rencana Zulkiflee Bakar dan Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan dalam tuntutannya.

Rencana yang disiarkan akhbar milik Umno itu didakwa Husam memfitnahnya sewaktu pemilihan PAS semakin hampir pada masa itu.

Menurut Husam, rencana itu memberikan gambaran beliau tidak setia kepada PAS dan idealismenya, tidak boleh dipercayai, berniat membahayakan kepentingan serta merupakan musuh kepada PAS.

Utusan juga sebelum ini diperintahkan membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.

No comments:

Post a Comment