Anwar Jumpa Nik Aziz

Esok Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan 'terakhir' ke Kelantan sebelum beliau dijatuhi hukuman berhubung dakwaan liwat pada 9 Janauri. Dalam kunjungan itu Anwar akan mengisi beberapa program yang diatur oleh PKR Kelantan.

Sebaik sampai di Kota Bharu kira-kira jam 4:00 petang beliau langsung berjumpa dengan Pesruhjaya Pas Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat diikuti pertemuan beliau dengan Timbalan Pesuruhjaya Ahmad Yaacob

Selepas itu akan ke Padang Kada, Melor melawat pondok tradisi. Di situ beliau akan bersembahyang berjemaah, solat hajat dan munajak.

Dari Padang Kala beliau akan ke Madu, Machang Kelantan berjumpa dengan beberapa pemimpin NGO, penulis, bloger dan facebooker. Selepas itu akan ke Machang untuk berceramah umum bersama Nik Aziz dan beberapa pemimpin lain.

Lawatan atau acara paling penting Anwar di Kota Bharu ialah perjumpaan dengan Nik Aziz. Perjumpaan itu penting mengenai masa depan Pakatan Rakyat dan menjelaskan apakah plan kotengensi yang telah difikirkan.

Dalam pada itu difahamkan juga pertemuan itu turut membincangkan soal kerusi yang akan ditandingi oleh PKR di Kelantan. Anwar sudah mendapat formula untuk dibincang bersama Nik Aziz, Ahmad Yaacob dan pemimpin yang lain. Adalah dipercayai formula itu mengenai pembahagian kerusi yang perlu dikonsensuskan atau diberikan kata putus.

Di fahamkan formula yang bakal dikemukakan Anwar untuk mendapat persetujuan Pas ialah menukarkan beberapa kerusi. Sebelum ini Anwar dikatakan telah berbincang lanjut dengan seorang pemimpin kanan Pas Kelantan di rumahnya. Mungkin idea atau pun rumusan dibuat bersama pemimpin itu menjadi panduan Anwar.

No comments:

Post a Comment