UPSI gantung Adam Adli 3 semester

Tindakan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang padah apabila dia digantung pengajian selama tiga semester semalam.

Penggantungan serta-merta itu diputuskan oleh lima panel Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UPSI yang dipengerusikan Naib Canselor, Prof Dr. Zakaria Kasa pada prosiding di Pusat Global, UPSI di sini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar berkata, pelajar jurusan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua itu disabitkan di bawah Kaedah 3(a) (i) dan (ii), Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah UPSI (Tatatertib Pelajar-pelajar 1999.

"Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati bahawa pelajar terbabit telah melakukan perbuatan menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri seperti dalam kedua-dua pertuduhan.

"Elemen dalam kedua-dua pertuduhan telah dibuktikan dan tindakannya telah merosak atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan dan nama baik UPSI selain ketenteraman atau keselamatan awam, moral dan kesopanan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

1 comment:

  1. I am not sure where you're getting your information,
    but good topic. I needs to spend some time learning more or understanding more.
    Thanks for fantastic info I was looking for this info for my
    mission.

    Also visit my blog post - candy crush cheat

    ReplyDelete