
Beliau berkata bermain bahan letupan berbahaya itu bukan budaya Melayu dan boleh menyebabkan kecederaan dan maut.
"Anggota badan kita ni amanah Allah, jangan bagi jadi kudung tak pasal-pasal.
"Oleh kerana budaya kita sekarang ni masih lagi (terikut-ikut) budaya penjajah tidak bertuan kepada Allah tetapi bertuankan kepada nafsu, maka kita masih lagi meneruskan budaya anak-anak kita membeli mercun,"katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa kejadian menyebabkan kanak-kanak cedera akibat bermain mercun di negeri ini, sejak kebelakangan ini.
"Nasihat saya, jangan bagi peluang sekali-kali kepada anak kita beli mercun.
Dia nak beli coklat beri, nak beli kuih bui (beri), nak beli baju raya pun bui, beli mercun jangan sekali-sekali," kata Nik Aziz.
Ditanya sama ada perlu undang-undang lebih tegas dikenakan ke atas pengedar dan penjual bahan letupan itu di negara ini, beliau berkata ia terpulang kepada pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment