Pakatan seperti raksasa mitos kepala tiga kata Khairy Jamaluddin

Pakatan Rakyat tidak patut mengeluarkan logo hari kemerdekaan sendiri memandangkan mereka tidak dapat bekerjasama menggunakan tema yang sama, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy menyifatkan Pakatan kini seperti raksasa dalam mitos Yunani yang mempunyai banyak kepala di satu badan.

"Bagaimana mereka hendak hasilkan logo bersama sedangkan tidak boleh bekerjasama menghasilkan tema yang sama," katanya.

Pengumuman Pulau Pinang menggunakan tema "Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat" hari ini melengkapkan empat tema hari kemerdekaan berbeza di negeri Pakatan.

Walaupun Pakatan mengumumkan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" pada 1 Ogos lalu sebagai tema alternatif mereka, hanya Selangor yang menggunakannya.

Sementara Kedah dan Kelantan memutuskan tema masing-masing sebelum kepimpinan tertinggi Pakatan mengumumkannya.

No comments:

Post a Comment