Umno atau syarikat penamanya memiliki pegangan sebanyak 49.77 peratus dalam Utusan Melayu (M) Bhd, menurut laporan tahunannya.
Setiauasaha akhbar kepada perdana menteri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad juga antara pengarah Utusan Melayu, dedah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam samannya terhadap harian itu.
"Saya tahu perkara ini kerana Tengku Sharifuddin mewakili kerajaan menandatangani perjanjian dengan firma Apco di Washington. Beliau bukan ketua pengarah jabatan tetapi menandatanganinya bagi pihak kerajaan kerana menjadi setiausaha akhbar kepada PM.
"Pengerusi Utusan Hashim Ahmad Makinuddin dan pengarah Professor Firdaus Abdullah juga dikenali sebagai anggota Umno
"Oleh itu, mengapa melantik mereka jika Umno tidak mengawal Utusan? Tambahan pula kamu ada setiausaha akhbar PM juga sebagai pengarah," kata Anwar.
Anwar berkata, tidak perlu untuk sebuah entiti yang memiliki 51 peratus pegangan untuk mengawal syarikat kerana kepentingan 33 peratus sudah cukup untuk tujuan itu. Dalam kes ini, katanya, Umno memiliki 49.77 peratus saham dalam Utusan Melayu.
nice entry...
ReplyDeletekalau ada info lagi dedah lagi... bagi semua manusia bukak skit mata..