Bas Jelajah Merdeka diserang di Kota Bharu

Berita Terbaru Yang Di Perolehi Bas Jelajah Merdeka Rakyat telah diserang oleh pihak2 yang semakin terancam dengan kebangkitan Sokongan kepada Pakatan Rakyat. Pendekatan yang digunakan oleh DS Anwar Ibrahim ternyata menarik perhatian rakyat untuk bersamanya dalam usaha menumbangkan keangkuhan dan kesombongan Umno/BN pada PRU 13.

Beberapa siri serangan ala samseng yang diketuai oleh Umno/BN terhadap program2 Pakatan Rakyat khususnya Keadilan sebelum ini membuktikan bahawa mereka akan bertindak lebih ganas atas restu kepimpinan tertinggi mereka.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail meminta pasukan kerja Jelajah Merdeka Rakyat tidak patah semangat dengan kejadian bas mereka diserang di Kota Bharu pagi ini.

“Ini berupa siri serangan ganas ke atas pimpinan dan prog pkr,” ujarnya melalui twitter.

Sehubungan itu, beliau meminta Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi mengadakan sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Rafizi memaklumkan bahawa satu sidang media tergempar bagi menerangkan dan mengecam serangan ke atas bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat akan diadakan pada jam 11 pagi ini di ibu pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula melalui twitternya pula menyatakan ‘Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat lapuran’.

1 comment:

  1. ko orang memang cari penyakit. jelajah merdeka rakyat, hanya logo pkr yang tertera di depan bas. bendera pas, dap mana?

    kelantan tu tradisinya rebutan di antara pas-umno. kehadiran pkr dilihat rakyat sebagai mencabar tradisi. heboh pasal agihan kerusi di antara pas-pkr dah lama kedengaran. apabila yang asas tidak dijelaskan kepada rakyat, tiba2 masuk dengan "jelajah rakyat" berlogokan pkr, ada sikit susahlah.

    nampak sangat tiada perancangan rapi diadakan sebelum program. takkanlah soal sekuriti tidak diambilkira langsung kerana kelantan negeri "pakatan rakyat" sedang pada masa yang sama program dilihat mengancam status quo 'sahabat'? pemimpin atasan memang tiada masala, pemimpin bawah sikit, yang menaruh harapan untuk bertanding sudah tentu rasa tercabar.

    namun demikian, kerajaan pas seharusnya memikirkan bab sekuriti dan dont take for granted. sedikit sebanyak pas kelantan dilihat tidak memberi kerjasama dalam soal ini. sekali gus membayangkan ketiadaan semangat kerjasama yang telah pas sendiri pilih - tahaluf siasi.

    pru13 merupakana pr penentu. ia suatu 'peperangan yang besar' yang memerlukan bukan sahaja persediaan yang besar malah perancangan yang terperinci. muktamar tahunan 2012 tidak diadakan sedangkan di muktamar itulah perkara berkaitan dengan 'peperangan yang besar' ini dibincang supaya ahli2 dapat menanam semangat kental untuk menentang musuh yang sama melalui penyataan yang jelas dan tepat tanpa sebarang kekliruan. oleh sebab wujudnya agenda lain. 'peperangan yang besar' diketepikan dan dijadikn sebagai 'peperangan yang kecil'. cakap tak serupa bikin!

    ReplyDelete