Barisan Nasional (BN) perlu lebih tegas jika menyingkirkan ahli-ahlinya yang cuba mensabotaj calon dan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tanpa menerima sebarang rayuan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tindakan memecat ahli atau pemimpin Umno yang terlibat dalam kegiatan mensabotaj ini perlu dilaksanakan secara tegas serta mereka tidak dibenarkan melakukan sebarang rayuan berhubung perkara tersebut.
“Tindakan mensabotaj ini tidak sepatutnya berlaku dalam parti. Kalau guna api terbakar hangus, kalau guna air, rendam jadi lembut,” katanya ketika pada sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Dewan Undangan Neger (Dun) Beserah, semalam.
Katanya, sebelum ini, pernah berlaku pemecatan ahli, namun belum sampai satu penggal ahli yang terlibat sudah membuat rayuan.
“Saya harap, pucuk pimpinan pecat betul-betulserta tidak beri muka lagi kepada pengkhianat.
“Perkara ini memang biasa berlaku terutama jika sesebuah parti itu kuat. Pasti ramai ahli yang berlumba-lumba untuk menjadicalon hingga menggunakan taktik kotor,” katanya.
Dalam laporan Sinar Harian Ahad lalu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan ahli-ahlinya yang melakukan sabotaj terhadap parti dan calon pada PRU13 akan disingkirkan daripada parti.
Katanya, keputusan itu dibuat oleh pucuk pimpinan dan berharap perkara tersebut tidak berlaku hanya kerana kecewa tidak terpilih menjadi calon.
No comments:
Post a Comment