Akuan Sumpah Lajim Ukin Mengenai Skandal Rasuah RM 40 Juta Umno Sabah


Saya Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan
Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas
Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu, Sabah, dengan sesungguhnya dan sebenarnya
membuat perakuan berikut:

1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak
merdeka dalam tahun 1957,

2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004
dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak
1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat
dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama
diabaikan oleh Kerajaan Malaysia,

4. Sepanjang penglibatan saya dengan Umno, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno
sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi Umno adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam
Umno dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno, termasuklah hal ehwal kewangannya,

5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan Umno Sabah yang bertanggungjawab terhadap
segala keputusan Umno di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya,

6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengejutkan
Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah,
Dato’ Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan
dengan beliau) telah digugurkan,

7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato’ Seri Musa Aman.

8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman
dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik
kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam
pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam Umno di peringkat pusat dan negeri,
saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai,
i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan
Umno Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM 40 juta seperti yang
didakwa menteri berkenaan di Parlimen,
ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan
Umno Sabah bahawa derma politik sejumlah RM 40 juta telah dibuat kepada Umno Sabah seperti
yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen,
iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi
Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah yang boleh membuktikan bahawa Umno Sabah
adalah penerima derma politik RM 40 juta itu dan
iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan
Perhubungan Umno Sabah bahawa Umno telah mendapat manfaat dari derma politik RM 40 juta itu,

10. Oleh yang demikian saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada
Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu
dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan
beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal,

11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli
politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri,
saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah,

12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang
mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri.
Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah
dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk
manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah,

13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana mana pihak berkuasa dari mana mana
negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah
lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah,

14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai
perjalanan Umno dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan,
Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa apa yang tersebut
di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat dengan sebenarnya dan diakui oleh yang tersebut namanya di atas di Kota Kinabalu
dalam negeri Sabah pada 10 haribulan Disember, 2012

1 comment:

  1. If anyone receives or reads a message on the internet, please inform YIP KUM FOOK who is the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, and ask him to resign all positions at the Temple as soon as possible

    We Buddhists are too embarrassing and this YIP KUM FOOK is doing too many dirty things for our Buddhists, now the whole world knows what the problem is SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE but this YIP KUM FOOK still doesn’t feel anything

    This YIP KUM FOOK but still doesn’t know anything and still holds the position of president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, why! He doesn’t embarrass people, maybe he’s out of brain balance

    YIP KUM FOOK is a lawyer, MCA Gombak, Datuk, President of Buddhist Temple, etc. ... why did he do bad things and he is not loved and protect his family, in the future his family will suffer forever because they will face gossip people

    By Buddhist Maha Vihara
    (Buddhist Dhamma groups)
    123, Jalan Berhala, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    Share by Dr. Kevin

    ReplyDelete