Musa Hassan Dakwa Pegawai Polis Dilucut Jawatan Kerana Phang


Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan pegawai berkenaan dilucutkan jawatan.

Musa berkata, pegawai polis berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat melibatkan Phang pada 2009.

Pegawai itu kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Phang dalam satu sidang media anjuran NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang dinaunginya.

Beliau mendakwa Phang, yang merupakan penasihat bebas Motorola Technology Sdn Bhd, memperolehi projek untuk syarikat tersebut berhubung naiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital pada 2009.

Musa mendakwa, beliau diberitahu sumber bahawa polis diminta mentauliah projek berkenaan apabila siap memandangkan syarikat berkenaan tidak akan dibayar sekiranya ia tidak ditauliah.

"Jadi dia minta pegawai polis untuk tauliah, tapi pegawai itu menolak kerana ia tidak siap. Dia ugut pegawai itu dan berkata jika dia enggan (tauliah sistem berkenaan) dia akan ditukarkan," dakwanya.

Ismail juga meminta pegawai berkenaan menandatangani dokumen untuk mentauliah sistem berkenaan, tetapi pegawai tersebut tetap berkeras, dakwanya lagi. Beliau seterusnya mendakwa, pegawai berkenaan kemudiannya ditukarkan dalam tempoh 24 jam.

4 comments:

  1. Ini masalah anggota kerajaan yang diberi amanah .. tidak kira siapalah mereka ..

    ReplyDelete
  2. tlg jgn memperbodohkan bangse sendiri melayu.. org ats kerajaan semua melayu tp melayu dpt ape di tanah melayu sendiri sdgkan bangse len smue dpt lebey dri melayu sendiri menggunakan kuasa WANG.. ade segelintir melayu yang menjual agama bangsa tanah air die sendiri di dlm kerajaan apabila di beri kuasa..

    ReplyDelete
  3. BODOH BANGAng puNyER UMNO

    ReplyDelete
  4. If anyone receives or reads a message on the internet, please inform YIP KUM FOOK who is the president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, and ask him to resign all positions at the Temple as soon as possible

    We Buddhists are too embarrassing and this YIP KUM FOOK is doing too many dirty things for our Buddhists, now the whole world knows what the problem is SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE but this YIP KUM FOOK still doesn’t feel anything

    This YIP KUM FOOK but still doesn’t know anything and still holds the position of president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, why! He doesn’t embarrass people, maybe he’s out of brain balance

    YIP KUM FOOK is a lawyer, MCA Gombak, Datuk, President of Buddhist Temple, etc. ... why did he do bad things and he is not loved and protect his family, in the future his family will suffer forever because they will face gossip people

    By Buddhist Maha Vihara
    (Buddhist Dhamma groups)
    123, Jalan Berhala, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    Share by Dr. Kevin

    ReplyDelete