Isu Amanat Hadi : Rais Yatim Tidak Dapat Bezakan Antara Live Dengan Recording


Isu mengenai Amanat Hadi yang lebih 30 tahun lalu diputar belit media semakin hangat diperkatakan sekarang. Terkini Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim memberi respond mengenai peluang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang satu jam secara ‘live’ dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut. Berikut merupakan petikan laporan penuh :-

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.

Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.

"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Pagi tadi di Marang, Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Pemimpin tertinggi Pas itu berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.

Pada masa sama, Hadi berkata, beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Mengulas lanjut hasrat Hadi itu, Rais berpandangan kenyataan yang dibuat pemimpin Pas itu pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.

Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.

"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya.

Sebelum itu di Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat satu sidang media mengenai Isu Amanat Hadi. Berikut merupakan petikan laporan penuh :-

PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu ‘Amanat Haji Hadi’ dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara ‘live’ dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.

Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu ‘Amanat’ yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.

“Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara ‘live’, bukan rakaman.

“Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak ‘amanat’ itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu,” tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini. (Gambar atas)

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa ‘Amanat’ pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.

Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

“Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara ‘live’ pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3,” ujarnya kepada wartawan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu ‘amanat’ tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab ‘Mustika Hadis’ keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan ‘amanat’ tersebut.


Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali. Video rakaman sidang media : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=nGKkLFrmyh0

3 comments:

  1. salam. mohon tukar pautan. blog tuan dalam senarai blog PR. terima kasih

    http://www.penburukonline.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam. Apa mau gaduh2 dan berprasangka. Masing2 ada benang yang nak ditegakkan. Kalo ikhlas nak jelaskan kekeliruan, cepat cepat buat penjelasan. Post kat online, official website, blog pun bole. Ramai zaman skang ni dah tak tengok tv. Soal orng kampung xde internet. Ramai yg kaki download (wakil rakyat yang menang dan kalah kan ade) akan tolong sebarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan lebih adil siar di tv, nak seribu daya, kalau takut seribu dalih

      Delete