Parlimen Bubar Hari Ini 3 April 2013


Debaran penantian telah berakhir apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu telah mengumumkan pembubaran bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.

Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Negeri Sembilan yang telah bubar secara automatik pada 28 Mac dan Sarawak, turut dibubarkan.

Pengumuman pembubaran Parlimen dibuat oleh Najib di pejabatnya di Putrajaya dan disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen.

Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Tunku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara pagi tadi bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka Baginda.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari iaitu sebelum 2 Jun ini.

No comments:

Post a Comment