Zamri Disambut Gembira Sebagai Calon Titiwangsa
Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi satu nama besar di sekitar Keramat dan Kampung Baru. Pengumuman beliau hari ini sebagai calon PAS di Parlimen Titiwangsa hanya satu formaliti sahaja.
Sejak kematian anggota Parlimen Titiwangsa, Allahyarham Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, Zamri yang memikul tanggungjawab menggantikan kerja-kerja Allahyarham.
Beliau ke hulu ke hilir menjalankan amanah itu walaupun bukan lagi terpilih sebagai wakil rakyat.
Profesyen beliau sebagai seorang peguam memperkuatkan lagi hubungan beliau dengan penduduk kampung di tengah kota ini.
Ini kerana, mereka menghadapi pelbagai jenis tindakan yang memerlukan nasihat seorang yang mahir dalam bidang undang-undang.
Yang paling besar adalah mengendalikan isu penduduk Kampung Baru yang tanah-tanah mereka sangat dikehendaki oleh pihak pemaju dan broker untuk dibangunkan kononnya.
Zamri menjadi salah satu tempat mereka mengadu.
Kalau selama ini mereka mendapat seorang doktor yang berkhidmat kepada mereka, kehadiran Zamri sebagai seorang peguam menambahkan nilai perkhidmatan PAS di sini.
Atas sebab itulah, pelbagai kaum yang tinggal di kawasan Parlimen Titiwangsa ini sangat senang dengan Zamri.
Penduduk India di Indian Settlement Kampung Pandan misalnya sangat teruja dengan kehadiran Zamri sebagai bakal calon wakil rakyat mereka.
Mereka yang bergerak dibawah banner DHPP dengan diketuai Ramamoorthi tidak segan silu memasang bendera PAS untuk mempastikan sokongan kepada Zamri.
Bukan itu sahaja, mereka menyewa skylift untuk membolehkan kerja-kerja memasang bendera itu berjalan lancar.
Di Pasar Keramat pula, kehadiran Zamri dengan pasukannya disambut penuh gembira oleh peniaga dan pembeli di pasar yang terkenal dengan Melayu itu.
Dengan penuh gembira dan bangga mereka memakai apron yang dihadiahkan Zamri dan pasukannya.
Di kalangan orang Cina pula, mereka sangat teruja apabila diberitahu Zamri adalah bakal calon yang akan menggantikan Dr Lo' Lo'.
Bukan sebelah tangan mereka angkat, bahkan kedua-dua belah diangkat sebagai tanda sokongan kepada Zamri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment