Saya Bukan Diktator Macam DAP Kata Soi Lek


Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, beliau tidak akan menjadi calon payung terjun di Gelang Patah untuk menentang pemimpin popular DAP Lim Kit Siang sesuka hati.

Ini kerana, kata Chua, MCA bukan diktator, tidak seperti parti saingannya itu.

"Di Gelang Patah, Ketua Bahagian Jason Teoh telah bekerja di sana untuk empat tahun dan kita mesti adil kepadanya dan 13,000 lagi anggota MCA.

"Jika saya pergi ke sana dan mahu bertanding, bagaimana perasaan akar umbi? Saya tiada kebebasan itu kerana saya bukan diktator seperti DAP," katanya dalam sidang media di ibu pejabat MCA petang ini.

Sebaliknya, Chua berkata, DAP boleh menghantar pemimpinnya ke mana sahaja kawasan tanpa mengambil kira pemimpin tempatan ekoran amalan diktatorial parti itu.

Beliau merujuk kepada gesaan Ketua Bahagian Pasir Gudang MCA Tan Cher Puk supaya Chua menentang Lim di Gelang Patah bagi menaikkan moral MCA.

No comments:

Post a Comment