Sayalah Calon Yang Boleh Menang kata S Samy Vellu


Bekas presiden MIC Tan Sri S Samy Vellu mengumumkan bahawa beliau seorang "calon boleh menang" sekiranya diletakkan sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

"Persoalan mengenai 'calon boleh menang' – Sayalah calon yang boleh menang, tiada sangsi lagi," kata Samy Vellu, yang tewas di kawasan parlimen Sungai Siput dalam pilihan raya 2008.

Samy Vellu dalam sidang medianya hari ini berkata beliau sedia menjadi calon sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memutuskan bahawa beliau merupakan calon yang layak untuk mewakili parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan jawapajn yang jelas sama ada presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan pemimpin parti lain patut bertanding di kerusi selamat.

"Di negara ini, tiada kerusi yang selamat sekarang. Anda perlu berkorban untuk bertarung di kesemua kerusi.

"Jika ada orang yang mahukan kerusi selamat, cara paling selamat adalah dengan tidak bertanding," katanya.

1 comment:

  1. kali ni cakap u tu memang ada butul....

    ReplyDelete