Tuan Ibrahim Bertembung Ulama UMNO Malam Ini


Satu wacana yang dijangka hangat akan berlangsung malam ini di Kota Bharu mulai jam 9 malam.

Wacana Perdana bertajuk “Pasca PRU13: Melayu Islam di mana?” yang membariskan ahli panel daripada pelbagai latar belakang politik dengan dipengerusikan oleh pensyarah UKM, Datuk Dr Agus Yusof.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertembung dengan Datuk Shamsul Najmi dari Umno di samping mantan mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dan Ustaz Hazizi dari Isma.

Wacana ini akan diadakan di Dewan Jubli Perak, MPKB BRI, Kota Bharu dan akan dibawa secara langsung oleh waufm.blogspot.com dan kelantantv.my

No comments:

Post a Comment