FDI : Negeri Pakatan Rakyat antara 5 tertinggi

Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang ditadbir Pakatan Rakyat termasuk dalam lima negeri yang mencatat jumlah pelaburan asing (FDI) paling tinggi bagi tempoh 2008 hingga Julai tahun ini.

Di kedudukan pertama adalah Sarawak dengan nilai pelaburan sebayak RM30.3 bilion dikuti Pulau Pinang (RM25b), Selangor (RM23.9b), Johor (RM20.1b) dan Kedah (RM11.1b).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir pada sesi soal jawab lisan persidangan dewan rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Gopeng Dr. Lee Boon Chye yang mahu kementerian itu menyatakan jumlah pelaburan asing mengikut negeri bagi tenpoh tersebut.

Jumlah keseluruhan pelaburan FDI negara sepanjang tempoh itu menurut Mukhriz adalah RM145.3 bilion.

Selain Sarawak, dua lagi negeri yang terkenal dengan sumber bumi iaitu Sabah dan Terengganu masing-masing berada di tangga ke-8 dan ke-10 dengan nilai pelaburan RM6.3 bilion dan RM4.2 bilion.

Negeri Pahang iaitu negeri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada ditangga ke-11 dengan nilai pelaburan RM2.8 bilion diikuti Kelantan pada tangga ke-12 dengan nilai pelaburan RM297 juta.

Berikut adalah kedudukan negeri mengikut kadar jumlah pelaburan paling tinggi:

1- Sarawak (RM30.3b)
2- P.Pinang (RM25b)
3- Selangor (RM23.9b)
4- Johor (RM20.1b)
5- Kedah (RM11.1b)
6- Melaka (RM7.9b)
7- Negeri Sembilan (RM7.2b)
8- Sabah (RM6.3b)
9- Perak (RM5.8b)
10- Terengganu (RM4.2b)
11- Pahang (RM2.8b)
12- Kelantan (RM297 juta)
13- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM196 juta)
14- Perlis (RM109 juta)
15- Wilayah Persekutuan Labuan (RM22.9 juta)

No comments:

Post a Comment