Kelantan dibenarkan persoal Petronas tentang royalti minyak

Setelah bertahun-tahun dalam pertikaian, kerajaan negeri Kelantan melangkah setapak lagi untuk menyelesaikan isu royalti minyak yang telah tertangguh sekian lama apabila Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu untuk mempersoalkan Petronas tentang persoalan undang-undang berkenaan dengan tuntutan mereka tentang pembayaran.
Lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus, membenarkan kerajaan negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga keputusan Mahkamah Rayuan yang ditolak sebelum ini.

Kelantan mendakwa mereka layak menerima RM800 juta setahun semenjak 2005 akan tetapi Putrajaya mencabar tuntutan tersebut tentang sempadan perairan dimana projek usahasama itu diadakan.

Kerajaan negeri akhirnya membawa kes ini ke mahkamah pada bulan Ogos 2010 apabila mereka menyaman Petronas kerana gagal membayar royalti untuk minyak dan gas yang digali di kawasan perairan mereka, termasuk kawasan bertindih dengan Terengganu, Thailand dan Vietnam yang menyaksikan kerjasama dengan kerajaan persekutuan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar kes tersebut telah membuat keputusan untuk tidak mengadakan perbicaraan penuh melalui keterangan saksi, dan mengarahkan kerajaan negeri dan Petronas hanya mengemukakan hujah undang-undang.

Kelantan telah merayu keputusan tersebut akan tetapi pada 26 April tahun ini, Mahkamah Rayuan telah menafikan kerajaan negeri untuk mendapatkan maklumat tentang pembayaran royalti Petronas kepada negeri Terengganu dan negeri lain untuk menyokong tuntutan mereka terhadap kerajaan persekutuan.

Maklumat terperinci yang dinyatakan oleh peguam kerajaan PAS Tommy Thomas sebagai penting untuk membandingkan kaedah pembayaran.

No comments:

Post a Comment