PAS persoal kehadiran kapal perang AS


Kehadiran kapal-kapal perang Amerika Syarikat yang dipercayai bersenjatakan nuklear di pelabuhan Malaysia dilihat bercanggah dengan dasar luar negara yang ingin menjadikan Asia Tenggara sebagai zon bebas nuklear.

Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata kehadiran kapal-kapal tersebut di Pelabuhan Klang dan Teluk Sepanggar, wajar diberi perhatian oleh kerajaan yang dilihat begitu mudah membenarkan kapal-kapal terbabit membuat lawatan di negara ini.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, menggesa kerajaan mengambil langkah serius berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Kamaruddin mengemukakan usul tergempar berhubung perkara tersebut, bagaimanapun ditolak atas alasan ia tidak perlu disegerakan.

No comments:

Post a Comment