Imam Hoslan dilepaskan di bawah perintah Parol


Imam Hoslan Husin hari ini dilepaskan di bawah perintah Parol sehingga dibebaskan sepenuhnya pada 8 November ini.

Beliau dilepaskan bersyarat di Pejabat Parol Daerah Cheras kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Beliau dikehendaki melapor diri seminggu sekali mengikut arahan Parol Cheras sehingga tarikh tersebut.

Beliau di bawa ke sini jam 10.38 pagi dari Penjara Kajang.

Beliau sebelum ini dikenakan hukuman penjara selama tujuh bulan tiga hari.

Parol bermaksud pelepasan seseorang penghuni penjara yang mempunyai tarikh bebas dan layak, untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol

Penghuni dikehendaki menjalani baki hukumannya di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol.

No comments:

Post a Comment