Ribuan penyokong kerajaan Kelantan berhimpun di luar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonannya mengenai tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum.
Kebanyakan peserta perhimpunan itu memakai baju berwarna merah dengan slogan 'R' yang mewakili Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan.
Penganjur menganggarkan 3,000 orang hadir ke perhimpunan tersebut namun sumber polis menyatakan jumlah 1,000 orang.
Kumpulan yang berhimpun dengan tenang itu kemudian melaungkan takbir dan bersorak apabila keputusan mahkamah diketahui pagi ini.
Mahkamah tersebut memutuskan untuk membenarkan kerajaan Kelantan menimbulkan beberapa persoalan undang-undang berhubung tuntutan pembayaran royalti minyak daripada Petronas dan kerajaan persekutuan.
No comments:
Post a Comment