`USTAZ Kiasu' Ridhuan Tee menulis di dalam akhbar Sinar keluaran Isnin (14 Mei 2012) baru-baru ini tentang betapa pentingnya PAS berpakat dengan Umno daripada PAS berpakat dengan PKR dan DAP. Ustaz yang terkenal dengan ayat `Kiasu'nya ini berkata, beliau bukan ahli Umno, tetapi di dalam banyak tulisannya semua tahu dia lebih Umno dari Umno.
Semua tahu Ustaz Kiasu ini berbangsa Cina, tetapi lebih Melayu dari Melayu. Apa hujah beliau? Beliau berkata PAS gagal untuk laksanakan Hukum Hudud sekiranya masih bersama PKR dan DAP. Ertikata, PAS lebih mudah untuk laksanakan Hukum Hudud jika bersama Umno. Lucu bukan?
Dia sedar majoriti ahli Umno adalah Islam dan terdapat seekor dua ustaz di dalam Umno walaupun ustaz/ustazah di dalam Umno itu ada yang mengambil wang zakat untuk membayar peguam bagi menghalang kes Qazaf. Terdapat juga ustazah di dalam Umno yang pernah memberi `fatwa' tidak salah melacur jika `dharurat'. Ustaz Kiasu tahu semua ini, beliau tahu ramai `Ular Mak' di dalam Umno. Tetapi mengapa perlu Umno tunggu PAS berada bersamanya untuk laksanakan Hukum Hudud? Umno sudah perintah lebih 50 tahun, mengapa mesti tunggu PAS berada bersamanya untuk laksanakan Hudud?
Tidakkah PAS dahulu pernah bersama Umno? Siapa terajang PAS keluar? Sekarang, Ustaz Kiasu ini menyatakan perjuangan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud hanya boleh dicapai jika bersama Umno. Lojikkah? Lojikkah parti yang di dalamnya bersepah kaki rompak hak dan harta rakyat mahu kepada Hukum Hudud? Bayangkan, Ketua Wanita yang keluarganya curi duit rakyat untuk beli `lembu kondo' mahu kepada Hukum hudud? Di mana otak kamu Ridhuan Tee?
Tidak terfikirkah kamu apabila Presiden MCA terang-terang sebut sewaktu beliau berdebat dengan Lim Guan Eng, beliau sebut MCA berjaya menghalang Umno dari menyokong perlaksanaan Hukum Hudud, tidak seorang pun pemimpin Umno berani bersuara walaupun sekadar `berdehem', termasuk seekor dua ustaz-ustazah Umno. Apakah dengan puak seperti ini Ustaz Kiasu yakin boleh bekerjasama dengan PAS untuk memperjuangkan Islam?
Cukuplah dengan perangai mengampu bodoh kamu, wahai Ustaz Kiasu. Mungkin kamu tidak sempat untuk dilantik menjadi Menteri jaga agama menggantikan Jamil Khir kerana selepas PRU nanti PR akan ke Putrajaya, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment