Wardina Safiyyah nafi bertanding PRU 13 ok? Wardina Safiyyah tampil nafi bertanding PRU13 akan datang seperti mana di gembak gemburkan di beberapa blog politik.
Beberapa buah blog berpaksikan politik dengan secara terangan mendakwa artis wanita jelita ini telah sah tercalon untuk bertanding di DUN Kota Damansara dengan tiket dibawa masuk oleh salah sebuah parti pembangkang.
Hari ini Wardina Safiyyah tampil menafikan dakwaan beliau akan bertanding pada PRU 13 tidak lama lagi.
“Ingin saya tegaskan yang saya tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik di Malaysia dan tidak terlintas akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini.”
“Saya tidak suka terbit spekulasi macam ini kerana saya bersifat neutral dan saya juga berkawan dengan semua sama ada penyokong kerajaan mahu pun pembangkang,” ujar Wardina Safiyyah.
Beliau juga kesal dengan laporan beberapa penulis blog politik yang sering mengaitkan beliau dengan parti politik tanpa usul periksa tetapi mengakui terdapat juga individu yang mengajak untuk berpolitik.
No comments:
Post a Comment