FORUM PASCA BERSIH 3.0: KEGANASAN POLIS DAN MEDIA ‘BLACKOUT’

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bersempena dengan pasca perhimpunan Bersih 3.0 minggu lalu dan Hari Kebebasan Akhbar pada 5 Mei ini, Akademi Pak Sako dengan kerjasama laman portal JalanTelawi.com akan menganjurkan forum khas yang bertemakan Bersih 3.0: Keganasan Polis dan Media ‘Blackout’. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 3 Mei 2012
Masa : 8.30 malam – 10.30 malam
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor (KLSCAH)

Ahli panel : 1. Hishamuddin Rais (Aktivis BERSIH / blogger TukarTiub)
2. Fathi Aris Omar (Editor laman berita Malaysiakini.com)
3. Latheefa Koya (Peguam hak asasi manusia, Lawyers for Liberty)
4. Haziq Abdul Aziz (Aktivis mahasiswa, KAMI)
5. Haijan Omar (peguam yang dibelasah sewaktu himpunan Bersih 3.0)

Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput dan mengalu-alukan kehadiran saudara/saudari ke majlis ini serta memohon kerjasama saudara/saudari untuk memajukan jemputan ini seluasnya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia program, saudara Mohd Zulfadzli Abdul Halim di talian 019-2717548.

Sekian, terima kasih.

NAJWAN HALIMI
Penyelaras Akademi Pak Sako

No comments:

Post a Comment