Menurut sumber yang hampir dan boleh dipercayai bahawa Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden NGO AMANAH dan akan tubuhkan parti baru yang dikenali Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). Saya tak pasti sejauh mana benar berita ini tapi itulah yang di war-warkan.
Sebelum kita pergi lebih lanjut adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit mengenai AMANAH itu sendiri.
Pertubuhan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) ialah mengamalkan pendekatan politik sebagai platform dalam menyuarakan pandangan yang dibangkitkan rakyat. Ini yang dinyatakan oleh Presiden AMANAH Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau juga menjelaskan penubuhan NGO ini untuk perjuangan menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira fahaman dan ideologi.
Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah dilantik menjadi Timbalan Presiden AMANAH.
Kenapa Bekas Menteri Penerangan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir akan menubuhkan parti baru yang dinamakan Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau nama singkatnya IKATAN?
Parti ini dijangka akan bergabung dengan PAS/PKR/DAP dalam Gagasan Pakatan Rakyat. Penghebahan secara rasmi akan dibuat pada Khamis ini dengan menghebohakan apa dia logo dan hala tuju perjuangan parti tersebut.
Adakah parti ini menjadi macam KITA?
Ramai penganalisis politik melihat cara pergerakkan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam hala ini bermula melalui siri lawatannya di Terengganu untuk berjumpa Presiden PAS dan di Kelantan untuk berjumpa dengan Mursyidur Am PAS adalah ilham kepada penubuhan IKATAN.
Pengalamannya bersama dengan Tengku Razaliegh dan Tamrin Gaffar yang masih ahli UMNO menunjukkkan i ada sesuatu yang perlu dibuat untuk mereka yang masih UMNO bagi mencari satu alternatif untuk meninggalkan 'bangkai' yang sudah tidak boleh diselamatakan lagi.
Sudah pasti sokongannya datang dari mereka yang belum berparti dan dari UMNO sendiri. Kalau itulah hasrat, ini adalah suatu cubaan yang berat dan berisiko daripada beliau memasuki PAS. Sama-sama kita tunggu kebenarannya khamis ini.
No comments:
Post a Comment