Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada guna untuk kepimpinan utama negara berdebat dengan pembangkang dalam sesuatu isu kerana pembangkang tidak akan mengubah pendirian tentang perkara yang mereka percaya.
"Kadang-kadang perbahasan dengan pembangkang mereka sudah menetapkan minda mereka dan apa yang kita buat tak akan diterima mereka dan tidak berfaedah," katanya menjawab soalan dalam majlis wacana dengan sekumpulan alumni universiti di Kuala Lumpur semalam.
Beliau diminta mengulas cabaran debat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dialu-alukan banyak pihak.
Menurutnya Muhyiddin, amalan demokrasi dalam negara tetap subur kerana kerajaan lebih gemar mengambil pendekatan menjelaskan isu-isu semasa terus kepada rakyat.
"Berani tak berani bukan soal berhadapan dengan mereka dan berbahas tetapi ialah dalam proses menjelaskan secara rasional. "Kerajaan hari ini tidak bertindak atas dasar emosi. Kita bertindak atas dasar rasional untuk menjelaskan satu persatu (perkara)," ujarnya.
Menurutnya, penjelasan kerajaan itu juga adalah langkah melibatkan rakyat dalam pentadbiran negara yang merupakan sebahagian daripada proses demokrasi. "Ada yang kata tak cukup penjelasan tapi itu boleh kita perbaiki. "Pokoknya proses engagement (penglibatan) itu berlaku," katanya.
Beliau juga yakin masyarakat tidak menganggap Najib takut apabila tidak menyahut cabaran debat. "Saya tak fikir orang akan mengatakan kita takut dan tak berani mengadakan perbahasan," katanya.
Perpaduang dengan umno lagi tak berguna
ReplyDelete