Syed Zainal sah letak jawatan dalam Proton

Proton Holdings Bhd mengesahkan peletakan jawatan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkuat kuasa 4 Julai ini.

“Syed Zainal sudah bersama Proton lebih enam tahun dan kami menghargai sumbangannya kepada syarikat. Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Proton bagi meneruskan cita-citanya dan kami menghormati keputusan itu,” kata syarikat pengeluar kereta negara dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya, Azhar Othman berkuat kuasa 6 Julai. - Bernama

1 comment:

  1. Syed ni hanya Puppet semasa dI Produa macam betul lain dI Produa sebelum dan semasa kini. Strategi bodoh dia takkan bawa Proton ke mana pong. Ini semua hasil idea dan dasar BODOH MAMAK TONGKANG!

    ReplyDelete