Hadi Awang yakin menang

Pas mampu mengulangi kejayaan Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU10) pada PRU13 nanti bagi merampas Terengganu daripada Barisan Nasional (BN).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan bahawa Pas pernah menang dengan majoriti besar di Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1999, walaupun Umno dan BN sering kali perkecilkan kemampuan parti itu. Bagaimanapun, mengulas potensi Pas pada PRU13, beliau menolak sebarang andaian memihak kepada pembangkang atau sebaliknya.

“Saya tidak boleh jawab soalan andaian tetapi kalau jika dia boleh buat andaian, saya juga boleh. Kita pernah menang 28 kerusi dulu tetapi dia (BN) kata mustahil, macam mimpi siang hari. Kita pernah menang,” katanya, semalam.

Abdul Hadi mengulas keyakinan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Yahya Khatib Mohamad untuk merampas semula empat daripada lapan kerusi di bawah pembangkang pada PRU13.

Abdul Hadi berkata, mana-mana pihak boleh membuat ramalan sendiri, tetapi masing-masing perlu bekerja bagi memastikan ia jadi kenyataan. Abdul Hadi turut yakin dengan sebahagian besar golongan muda beri sokongan padu kepada Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13.

No comments:

Post a Comment