Demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad selepas di anugerah doktor kehormat University Malaysia Pahang (UMP).
Hendak kata dia buta dan jahil sejarah, mustahil. Orang yang pernah dianggap genius sangat mustahil buta dan jahil dengan sejarah.
Lebih lebih sejarah telah membuktikan, Umnolah punca Melayu berpecahbelah sehingga hari ini. Janganlah kerana nak menolong Najib untuk menang PRU 13 nanti sanggup berbuat apa saja. Tak rasa bersalah ke?
Tak semua rakyat boleh menerima akan hujah itu. Tak dinafikan semua orang umno berpendapat demikian. Tapi ingat dan jangan lupa mengatakan tindak tanduk PAS punca Melayu berpecah suatu pembohongan.
Bukan setakat itu saja, malahan penilaian rakyat terhadap bekas perdana menteri yang dikatakan sangat berjasa kepada umno dan orang Melayu sudah jadi lain ceritanya.
Sudah kedegeran saura suara menagatakan Tun Mahathir Mohamad tak memang layak digelar sebagai negarawan kerana tergamak berbohong pada sejarah politik tanahair.
Kan Melayu sudah berpecah sebelum tertubuhnya umno. Memang ya, tetapi masih belum parah sepertimana selepas kewujudan umno pada 1946.
Mengapa tidak? Melayu yang duduk dalam umno dan tak puashati dengan agenda parti Melayu itu mulai keluar dan mencari jalan menubuhkan parti lain yang benar boleh membela rakyat, memurtabak agama Islam dan menyelamat negara .
Sehubungan dengan itu maka tertubuhlah PAS. Siapakah yang tubuh PAS, sejarah telah membuktikan tidak lain dan tidak bukan orang umno yang keluar parti yang tubuhnya Itulah puncanya. Bermakna tindak tanduk umnolah membuat orang Melayu berpecah.
Umno yang diterajui Tun Mahathirlah perpecahan orang melayu semakin parah dan ketara sekali sehingga tertubuhnya semangat 46 yang dketuai Tengku Razaliegh Hamzah.
Tokoh tokoh umno yang ikut sama tidak lain dan tidak bukan ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dr Rais Yatim dan Datuk Seri Mohd Najib perdana menteri 1 Malaysia.
Zaman Tun Mahathir Jadi presiden umno dan perdana menteri sebaik saja Datuk Seri Anwar Ibrahim di pecat, dilucutkan jawatan timbalan perdana menteri dan dimasukan kedalam penjara tertubuhnya parti Keadilan rakyat.
Parti Keadilan rakyat walaupun keahliannya bukan melayu saja, termasuk Cina dan india, tetapi ia adalah cetusan tindak tanduk umno yang di terajui Tun Mahathir Mohamad.
Tidak dinafikan tindak tanduk PAS tertubuhnya “berjasa” dan “Hamim” Tapi Sangat tidak wajar PAS menjadi mangsa, sedangkan bukti sejarah tak pernah menipu dan silap. Yang silap ialah manusia yang menilainya serta salah faham yang begitu ketara atau Tun Mahathir yang pura pura lupa.
No comments:
Post a Comment