Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno sebagaimana dilaporkan oleh media sebelum ini.
Sambil menjelaskan media telah salah petik kenyataannya awal minggu lalu, Presiden Pas berkata, pihaknya hanya berhasrat untuk mengadakan muzakarah dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang keliru dengan dasar perjuangan parti itu.
"Sama sekali Pas tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment