Majlis Jamuan Makan Tengahari bersama Presiden PAS

Pada hari Ahad ni 20 Mei 2012, akan diadakan satu Majlis makan Tengahari bersama Presiden PAS TG Hj Hadi Awang. Majlis ni dianjurkan untuk mengumpul dana pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar.

Dah nama pun untuk kumpul dana, tentulah nak kena hulur sikit, jadinya DPP buat keputusan untuk jual kupon untuk sumbangan dengan nilai RM10.00 sahaja seorang. Kalau ada nak bagi lebih sangat-sangat dialu-alukan.

Pada sebelah paginya, TG Presiden ada satu program bersama DHPP Kawasan Parit Buntar. DHPP buat majlis untuk bagi sikit sumbangan kepada warga Parit Buntar yang kurang bernasib baik dari kalangan orang cina dan india.

Dengar ceritanya depa dah sediakan tak kurang 300 bungkusan untuk diserahkan kepada penerima yang depa pilih sendiri. Yang lebih hebat lagi, PAS Kawasan melalui Lajnah Hubungan Antara Kaum cuma sediakan sebahagian kecil saja dari dana yang diperlukan untuk sumbangan tu, selebihnya DHPP yang usaha sendiri cari.

Sekalung tahniah untuk DHPP Kawasan Parit Buntar yang diketuai oleh En. Ricky.

Yang sebenarnya DPP cuma 'tumpang' DHPP, tumpang TG Presiden dah ada hadir di Parit Buntar untuk program DHPP tu, DPP ambil kesempatan buat program Majlis Makan Tengahari bersama Presiden untuk dana pilihanraya DPPK.

Jadinya, jangan lepaskan peluang ni terutama sekali yang tinggal disekitar Parit Buntar untuk bersama dalam majlis tu untuk menjamu selera sambil menghulur dana dan dengar Amanat Perdana dari TG Presiden PAS.

Sekitar Parit Buntar tu, maksud aku sampai ke Taiping Perak di senpadan belah sini, sampai ke Jawi Seberang Perai Pulau Pinang di sempadan belah sana dan ke Bandar Baharu Kedah di sempadan belah satu lagi.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Sdr. Bob - 013 5183634 atau Sdr. Shahrin 017 5681454.

No comments:

Post a Comment