Ruangan hiburan media milik MCA, The Star, iaitu The Daily Chilli mendakwa, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal telah berkahwin dengan artis Zahida Rafik secara senyap-senyap.
Oleh itu, tidak berbangkit menteri berkenaan membayar RM1.5 juta kepada artis itu kerana kedua-duanya sudah berkahwin.
Memetik sumber dari pemimpin kanan BN Sabah, akhbar itu melaporkan, "Bagaimana kamu boleh kata dia bayar RM1.5 juta sedangkan dia (Zahida Rafik) sebenarnya isteri kedua dia (Shafie)."
"Bekas pemandunya bertindak sebagai orang tengah untuk menutup jejak mereka," kata sumber itu sebagaimana dilaporkan The Daily Chilli.
Sebelum ini, Ketua Wanita PKR yang juga anggota Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin mendakwa, seorang menteri telah membayar seorang artis RM1.5 juta menerusi akaunnya.
Beliau mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang artis dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.
Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.
Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.
Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.
Zahida Rafik menafikan beliau mempunyai hubungan dengan mana-mana menteri. Shafei juga menafikan beliau mempunyai hubungan dengan Zahida.
No comments:
Post a Comment