Golongan Professional dan Masyarakat Bukan Islam Bersama PAS

Sekarang ini adalah musim untuk golongan professional, selebriti, dan juga bekas pengawai kerajaan menyertai PAS. Kalau di Perak Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS dan di Miri Sarawak pula seorang bekas pegawai kerajaan merangkap mantan Timbalan Residen Miri juga telah menyertai PAS baru-baru ini.

Pusat ke Sarawak, mantan Timbalan Residen Miri, Haji Johari Bujang telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada Majlis Hi-Tea di rumahnya di Luak baru-baru ini.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YDP PAS Miri Jofri Jaraiee, Setiausaha PAS kawasan Miri, M Azwani, dan beberapa pimpinan kawasan termasuk setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri, Yeo Kian Leong. Acara sederhana tersebut telah menujukkan yang PAS telah diterima oleh semua golongan masyarakat.

Pada sebelah malam, YB Datuk Mahfuz Omar bersama rombongan PAS Miri melawat rumah panjang Empading di Sg Bakas. Penduduk di rumah panjang tersebut menyambut dengan baik dan memberi sambutan hangat kunjungan rombongan PAS pada malam itu.

PAS Miri memberi sedikit buah tangan sebagai tanda hormat atas kunjungan ke rumah panjang tersebut dan juga memberi penerangan tentang kunjungan serta matlamat perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat.

Dalam rumah panjang tersebut terdapat 2 orang OKU (Orang Kurang Upaya) salah seorang dari OKU tersebut, Idai ak Entebang mengadu kepada PAS bahawa beliau tidak menerima BR1M, E-Kasih dan juga bantuan dari kebajikan masyarakat.
Sebelum ini beliau boleh bergerak bebas tetapi setelah beliau ditimpa penyakit rapuh tulang menurut doktor yang merawat beliau kira-kira 4 tahun yang lalu beliau terus lumpuh dan tidak mampu berjalan seperti biasa dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Beliau sangat berharap pihak kerajaan dan mereka yang berkenaan dapat membantu meringankan bebanan beliau selama ini.

Pihak PAS berusaha untuk membantu beliau dengan menyampai masalah beliau melalui media agar pihak yang berkenaan dapat membantu dengan segera.

Kita minta pihak yang berkenaan agar dapat membantu Idai ak Entebang tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik kerana beliau juga golongan yang kurang upaya yang sepatutnya dapat menerima sumbangan dari wang pembayar cukai.

Kita ingin mengingatkan pihak yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan masyarakat agar dapat menjalankan tugas mereka dengan adil untuk semua, jangan disebabkan mereka ini tidak sehaluan dengan fahaman kita maka kita meminggirkan mereka ini tanpa balas kasihan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

No comments:

Post a Comment