PAS anjur Ekspresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya

Xpresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya ini adalah antara projek fasa akhir Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelang pilihanraya umum ke 13 pasca Bersih 3.0.

"Ia juga merupakan kesinambungan kebangkitan anak muda yang ditonjolkan ketika BERSIH 3.0 sebelum ini," katanya.

Manurut Nasruddin lagi, himpunan itu juga adalah bagi mengembeleng anak muda seluruh negara dan memimpinnya agar berjuang bersama PAS untuk menegakkan cita-cita perjuangan Islam melalui tawaran induk PAS iaitu Negara Berkebajikan.

Selain penampilan pimpinan parti, program tersebut juga bakal menampilkan ikon anak muda seperti Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman dan ramai lagi.

Selain itu, Nasruddin dijangka akan mengetuai konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Lumpur ke tempat program itu nanti.

No comments:

Post a Comment